Follow if you like

Jul 24, 2012

IFTAR HARI KE 3




Assalamualaikum,
Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berpuasa. Pasti masing-masing dah dapat menyesuaikan diri. Anak-anak pun dah tak merungut lagi perut meragam..

Cuaca di Johor bahru semalam sangat panas. Kesian kat anak-anak yang bersekolah. Dalili pun mengeluh, panas katanya.. "dah lah panas dan berpuasa, cikgu adakan pula perhimpunan tengah panas terik.. macam nak pitam!" katanya

Sabar lah Dalili ini lah ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran umatnya yang beriman.. Kalau kita tewas.. bermakna iman kita tak cukup kuat lagi.. Ini baru kepanasan di dunia belum lagi di akhirat tau!...


Dalili terdiam dan termenung.. tengah fikir sesuatu lah tu..
Payah sebenarnya nak terangkan kepada anak-anak.. apa sebenarnya tujuan kita di wajibkan berpuasa.. ialah dia pun kanak-kanak, cara nak terangkan pun kenalah gayakan dengan nada kanak-kanak agar mereka mudah faham..

Laa... dah tidur dah pun.. nampak sangat Dalili keletihan..


Bulan puasa memang satu cabaran. Cabaran dari menahan lapar dan dahaga dan juga cabaran dan dugaan dalam mengawal pancarindera. Tapi yang paling utama adalah dugaan dari mengawal hati. Yang lain mungkin kita boleh kawal tapi hati ni.. agak payah kerana apa sahaja yang kita pandang pasti terdetik di dalam hati.. Banyak-banyaklah kita berdoa kepada Allah pada bulan Ramadhan ni supaya Allah sentiasa pelihara hati kita dan berikan cahaya keimanan padanya...


Apa juadah berbuka puasa semalam?
Pasti enak dan menyelerakan..
Perkongsian juadah kita di alam maya ini bukanlah bertujuan untuk riak dan takbur.. sebaliknya ianya adalah satu perkongsian resepi untuk memudahkan rakan-rakan membuat rujukan dan panduan untuk menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga tersayang..

Biasalah kan.. bila bulan puasa kita terpaksa menyediakan juadah untuk keluarga setiap hari hinggalah kepada penghujung Ramadan. Ada masa pening juga kepala kerana tak tau nak sediakan juadah apa..?? kalau sama aje.. pasti boring keluarga di rumah.. pas tu mulalah beli makanan di luar, dan ada sesetengahnya pula makan diluar bersama kawan-kawan daripada makan bersama ayah dan ibu.. di rumah.

Oleh itu, kami bloger masakan sediakan juadah sebagai panduan untuk memilih mana yang berkenan di hati. Boleh lah bertukar-tukar resepi dan juadah, barulah terasa nikmat bersama keluarga ketika berada di meja hidangan.. tak gitu!

Menjadi bloger masakan bukanlah sesuatu yang mudah, cabaran utama adalah ketika bulan puasa. Aduh! memang semput... terkejar-kejar antara hendak menyediakan juadah buat keluarga, merakamkan gambar masakan dan yang paling utama mengejar cahaya.. Bila lewat sikit dah tak de cahaya dan memang payahlah nak ambil gambar..


Semalam adalah sesuatu yang amat sukar bagi ita untuk merakamkan gambar. Walaupun hari terang dan cahaya mencukupi.. tetapi ita mengalami masalah untuk membahagikan masa. Almaklumlah Dalili bersekolah, terkejar-kejar nak ambil Dalili, hantar sekolah, ambil semula, hantar tusyen, pas tu nak masak nak ambil gambar.. aduh!! pengsan..!! Lepas berbuka baru terasa penatnya.. sakit segala tulang belulang.. nak tertanggal rasanya.. tapi nak merungut kat siapa.. sebab dah minat..

Mula ita nak buat karipap, sebab Dalili minta buatkan karipap kentang. Dah adun dah tepung, tapi akibat terkejar-kejar dan kesuntukan masa, daripada karipap kentang dah bertukar ke popia kentang.. bolehlah kan Dalili, mak tak sempat.. nanti kalau sempat mak buat semula karipap kentang tu ye.. Kita makan aje apa yang ada kerana ini lah rezeki yang Allah bagi pada kita untuk berbuka hari ini.. Shukurannn...


POPIA KENTANG

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk mengoreng terendam

Inti Kentang
5 biji kentang ~ dipotong dadu
1/2 gengam ikan bilis
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1 kiub daging ~ jika suka
garam



Potong dadu kentang dan rendam dalam air
Blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati
Akhir sekali masukkan kentang dan 1 cawan air
Kacau selalu dan biarkan kentang empuk
Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa
Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Ambil sekeping kulit popia
letakkan inti di atasnya
Gulunglah seperti mengulung popia
Untuk melekatkan hujungnya
Ambil satu sudu tepung gandum dan letakkan sedikit air
Kacau rata. Ini untuk dijadikan gam untuk melekatkan kulit popia.


Popia yang telah siap bolehlah digoreng terendam hingga masak.
Angkat popia yang telah kuning keemasan dan toskan minyaknya dengan kitchen towel
Sedia di hidangkan.

Untuk dessert ita dah sediakan Jelly coktail.
Sesiapa yang pernah pergi rumah ita sememangnya sedia makhlum ita sangat suka buat jelly atau puding. Ianya juga adalah hidangan yang pasti ada setiap kali ita menyambut tetamu pada Hari Raya. Kenapa suka buat jelly dan puding?? kerana anak-anak dan suami sangat menyukainya.. jadi tak risau akan pembaziran ^_^

Resepi yang sangat mudah!


JELLY COKTAIL

1 camca teh serbuk jelly Konnyaku
550 ml air
1/4 cawan gula
1 biji  jus limau kasturi 
Coktail buah-buahan secukupnya
Ketulan ais
Nata decoco

Satukan serbuk jelly, gula dan air ke dalam periuk, kacau rata 
Masak hingga mendidih dan semua bahan larut. 
Masukkan sedikit perahan jus limau kasturi. 
Tutup api dan biarkan ia  suam.

Sediakan acuan bulat, tuangkan jelly ke dalamnya dan biarkan ia mengeras.
Sediakan mangkuk atau gelas.
Letakkan jelly ke dalam gelas
Letakkan nata decoco dan coktail buah-buahan campuran bersama airnya
Letakkan ketulan ais. Sedia dinikmati.



SELAMAT BERPUASA

22 comments:

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita cyggg...waduhhh perut ikut sma bbunyi..hehe...mmg mantop...gambo sgt cantik...mbuatkan lg bselera tgk hidangan tu semua..QH suka jugak popia kentang tu...nk buat la nti...

ItaComey said...

uih..x tahannya sis tgk juadah comel2 cam ni...

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Ita,
begitu menyelerakan.....:)

susumanis said...

menjamu mata dulu, lps maghrib jamu selera pula, niat dihati pun nak buat popia juga hari ni, insyaAllah :)

Saleha said...

semua gambar makanan kat sini bikin air liuh melelehlah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam ita..

waduh2.. sukanya sy tgk juadah berbuka yg ita sajikan utk family... sedap2 belaka...

Nazrah said...

Salam Kak Ita..tengok gambar2 iftar kak ita pun sungguh tergoda dan menyelerakan... sungguh sempurna

mum2h said...

Kak, saya nak buat karipap takut kulit dia x jadi. Terfikir jugak nak buat je popia. Tengok2 dah kuar entri ni. cuma saya nak tanya...kadang2 pakai kulit popia yang jual kat kedai tu minyak inti tu tembus kat kulit. macam mana akak buat jadi cantik? geram je tengok

Ummi said...

Ololololoooo...kesiannya Dalili...anak dara omak sorang..flat jgk yea...Xpa maknya ada bagi semangat.. Ita, gandingan mantops popia n jelly cocktail...bestt..

arina said...

salam kak ita..mcam mana bentuk acuan bulat tu? uhuh..tgk pn da trasa nikmat dia.,eheh

Mas said...

hmmm...menggoda iman jerk tau....
suka popia...
sedapnya tengokk...
jelly koktail punn...

mimie kesuma said...

assalam kak ita...

segarnya jelly tu....
popia tu pulak... sabar...sabar... :)
aishh....kak ita... jadi lapar lah...xixixixi

Sari Yusa Ibrahim said...

sedapnya popia kentang kak...

P/S : Kak Ita dah tersalah tulis tu, kenapa tiba2 kentang jadi keledek?? Mesti Kak Ita penat sgt, kesian Kak Ita...

LELAKI INI said...

arggghhhh!
tidak!!!
sedap nya tengok!!!!!!

Leen Loyangkuih.com said...

Kak Itaaaa.....sedappnyaaa....napelah kita tak duk sebelah2..heee...nanti nak try popia ni kak...waktu yg agak free dari order insyaAllah...:-)

Shasha Mohamed said...

Saya suka jelly cocktail tu. Colorful, nampak cantiknya...
Popia tu pun tak kurang nampak sedap, teringat karipap plak...

Nur-nba said...

Cantik gambar2 Kak Ita.. :) Memang berselera melihatnya..

Aymy With L♥ve said...

Baru kelmarin buat karipap kentang dan bercadang nak buat popia esok... Tiba-tiba dah keluar kat sini gabungan kedua-duanya... Saya pun sama, kalau dah buat inti tapi tak sempat nak mengelim, popiakan atau samosakan jer... :)

nursarah puteri said...

sangat menyelerakan.! hari tu 1st ramadhan buat popia sayur. kalau kentang mmg suka jadikan dia karipap.

Yatie said...

mmng nmpk sedap popia kentang ni..kalau dpt rasa yg Ita buat ni lagi best....

Nur Islam said...

kak ita guna acuan apa utk jelly nie.. Menariknya jika dpt buat mcm ni sure anak2 suka.. Hope kak ita bleh tunjuk pd pminat2 blog kak ita nie..

Nur Islam said...

Bleh tahu acuan bulat yg mcm mana akak gunakn utk jelly tue yer... Tq

Powered by Blogger.