Follow if you like

May 13, 2012

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum


IBU adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: Ya.
Lalu Rasulullah bersabda:
     “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” 

Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]


Selamat Hari Ibu buat ibuku Saadiah @ Saemah Hj Hassan. 
Juga ucapan selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu.. 
Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu cukup besar.. dan tak ternilai harganya..



11 comments:

mama sara nur said...

assalam
selamat hari ibu utk kak Azlita

ogyep yummy mellow said...

Happy MOthers Day to Kak Ita & all mothers in d world

Papa Mifz said...

selamat hari ibu utk Kak Lita...semoga menjadi ibu contoh buat anak2...amin...:)

cikgu su said...

Sama manis kak ita ngn mak!
Selamat Hari Ibu kak...

Bicara Kak Noor said...

happy mothers day utk Ita and ur mom jugak ya..

aleen aiden said...

selamat hari ibu untuk akak.. :)

ibh_sue said...

Aslmkum kak ita.
Selamat hari ibu kak. :))

Mat Gebu said...

Selamat hari ibu juga untuk puan dan bonda puan...

mashitah said...

selamat hari ibu...segala pengorbanannya amat besar terhadap kita....selagi ibu hidup inilah masa untuk kita membalas jasa ibu....

ok said...

selamat hari ibu semoga moga ibu semua boleh jadi ibu yang solehah

rahel said...

Selamat hari ibu buat Kak Azlita dan semua yg bergelar ibu...

Powered by Blogger.