Follow if you like

Jul 12, 2012

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES


Assalamualaikum..
Selamat malam, dah nak tidur ke?
Jangan lah tidur lagi, jomlah kita makan brownies dulu.. sambil lepak-lepak depan TV.
Wo wo wo sedap wooo.. brownies ni.. rugi kalau tak jamah, nanti  mesti tidur tak lena.. termimpi-mimpi.. brownies


Serius cakap.. brownies ni memang sedap sangat!!
Rasa coklat dia.. sangat mewah, fuh! terasa melekat di anak tekak ni..
Seakan ia menari-nari dan berjoget-joget dalam mulut ni.. 
Sepotong-sepotong kepingan brownies ni di ngap! alamak.. macam tak mau berhenti menikmati rasa coklat yang lazat dan kerangupan permukaan brownies yang chewy.. aduh..!! lazat tak terkata..


Pada pengemar-pengemar coklat pasti anda tidak sanggup melihat ita menghabiskan ianya berseorangan kan???
Jadi apa tunggu lagi..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Wani Sesedap Rasa
Rujukan : Yatie

Ingredients

(A)
- to be melted
  • 250 grams butter - cut into cubes
  • 400 grams chocolate - cut into cubes or grate them
(B)
  • 5 large (i used A sized) eggs
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 1 tablespoon chocolate emulco
  • 290 grams brown sugar
(C) - to be sifted together
  • 90 grams all-purpose flour (i used Hong Kong Flour)
  • 50 grams cocoa powder
  • 100 grams nuts (it's optional. toast them first and mix them with flour and cocoa powder)
Instructions
  1. Preheat the oven to 160C. prepare a 9x12 inch baking tin with parchment or paper. set aside.
  2. Double boil the butter and cooking chocolate. or u may also place them in microwave for 30 seconds. after that, take it out from microwave and stir until they are completely melted. set aside, let it cool
  3. In another bowl, beat the eggs, vanilla essence, chocolate emulco and brown sugar using whisk. whisk them together until sugar is ressolved.
  4. Combine the (A) ingredients and (B). stir them well. quickly proceed to step no. 5 as this mixture easily get harden that will cause you a little bit difficult to fold in the flour.
  5. Gradually add the (C) ingredients into the (A) and (B) mixture. this time, use your wooden or plastic spatula to fold in the flour. avoid overmixing the ingredients in this step.
  6. Spoon over the batter into the baking tin, spread them well.
  7. Bake at 160C for 45 minutes or until skewer inserted comes out clean.
  8. Take it out from the oven, let it cool for 10 minutes. quickly cut the brownie into pieces. notice that this type of brownie can get harden easily. once it is cooled, it'll be difficult for you to cut them.


Kenapa??? 
Tak faham dalam Bahasa Inggeris, jangan risau.. ita dah terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, supaya semua dapat mencuba dan merasa kesedapan brownies ni..
Lepas tu nak nak buat door gift ke.. nak mulakan perniagaan ke.. terpulang.. yang pasti kena cuba! 


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga kepada penyumbang resepi. Maaf ye ita tak dapat buka link penyumbang resepi yang sebenar. Ita ucapkan terima kasih pada Wani yang telah mewar-warkan tentang kesedapan brownies ni dan sudi kongsikan untuk kita semua. Terima kasih ita juga kepada Yatie yang tak pernah tutup pintu dapur rumahnya untuk ita selongkar dan mencari resepi yang terbaik dari dapur beliau.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain Along Roz dan Dr. Inahar's yang juga telah turut sama sama mencuba !
Kepada yang lain apa tunggu lagi..

Tak kan tengok aje.. tak nak rasa ke??

52 comments:

khairiah khaizu said...

nak sikit, simpankan utk brbuka bsk....huhu, nk rasa jauh le pulak, tak pe la ita....tengok je la....majuk....sob sob

Bicara Kak Noor said...

Assalamulaikum Ita..kak Noor belum tido ni dok tunggu brownies Ita muncul tapi sayang hanya dpaat tengok je brownies yang sedap tu,nak kena buat lah bahan2 nya simple je tapi cantik lah brownies tu pasti membuka selera anak2 ni..

CT Delima said...

AS'salam Ita

Ct tak tido lagi ni, ada ni tengah belek2 resipi sambil cari idea nak buat entri juga pun ya hehehe.

malam2 tak boleh makan coklat2 dah gosok gigi ada kang esok bangun penuh semut dalam mulut hehehe. ct suka bab2 brownies ni dah banyak simpan resipi tapi tak buat2 lagi, biasalah list panjang siapa cepat didulukan. simpan tuk ct esoklah ya :)

AiDa said...

salam kak ita..heheh...berpusing2 anak mata baca english resepi kat atas nun...bila scroll bawah...laaa ade translate lerrr..hihihi....pasti mau cuba sis...;)

norhanim md zain said...

Assalam ita..

apa khabar ita..aduss..emm..tertarik menarik diriku dah terpikat nie.....sedapnya..:)))

ummiaisyah said...

powernya ayat2 cinta k ita ni...tak sabo nk cuba!

Nur-nba said...

Salam Kak Ita.. Semalam baru tengok kat dapur Kak Yatie.. Hari ni akak dah buat.. Penangan brownies.. :D

Memang menggoda gambar2 akak ni.. Apatah lagi kalau diri sendiri dapat merasa.. Tentu nikmat tak terkata.. :)

Yatie said...

Haaaaahhhh kan dah kata, apa2 menu bila ditangan Ita pasti jadi luar biasa...cantik je rupanya...Yatie main buat je, tu pun anak2 dah tak sabar nak merasa...tapi mmng sedap betukan Ita..ni pun Seri dah suruh buat lagi, mmng kenalah namanya CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES...mmng betul2 yummyyyyyylah..btw tq sudi selongkar dapur Yatie yg sempoi tuuuu..lenkali kalau dtng bawak sebiji kek tawwww buat pengeras..hah3..jngn serik, dtnglah lagi...ekekekeke..

aleya said...

salam kak ita..1st time dropby kat blog akak..yumyum..trliur tgk..sy nk tny..kalo xde coklat emulco xpe ke? ke rse je xsame nnt?

Norlela Sulaiman said...

salam ita....slmt mlm:) wahhh!! mlm2 post brownies...huhuu....mmg nmpk yummyyyy!! insyaallah nk cuba lh nti. tqsm ita..

Shiela said...

Assalam ita.. adoyyaii.. terliur sungguh nengok brownies ni.. :)

Shaz said...

Sedapnya bau brownies ni yg sedang dok bakar dalam oven...tergoda sungguh dengan ayat2 manis cik puan ita..ambo buat projek membrownies pepagi subuh. tq sbb sudi kongsi resepi. ..mintak izin share kat my fb ye..

zila norazila said...

akk nampak sedap la..pepagi nengok lg la tergudaa..:) boleh keep resepi nie:)

Amie said...

Mmmmm yummy! Terpejam mata seketika... nak rasa sekeping ye Ita! Tentu sedap sangat ni!

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

MMmmmm...so yum!! can't resist this...

rass said...

salam..pn ita punya resipi mmg tak menghampakan.. saya cuba pasti jadi..t.kasih byk2

FnF Simple Life said...

Asslm kak Ita... lama dah simpan resepi nih tak terbuat2 jugak... baca blog rakan2 yang dah mencuba masing2 puas hati dan kata sedap brownies ni... InsyAllah akan dicuba juga nnt

rahel said...

Salam Kak Azlita...
Rahel tak nak tengok je klu brownies dah ada depan mata...nak brownies yg akak bawak dalam dulang tu..huhu..

inahar ali said...

salam rindu ita..waduh terliur tgk bronis cekelat yg sgt chewy gooey tu kan..x tahan sehhh..nmpak gaya kena wat sendiri la nih sbb nk kenen ita punyer mcm x cukup..hehe!!

Mas Sani said...

assalam kak ita....mas bace ni smbil telan air liur kalo dpt mkn lagilh kan....mmg x terkatelh kesedapannya tu...alahai napelh time nie plak mas punya pemutar kek rosak huhuhuhu

ilahjy said...

salam dek ita.. wah ada kelainan photo shot kali nieee....suraman yg menarik....lagi la kak ilah tak reti mak menembak mcm nie..huhu

JUICY CAFE said...

as-salam sis..
terliur tgk brownies nih, izinkan i share resepi ya sis n share di blog ya..
salam ramadhan buat sis dan keluarga..semoga kita sama2 dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna..

yat said...

salam kak ita..tahniah sbb semua gambar2 dan resepi2 kak ita mmg membuatkan jiwa ini meronta nak buat..ekekkek...tp serius mmg gambar2 yg kak ita shoot semua cantik2..dan resepi ni mmg ternyata sedap sbb saya dah hampir 3 thn menjalankan bisnes menjual brownies menggunakan resepi ni..semua customer yat sgt menyukainya..dan semua kata mmg terbaik..resepi asal yat ambik dlm fotopages kak rin (rinnchan.fotopages).semoga kak ita lebih sukses lagi akan datang.

-<@ * Liana * @>- said...

As Salam kak intannnn!!! Wah..tak kire..tak kire nak kene cuba gak resipi brownies ni. Dah betul2 tingin nih. Nampak orang lain wat brownies panggilan chewy brownis ni jeles je tengok. Dah dapat resipi ni kene wat...huhu...tima kasih sebab share recipe :-)

-<@ * Liana * @>- said...

As salam kak intan. Saya dah cuba resipi ni. Memang senang sangat. Bahan2 pun sumer ada kat umah. Tak guna mixer langsung. Tu yg saya suka tu. Sedap sangat especially baru masak suam2 tu kan rasa nikmat je.

balqisnina said...

salam kak ita, chocolate tu kne pkai cooking chocolate ke?

balqisnina said...
This comment has been removed by the author.
Rozaimah Abdul Razak said...

Tgh tunggu brownies masak..tq for the recipe..

MeLL MeRah said...

Akak saya dah buat brownies ni...kawan kawan semua puji sangat sedap..tapi saya lupa nak tangkap gambar...hehehehe...nnt saya nak buat lagi...terima kasih yea akak...

Nurul Wahidah said...

chocolate emulco tu mcm mne ye?

-<@ * Liana * @>- said...

Sis Nurul Wahidah, choc emulco tu macam choc paste. Kat kedai bakeri pun ada jual n kat supermarket bahagian bakeri pun ada :-)

nadiya zakariah said...

Kak..saya baru buat tadi...masya Allah sedap gileeeee..sume family members puji...mmg resepi ni terbaik..akan ku simpan selama lamanya..hehehe..sy guna cooking choc- dark choc..thanx for sharing an excellent recipes :)

Azean Ahmad said...

Assalammualaikum..saya mohon share yer kak..mengidam lak nak makan benda ni dari dulu lagik..beli kat SR tak muai..jadi nak try dari resepi yang akak bagi ni yer..tq kak

Azean Ahmad said...

salam kak, saya nak share yer nak try buat sendiri..mengidam lama dah ni..tq kak

nejin ziyadh said...

Kak ita kite dah try buat mase pi piknik ngan bff ngan anak2 sekali...masyaAllah mmg sedap sgt .smp kawan2 sume dok teringat2 smp skang..hihi tq kak ita sbb share resepi ni...mmg simpan smp mati hihi

UMMU MUHAMMAD said...

suka tengok gambar2 yg akak ambil..mcm pro je..kreatif lagi..satu lagi saya suka sudu garfu akak nampak antik sgt..tembaga kan?..periuk belanga akak pun saya suka..pendek kata..saya suka semualah kat blog akak ni..muga sukses sokmo..

Rozie said...

tkasih azlita..akak share ye..

Rozie said...

tkasih azlita..akak share ye

nazia said...

Assalammualaikum Kak... Nak tanye if I dont hv baking pan 9x12, can i use 10x10? Will i need to bake like 1.5 of the recipe

nur syafiqah salsabila said...

Cantiknya gmbr, brownies, props smua! Saya guna ya resipi ni kak ita :) tq

Achik Feeza Mirza said...

Terliur tgk brownies tu....minta izin ye guna resepi ni...cuma nak tahu white coklate tu letak sebelum bakar ke selepas?

-<@ * Liana * @>- said...

Alhamdulillah, hasil resipi brownies yang dishare oleh Kak Ita kini menjadi pilihan saya. Brownies ni saya kurangkan gula jadi 250gm. Sedang elok manis dia. Dan menggunakan loyang 10". Just nice tinggi dia. Sedap dan lembut. Suka bila dah masak atas dia macam keping2 tu :-)

desperidine said...

assalam mcm mane nk buat hiasan degan white choc tu eh?

rossaAzizi said...

Assalam...terima kasih kak semoga allah membalas segala kebaikan akak kerana sudi memberi ilmu masakan kepada kami semua.sy dh cuba resepi ni..mmg digemari family saya.....sekali ptg je habis seloyang brownies ni...hehehe anak perempuan saya terus suruh masakkan lagi.

miss mimpi said...

salam akak..kala nk gntikan brown sugar tu dgn gula putih biasa nk kena kurangkn sket ke?

-<@ * Liana * @>- said...

Sis Miss mimpi, kalau boleh jangan gantikan dengan gula putih. Beza rasa dia. Brown sugar lagi sedap. Tapi macam saya, brown sugar tu saya kurangkan jadi 250gm. Just nice rasa dia tak manis sangat. :-)

Amy Diana said...

terima kasih kak ita ..saya dah cuba resepi ini memang sedap..mohon share ya kak ..

DilaSamah said...

nak tahu macam mana sis ita corakkan pakai coklat putih tu?... kalau ade gambar lagi best :D...

sya said...

Salam...kak, nak tanya..if guna tepung biasa nak kena letak serbuk penaik tak?

Scha Aishah said...

Salam. Kak. Sy penah cuba resepi mcm ni, tp brownies sy tak jd. Sy substitute gula perang dgn gula putih, affect kaa? Dia jd berminyakk sangat sangat. Berkawah minyak tu pun. Harap kak dpt mmbntu. 😂

kak eila said...

Salam perkenalan, sy suka singgah blog masam manis ni...lagi2 kalau buntu nak masak apa..

Tgok brownies chewy ,,, terliuq nah..memang kena cuba ni...


Farien said...

Dah cuba & try banyak kali..

Siap kawan puji mcm tgh mkn kek brownies indon punye coz sodap!

Menjadi resepi memikat suami juga! suami saya le... hehe

TQ!

fyi, dah 7,8 kali saya buat & menjadi... cuma saya kurangkan gula coz suami xsuka manis.... =)

Powered by Blogger.