Follow if you like

May 7, 2012

Dalili Birthday Cake

Assalamualaikum


Aiiii... selamat pagi semua...
Selamat kita melangkah sekali lagi di minggu baru. Awal-awal pagi lagi kat JB ni cuaca amat mendung dan menandakan yang hujan akan turun dengan lebat sekali. Sampai nak hantar Dalili pergi sekolah macam takut aje sebelum sampai sekolah dah hujan.. alhamdulillah akhirnya sampai juga ke pintu gate sekolah sebelum hujan mencurah-curah turun...
Kata orang hujan tu rahmat dan rezeki..
Masa ita kecil-kecil dulu kalau hari hujan selalu ustazah kat sekolah kata baca doa.. minta di murahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..


Hari ni ita nak cerita tentang kek B'day Dalili. Alahai.. anak dara ita yang seorang ni memang amat cerewet.. Ini tak mau... itu tak mau.. Mula ita nak buat kek B'day Angry Bird almaklumlah sekarang ni kan musim kartun Angry Bird. Dah bakar dah pon kek bentuk bulat.. last minit dia kata tak mau kek bulat..
alahaiii anak omakkk... nasib baik ita belum letak krim atas kek kalau tak banyaknya laaaa...  kek yang ita nak kena makan dan habiskan.. Tak pe lah layankan aje lah anak dara tu sorang... Kalau ita bebel dia kata.. " hari ni kan hari jadi kita.. mana mak boleh nak marah kita.." Aiii.. sabar aje lah kannn..


Bila dah siap melapis, ita mula keluarkan semua buku kek ita, nak minta dia pilih design yg macam mana yang dia nak?? aduyaiii.. lama betul memilih dan akhirnya dia yang design sendiri.. minta buatkan kek yang simple tak mau kartun dan tak mau ada warna pink!!!!


Kita nak kek warna biru..... aduyaiii.. Dalili mak dah salut kek dengan krim coklat.. akhirnya terpaksa juga letakkan warna biru pada kek untuk puaskan hati anak dara ini.. nasib baik lah sorang kalau 10 orang ada pengsan maknya...


Ita terpaksa siapkan kek ni hingga lewat malam.. Sampai Dalili dah tertidur menunggu keknya siap!!
Akhirnya siap juga kek yang diinginkan.
Bila bangun pagi peti ais dulu yang dituju.. nak lihat macam mana lah rupanya kek yang maknya dah siapkan..
Alhamdulillah dia puas hati dan tersenyum lebar sampai ke telinga.. suka sangat lah tuuu!!!
Dan tak sabar-sabar nak potong..


Jom kita potong sama2 dengan Dalili..
Sebelum terlupa ita juga nak mengucapkan selamat ulang tahun pada anak Kak Illah JY Nur Liyana yang juga turut sama menyambut ulang tahun pada tarikh yang sama.. Selamat ulang tahun...!! semoga panjang umur dan murah rezekinya... Amin

Juga tidak lupa pada semua rakan-rakan yang turut sama menyambut ulang tahun pada tarikh yang sama, sebelumnya atau selepasnya dan juga kepada semua yang menyambut ulang tahun pada bulan Mei ini.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
Mari kita tiup lilin dan nyanyi sama2


Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you...
Happy birthday.. and I Love You.. muahhh!!

Kek ni adalah kek span lapis yang simple.. buatnya pun tak lah rumit sangat.. mudah aje ..
Jadi rasa-rasa tak payahlah step by step tu kan.. Baca betul-betul setiap apa yang ita terangkan insyaallah akan jadilah kek nya tu..


Resepi untuk kek ini adalah campuran antara beberapa resepi yang ita gabungkan. Alhamdulillah rasanya sedap! Bayangkan kek oren bergabung dengan kek coklat dan di apit pula mousse peach dan bertopingkan pula ganache coklat yang walllaaaa... Nak rasa..??? Jom kita buat..

Mula-mula kita sediakan dulu kek span coklat dan kek span oren. Resepi kedua-dua kek ini ita ambil daripada buku masakan Fruity Cakes oleh Chef Alex Goh


CHOCOLATE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan :Buku Masakan  Fruity Cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor

Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak

Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
1 sudu teh esen vanila

Sediakan loyang bulat 8 inc
Oleskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170C

Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue)
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
Tambahkan esen vanila
Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.


ORANGE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
 4 biji putih telur
100 gm gula castor


Bahan C
100 gm tepung gandum ~ di ayak
70 gm mentega cair ~ dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang bulat 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak

Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue)
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.

Kek yang telah siap kita bakar kita buangkan lapisan kerak atas kek dan potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan
Sekarang kita sediakan pula lapisan mousse peach


MOUSSE PEACH
Olahan daripada resepi MOUSSE MANGGA
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
120 gm puri peach ~ guna peach dalam tin ambil 120 gm dan blend halus
160 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
Buah peach dalam tin secukupnya untuk inti ~ * airnya jangan buang untuk sapau pada kek

Bahan B
1 sudu besar serbuk halal gel
50 gm air

Mula-mula tuangkan 50 gm air dalam mangkuk kecil
Kemudian ratakan gelatin atasnya dan biarkan hingga gelatin melarut
Panaskan puri peach secara double boiler dan tuangkan adunan gelatin yang telah mengembang tadi.
Kacau hingga sebati.
Biarkan sejuk

Putar  Non Dairy Whipping Cream hingga kental. Masukkan adunan puri peach tadi dan kaup balik hingga rata
~ Adunan ni dibuat bergantung pada berapa banyak atau berapa ketebalan yang kita perlukan untuk diletakkan pada kek.

KRIM COKLAT
150 gm krim bukan tenusu berperisa coklat ~ Non Dairy Whipping Cream
Kalau tak de boleh gunakan  Non Dairy Whipping cream dan tambahkan sedikit chocolate emulco


CARA MELAPIS KEK
Sediakan loyang springfoam pan yang berukuran 8 inc
Alas dasar loyang dengan lapik kek
Letakkan sekeping kek coklat pada dasar loyang
Sapukan atau pancitkan kek dengan air lebihan peach *
Lapiskan dengan pula dengan Mouse Peach ~ lapisan ni nipis aje nak mudah masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Letakkan pula lapisan kek span oren
Sekali lagi sapukan atau pancitkan dengan air lebihan peach
Sekarang kita lapiskan dengan lapisan Mouse Peach dan kemudian susun buah peach di atasnya dan tutupkan semula dengan Mouse Peach.
Kemudian lapiskan semula dengan kaedah yang sama seperti di atas selapis demi selapis kek span hingga habis.
Putarkan Krim Coklat  hingga kental dan sapukan 1/2 pada keseluruhan kek nipis sahaja.
Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
Setelah keras sapukan baki adunan hingga permukaan kek licin dan cantik sampan semula hingga keras.
Sementara menunggu ianya mengeras kita sediakan Ganache Krim Coklat


GANACHE CHOCOLATE CREAM
250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~  Dairy Whipping Cream
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila

Panaskan krim tenusu bersama  sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
Tambahkan butter dan gaul rata
Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
Kemudian putar adunan hingga adunan kental
Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.


Ini pula adalah Devil's Food Chocolate Brownies yang ita sediakan untuk hantar ke sekolah Dalili. Dalili yang pilih kek ni dan minta buatkan kek untuk di hadiahkan pada kawan-kawannya. Dia kata nak ada singature nama dia atas kek tu.. hihi macam-macam aje mak nenek ni kan.. dah lah maknya ni tangan gigil.. huhu abis comot semua.. kita layan aje lah..


Terima kasih ita ucapkan pada KG The Kitchen Gurdian kerana telah kongsikan resepi kek yang dah menjadi pengarang jantung hati ita sekeluarga.. harap-harap kawan-kawan Dalili juga akan sukakan rasa kek yang marvelous ni.. YUMMY!!
 

Nak kan resepi klick di SINI












31 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaahhhh cantiknya kek Dalili....happy birthday sekali lg laaaa kat Dalili...cantik comel berposing dgn kek yg mmg tengok pun auntie nak pengsann....kalau rasa mmg sah sah xnak balik rumah...nak bedal sampai habis... Ita, apasaiiii cantiiiikkk sangaaattttt kek tuuu...keleeessss!! Kat kedai pun xda kek secantik camni...sume deko sepesen jerr...

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...
beruntungnya mak buatkan kek cantik mcm ni...terasa syg pulak nk potong...kak, QH dh try guna resepi kek span ni...mmg sedap...

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Happy Birthday cute little girl! ni birtday girl yg design kek sendiri yaa berbakat spt Ita juga,,Hepi Birtday Dalili nti design kek tuk birthday mak pula yer :)

Diariku said...

hepi besday to besday girl...and the cake gojes sangat...coklat n blue...nyum2

Aini said...

memang tabik springggg kat kak Ita.... terpegun dan terpana bila tgk n3 nie...

Aini said...

terpegun dan terpana seketika bila tgk n3 nie.... tabik springg kat kak Ita !!!!

FnF Simple Life said...

cantiknye...hepi befday dalili

Sari Yusa Ibrahim said...

Cik Sari lahir bulan Mei, jom kita tiup lilin sama-sama Dalili... ;-))))

CikNora said...

salam perkenalan kak... selama ni sy silent reader.. syokkk jln2 kat blog akk.. tapi kali nih sy nak komen jgk.. xtahan oooo.... aduuhhhh mengegar jiwa kek b'day dalili tuu... to DALILI SELAMAT HARI LAHIR ... Semoga jadi anak yg solehah dan selamat maju jaya.

Bicara Kak Noor said...

salam Ita,untung nya Dalili punya ummi yg rajin dan kreatif macam Ita sayang nya nk potong kek tu..

AbbotCottage said...

Cantiknya kek Dalili...simple tapi cantik. Beruntung sungguh Dalili dapat mak yang pandai buat kek. Tak sesusah nak booked date kat si pembuat kek.

rahel said...

Selamat tengah hari isnin Kak Ita..
sudah gue agak..memang berlapis2 dalamnya kek tu..alahai...ada potongan buah peach..sedap tu..suke sangat dengan kejadian kek ni..

Mel said...

one word....."Beautiful"! Lucky little Dalili to have a wonderful mum to bake her this beautiful look birthday cake!! And I bet it must be real delicious too....

mashitah said...

happy birthday dalili.....sedapnya kek kak ita buatkan utk dalili...gabungan 2 kek ...terbaik

Kak Noor said...

Salam Ita. Memang kelas sangat kek ini. Untung Dalili dan anak-anak Ita yang lain kerana mempunyai seorang ibu yang pandai dan mempunyai kreativiti sendiri membuat dan menghias kek. Cantik sangat....teringin nak rasa. Kalau buat pun, x garenti boleh jadi secantik macam ni. Nanti akak order ajelah kat Ita. Ita tinggal di mana ye?

ummiaisyah said...

hppy bday dalili...bertuahnya anak emak dpt potong kek cantik..mkn kek sedap...gaun pon mcm princess...berangan la plak makcik ni jd budak2 balik!

ilahjy said...

wowwww akhirnyaaa dapat juga kak liyana tiup lilin dgn dalili...rupanya mak dalili ingat juga kat kak liyana..macehhh..
tahniah nak dalili kerana mak buatkan kekk utk anak tunggal kesygan mak... kak liayan sehingga kini tak de kek..huhuu cuma semalam belanja dia pizza hut dan kasi kawan2 dia makan big epal dan subway jer...

amek berkat kek dalili yg amat cantik nie.. dan dalili juga amat comel dlm wajah yg dimake up nipis..cute sesangat dalili...

t.kasih ucapan utk kak ilah dan liyana yg diselitkan dlm N3 terasa istimewa sangat muahhhhh muahhh...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

happy birthday dalili.... si comel bersama kek yang dideko begitu cantik & kemas sekali... bertuahnya dalili dpt kek idaman hatinya... nampak sedap juga tu ye ita...

Cik Puan Izan❤ said...

cantiknya kek dalili... cantik sgt2...bertuah dalili ada mak mcm kak ita...sanggup buat apa saja demi anak...

Gee® said...

Waaaa....untungnya Dalili dapat kek cantik... untie nk rasa sikit boleh? dh terlior lahhh

MamaFaMi said...

Cantik dan kemas je hasil kerjatangan Ita...

zuwaidah said...

awesome....sangat2 cantik. Beruntung anak dpt ibu yang serba serbi boleh.

Nur Honney Robbi said...

Subhanallah kak ita...Superb mavelos...sungguh berbakat dan beruntung anak2 akak ada seorg ibu yang superb serba serbi...blh menang anugerah dah nie...anugerah utk Happy Mother Day's...

fazian.batrisyia said...

Untungnya dalili dapat mak macam kak ita ni. Anak2 boleh request je nak itu ini. Kalau sy agaknya buat deco kek tu ntah apa rupa agaknya...he...he..he..Pegang nozel tu gigil kata kak ita pun masih cantik lagi...kalau sy...hmmmm

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azilita... wahh sha terlambat sampai.. sebab terlalu sibuk... Selamat Panjang Umur, Murah Rezeki, Jadi Anak Yang soleh Ya Dalili yang comel.. wahh pakai gencu yaa hehehhehe.. suka leer dia kan.. dapat kek cantik dari mama... sedap pulak tu.. coklat lagi wahhh meriah dan mewahhh.... Kiss dari Auntie Sha buat Dalili yang comelll naaa... muahzzz

Nur-nba said...

Happy Belated Birthday Dalili...
Kek yang cantik sangat dari bonda tersayang.. Auntie Nur doakan semoga Dalili membesar menjadi anak yang solehah dan bijak.

anna said...

Tengok gambar2 kek kat blog Azlita...mmg x jemu...dpt jamu mata pun jadik la...

Azura abd aziz said...

Bekas kek kecik2 mmg ader jual yer kak ita kt kedai kek...

Azura abd aziz said...

Bekas kecik devil cake tu bleh dapat kat mana yer...

Izyan said...

comelnye kak kek tu!!
nnti saya nak tmpah la kt akk..
http://nutriemom.blogspot.com/

mas said...

Salam Puan ita, Cklt LA Bourne dpt di beli bakery bagus.

Powered by Blogger.