Follow if you like

Jun 22, 2012

Makkah Al Mukaramah

Cuaca di Mekah lebih panas dari Madinah. Jika di Madinah suhunya 42C, suhu di Mekah sekitar 49C~52C. Pada waktu malam pula suhunya 37C dan waktu subuh suhu sekitar 34C bersamaan dengan suhu di Malaysia pada waktu tengahari.

Keadaan cuaca yang panas terik dan udara yang bahang membuatkan tekak terasa cepat kering. Kepanasannya hingga terasa ke kerongkong. Para jemaah sentiasa di suruh meminum air yang banyak. Alhamdulillah, walaupun cuaca yang panas, para jemaah masih lagi dapat melakukan ibadah dengan sempurna.

Mekah ~ gambar dari google
Makkah

Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah Al-Mukarramah. Kota Makkah terletak 600km dari kota Madinah dan lebih 200km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. Kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Kota Mekah sekarang ini merupakan satu-satunya tempat yang pertama didiami manusia di muka bumi ini. Nabi Allah Adam, selepas bertemu isterinya, Hawa telah menetap di Mekah sehinggalah waafat ketika berumur lebih dari 900 tahun.

Ketika Nabi Allah Adam mula tiba di Mekah, baginda telah berdoa kepada Allah supaya dilindungi dari ganguan syaitan. baginda tidak mahu peristiwa di Syurga, berulang semula. Allah telah memperkenankan doa Nabi Adam, lalu mengutuskan beberapa malaikat untuk mengepung semua pintu masuk ke Kota Mekah bagi mencegah syaitan daripada memasukinya. Menurut satu riwayat bahawa kawasan yang dikepong oleh malaikat tersebut dijadikan kawasan Tanah Haram Mekah sekarang.

Ketika Nabi Allah Adam Wafat, baginda telah meninggalkan kira-kira 40,000 zuriat. Selepas wafatnya Nabi Allah Adam, kepimpinan Mekah telah diambil alih oleh anaknya, Nabi Allah Seth, Nabi Idris dan seterusnya sampailah ke Nabi Allah Nuh. Di zaman Nabi Nuh, manusia banyak melakukan maksiat dan mereka enggan untuk menerima ajaran yang dibawa oleh baginda. Allah menurunkan azab dengan menenggelamkan seluruh muka bumi ini. Semua manusia mati kecuali Nabi Nuh bersama 86 orang pengikutnya yang setia iaitu, 43 lelaki dan 43 perempuan. Daripada keturunan mereka inilah lahirnya manusia di alam sekarang ini.

Mekah dilanda banjir pada tahun 1941 ~ gambar dari google
Selepas banjir besar, Kota Mekah kembali sunyi tanpa penghuni sehinggalah tibanya Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti hajar dan anak nya Nabi Ismail.

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.

Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. 

"Dan kami kirim kepada mereka burung ababil. melontari mereka dengan butiran batu kecila panas, yangmenjadikan tubuh mereka berlubang-lubang seperti daun dimakan ulat"
~ Surah Al Fiil 105: 3-5

Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.

Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Peristiwa itu dinamakan sebagai Pembukaan Kota Makkah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam. Sejak itu Kota Mekah berkembang dan penduduknya juga bertambah ramai sehinggalah sekarang.

Kaabah ~ gambar dari google
Masjidil Haram

Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.
Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.
Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.
Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.
Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.
Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.

Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sai dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.

Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini. Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan bab al-Umrah dan bab al-Malik.

Kini, di bawah pentadbiran Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram.
Projek terbaru yang di laksanakan Baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersai) daripada 2 lorong kepada 4 lorong.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam.

Semasa ita sampai ianya telah pun siap, di tingkat bawah pula berhawa dingin. Ianya amat memudahkan para jemaah yang uzur dan kurang upaya melakukan sai, tidaklah terpaksa bersesak-sesak disini.

gambar dari google

Menara

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.
Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dari Mesir.
Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.
Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.
Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah.
Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.
Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa.
Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Bab As-Safa.
Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Terdapat di Dalam Kawasan Masjidil Haram

Maqom Ibrahim ~ gambar dari google
Maqam Ibrahim

Maqam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakkan orang. Maqam Ibrahim adalah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membangun Ka’bah. Letak Maqom Ibrahim ini tidak jauh, hanya sekitar 3 meter dari Ka’bah dan terletak di sebelah timur Ka’bah.

Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim  berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi, di sekeliling batu Maqom Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Hajarul Aswad ~ gambar dari google

Hajarul Aswad 

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda :

" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " .
Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail ~ gambar dari google
Hijir Ismail

Hijir Ismail  merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter  terbuka, berbentuk setengah lingkaran dan terletak disebelah sisi barat Kaabah. Panjang Hijir Ismail sekitar 7 meter dari tembok Kaabah sampai lengkungan setengah lingkkaran. Dinamakan Hijir Ismail kerana ia merupakan tempat berteduh Nabi Ismail AS dan ibunya Siti Hajar. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah SAW memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata

 " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Jika anda ingin bersolat di dalam Kaabah, cukuplah bersolat di Hijir Ismail sepertimana sabda Rasulullah SAW.
Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.

Al Multazam ~ gambar dari google
Multazam

Multazam  adalah tempat di antara Pintu Ka’bah dan Rukun Hajar Aswad. Secara harfiah Multazam bermakna “tempat yang amat diperlukan”. Tempat inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sebagai tempat yang paling mustajabah untuk berdoa:

Rasulullah saw bersabda,
Multazam adalah tempat doa yang mustajab (terkabul), tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul doanya.”

Rasulullah saw sendiri kalau sampai di tempat ini langsung memanjatkan doa. Dalam Kitab Akhbar Makkah, diterangkan ketika Nabi Adam as selesai melakukan tawaf, langsung dia salat dua rakaat di depan pintu Ka’bah, kemudian berdiri di Multazam dan berdoa. 

“Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segala apa yang aku rahasiakan dan segala apa yang aku lakukan secara nyata, terimalah pengaduanku. Engkau Maha Mengetahui apayang ada dalam jiwaku dan segala apa yang ada padaku, ampunilah dosa-dosaku. Engkau Maha Mengetahui apa yang aku perlukan, berikanlah kepadaku apa yang aku minta. Ya Allah, aku mohon kepada-mu iman yang memenuhi hati dan keyakinan yang mantap benar sehingga menyadarkan aku bahwa tidak ada yang mencelakakanku kecuali apa yang telah Engkau pastikan untukku, dan menyadarkan aku sehingga aku rela atas apa yang Engkau tetapkan untukku”. 

Setelah berdoa seperti di atas, Allah SWT menurunkan wahyu kepadanya yang ertinya : 

“Wahai Adam, kau telah berdoa dengan beberapa permintaan, aku penuhi semua permintaan itu. Dan siapapun dari anak-anakmu yang berdoa dengan doamu itu, pasti aku hilangkan keresahan dan kesedihannya, dan Aku kembalikan apa yang hilang dari padanya, dan Aku cabut dari hatinya perasaan miskin, dan aku jadikan kaya ia dalam kenyataan, dan aku sukseskan perdagangan untuknya dari belakang dunia perdagangan, sehingga kekayaan dunia berdatangan kepadanya walaupun tanpa ia kehendaki”.  

Berdoalah dengan tuhanMu nescaya ia akan kabulkan permintaan mu kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Saat bermunajat di depan Multazam ini, jarang orang tidak meneteskan air mata di sini, terharu karena kebesaran Ilahi.

Air Zam Zam

Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam. Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ".
Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Nabi saw menambahkan:  
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. 
HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas

Rasulullah SAW pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah SAW untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Adab meminum air zam-zam 
Ibnu Abbas menjelaskan: 
 "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah)"
Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: 
"Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." 
~Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah

Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." 
~Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Bekas air zam-zam yang disediakan di dalam Masjid untuk kemudahan jemaah ~ gambar dari google

Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidil_Haram
http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2012/02/kelebihan-dan-keajaiban-air-zam-zam.html
http://personasencilla.blogspot.com/2010/06/air-zam-zam.html
http://arminarekasurabaya.wordpress.com/2011/12/05/multazam-tempat-mustajab-berdoa-di-masjidil-haram/




9 comments:

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Ita,
info yg amat baik sekali, bila la masa nya sy juga akan smpi ke sana....

ogyep yummy mellow said...

Salam Kak Ita,
SubhanAllah... besarnya kuasa Allah kan... membaca coretan Kak Ita aje.. hati ini dah terusik.. air mata dah mula bergenang.. InshaAllah, dipermudahkan jua niat dan usaha ogyep ingin ke sana..

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita
maaf banyak2 kalau soalan hanim ni menggangu kak ita. Kak ita tau tak resepi compund cake. hanim beli kat giant. kek tu gebu & padat.

Sari Yusa Ibrahim said...

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian Kak Ita..

FnF Simple Life said...

Asslm kak Ita...terima kasih atas perkongsian... ingin sgt menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

Liza said...

salam kak ita, best baca info2 dr akk...semoga Liza pun akan sampai ke sana nnt...insyaallah

Ummi said...

Semoga impian akak akan tercapai jua...sayu dan bahagianya menatap Baitullah..

zuwaidah said...

seronok membaca coretan kali ni.

AbbotCottage said...

Memang Kebesaran Allah SWT tiada tandingannya.
Sedap tgk bekas air zamn-zam dalam Masjidil Haram tu, bila teguk sejuk sungguh rasa tekak, hilang haus, nyaman...tak pernah ada nikmat mcm tu sebelum merasa sendiri air zam-zam masa kat sana..

Powered by Blogger.