Follow if you like

Jun 20, 2012

Air mata di Baitullah..

Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa selama 6~7 jam, melalui jalan darat. Kami menaiki 5 buah bas yang di sewa khas oleh pihak travel agensi. Ita menaiki bas A yang diketuai oleh Ustaz Zulkifly sebagai muktawif.
Ustaz Zul, seorang yang sangat peramah, lucu dan sangat manis senyumannya. Ini yang membuatkan para jemaah mudah mesra dan tidak terasa kekok atau jangal. Kami terasa solah-olah berada didalam satu keluarga yang besar.
Setiap penerangan diberikan dengan cara teperinci oleh Ustaz Zul, lebih-lebih lagi kepada para jemaah yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah.
Sepanjang perjalan Ustaz sentiasa bercerita, kisah Nabi SAW, keagunganNya, tempat-tempat bersejarah para Anbia dan pantang larang sewaktu kita berada dalam ihram dan  adap sewaktu berada di tanah haram.
Celoteh Ustaz Zul dengan lawak dan tuturkatanya yang sopan sentiasa membuatkan para jemaah tidak kering gusi, dan cukup terhibur hingga terlupa kenangan di tanah air.

Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah kita di sajikan dengan pemandangan, gunung ganag dan bukit bukau dari batu yang pejal. Padang pasir yang kering dan kontang. Terik mentari yang memancar dan debu pasir yang berterbangan ditiup angin. Keadaan ini memang cukup menginsafkan. Ita terbayang dan terkenang penghijrahan Nabi bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah. Ya Allah, bertapa besar keagungan Mu.. Betapa luhur hati kekasihMu.. berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan menyeru sekalian umat untuk mengesakan Allah SWT.
Tanpa disedari kelopak air mata ini digenangi air.. sebutir, demi sebutir mutiara jernih membasahi pipi..

Kenangan di Madinah masih lagi terbawa-bawa dalam kotak ingatan.. sayu hati meninggalkan bumi Madinah masih lagi berlegar-legar. Entah kenapa ingatan ita tak dapat melupakan kota Madinah, seolah ia mengamit memori yang sukar untuk dilupakan..

Namun ita pasti, kunjungan ita ke Mekah juga pasti dibuai satu pengalaman dan kenangan yang terindah. Terasa tak sabar untuk sampai ke Baitiullah, namun hati seakan bergetar dan jantung seakan berdegup kencang.. Ya Allah, semoga Kau menerima aku sebagai salah seorang tetamuMu.. Mudahkan urusanku di sini, dan ringankanlah dugaan buat ku..

Sebelum meneruskan perjalanan kami singah di Masjid Bair Ali. Kami berhenti di Masjid Miqat Bir Ali untuk melafazkan niat untuk umrah. Jemaah yang berumrah dari Madinah ke Mekkah akan melafazkan niat disini.  Bir Ali atau lazimnya dipanggil Abyar Ali bermakna telaga yang banyak di dalam bahasa Arab. Disinilah Rasulullah SAW pernah melafazkan miqat (lafaz niat umrah) di bawah sepohon kayu dan tempat ini telah dibuat Masjid iaitu Masjid Bir Ali.

Masjid Bir Ali ~ gambar dari google
Letaknya Masjid Bir Ali, sekitar 15 minit perjalanan dari Madinah. Orang Madinah yang ingin  berumrah dan berhaji harus mengambil miqat (niat) di masjid ini sesuai dengan apa yang telah dilakukan Rasulullah SAW.

Jemaah laki-laki memakai ihram disini. Jika ada yang telah memakai ihram dari Hotel, mereka hanya perlu mengambil wuduk dan melakukan solat sunat 2 rakaat, serta berniat. Bagi jemaah wanita pula, kami di minta niat bersyarat. Bermulalah kami berada didalam ihram dan sentiasa mengawasi pergerakkan supaya tidak melangar pantang larang di dalam ihram.

Kami tidak berhenti lama di sini, sekitar 20 minit sahaja masa yang diberikan. Ita juga tidak dapat merakamkan gambar kerana telah berada dalam ihram yang tidak digalakkan melakukan perbuatan yang sia-sia. Masa itu, kotak ingatan ita hanya tertumpu ke Baitullah..
Pada pengamatan ita, masjid ini sangat cantik dan bersih. Walaupun ita tidak dapat menerokai keseluruhan Masjid, tapi ita telah dapat rasakan ianya mempunyai keunikan tersendiri dan tersimpan satu kesan sejarah yang tak mungkin dilupakan.

Kemudian kami meneruskan semula perjalanan menuju ke Mekah.
Sepanjang perjalanan kami di sunatkan bertalbiah. Sayu rasa hati bila  bait-bait talbiah dilantunkan..


Terasa sungguh kerdilnya diri ini. Ya Allah, aku terasa malu untuk mengadapMu.. SudikahKau menerima aku sebagai tetamu Mu Ya Allah.. Sudikah kau mengampunkan dosa yang ku galas ini.. Ya Allah ampunkanlah dosa ku, biarlah ianya sebesar zahrah.. sekalipun. .kerana hanya Engkau yang maha pemurah lagi maha pengampun... air mata ini tertumpah lagi.. entah bila ianya akan kering mengalir..

Rombongan kami sampai di Mekah Al-Mukaramah sekitar jam sebelas malam setelah mengharungi 7 jam perjalanan. Selepas meletakkan barang keperluan, kami diminta berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Baitullah.
Pada saat ini, terasa dada ita berdegup kencang. Tumpuan hanya terarah ke pada Baitullah. Inilah perjalanan yang paling sukar ita rasakan sepanjang hidup ini. Ya Allah.. kau berilah aku keizinan untuk sujut di Baitullah..
Sepanjang kaki melangkah, ita terasa dada ita berombak kencang, terasa denyutan jantung lebih laju dari kaki yang melangkah..
Semua jemaah membisu seribu bahasa, masing-masing melayan perasaan masing-masing..
Sewaktu kaki ini melangkah ke dalam Masjid melalui pintu King Abdul Aziz, debaran semakin memuncak, ita cuba menahan dengar beristifar, sepanjang melangkah ita hanya tunduk ke bumi.. hanya satu yang ita ingat.. Ya Allah terimalah aku sebagai tetamuMu ya Allah..

Bila kaki ini berhenti melangkah, ita terus mendongak ke hadapan.... Kaabah tersergam indah di hadapan ita,  Ya Allah... lemah terasa kaki ini.. Ya Allah kau terima juga aku sebagai tetamu mu ya Allah..  air mata ini terus laju turun membasahi pipi, ita tak dapat menahan sedu sedan..  sunguh besar nikmat yang Allah berikan.. hingga kadang kala ita terlupa untuk bersyukur... Ya Allah ampunkan lah aku.. aku hambamu yang hina.. datang sujut kepadamu ya Allah.. dan kau terimalah taubatku...

Impian yang telah bertahun-tahun ita simpan.. Kini ita berada di hadapan Kaabah. Hanya rasa kesyukuran yang dapat ita lontarkan.



Keindahan Kaabah dan Masjidil haram tidak dapat ita gambarkan dengan kata-kata. Cahaya yang meneranginya seakan kita tidak sedar akan siang dan malam. Masjidil haram seakan satu pesta meraikan tetamu Allah, sehingga siang dan malamnya adalah sama, Kabbah tidak pernah sunyi dari kunjungan hamba Allah yang bertawaf mengelilinginya.

Mata ita tertumpu hanya kepada Kaabah, seakan ita tidak mahu mengalihkan pandangan ke arah lain. Melihat kabah seakan ita terbayang akan kelalaian yang ita sering lakukan di dunia..  ya Allah sunguh besar rahmatmu, mengkabulkan doaku saban waktu.. kau terimalah taubatku ya Allah..

Hingga saat ita menaip bait-bait ayat ini hati ita tetap meruntum merindui Baitullah. Air mata ini masih terus mengalir..








18 comments:

lina said...

SubanAllah the beauty of Rasulullah s.a.w....

Neynaa said...

Tahniah Ita kerana mendapat jemputan menjadi tetamu Allah, semoga dipermudahkan untuk mendapat lambaian haji pula :-)

Nur-nba said...

Salam.. Kak Azlita, bukan air mata akak sahaja yang mengalir, Nur juga berlinangan air mata Nur sebaik sahaja selesai membaca catatan perjalanan akak di sana.. Sungguh tersentuh hati ini.. Akak memang pandai mengarang, dan itu telah terbukti..

Semoga semua amalan kita akan diterima oleh Allah dan semoga Allah mengampuni semua dosa2 yang pernah kita lakukan.. Bila berada di depan Kaabah, terasa diri ini begitu kerdil dan sangat bersyukur dengan rahmatNya selama kita hidup du dunia ini.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Tak sabar nak membaca entri akak lagi.

.........cP~ said...

Salam.

Impian semua orang. Suatu hari nanti.

Fazlinil Irma said...

bila kak ita cerita, sy tumpang teringat pertama kali nampak kaabah.
sungguh x dapat nak digambarkan dgn kata2. hanya mulut tak henti ucap syukur pdNYA.

masih teringat2 kenangan solat depan kaabah di pg yg hening. terasa dkt dgn Dia.

mmg pengalaman yg x dpt dilupakan bg mereka yg sudah merasai.

norhanim md zain said...

Assalamualaikum Ita..sekali menjejak kaki di Mekah rindu...yg teramat sangat sentiasa bermain di kotak fikiran..masih segar diingatan kak hanim UMRAH 2001 bersama ibu dan arwah Along...:((

Lelord said...

wpun dh dok kat middle east ni hampir 2 tahun lom sampai lg ke sana..insyaallah mmg akan kesana gak

Suliana said...

as salam kak ita, terasa diri ini terbuai2 dengan penulisan kak ita. syahdu dan rasa meremang bulu roma. doakan rezeki su ke sana juga ..

RieRien said...

Salam, membaca pengalaman Ita..saya pun syahdu...terus hujan dan hujan ..betul betul menyentuh perasaan...Thanks for sharing your miracle experienced..

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita sygg...tersentuh hati QH ni bile baca n3 ni...jiwa QH pon jadi mlonjak2 utk turut sma ke sna...InsyaAllah ade rezki nk ke sna jugak nti...

AbbotCottage said...

Assalamualaikum
Kak ita membuatkan hati saya menggamit kerinduan yang tak terkata untuk kembali ke sana.
Laju je air mata bila membaca...

CT Delima said...

As'salam Ita

terasa sayu dan sebak berlinangan airmata dikala menitipkan coretan Ita ini. Rasa seakan CT pula yang berada disana, membayangkan situasi ketika kaki melangkan kedalam melihat Kaabah..Ya Allah sayu rasa hati...

mudah2an CT dapat juga kesana satu hari nanti Insya'Allah.

zuwaidah said...

sayu membaca coretan ini.

Ijiyu said...

sangat tersentuh membaca post ni kak...terasa seperti saya yang berada di sana...bertuahnya akak dah sampai..semoga Allah perkenankan segala hajat..ameen.

Faeiyz said...

Asalammualaikum kak ita, salam perkenalan...
Mengalir airmata bila baca coretan akak hari ni. Rindunya nak kembali lagi mengunjungi baitullah...

Faeiyz said...

Assalammualaikum kak ita...salam perkenalan
Mengalir airmata baca coretan akak kali ni. Rindunya nak kembali lagi mengunjungi baitullah....

Faeiyz said...

Assalammualaikum kak ita...salam perkenalan

lelakiterindah said...

ALLAHUAKBAR...semoga zac juga dapat diterima sebagai tetamuNya satu hari nanti...terima kasih akak atas catatan yg sungguh indah ini

Powered by Blogger.