Follow if you like

Jul 25, 2012

Iftar hari ke 4 kami.. yang mudah dan ringkas..



Assalamualaikum, dan salam Ramadhan buat semua...
Semogga hari-hari yang kita lalui semakin menambahkan keceriaan dan kebahgiaan..
Apa khabar kawan-kawan ita di luar sana?
Ita doakan agar semuanya dalam rahmat Allah, sentiasa sihat dan bertenaga untuk melalui bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa keimanan..


Alhamdulillah telah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Tentu ada antara rakan-rakan di luar sana yang telah mula membuat persiapan menyambut Hari Raya. Baguslah kalau buat perancangan awal-awal, agar tidak terkeja-kejar di penghujung Ramadhan. Apa yang penting jangan berlaku pembaziran dan yang paling utama kita hormati dan rebut seberapa banyak peluang beramal di bulan Ramadhan. Zakat tu jangan pula lupa, buatlah pembayaran awal-awal supaya tidak terlupa pula di penghujung Ramadhan.. itu kewajipan tu..!!


Ok lah kita terus aje pada menu yang ita sajikan untuk berbuka puasa petang semalam.
Waaaa... nampaknya kali ni kedua-dua resepi dari tukang masak yang sangat ita hormati, sangat berbakat besar dan sangat peramah orangnya. Beliau adalah sifu masak ita juga. Buku masakan beliau 1 Hari 1 Resepi sentiasa berkepit dengan ita terutamanya pada bulan Ramadhan.

Ita sangat sukakan buku masakan beliau, resepi harian yang cukup mudah di sediakan, dengan bahan-bahan yang cukup simple dan tak rumit untuk mendapatkannya dan yang paling utama setiap resepi dari buku beliau tidak pernah mengecewakan selera ita dan keluarga.. ngammm aje..


Kepada adik-adik diluar sana yang baru berumahtangga, atau baru berjinak-jinak ke dapur atau pun yang mungkin tinggal berjauhan dengan keluarga, bolehlah dapatkan senaskah buku ini di pasaran. Sangat sesuai untuk jadi bahan rujukan di dapur. Harga sangat berpatutan dengan kualiti kertas yang baik mutunya.

Kepada Chef Hanieliza atau lebih mesra di sapa kak Liza, ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa memudahkan tugas ita di dapur.. tak payah nak pening-pening kepala nak fikir juadah apa yang nak di sajikan buat keluarga terutamanya pada bulan Ramadhan ni. Sentiasa tersedia juadah istimewa air tangan Kak Liza  terhidang atas meja... yang pasti menambat selera..


Kita mulakan dengan air sebagai penghilang dahaga. Ooooppss!! ini bukan resepi dari kak Liza tau! Sebenarnya air tebu atau jus tebu ni kiriman dari bapa ita. Rumah bapa ita banyak sangat tanam tebu, tapi tebu kampung lah kan.. bapa ita ni sangat suka bercucuk taman, katanya berkat berbudi kepada tanah dan hasilnya.. tak termakan-makan tebu-tebu tu.. dibuatnya.. kerana tumbuh dengan sangat subur..

Setiap hari bapa ita akan perah tebu-tebu tu dengan mesin tebu, air tebu tu di berikan pada jiran tetangga untuk berbuka puasa. Bapa ita pun kerap sangat hantar air tebu ke rumah ita ni.. Sebab dia tau, menantu kesayangan dia ni gemar sangat minum air tebu.. ^_^

Untuk air tebu ni tak de lah resepinya kan.. Air tebu dari tebu kampung yang diperah menggunakan mesin pemerah tebu, tanpa gula.. fresh.. dari ladang!!
Kepada yang dah terasa-rasa nak minum air tebu tu.. jangan lupa dapatkan dari Bazar-bazar Ramadhan, berhampiran rumah anda.. yang penting pilihlah gerai yang terjaga kebersihannya supaya tidak memudaratkan kesihatan kita!


Sekarang kita beralih pada menu utama iaitu Nasi Goreng Nenas.
Hanya nasi goreng aje yang sempat ita sediakn untuk berbuka puasa.. jadilahkan.. buat alas perut setelah seharian berlapar..
Nasi goreng bukan sebarang nasi goreng, tau! penyediaannya cukup mudah. Tak sampai setengah jam dah siap! mudah sangat..
Bahan pun mudah! Inilah dia resepi kak Liza sentiasa memudahkan mereka yang nak mencuba!

Sebab yang nak makan kami bertiga beranak aje.. hihi ita hiaslah cantik-cantik, dah nasi goreng aje kan.. kalau hias cantik-cantik dah nampak macam nasi mahal aje kan.. barulah berselera anak-anak nak makan.. Inilah hobi ita..

Jom kita intai menu yang simple, mudah, ringkas dan yang utama sedap!


NASI GORENG NENAS
By: Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

4 cawan nasi putih sejuk ~ diperoi
1/2 cawan nenas dalam tin ~ asingkan airnya
1 biji telur di pukul ~ sedikit
5 ekor udang besar
100 gm sotong ~ dipotong kecil
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 biji bawang merah dihiris
100 gm kacang panjang ~ dipotong kecil
100 gm lobak merah ~ didadu
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah dicincang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan margerin

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris
masukkan sotong, udang, kacang panjang, lobak merah dan cili.
Kacau rata
Masukkan telur, kemudian biarkan masak sedikit barulah di hancurkan
Masukkan nasi sos ikan dan nenas
kacau rata
Apabila sudah nampak garing, bolehlah angkat dan masukkan dalam buah nenas yang telah di belah dua dan dikorek isinya
taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan segera.


Lepas dah makan nasi mestilah ada dessert untuk menyejukkan anak tekak yang kegersangan di bulan Ramadhan kan??..
Jom kita intai pula resepi dessert yang cukup nyaman dan segar, juga dari kak Liza.
Cuma bezanya resepi ni tiada dalam buku masakan beliau dan ita ambil dari My Resepi.
Resepi ni dikongsikan oleh Juns11, yang dikatakan resepi di ambil dari fotopages kak Liza.
Terima kasih ye Juns11 kerana sudi kongsikan resepi yang sedap untuk rakan-rakan mencuba.
Terima kasih juga buat kak Liza, dessert ni memang sedap dan mudah pula penyediannya.

Ita buat 1/2 daripada adunan asal, bulan puasa tak baik membazir.. yang nak makan pun 3 beranak aje cukuplah seorang segelas ^_^


PUDING LAPIS JELLY
By: Chef Hanieliza
Dikongsikan oleh : Juns11
Rujukan : My Resepi

1 cwn susu cair
1 cwn jagung krim
1 cwn gula
1 cwn tepung kastad
1 cwn tepung jagung
5 cwn air
1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry
fruit cocktail

Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat.
Masukkan kedalam bekas yg disukai.
Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.

 



SELAMAT BERPUASA 


23 comments:

susumanis said...

kenyang mata saya..alhamdulillah :))

rahel said...

Salam Kak Ita...
Semuanya menyelerakan...nasi nenas tu memang fav Rahel..tapi tak pernah buat kak umah,selalu mkn kat kedai je...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalamualaikum ita...

dah lama tak minum air tebu... teringat zaman sekolah2 dulu pun pernah kopek tebu yg ditanam sendiri kemudian bwk pegi upah mesin kat org yg jual air tebu... hehe... puas rasanya dpt minum air tebu yg ditanam sendiri..

suka betul akak tgk menu berbuka ita tiap2 hari... akak semalam pun buat nasi goreng juga utk berbuka selain bubur lambuk ambil dirumah makcik & kuih onde2 tunjuk...hehe... bila nak mula buat kuih raya ita? tak sbar nak tgk kuih2 ry ita pulak..

fazian.batrisyia said...

Sedapnya nampak nasi goreng tu & jelly nya sekali. Tak cerewet nak makan cam tu tak pe...Rumah MIL menu wajib nasi putih + lauk, so hb sy dah biasa cam tu...kalau sy menu cam ni pun ok jek...

Gee® said...

wow!

Roses_Leo09 aka Hanim said...

adoi ..........
kak ita,
tergodanya ...........

Bicara Kak Noor said...

semua cantik dan menarik dan pastinya sedap mata memandang dan sedap jugak bila makan setentunya kan Ita apa lagi tnegok nasi nanas tu tergoda..

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...wow2 jamu mata kita harini...semuanya mmg myelerakan...sedap2 belaka...dlu arwah atok QH pon rajin gak tanam tebu...selalu kesippp aje..ptg ni nk kena cr air tebu utk bbuka...takut kempunan...hehe

faa.rosli said...

ringkas tapi gojess..

Ardini Humaira said...

uuuumak.. terliur :D hehehe.. dini makan lontong je

Leen Loyangkuih.com said...

Yang ringkas tulah yang menggoda kak ita..hahaa...

zila norazila said...

salam kak ita,
semuanya sedap2..suka semua-semua tu..kalau dekat dah leh tumpang buka nie..h ehhe

Juwita Jamaludin said...

salam kak ita.. kagum sangat engan pengurusan masa akak bila masa masak dan ambil gambarnya.. semua cantik dan menyelerakan

Lelord said...

tengok gambo2 yg cantik ni pun dh kenyang lom lg rasa...adussss sedapnya

azian said...

cantiknya...nampak sedap semuanya...

nurazzariah said...

assalamualaikum kak ita...selamat berpuasa....

saya selalu jugak buat puding macam kak ita buat tuu...tp saya lebih suka letak kek yang berperisa dekat bawah sblm lapisan kastard tuu...sedappp

Hannani said...

As salam Kak ita..thanks for your resepi.nasi goreng nenas tu fav sy.bolehla buat sahur nanti:)

Hesti HH. said...

Assalamualaikum Kak Ita,

Seperti biasa cantikkk. Walaupun ringkas tapi tetap istimewa. Kagum sama kecakapan Kak Ita memilih resep dan memadumadankannya...

NurZalwani said...

salam kak Ita, ni first time saya baca blog akak, kawan saya yang tunjuk, sebab saya suka masak2. kagum tengok kak masak dan dlm masa sama ambik pic. sangat lawa hasil gambar2 akak. InsyaAllah saya akan jadi pembaca setia blog ni, hee selamat berpuasa buat Kak Ita dan sekeluarga :))

Nur-nba said...

Hasil gambar yang sangat menawan.. Kami terpegun dengan gambar2 dalam entri akak ni... :)

quinnie said...

aduiii part air tebu yg tak tahan tuh..hehehhe...bestnya dpt minum dari pokok tanam sendiri...mesti manis je..:)

Yatie said...

waduhhhh tak kelip2 mata tngk menu yg menawan hatiku ini..terliur je di buatnya..

lili nur said...

assalamualaikum
saya minta izin admin untuk copy resipi..dan artikel.terima kasih sangat bermanfaat

Powered by Blogger.