Follow if you like

Jul 4, 2012

DOUBLE DECKER MOUSSE

Assalamualaikum


Alhamdulillah dapat juga kita berjumpa di pagi hari Rabu ni. Apa khabar semua? harap-harap sihat lah ye.. dan sentiasa ceria memasak untuk sajian keluarga tersayang.

Pejam celik-pejam celik kita dah pun berada di bulan Syaaban, bulan yang penuh kerberkatan. 
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Pada bulan Syaaban kita di galakkan melipat gandakan amalan, memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.  melakukan amalan baik yang dituntut dan bertaubat. Sama-samalah kita berdoa agar dapat melipatgandakan amalan dan semoga amalan kita di terima lehNya
  

Berapa hari ita tak dapat bersiaran. Sebenarnya agak sibuk kebelakangan ni. Biasalahkan.. bila pertengahan tahun ni ibu bapa sibuk mengadap guru, menilai prestasi anak-anak di sekolah. Bagi ibu bapa yang anak-anak tingal berjauhan di asrama, terpaksa lah mengambil cuti. Sebenarnya ianya penting, masa inilah kita sebagai ibu bapa hendak mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah, tingkah lakunya dan sahsiah dirinya. Jadi kepada ibu bapa sekalian rebutlah peluang yang ada untuk mendampingi guru bagi mengetahui prestasi anak-anak anda!.


Hari ni tak boleh nak sembang lama-lama sebab banyak lagi tugasan ita yang belum selesai. Kita terus sahaja pada hidangan yang ita sajikan untuk hari ini.

Sebagaimana yang ita katakan tempoh hari, ita ada sediakan Mousse dari lebihan kek velvet yang ita buat tempoh hari. Sayang, dari di buang lebih baik kita jadikan ianya satu hidangan dessert yang membuka selera.

Cara membuatnya cukup mudah dan simple. Pelbagai kaedah kita boleh gayakan. Ianya terpulang pada kreativiti dan citarasa masing-masing. Resepi asal dari chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Amer. Ita ambil resepi ni dari majalah SAJI bulan Jun. Sebenarnya dah lama teringin nak buat, tapi masa agak terbatas memandangkan ita agak sibuk. 

Resepi asal chef menggunakan mousse putih dan mousse coklat. Ita cuba tukar kepada coklat dan strawberry. Untuk lapisan bawah pula, resepi mencadangkan menggunakan kek coklat atau biskut Oreo. Ita ubah juga kepada kek Red Velvet dan ita campurkan bersama kepingan Oreo yang ita patah-patahkan kecil. Ini terpulang pada citarasa masing-masing, anda juga mungkin ada idea dan citarasa sendiri untuk menjadikan sesuatu hidangan itu tampak hebat dan lazat tak terkata!


DOUBLE DECKER MOUSSE
By: Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Jun 2012

Kek sapan coklat atau biskut Oreo ~ ita gunakan kek Red Velvet + biskut Oreo
Gelas atau bekas kecil
Buah-buahan atau coklat sebagai hiasan

Potong kek kecil
Patahkan Oreo kecil
Susunkan pada dasar gelas atau bekas kecil ~ ketepikan
Sekarang kita boleh sediakan Mousse Coklat Putih. Kalau mengikut resepi asal Chef Amer membuat Mousse Coklat Susu dahulu, sebaliknya ita membuat Mosse Coklat Putih yang ita telah gantikan dengan perisa strawberrysebagai lapisan yang kedua.

MOUSSE COKLAT PUTIH atau STRAWBERRY
100 ml krim tenusu
180 gm coklat putih
1 sudu kecil jus lemon ~ ita gantikan strawberry emulco
300 gm krim bukan tenusu

Mula-mula kita potong coklat putih kepada kepingan kecil
Kemudian kita didihkan krim tenusu.
Tuangkan krim tenusu yang telah didih kedalam bekas berisi coklat putih tadi dan kacau rata
Masukkan strawberry emulco dan kacau lagi biarkan ia sejuk
Putar krim bukan tenusu hingga separa kembang
Masukkan 1/3 daripada krim bukan tenusu ke dalam coklat dan kaup baik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim bukan tenusu dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Paipkan atau sudukan mousse coklat putih ke dalam bekas yang telah di letakkan kek dan oreo tadi.
Simpan dalam peti ais sebentar
Sekarang kita sediakan pula Mousse Coklat Susu

MOUSSE COKLAT SUSU
100 ml krim tenusu
180 gm coklat susu
1/2 sudu kecil perisa vanila
250 gm krim bukan tenusu 

Mula-mula kita potong coklat susu kepada kepingan kecil
Kemudian kita didihkan krim tenusu.
Tuangkan krim tenusu yang telah didih kedalam bekas berisi coklat susu tadi dan kacau rata
Masukkan perisa vanilla dan kacau lagi biarkan ia sejuk
Putar krim bukan tenusu hingga separa kembang
Masukkan 1/3 daripada krim bukan tenusu ke dalam coklat dan kaup baik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim bukan tenusu dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Paipkan atau sudukan mousse coklat susu di atas mousse coklat putih atau strawberry tadi

SOS COKLAT
100 ml susu
100 gm coklat gelap

Untuk sos coklat, kita potong coklat dahulu pada kepingan kecil
Kemudian kita didihkan susu
Tuang susu yang telah mendidih ke dalam bekas berisi coklat gelap
Kacau rata hingga adunan licin

Akhir sekali kita tuangkan sos coklat ke dalam bekas tadi
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di hiasa dan dihidangkan.


25 comments:

JUICY CAFE said...

as-salam sis..
aduhhh..pagi2 dh tertengok mousse nih, terus terliur..

ibh_sue said...

Aslmkum kak Ita.
Memang terbaik lah gambo tu..Sue suka sangat. Gambar yg cantik menghasilkan makanan yg cukup menyelerakan. Tapi memang desert tu dah memang sedap pun kan..(^_^)

Hesti HH. said...

Salam kak Ita,

Wowww...all the pictures look so amazing. I'm drooling over your mouse Kak Ita. Also love the red background, it's my favorite color!

My_Cella said...

Sedapnya, nanti nak try buat la. :)

My_Cella said...

Sedapnya, nanti nak try buat. :)

Gee® said...

Salam siaran Ita... sibuk yer... samalah kita... waaa... sedap hidangan hari ini...kalau makan mesti rasa macam ice-cream kan...

Linda Awang@Ismail said...

salam
kak ita..
meleleh air liur linda pagi2 ni tengok desert kak ita ni..
mesti sedap tak terkata.. nyum2

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Assalamualaikum...

Amboi tergoda betul saya melihat Double Decker Mousse Azlita ni.. sedappp mata memandang belum lagi rasa sedappp ditekakkan.. :))

Sari Yusa Ibrahim said...

cutenyaaaaaaaaaaa troli tuuuuuuuuu...


pagi2 cuci mata dengan double decker mousse Kak Ita. Saya tahu keropok udang double decker ngan katil double decker jer.. hehe. Nampak sedap sangat, Kak Ita!!

Choco Ani said...

Hi Itaaaa.. Kak Ani terliur.. nak satu buat buka pose nanti bole? ;)

ellynadyra said...

nampak menarik!

leen said...

sedapnya kak...terliur sekejap..comelnya troli tu..boleh pinjam?..hi..hi...

Salmi Khairil said...

nampak menarik dan nyummmy..macam maner nak dapatkan macam pic yang pertama tu?..

FnF Simple Life said...

Asslm kak Ita...cedapnye

Ita Rossi said...

salam ita. gambar cantik2 dan nampak sedap. suka gambar yang last. kat mana beli trolley tu?

weichin said...

Ita, saya peminat setia masam manis. Semasa saya mencari resepi kek saya ternampak gamber kita kat sekolah rendah. Saya ada kat belakang Ita yg nampak kepala sj. Sy sgt gembiralah.

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaahhh, gambar mantopsss betul skrg ni Ita cayang ooiii..suka akak tengok....lg x tahan tgk 1 troli rasberry tu haa...hehehhee...troly toy yg cute gituuuu... ^___^ Menyelerakan jek mousse ni Ita...sedap sejukkan tekak eehhh..

khairiah khaizu said...

sedapnye tgk.....lapo lee.......rindu kt ita...br nie dpt tegur

Shasha Catering said...

Sapa suka makan dessert, tentu suka ni kan? Selamat mencuba...
Buah2 jenis beri (rasberi, strawberi, blackberry, blueberry dan lain2) bagus untuk menurunkan kolestrol anda. Strawberi pula boleh mengelakkan atau mengurangkan ulser perut. :)

zuzu said...

salam...

boleh saya tahu dekat mana nak beli buah Raspberry

faa.rosli said...

mabeless! sgt2 tergode!

Pink Lavender said...

kak,
bagila saya 1...hahaha

rindunyer nak baking!!!

Yati Omar said...

sedapnya kak ita...meleleh air liuq ;-)

cik purple said...

Salam k.ita.nk tnye mane beli raspberry tu?

cik purple said...

Salam k.ita.mabeles pic..nk tnye la mane nk beli raspberry tu?

Powered by Blogger.