Follow if you like

Jul 20, 2012

Janji Temu kita di SEMANIS KURMA

Assalamualaikum..


Bersiaran kembali kita hari ini.
Syukur kepada Allah kerana dapat menemukan kita kembali di pagi Jumaat yang barakah ini. Ita sentiasa mendoakan agar anda semua yang ita kasihi, sihat waalfiat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
Seperti biasa janji temu anda semua bersama ita dalam Rancangan Semanis Kurna dari Studio 1 Seri Petas Bandar Utama

Ewah..ewah.. terlebih sudah ita nikan..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana berkesempatan untuk bertemu dengan anda semua, yang paling istimewanya pertemua kita pada hari ini adalah pada penghujung bulan Syaaban dan akan menyambut kedatangan Ramadhan pada esok hari. Macam mana dengan persiapan kita untuk menyambut Ramadhan? adakah kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, rohani dan jasmani.. Alhamdulillah semoga kita dipermudahlkan dalam melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini, di berikan hidayah dan rahmat dariNya.

Sekali lagi Syukur ita yang tak terhingga kerana di berikan kesempatan oleh TV 9 untuk muncul sebagai tetamu undangan dalam Rancangan Semanis Kurma yang cukup di minati ramai, yang berlintas lansung malam tadi. Walaupun kemunculan ita hanyalah di angin lalu, namun terasa sangat diri ini amat-amat di hargai Alhamdulillah...
Yang paling mengujakan apabila buat pertama kalinya Masam Manis muncul dikaca TV 9.


Kemunculan ita yang tak dijangka dan tak disangka-sangka apabila ita dihubungi oleh Cik Shadiya Abas dari krew penerbitan rancangan Semanis Kurma TV9 pada 2 hari yang lalu untuk menjemput Masam Manis dan ita memberikan sedikit Tips Sahur Istimewa Bersama Semanis Kurma TV 9, yang ke udara setiap malam khamis pukul 9. 30 malam bersama Dato ' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami beliau Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dalam sebuah rancangan menarik dan khas yang membincangkan topik suami isteri dan permasalahan hal ehwal rumah tangga berlandaskan hukum-hukum Islam.


Ita diminta untuk kongsikan resepi bersahur yang menarik dalam blog untuk di siarkan dalam rancangan itu yang di siarkan secara lansung. Kerana masa yang cukup suntuk dan terbatas, ita tak berkesempatan untuk menyediakan hidangan yang ringkas untuk mereka yang liat bangun sahur atau yang tidak gemar untuk bersahur. Kebetulan pada hari itu ita menyediakan Nasi Ayam, jadi  ita mengambil peluang untuk kongsikan menu nasi ayam untuk penonton setia Semanis Kurma.

Ita juga di beri peluang untuk keudara dan di temu bual oleh Ustazah yang cukup ita minati dan kagumi.  Alahaiii... tak tau macam mana perasaan ita waktu itu, habis gigil satu badan bila dapat berbual dengan wanita yang cukup terkenal dengan "Cakaran Harimaunya"nya ini. Macam nak mengaum pun ada rasanya... AUMMMMM...


Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga kepada Cik Shadiya Abbas, yang sudi mengundang Ita, kepada semua krew penerbitan program SEMANIS KURMA, kepada TV 9 amnya dan teristimewanya kepada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami kerana sudi beramah mesra dengan ita bloger picisan ini.. serta tetamu yang turut di undang, Dr. Tengku Asmadi bin Tengku mohamad,  Ustazah Laila dan semua pihak yang terlibat.

Kepada rakan-rakan ita diluar sana yang sudi meluang kan masa untuk menonton rancangan Semanis Kurma dan yang mengucapkan tahniah sehabis rancangan itu tamat bersiaran, terima kasih sangat-sangat kerana sentiasa menyokong Masam Manis.

Kepada anda yang belum pernah berpeluang untuk menonton rancangan Semanis Kurma, jangan lupa untuk menonton program bual bicara menarik yang menampilkan isu-isu pemasalahan keluarga terutamanya rumahtangga.  Program yang banyak memberi pandangan dan dorongan kepada pasangan bermasalah atau mempunyai sebarang kemusykilan tentang hidup berumahtangga ini juga turut menjemput dua tetamu di studio untuk berkongsi pengalaman berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Jangan lepaskan peluang menontonnya pada setiap malam Khamis pada pukul 9.30 malam di TV9.

Jangan lupa janji temu kita dalam rancangan Semanis Kurma dengan topik yang lebih hangat lagi minggu hadapan. Selamat Menonton.
Gambar dari : Google dan http://www.facebook.com/ustazahbahyah

37 comments:

Shuhaida Kabdy said...

Tahniah ye..x blh lepaskan nie..salah srg idola sue jugak Ita nie :)

Siti Nadira said...

Tahniah kak ita...akan saya tunggu depan tv...

indahhouse said...

Salam kak ita,
Tahniah kak.. :)
Saya ada tonton malam tadi, curi masa bila nak keluar. Tapi sayang, tak sempat ambik foto ms siaran yg tertera 'fromintankitchen.blogspot' hehe..

mimie kesuma said...

tahniah kak....

ikut bangga ... ^_^

mimie kesuma said...

tahniah kak....

ikut bangga ... ^_^

Yatie said...

sekalung tahniah buat Ita juga blog Masam Manis....Yatie tumpang gembira dan berbangga...tapi sayang terlepaslah pulak..selalu mmng setia tngk semanis kurma...adoyaiiii...

Gee® said...

Syukran... melangkah setapak lagi ke hadapan... tahniah Ita!!

Fiza Nordin said...

tahniah k ita...

ummiaisyah said...

tahniah kak Ita...semoga makin sukses! sayang kak Ita!

Mama-ILuvU said...

tahniah kak ita...wahhhh dah jadi selebriti akak ;-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

Sari Yusa Ibrahim said...

memang selayaknya untuk Kak Ita... tahniah, kak.

& Selamat Berpuasa (errr.. dah berapa kali ucap, tak pe, tak luak, hehe)

zuraida said...

tahniah Ita & selamat berpuasa

Amie said...

AUMMMM... hebta tu, bertaring lagi Ita! Tahniah & selamat berpuasa1

Lya Colours said...

tahniah kak ita. selamat berpuasa =)

icaland pelangi indah said...

tahniah kak ita =)

Wan Anita said...

Tahniah kak ita..selama ni dok tgk akak kat fb je...mlm td dpt la dgr suara akak yg lemah lembut tu hehe...Selamat berpuasa kak dr wan sekeluarga.....

Mas said...

wahhhh....bestnya
tahniahhhh kak ita...
mas memang minat semanis kurma..
tak sabar nak tengok kak ita yg cantik manis ni nnti..
selamat berpuasa buat kak ita sekeluarga dan salam ramadhan dari mas...

CT Delima said...

As'salam Ita

Tu diaaaaa...cakaran harimau! harimau Malaya kan hehehe. ct pun memang tak melepaskan peluang memang meminati rancangan semanis kurma jika tak sempat tengok malam ct akan tengok siaran ulangan nya esok hari.

siapa itu disebalik suara yang merdu..hihihi Tahniah Ita dari ct :)

MY MintRoom said...

tahniah, tapi tak sempat nak tengok...ada hal...

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Tahniah kak..Dapat jumpa Ustazah Siti Norbahiyah lg tu. Rugi betul tak dapat tengok malam tadi.

Selamat berpuasa kak (^_^)

liemaopurut a.k.a ana said...

tahniah kak ita ;p

malangnya tak dapat tengok la semalam. berebut tv ngan husband. dia nak tengok bola hahahha. nanti nak try g kat tonton.. mesti ada.

papepun......tahniah sekali lagi..HIDUP masam manis...eh!! hihihi

Bicara Kak Noor said...

tahniah Ita bestnye kalau dpt dengar ya..

Saleha said...

AUUMMMM Tahniah kak ita.. kita selalu terjah sini tapi jadi silent reader je lah.. malu nak menegur.. tapi kita follow sini

excited sangat dgr suara akak.. siap panggil hubby lagi cerita kat dia nilah blogger masakan yg saya kagumi dan ikut resipi.. hehe
kalau kluar gambar muka akak kan lagi syok :0

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

WOW, you are so happening! So happy for you dear...all the best and am looking forward to the show...:)

Selamat Berpuasa buat Kak Ita sekeluarga!

Azie said...

In person, ustazah nampak sgt berbeza dg dalam gambar atau kat TV. Slim jer

Natasha said...

wah..wah dan jadi selebriti kak ita...ye..tahniah..tahniah....

azian said...

Tahniah Ita. Salam Ramadhan...selamat berpuasa....

dZana said...

tahniah ita.. tumpang gembira.. selamat myambut ramadhan almubarak buat ita skrga..

rahel said...

Tahniah Kak Ita...wah..

RADIMSA SIRDI said...

Tahniah ita maju setapak lagi nmpknya. Mudah2an satu ari nnt ita dijemput pulak ke studio. Teringin nk tgk ita ada buku masakan sendiri. Bila laa agaknya ye?

*pstt: sore ita smlm cam ank dara bru lepas amik SPM je..comel sgt..^_^

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Selamat menunaikan ibadah puasa buat Azlita dn keluarga..

Hawa said...

proud laaa...kat akak ita nie..

Sufaini Bidin said...

congrats kak..proud of u

Hesti HH. said...

Tahniah Kak Ita,

Ikut berbahagia buat Kak Ita sekeluarga, selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga ibadah lancar dan penuh keberkahan...

susumanis said...

congrats ya, raya nanti bole la tv9 buat live kat rumah ita pulak :-)

mashitah said...

tahniah kak ita....rugi saya tak tonton rancangan semanis kurma

PatinPasta said...

Salam Kak Ita,
TAHNIAH! Setapak ke hadapan lagi Kak Ita ye? Suke suke :)

Selamat menyambut Ramadhan untuk Kak Ita sekeluarga!

Powered by Blogger.