iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, May 3, 2012

PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT

Assalamualaikum...


Bila dah lama bercuti, pastilah nak memulakan rutin harian terasa aduyaiiii...
Apa kahabar semua? harap-harap sihat dan ceria menjalani kehidupan sehari-harian.
Lama ita tak bersiaran kan..??
Alhamdulillah ita sihat, tapi agak sibuk sikit kebelakangan ini. Disamping menguruskan tugas sehari-hari, ditambah pula anak-anak yang mula exam, ita juga terpaksa menyiapkan beberapa projek yang dah lama tertunda dan tergendala.. ^_^


Bula Mei, pastinya banyak agenda yang berlaku dalam bulan ini. Selain hari buruh, hari  guru dan hari ibu, anak ita Dalili juga menyambut ulang tahunnya pada bulan ini. Apalah pula hadiah yang di minta Dalili pada kali ini??

Tapi kebiasannya anak-anak ita ni tak banyak sangat ragam, tak kisah sangat tentang hadiah.. kalau ada tu adalah.. kalau tak de pon mereka tak kisah.. tapi sebagai ibu yang melahirkan dan atas rasa kasih sayang, ita cuba juga memenuhi permintaan anak-anak asalkan mereka minta yang berfaedah dan yang memang mereka perlukan, insyaallah ita dan suami akan cuba tunaikan..


Bila bercakap pasal hadiah, sebelum ita terlupa, ita ingin merakamkan ucapan terima kasih pada seorang rakan FB yang mengirimkan ita sebuah buku masakan. Alhamdulillah syukur, suka sangat ita bila dapat memiliki buku itu, tambahan pula banyak sangat resepi yang menarik hati dan terasa nak dicuba..

Ita memang peminat buku masakan, apatah lagi bila dapat buku masakan dari luar negara, lagi lah terasa sangat teruja. Ita suka buku dari luar negara ni bukan kerana apa tau! ita suka melihatkan cara mereka merakamkan gambar masakan tu.. Sejak dari dulu lagi setiap kali ita berkunjung ke Kuala Lumpur pasti kedai buku lah tempat ita melepak. Ralit rasanya bila menyelak setiap helaian buku yang mempunyai gambar yang menarik dan food styling yang membuatkan kita berkobar-kobar untuk mencuba dan merasa.


Jutaan terima kasih pada adik Jamilah yang bersusah payah mengirimkan akak hadiah sebagai tanda persahabatan.
Sebenarnya ita segan tau kalau orang bagi ita hadiah. Ita tak mau menyusahkan sesiapa sebenarnya.. Ita berblog sekadar mengisi masa terluang dan melakukan sesuatu yang benar-benar ita minati. Setiap yang ita kongsikan disini adalah untuk perkongsian bersama-sama selain ianya adalah untuk koleksi kesayangan anak-anak.

Alhamdulillah, berblog banyak menemukan ita dengan sahabat-sahabat yang sangat memahami minat ita, yang selalu dan sentiasa memberikan ita sokongan dan kata-kata semangat. Sebenarnya kata-kata semangat dan galakan daripada rakan-rakan lah yang membuatkan ita bertahan dan cuba memperbaiki setiap apa yang akan ita kongsikan. Doakan ita sentiasa sihat ye!


Kita mulakan hari ini dengan dessert OK kan???
Satu lagi koleksi dessert yang ita ambil daripada buku masakan 1 hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza.
Nak cerita sikit pasal dessert ni.. emmmm... pada mereka yang sememangnya pengemar puding atau juga pengemar jagung.. ita rasa anda pasti akan sukakan puding ini. Serius ita katakan puding ini sangat sedap!

Kebetulan ita memang pengemar puding jagung. Bila ita nikmati puding ini.. aduyaiii... terasa terawang-awang alahaiiii... sedapnya tak terkata! nikmat sangat bila dapat menikmati puding yang lembut, lemak manis dan yang paling utama rasa jagung yang cukup memikat selera ita dan keluarga.. seakan sayang untuk menghabiskan cebisan puding di hujung camca...


Ok bagi mereka yang nak mencuba! pertama sekali ita nak bagi tau puding ini tersangat lembut dan agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan potongan yang cantik bila di potong.  Ita rasa lain kali ita kena tambahkan sedikit lagi tepung kastard supaya ianya sedikit keras dan mudah dipotong.. tapi kan sebenarnya rasa lembut macam ni lah sedap kan.. lebih-lebih lagi bila dinikmati bersama buah-buahan coktail.. alamakkk!! terancam sungguh!

Puding ini sedikit manis, bagi mereka yang sentiasa mementingkan kesihatan.. ita nasihatkan supaya sukatan gula itu dikurangkan sedikit..
Tak nak cuba ke??


PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan gula ~ kurangkan jika tidak suka manis
2 sudu makan tepung jagung ~ ita letak 3 sudu
2 sudu makan tepung kastard ~ ita letak 3 sudu
2 sudu makan margerin ~ ita letak butter
secubit garam ~ ita tambah ( kalau guna margerin atau butter bergaram tak payah letak garam)
Biskut keju tawar secukupnya ~ ita guna biskut RITZ
Buah koktail secukupnya

Masukkan semua bahan kecuali margerin, biskut dan buah koktail, kedalam periuk dan masak atas api sederhana.
Sentiasa kacau sehingga adunan kelihatan pekat dan likat.
Masukkan margerin dan kacau lagi hingga adunan berkilat
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Oleskan dengan sedikit butter
Tuangkan sesenduk adunan ke dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan biskut atas lapisan tadi
Tuang semula lapisan kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga adunan habis
Sejukkan dalam peti ais
Hiaskan dengan buah-buah koktail dan sedia untuk dinikmati.






35 comments:

Mas said...

hmm..memang jadi lapar kalau masuk dapur akak ni....
mengeliurkan betoiii nengok puding tu...
cantikk berseri2...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam kak ita,

Wah! sungguh menyelerakan dan mengiurkan saya kak ita.. cucur air liur melihatnya.. tambahan dengan gambar akak memang mengancam itu.. rasa macam nak cuba..

kak ita, nak tanya lah sikit.. bahan2 yang dimasukan semua tu tak termasuk biskut kan, biskut tu hanya disusun saja ye... blur lah sikit :/ hehehe

mashitah said...

sedapnya.....klu dapat makan pagi2 nie kat off.....kak ita deco nya membangkitkan selera...

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Azlita.. :)) wahh mengancam gambar tu.. rasa dah tentulah sedap!

AZLITA AZIZ said...

Alahai mas.. ciannya adik akak ni..
tak pe nanti Mas boleh cuba sebab mudah aje buat dia..
rasa mmg sedap! pada tekak akak dan keluarga.. hihi
sebab kami sekeluarga mmg suka sangat kalau kuih yg letak jagung.. ^_^

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...sedapnye tgk puding biskut tu...resepi lain dr yg lain...nmpk myelerakan...deco2 tu pon dpt mbangkit selera...

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih hayati..

Cubalah yati.. sedap ni.. Resepi kak Liza mmg tak pernah mengecewakan..

ye.. biskut tu untuk lapis aje.. selang seli antara puding

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Mashitah..

Dah tergoda tu.. nampaknya kena lah cuba!

Ilhamkreatif said...

Salam kak Ita...alahaiii...dah terasa d mulut ni...bila baca tentang kesedapan puding ni...iza memang peminat puding jagung,nak-nak dilapis ngan biskut,sesuatu yg baru bagi Iza..sedap ni..nak cubalah,izin ambik resepi yee...

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Ita,
aduh...! pepagi sudah disajikan dgn dezet yg mengancam nih ! mcm terliur je nie....
nmpak sedap n comel je terletak atas piring tu....tangan K.Ita mmg berseni la...:)

Ummi said...

Assalam Ita cayang...ha, lama bercuti duk jenguk2 jgk dapur Ita..tu dia buat dah puding nih...akak pun dah buat masa penutup tahun 2011 dulu, mmg kelessss! Sedap gilosss kaaann... Mcam biasa laaa, cantik jer laa apa2 yg dpt sentuhan jari dan tangan Ita..muaaahhh!

fazian.batrisyia said...

Sy kalau tak terjah blog kak ita, memang tak kena rasanya. Mesti nak tau apa hasil tangan terbaru kak ita. Kak ita ni kalau buat apa pun setakat ini memang & pasti sy terpikat...

Myra Jay said...

Sedapnyer... Tergoda tengok..
Bila la nak buat nieh :)

chocolycious2u said...

Minggu ni hari2 buka blog akak..lame akak xupdate..rindu :)Thanks for sharing the recipes..Semoga akak dirahmati Allah selalu

Mama Mirza said...

just nak bgtau jer.. since arinih baru online slps lama cuti... saya siap beli majalah saji tuh.. sbb ada gambar akak.. hehe.. :)

My Gorgeous Bunch said...

uihhhh... tgk jerk dh sedap...

Azwana said...

Salam Kak Ita.... selain guna biskut yg Kak Ita cakap tu..... boleh tak guna biskut lain... mcm cream cracker ke..... kalau kita makan tu, biskutnya masih rangup lagi ke......

Azwana said...

Salam Kak Ita.... selain guna biskut yg Kak Ita cakap tu..... boleh tak guna biskut lain... mcm cream cracker ke..... kalau kita makan tu, biskutnya masih rangup lagi ke......

Cik Puan Izan❤ said...

sayangnyanak mkn puding tu...cantik sungguh... w/pun kata susah nak potong tp kak ita potong cantik jer...

p/s: tak jemu jengok blok akak hari2...byk info menarik... ^__^

Azwana said...

salam Kak Ita..... bestnya nmpk puding nie.. nak tanya sikit... boleh x guna biskut cream cracker ke....

norhanim md zain said...

As salam ita..rindu bebenor menanti N3 baru dari Ita..bila pepagi ternampak dessert ni hilang penantian ini..cantik..dan terbaikkk...jangan cuti lama lama ye..pas ni...he he he thanks for sharing the resepi..

Bicara Kak Noor said...

salam Ita,amboii dessert yg ngancam rupa dan pastinya rasa pun sedappp sangat ni like rainbow macam2 kaler ada kat sana tu..

Chah said...

mak ai...dua teguk sekali gus saya telan air liur kak ita oiiii!! akak ni jahat taw! errr..kombinasi sekuk ngan jagung tu terasa2 lak keenakkannya kan...

Suliana said...

cantik sangat!! sy pun suka puding jagung ni tapi blm rasa yang jenis biskut ni :-)

Mieza said...

sedapnya kak ita..harus dicuba!

MamaFaMi said...

Tak nak cuba ke?

Cuba apa Ita? Cuba makan ke? Ooooo kalau cuba makan, naaaakkk sangat!

ogyep yummy mellow said...

Salam,

sana-sini blogger sibuk berpuding... minggu puding agaknya ya.... hasil tangan kak ita selalu memberangsangkan... mantopsss

Azian Elias said...

sedapnya tengokk. we all suka something ada buah2 cam ni. and puding2 lah.. boleh lah dicuba nanti..

Kak Nita said...

Salam kak ita...saya mmg suka desert2 cam gini...nnt nak cubalah......

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ....

Amboi ~~~ Terliur Nina tengok puding jagung kak Ita . Memang menarik dengan mix koktail kat atas tuu..

TQ kak .. resepi yg simple dan mudah. Insya'Allah nanti Nina nak try. Dah masuk dlm list ;)

rahel said...

Selamat petang Kak Azlita..
rajin sungguh buat puding..siap dengan fresh krim lagi tu..adeiii..jelesnya gue..

Melly Octaviana said...

selamat malam Kak ITa.. selalu ngecess kalo masuk dapur nya kak Ita.. slurrp

Ummiakid @ lily said...

alahai sis...setiap kali masuk sini sure tergugat iman...hasil sentuhan tangan sis...mmg menakjubkan...nampak sedapppppppp sangat...

phoenix said...

salam kak.

Saya ni bukan pe-masak orangnya.. tapi selalu 'tersinggah' blog akak untuk menjamu hawa mata.. nmpak sangat SEDAP.. hehe :)

p/s: foto ni semua akak yg ambil sendiri? TANTIKKK!!! ;)

putribongsu said...

adoii kak...gmbr kt blog akak ni semua cun2...terliur dehh..jamu mata sambil telan air liur...huhuhu

tgn akak ni ajaib betul lah :)