iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, May 10, 2012

LAPIS CHEEZY SUFI AMANDA

Assalamualaikum

Sejak 2 menjak ni, ita banyak dapat kiriman email dan PM di FB minta ita buatkan Lapis Cheezy yang dikatakan sedang top sekarang ni.. Mula-mula ita dok lah terfikir dessert apa pulak lah ni kan.. Hasil selongkar di Google barulah ita tau.. oooo... inilah dessert yang di maksudkan..
 
Pada pendapat ita lapis Cheezy atau lapis Marie atau lapis Pesona adalah dessert yang sama. Ada lagi satu nama  dessert ni iaitu Ice Cream Cheese Cake yang ita terjumpa resepinya dalam sebuah buku masakan Cina yang ita beli iaitu buku Malaysian Layered Cake by : Vickie Chieng.


Kesemua resepi di atas adalah resepi yang sama dan menggunakan bahan asasnya yang utama iaitu cream cheese dan biskut Marie. Tak banyak bezanya, kalau ada beza pun pada bahan sampingan iaitu ada yang menggunakan susu, ada pula yang menggunakan Non Dairy Whipping Cream dan  ada juga yang menggunakan Thick Cream. Untuk resepi Ice Cream Cheese Cake tu pula ita lihat resepinya tidak menggunakan gula, sebaliknya ianya digantikan dengan susu pekat manis.

Untuk menkomersilkan sesuatu resepi pelbagai nama yang diberikan pada sesuatu resepi itu.
Sebenarnya bila kita memasak kita janganlah hadkan diri kita 100% kena mengikut resepi. Sebagai contoh, lapis pesona yang dikatakan tidak sesuai menggunakan biskut lain selain dari biskut Marie coklat. Itu silap sebenarnya.. kita boleh ubah mengikut citarasa kita dan daya kreativiti kita. Nak letak biskut apa-apa pun boleh asalkan ianya sesuai digandingkan dengan cream cheese.


Selain itu kita juga boleh tambahkan filling dalam dessert tersebut, bukan sahaja untuk menambahkan rasa yang enak dan lazat tetapi ianya juga sebagai satu tarikan yang mengoda untuk kita mendapatkannya.. Sebagai contoh kita boleh letakkan filing, buah-buahan segar, coklat, blueberry, strawberry, jelly dan lain-lain lagi yang kita rasa ianya sesuai digandingkan bersama cream cheese dan menambahkan lagi pesona dessert yang ingin kita nikmati itu.. Bukankah kita yang nak menikmatinya.. jadi tepuk dada dan tanyalah selera..


Jika Lapis Cheese Pesona dibuat dalam bentuk kek dan dipotong untuk menampakkan potongan lapis ala-ala batu bata, lapis Cheezy pula biasanya diletakkan dalam bekas kecil, diletakkan filing tambahan dan mudah untuk dinikmati. Untuk Ice Cream Cheese Cake pula tambahan gelatin di letakkan untuk mengikat rantaian cream cheese supaya kedudukannya stabil dan dapat membentuk sebiji kek.

Bagaimana pula rasanya???
Mestilah sedap kalau dapat menikmati cream cheese yang gebu ditambahlah lapisan biskut yang lemak. Adoooiii.. bertambah nikmat bila diletakkan filing blueberry, strawberry , ada pula lapisan coklat dan buah-buahan segar.. rasa tak mahu berhenti menyuap ke mulut...
Filing didalamnya pula sedikit sebanyak menghilangkan rasa muak cream cheese itu.


Bagaimana pula nak membuatnya??
Pada ita inilah dessert yang paling mudah sekali cara penyediannya. Tak perlu nak masak nak panaskan oven pelbagai. Apa yang penting kita perlu pukul aje cream cheese hingga gebu lapiskan dengan biskut marie, tambahkan filing pilihan dah tersedia satu dessert yang walllaaaa...

Sempena hari ibu ni.. ita namakan dessert ita ni.. Lapis Cheezy Sufi Amanda. Amacammmm??? ok tak nama tu?? hehe..
Sebenarnya ianya sempena nama anak saudara ita.. aaaa... ita dapat anak saudara baru.. comel tak??
Comel lote... putih sepoooo...
Tahniah daripada kami sekeluarga.. bila ni nak balik Kota Baru...tengok orang baru...


Ok kepada sesiapa yang nak cuba tu.. ikut lah kreativiti masing-masaing.. ingat!! jangan hadkan kreativiti anda bila memasak.. Happy Cooking!


LAPIS CHEEZY SUFI AMANDA
Adaptasi daripada resepi : LAPIS CHEESE PESONA
by : Ryoazhar

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
1/2 cawan gula halus



Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream
* Resepi asal Ryo menggunakan 10 ml susu segar


Filling
Blueberry
Strawberry
Coklat
Jelly
Buah-buah segar
Buah-buah coktail dalam tin
* untuk filing ikut citarasa masing-masing




Untuk resepi yang ita buat ni ita gunakan gelas boleh juga gunakan jug kecil atau bekas plastik

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis

Panaskan susu segar, padamkan api.
Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese
Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas
lapiskan semula dengan cream cheese
Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati

* Jika nak buat dalam bentuk kek, letakkan gelatin kerana adunan sedikit lembut
Gelatin dalan 1 sudu besar rendam dalam sedikit air. Kemudian masak secara double boiler hingga gelatin melarut

Tuang gelatin dalam adunan cream cheese yang telah dipukul sebelum diletakkan Non dairy Whipping cream.
Mulakan lapisan dengan cream cheese, susun biskut dan filing selang seli dan lapisan terakhir cream cheese
Pas tu boleh lah deco atasnya.
Simpan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong

Gunakan loyang loose pan ukuran 7 inc










34 comments:

ogyep yummy mellow said...

Tahniah Kak Ita atas kedatangan anak buah baru... betul tu, lapis cheesy tengah popular skrg ni.. nak buat pun senang kan.. tapi, nak menggayakannya secantik yg Kak Ita buat, perlu kreativiti... Anyway, up 2 us kan nak buat camne...

mashitah said...

salam kak ita..sedapnya lapis cheesy tu...perasaan kat fb tadi...klu mkn2 kat off sedapnya....

Zana~Sweet Rose said...

salam kak ita...sedapnya..nakkk!!!lapis cheesy tu, akak memang kretif...nyummie2.

Asyifa Mustaffa said...

Comeynya baby kak...
sy buat x secantik ini...hehe...
tangan K.Ita mmg berseni....

MANISMANIS said...

yummmy...

Yoo Reem said...

same as ice box ye...??

Sari said...

telan ayor liour dah ni...kena masuk list wajib buat..hehe..
tq kongsi resepi :)

Bicara Kak Noor said...

salam Ita wah cantik nya cukup kreatif lah Ita thanks berkongsi resepi mesti akak try jugak nnti sedap sangat nampaknya tu

Cik Puan Izan❤ said...

sedapnyaa...namanya seindah rupa... sayang nak mkn..

UmmuAimanIrfan said...

Terbaik.
Terima kasih atas perkongsian ilmu.

UmmuAimanIrfan said...

Alhamdulillah.
Terbaik.
Terima kasih kak Ita atas perkongsian ilmu.

Yatie said...

nak wase..nak waseeee..waduhhh takleh tahan tngk...terliur yg amat sangat ni..

atie @ ejay said...

salam kak ita..
sokong k.ita.. masak tak perlu terikat sgt dgn resipi kan..
mengancam tengok dessert nih..bestnya klu dapat segelas hihi

Mrs. Mel said...

salam kenal,

alololo.. comelnya la baby tu.. :)

pencuci mulut ni pun nampak menarik.. harus cuba ni... :)

Nina Mirza said...

As'salam kak Ita ..

cantik nyer Lapis Cheezy akak..
yg lapis Pesona pun Nina tak terbuat lagi ..
Huhuhuuu . . . . .

Watierman said...

Assalam Dik Ita...yummy & Tq for sharing info and tips...Tahniah buat kedatangan ahli keluarga baru yg secantik nama & rupa!

Ummi said...

Fuuuuhhhhh....melopong akak tengok lapis cheese dlm gelas camni...rasa nak suap ke mulut terus la Ita cayang...ada belen lg tak...sedap dan pasti x muak bila makan dgn fresh fruits gitu kan...harus cuba ni.. ^__^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

comelnyer anak buah baru ita tu... kalau ada depan mata mesti tak lepas peluang ku peluk ku cium.. hehe..

dessert yg ita sediakan tu pun menarik hati bila melihatnya... bahan2 lain semua ada cuma buah2an segar yg takde... ehh... yg ada cuma pisang aje.. hihi... memikat betul ler mesti sedap rasanya sesedap nama yg ita berikan tu...

Ummi said...

Eh lupa nak wish, tahniah dpt anak sedara baru yg comeiii loteeeyyy tu weehh...putih melepaksss nyaaaa...Nama pun sedap...moga ibu bapanya bahagia dalam membesarkan baby ini menjadi insan yg berguna dan berakhlak mulia...insyaAllah

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...wah sedapnya Lapis Cheezy tu...kena la dgn namanya tu...
gambo pon sgt cantik...

comeiiiinya baby tu...putih melepak..tahniah kak dapt ank sedara baru...

Evelyn Gemina said...

Salam kak ita, selamat berkenalan...nampak sungguh menyelerakan sungguh dessert: )

Evelyn Gemina said...

Sorry k.ita typing error, saya nak ucapkan tahniah juga dengan kehadiran anak saudara yang baru....

Nieza said...

tahniah dapat anak buah baru kak Ita, sedapnya tgk dessert ni..kena lak dgn lapisan cheese dan buah-buahan tu memang menyelerakan:)

Mat Gebu said...

Tahniah kak, comeyy nyaaa baby...

ibundo said...

salam ita. meleleh dah air lio bundo ni..

Fafau de Craft ( Zana ) said...

cntiknyaa...klu dpt nie..xmo mkn..sy nk tilik jerk lama2...

Dari Meja Kawe said...

alhamdulillah,semoga doa terus mengiringi baby dan dijauhkan perkara yang x buruk.. anyway,sedap dessert k.ita wpn just a pic.

norhanim md zain said...

As salam Ita...eh eh eh cantiknya gambar nie...sedapnyaaaaa

Maizah Jalil said...

Asalam Ita, Kak Mai minta izin copy ye..lama dah cari resipi ni baru jumpa. Suka singgah sini banyak info kak Mai dapat. TQVM.

Engku Sharamiyah said...

salam dear ;)...sungguh menyelerakan masuk list masuk list....,tahniah jugak dpt ank saudara baru comel!

Nur-nba said...

Comelnya anak buah Kak Ita.. Bila masuk blog ni mesti tergoda dengan hasil masakan Kak Ita..

ain said...

salam kak,

baru 1st time baca blog akak ni, terus tergoda. nak tanya, noleh tak klau biskut tu ganti dgn biskut lain mcm oreao ke..

thanks

ain said...

akak,

nak tnya.. kalau biskut tu kita ganti dgn biskut lain mcm bskut oreo ke, boleh x?

1st time baca blog akak ni terus tergoda..

thanks

Anna Ashikin Mazlan said...

sekali pandang terus tergoda. mintak izin copy yea dah lama carik ni. tq