Follow if you like

May 8, 2012

BUTTERCREAM

Assalamualaikum

Sebenarnya ini adalah N3 lama ita untuk resepi buttercream. Ramai yang tanya tentang resepi buttercream untuk kek. Selalu ita letak resepi buttercream berserta dengan kek yang ita buat. Tapi mungkin kerana susah sikit mereka nak cari, maka ita buatkan semula N3 untuk buttercream dan asingkan dalam senarainya sendiri agar mudah untuk rakan-rakan buat rujukan.

Untuk resepi buttercream pertama ni ita masukkan resepi buttercream asas. Buttercream atau krim mentega ni kita gunakan untuk diletakkan atas kek atau cup cake. Buttercream cara lama yang biasa kita makan dulu-dulu lah kan.. kalau sekarang ni banyak butercream yang lebih baik dan lebih sedap rasanya. Nanti ita kongsikan sekali di dalam senarai buttercream ita ni.

Untuk buttercream asas ni, kita menggunakan butter dan margerin krimwell. Kalau dah gunakan margerin dan butter taulah kan bagaimana teksturnya.. ianya sedikit berminyak. Bila kita makan tu nanti pastilah akan ada kesan minyak kat mulut atau tangan.. aduyai... payah jugak nak hilang kalau cuci dengan air aje.. mestilah menggunakan sabun untuk menghilangkan kesan minyak tuuu..

Walaupun begitu, ianya adalah krim yang tahan lama kalau kita letakkan diluar ia tak lah mudah mencair.. Kecuali kalau letak kat tempat yang panas lah kan.. hihi lilin pun cair kan kalau kena panas.. inikan pula buttercream..

Sesuailah kalau nak letak kat birthday kek yang akan kita letak kat luar lama sementara menunggu tetamu datang.. Atau kita letakkan kat kek pertunangan.. ialah kalau kek tunang tu mestilah lama kan dalam perjalanan.. pas tu nak tunggu orang berbalas pantun lagi.. lama jugak kek tu terbiar diluar kan.. dan boleh juga untuk kek perkhawinan. Kalau nak letakkan atas cup cake untuk door gift pun sesuai..

Buttercream ni sesuai kalau kita nak bentukkan bentuk bunga atau apa-apa paten yang kita nak decokan atas kek, kerana ianya mudah dibentuk. Boleh juga kalau kita nak letakkan paste atau perasa. Nak diwarnakan dengan warna kesukaan pun boleh juga.

Jom kita intai resepi yang mudah dan simple ini...



BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap



Potong butter kecil.
Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih

Gula icing diayak
Masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.
Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.




17 comments:

Rahel said...

Wah,rajin sungguh akak gue yang sorang ni..comel2 jew cupcake tu..

Nadiah Sidek said...

salam kak ita..

ada alternatif lain tak selain guna creamwell tu? tempat nadiah tak ada creamwell. setakat ni tak jumpa lagi la di US ni

faa.rosli said...

sedapnye semua..huhu

eLLa said...

aah betul tue..kalo xde creamwell tue cmne?? creamwell tue aper erk ??

Mas said...

thanks kak atas perkongsian...
muahhhh......

ibh_sue said...

Aslmkum Kak Ita.
Tq kak..memang berguna sungguh n3 akk ni. Harus simpan siap2 resepi ni.
Pssttt...i like your picture :)

Qasey Honey said...

terima kasih kak sudi berkongsi resepi buttercream ni...kalau dpt steam buttercream pon okeh..hehehe...lelebih la pulak kan...sori..

smell delicious! a.k.a inachomel said...

Salam Azlita,

Saya suka masuk blog u sebab banyak ilmu saya dapat! Keep up good work that's benefit others.
Nak tanyalah sikit, kalau mendeco kek guna buttercream, ok ke kalau dibuat dalam cuaca yang panas dan dibawah kutaran kipas angin. Mudah cair tak? Saya ni dah beli barangan untuk mendeco, first time buat tak berapa jadik! Nak tau gak tipsnye ... Thanks.

++eden|essey++ said...

kak ita...nk tanye camne nk buttercream coklat ye kak...mcm gamba yg akak post tuh...nnti akak share resepinya yea.....thanks kak.. ♥

bubbles said...

kak, tumpang tanya..
kalau kita tak letak golden syrup tu ok ke? atau kalau tak letak, teksture akan bermasalah?

bubbles said...

kak,
golden syrup tu optional ke atau wajib letak?

suraya said...

askum akak sy nak tny golden syrup bentuk dia macamana blh tak akak tunjukkan

AniruZainaL said...

canteknya cupcakes!

lina_pg said...

assalam kak ita,nk tanya untuk rcp butter cream,gn bahan apa paling ok?ada stgh rcp gn cream well,shortenng dan ada jug yg gn whipping cream.Dah naik kompius ni..sori banyak lak tanya.Saya ni baru nak belajar mendeko kenalah tanya pada yg pakar dan tgn berseni cam kak ita ni-thanks alot

sue_maya said...

Buttercream mmg sedap n than lama..ari bt utk kek kawin..da 3 jam pun still cntik cream dia...thanks ek kakk

ainul mardhiyah said...

Salam. Minta copy resepi ni ya. Alhmdulillah resepi dari sis saya guna smua mnjadi. MashaAllah. Saya suka sgt!

Unknown said...

Butter yg kak ita guna brand apa?

Powered by Blogger.