Follow if you like

May 30, 2012

BINGKA CREACKERS

Assalamualaikum.. dan salam ceria buat semua yang masih lagi sudi singgah di dapur Masam Manis. Semoga hari-hari anda seceria dan seindah Sang Mentari dan Sang Rembulan.

Kebiasannya suri rumah memang sibuk.. Tak menang tangan di buatnya, lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti persekolahan. Kesibukan itu tak berpenghujung sebenarnya.. dan tugas isteri dan ibu ni, memang tak ada noktah penamat. Selagi tulang empat kerat masih elok berfungsi, selagi itulah ianya setia berkhidmat untuk keluarga tersayang..


Cuti sekolah kali ni, ita sibuk sekali. Masa terlalu padat dengan segala macam aktiviti yang sudah di atur dan dirancang. Harap-harap ita masih lagi mempunyai kesempatan untuk meluangkan sedikit masa mengadap blog dan masukkan N3 yang belum dikongsikan.

Sebenarnya ita nak kongsikan resepi ni awal pagi, sedang menaip, suami ajak pergi beli barang-barang dapur yang banyak telah kehabisan. Bila pulang ita terus menyambung semula menaip. Tiba-tiba, suami ita terjerit memanggil ita, ada kebakaran katanya di kondominium bersebelahan perumahan yg ita tinggal.


Asap hitam berkepul- kepul, berterbangan ke udara. Api pula menjulang-julang. Jalan di hadapan simpang yang masuk ke rumah pula telah sesak dengan kenderaan. Kereta bomba dan Unit Kecemasan dah berlegar-legar dengan bunyi seren yang berkumandang.


Serta-merta bekalan elektrik terputus, tak dapatlah ita menyambung tugasan ita hari ini. Semua kerja jadi tergendala.
Bekalan elektirik sangat penting di rumah ita, segala-gala peralatan dalam rumah ita bergantung sepenuhnya dengan tenaga elektrik. Bila elektrik terputus, talian telefon dan internet juga tidak dapat berfungsi. Dapur juga tidak dapat berasap, kerana ita memasak menggunakan dapur elektrik. Pertama yang ita kena buat bila elektrik terputus ialah menyalurkan air ke kolam ikan, kalau tidak pasti ikan akan timbul bergelimpangan. Air pula jadi perlahan, kerana motornya tidak dapat berfungsi. Memang besar sangat jasa bekalan elektrik dalam kehidupan ita sehari-hari.. terima kasih TNB kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik!


Sebelum ita kongsikan resepi, ita nak mengambil peluang untuk mengucapkan Tahniah kepada Mas Duniaku yang baru sahaja menimang cahaya mata yang ke 3. Tahniah ye Mas daripada akak sekeluarga. Semoga kehadiran bayi comel bakal menambah kecerian dan kebahagian dalam kehidupan Mas dan keluarga. Jaga kesihatan, jaga permakanan, doa dari akak semoga cepat sembuh, semoga mas dan baby sihat waalfiat!



Berbalik kepada resepi yang bakal ita kongsikan. Resepi ini telah tersiar dalam majalah Aroma bulan Jun ini. Rasa-rasa dah ramai rakan-rakan yang mencuba kuih bingka yang di buat menggunakan biskut Cream Creaker ni.
Kemunculan talam ini telah menjadi satu fenomena juga ketika itu. Ita pun turut mengambil peluang untuk mencuba!
Kebetulan pihak editor majalah Aroma menghubungi ita dan meminta ita kongsikan resepi untuk majalah Aroma keluaran Jun. Ita membuat keputusan untuk kongsikan resepi ini dalam majalah yang telah mendapat tempat di hati peminat dunia masakan ini.


Terlebih dahulu ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang resepi kh267tm, yang sudi kongsikan resepi ini di My Resepi, untuk di cuba dan di rasa oleh pengemar-pengemar kuih tradisiaonal.  Terima kasih sekali lagi.

Resepi bingka tradisional yang telah diberikan nafas baru versi moden dengan mengantikan cream creakers sebagai bahan utama. Satu kelainan yang harus di cuba!


Ita buat 1/2 adunan daripada resepi asal. Ita ada buat beberapa perubahan pada resepi asal, harap tuan resepi tak marah ye.. tapi jangan bimbang kerana ianya tidak sedikit pun menjejaskan rasa kuih bingka yang tersedia lemak berkrim ni. Kepada yang berhajat untuk membuat 1 adunan boleh lah intai resepi asal di My Resepi.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah mencuba dan mewar-warkan tentang kesedapan kuih ini.


BINGKA CRACKERS
By : Kh267tm
Rujukan : AROMA Jun 2012

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter

Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan  coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
Baki adunan di letakkan pes vanilla

Tuangkan adunan vanilla ke dalam loyang
Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
Keluarkan dari oven dan tuangkan  adunan bewarna hijau
Taburkan bijan di atasnya
Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.





30 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ita .Pasti sedap kalau dihidang untuk minum petang kan?
Terliur kak ros.

dapurCikWan said...

alahai..cantik..dan pasti sedap ni.. ;))

atie @ ejay said...

salam kak ita...
cantik betul bingka ni.. rasanya konfem sedap kan kak:)

Ummi Anie said...

adoooiii...laaa....kak ita...nak cakap jujur ni kat kak ita...takde resepi dalam blog kak ita yang takde dlm buku resepi ani....sgt tergoda dgn resepi kali ni....

Bicara Kak Noor said...

salam Ita, pasti sedap ni sbb ada santan akak suka ni berlemak2 hee belum pernah try insyaallah akan try suatu hari yg rajin dan gambar tu sangat cantik pro lah Ita dlm meng edit gambar ni kreatif..

Ilhamkreatif said...

Salam kak ita...memang sedap...Iza dah cuba buat dulu,tapi iza letak pandan je...kali ni mesti nak cuba letak coklat,bagi naik seri.....

Sha HomeMade Cake n Choc said...

salam akak ita...sejujurnya blog akak nie umpama magazine yang terbaik sekali untuk Sha buat rujukan dan gambar gambarnya cantiiik sangaaat..mmg tergoda.Tahniah ya kak..ahaksss

rahel said...

Wallaaa..sedap banget ni wat minum2 petang sambil on line...

Ummiakid @ lily said...

Salam sis Ita,
Cantiknya bingka tu. Memang teruja nak makan. Mesti cuba ni cara sis buat...kretip

Qasey Honey said...

asslm kak Ita cayangggg...sedap..mmg bkenan dh tgk kuih bingka ni...tp xjmpa lg mjlh aroma tu..xtau nk cri kt mne...

tika hapsari nilmada said...

Hi Ita. Indonesia has kue bingka too. I believe it has the same taste with what you have here. :) I love bingka !

Gee® said...

Aduh mak..!!! geramnya tengok...

myda_ahmad said...

sedapnyer mata melihat,sedap lagi kalau dapat merasa...huhuhu...

mashitah said...

salam kak ita...
sedapnya bingka creackers tu...
kak ita tadi ada kebakaran kat Austin kan ..rupa2 kat kondo blkg off saya TM pandan, saya ingat kilang kat Austin terbakar...tq info...

HomeKreation said...

Cantik nya bila sampai resepi ni di tangan Ita... Along pun dah cuba tapi ala2 nak cepat...hehe.

Scarlett O'Hara said...

Mesti cuba ni.

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum Kak Azlita cayang hadoi hadoi hadoi... ini kali memang tak nak komen apa dah.. terus kecurr.. dengan gambar yang cantik.. nikmat kuih yang sedap tu.. resipi pun nampak mudah Isnyallah sha nak cuba.. secepat yang mungkin sebab bonda akan balik ke sini, jap aje setengah hari.. so sha nak buatkan khas buat bonda...

Kak Azlita cayang kalau sha buat tak cantik jangan marah haa... :))

macehh kak.. muahzzz

*terus salin resipi ni*

Nur-nba said...

Salam. Kak Ita, memang kalau terputus bekalan elektrik, banyak perkara atau tugasan yg tergendala..

Bingka ni nampak sedap sangat.. Teringin nak mencubanya.. Gambar2 dalam blog ni memang cantik sangat.. Tergoda dan terus terpikat.. ;)

Ummi said...

Waaaaaahh...cantiiknya bingka kraker dapat ke tangan mu Ita cayang ooii...Akak igtkan masa Ita tayang entry Saji tu ianya resepi puding ke, rupanya bingkaaa...terbaiiiikkk...x tau nak kata apa daahhh... ^__^

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Aduhaiii cantik sekali kue Kak Ita. Kelihatan teksturnya yang legit...warnanyapun cantik. Cream Crackers itu macam mana Kak Ita? apakah ada rasa kkhusus?

zuwaidah said...

Tertarik dgn resipi ini, kalau dikukus boleh tak.

Sofya said...

nak bakar nii guna api atas bawah ker?

FnF Simple Life said...

hmmm... serius terpikat ;)

::cupcakeskembang3bulan:: said...

Salam kak ita...

Saya ni 'silent reader' akak sebelum ni...
Salam perkenalan!
Melihat kuih akak buat ni dan terliur, ditambah dengan
gambar-gambar yang sangat
menarik tu...
Memang perfect N3 akak.

::cupcakeskembang3bulan:: said...

Salam...

Cantiknya 'angle' gambar akak ni..
Macam stok gambar dalam majalah.
Kuihnya pasti menyelerakan.
Tapi saya belum mencapai tahap
yang mampu membuat kuih ni...
Mungkin boleh belajar melalui
blog akak ni.

akmall said...

jelesnya kak... banyaknya makanan... hukhuhuk.. tak pernah berpeluang makan fancy2 ni.. biasanya makan yang mak masak je.. alhamdulilah.. besar da.. hehe. takpe nanti.. insyaAllah.. ada masa, *memandangkan saya da habis belajar.. saya buat resepi akak ni.. thanks akak sebab kongsi..

*da follow blog akak.

AyaZuki Is Cullen said...

masok blog kak ita mesti terus lapar..dah tangkap leleh ni..sedapppppnyaaa >.<

eka cik ted said...

aunty(memandangkan sebaya your son)..tanx 4 the recipe..but then can u please give us more tips on how u decorate kuih2 aunty ni..cantik sangat! :')

Putera Zach said...

sure sedap ni....

Meow Kitty said...

salam sis...mcm bakar kuih pakai dapur letrik tu eh.
cuma ada baked and broil. then n set time + temperature level tu mcm mana

Powered by Blogger.