Saturday, May 19, 2012

APAM ICE CREAM CORNETTO

Assalamualaikum


Selamat pagi dan selamat berhujung minggu buat semua teman-teman yang di sayangi..
Apa khabar ye semua pagi ni?
Harapan ita biarlah kita semua sihat, ceria dan bahagia menjalani kehidupan seharian di samping insan-insan yang di sayangi...

Sebelum tu... ita nak minta maaf sebab semalam dah janji nak masukkan resepi ni malam, tapi.. seperti kata perpatah kita hanya merancang tuhan jua yang menentukan...
Kerana beberapa sebab yang tak dapat di elak.. terpaksalah tertunda hingga ke pagi ni..
Maaf sekali lagi ye!


Hari ni, tak boleh nak sembang banyak-banyak, kerana banyak sangat tugas yang menanti. Lagi pula minggu ni minggu peperiksaan. Rasa-rasa anak-anak rakan-rakan ita juga sibuk membuat persiapan bagi menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kita sebagai ibu hanya mampu doakan yang terbaik buat anak-anak. Semoga mereka dapat memahami kehendak soalan dan dapat menjawab setiap soalan dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki.


Baiklah, kita terus kepada sajian kita pagi ni..
Apam ice cream cornetto, resepi ni pernah muncul sedikit masa dahulu.. pada era kegemilangan apam dot-dot dan apam mekar. Tapi oleh kerana penangan apam dot-dot lebih berpengaruh dan diminati ramai, kemunculannya apam ice cream tidak di ambil endah.. dan kurang mendapat sambutan..

Kini sekali lagi apam ini muncul, tapi bersama penampilan istimewa dan berwajah baru. Bertopingkan coklat dan taburan kacang hazel atau badam, kemunculannya kali ni di pentas maya, membuka banyak mata... WOW! hebat dan cukup bergaya sekali...

Hinggakan ita turut terheret ke kancah femenomenanya kali ini. Sampai tidur malam pun terigau-igau.. dek panahan pandangan pertama..


Resepi apam ice cream ini telah dikongsikan oleh Mama Fami, beliau mendapat inspirasi dari seorang teman beliau iaitu Erna. Menurut Erna  resepi daripada ibu mertua beliau. Terima kasih kepada kepada Erna dan ibu mertua beliau dan jutaan terima kasih juga buat Mama Fami kerana sudi kongsikan untuk rujukan kita bersama.

Idea untuk menyalutkan coklat pada apam ini pula ita tak pasti daripada siapa, tapi ianya telah muncul sedikit masa dahulu, dan sekarang telah muncul kembali. Rasa-rasa dah ramai juga kawan-kawan yang membuat apam ini dan ada yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan sampingan..


Kenapa kita tak mau mencuba! sedangkan cara membuatnya cukup mudah dan bahan-banhan pula cukup simple!
Rasanya juga sedap! ditambah pula dengan salutan coklat dan taburan badam pasti terasa kelainan bila menikmatinya..

Teksturnya sedikit keras bila dah sejuk.. oleh itu ita cadangkan kepada teman-teman yang nak mencuba, tambahkan sedikit ovelatte untuk mendapatkan apam yang lembut dan gebu.

Apa tunggu lagi jom lah kita intai resepi yang mudah dan simple ni...


APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari resepi APAM ICE CREAM
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami

Mula-mula kita sediakan kon atau kelonsong dia dahulu. Ada beberapa kaedah untuk membuat kon, dan ikutlah kaedah yang anda selesa. Boleh ikut cara yang mudah dari mama fahmi dan rujuk lah di Fotopages beliau.

Atau boleh ikut kaedah yang dikongsikan oleh Chef Amer semasa ita mengikuti kelas coklat beliau. Tak kisah lah kaedah mana pun yang pasti ianya tidak terburai bila kita mengukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan menitis keluar.



1. Bahan yang kita perlukan ialah kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak. Pisau, gunting dan solotape.

2. Ambil sekeping kertas burger ukuran standard



3. Lipat kertas membentuk segitiga memanjang

4. Terbalikkan kertas dan lipat pula bahagian belakangnya. Kaedah seperti melipat kertas tisu.










5. Potong kertas dengan pisau

6. Untuk bahagian yang satu lagi ratakan dan potong lebihan dengan gunting, biarkan ia sama saiznya.

7. Kita akan dapat 3 lipatan kertas berbentuk segitiga memanjang yang sama saiznya

8. Pegang kertas dalam kedudukan seperti dalam gambar di sebelah










9. Tarik hujung segitiga biarkan ia selari dengan hujung yang satu lagi. Sebelah tangan pegang pada sebelah bawah kon. Dan sebelah tangan lagi pegang di sebelah atas kon dan terus mengulung.










10. Bahagian yang lebih di lipatkan ke dalam kelonsong dan kemaskan, jika terlalu panjang bolehlah dipotong sedikit.











11. Kemaskan lipatan dengan solotape supaya lipatan tidak terbuka ketika mengukus

12. Pastikan bucu bawah kon tertutup rapat supaya adunan tidak bocor. Jika ada lubang bolehlah solotapekan.









Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti.
Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak!

Sekarang kita sediakan bahan-bahan adunan. Adunan dapat banyak tau! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 adunan sahaja.

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut 
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati


Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.

Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.
Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.


Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya.

Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.


Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.
Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)
Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..


Dah siap...
Selamat mencuba dan mengambil tempahan.. hehe












73 comments:

atie @ ejay said...

salam kak ita..
nak eskrim sebatang!hihi

Nur Honney Robbi said...

fulammak...pagi-pagi dah mengugat selera...hancus lah diet klu mcm nie...hbslah corneto rugi..semua pakat2x buat apam dah..hihi

dapurCikWan said...

ingat kan apa tadi kak ita..kreatif & cantik sangat! teruja cikwan tengok.. ;)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

wow...tergoda ai, kak ita
Angle food yang sangat shuntek
look like profesional.....
tq 4 sharing:-)

syarifah qalesya said...

salam kak..sye xbiase wat apam nie..1st time nk cube coz tgk sgt kreatif..sye nk tnye kat mne nk dptkn ovalet? Supermarket ade jual x?Sye xbiase dgn bhn2 kuih ni.. Tq

micasamawar said...

betul-betul mcm aiskrim corneto...comey la,kagum tgk akak punye resepi sumenya cantik2 & kreatif...terguda i :)

JieJa said...

nak try utk minum ptg la...anak2 dah terjerit2 suh buat nih..

JieJa said...
This comment has been removed by the author.
Bicara Kak Noor said...

salam Ita wah teruja lah akak tengok kan apam ni cantik dan kreatif sekali tapi agak rumit lah kan nak membuatnya tu,tpi kalau hendak seribu daya insyaallah akak akan cuba buat nnt,tapi kena step by step la buat kelongsong kon dulu awal2 baru proses nya cepat..insyaallah nak copy resepi ya

Asyifa Mustaffa said...

Salam K.Ita,
wow ! cun sungguh apam aiskrim tu...
nnti klau ada klapangan nak cuba lah...:)

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita...
Waw...waw...waw...nak kata ape ek...cuantikkkk...suka..suka..sukaa..sukaaa..

Eny Yusnizar said...

Sedapnye kak ita.... saya teringin nak buat, tapi risau tak menjadi sebab risau kon tu tak berdiri tegak hehehe..

Nanti mesti cuba jugak..

Hana Seman said...

Menarik..
Sayacuma ada periuk kukus yang 2 tingkat jer. bawah untuk air, pastu yang satu lagi yg lubang-lubang.
still boleh gunakan.
atau adaefek tak kat apam tu nanti kalau guna periuk kukus 2lapis tu jer.

JUJUE AHMAD said...

salam.. cantik sungguh apam aiskrim ni. teruja jue nk buat jugak..

checidda said...

mintak share resepi yerr sis...comel sgt...nak makan rasa syg..hehe

Hanim said...

Wow! Comel, cantik, sedap n tertarik la...nanti nak cube lg. dulu penah wat sekali tp xmenjadi la....nak try lg la trus teringin bila nengok nih hehehe. Mintak ijin cnp ye....TQ.

Ibu ADAM AIDIL ALIF said...

Menarekkk...Tertarekkksss... Nak share lahhhh... Memang terbaekkkk!!!!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ternganga mulut kak ros...hanya boleh ditutup kalau dapat rasa apam ni ya.

jaja said...

..sungguh kreatif.. kagumnya dgn bakat akak..

Jun Ma'mun said...

waahhh kreatifnyaa auntie ita! cantikk sangat2 ^.^

Tina Othman said...

salam kak ita

apalagi yg boleh dikatakan, wow cantiknya, tak dpt makan aiskrim, makan apam mcm cornetto pun bolehlah

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Waaaaaah, cantik sekali apem es krimnya, kak. Betul betul nampak seperti es krim cornetto...malah lebih cantik warnanya. Izin catat resepnya ya Kak...

Gee® said...

fantastic!!

Nur-nba said...

Wow sangat menarik... Kreatifnya siapa yg mencipta resepi ni.

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...comeii n cantiknya...

CT Delima said...

As'salam Ita

Apa khabar..rindu tak dengan Ct hahaha.Maaflah Ita sememangnya bukan sengaja ct tak masuk blog Ita dan kawan2 yang lain. Tapi itulah broadband ct tenat sangat2. sampai nak bukak blog sendiri pun tak boleh. harapkan Fb jerlah ct dapat tengok menu yang Ita buat. Tu pun semput semacam nak tinggalkan komen.

Tapi malam ni ct macam nak lepaskan tension hehehe. geram tengok apam ais krim tu cantik betul. okey ct nak buat tempahan ya hehehe

Dya Dahlia said...

slm kak ita,nk tumpang tanya akak guna pewarna jenama apa ya,selalu saya tgk resepi akak warnanya sgt menarik,tq 4 such a brilliant recipe!

FnF Simple Life said...

kaedah dan cara buat apam ni sgt mudah utk sy faham... tq 4 sharing kak...

Cinta Misteri said...

mudahnya...nnti weekend nak cubalah
Thanks for sharing.

mama4A's said...

masyaAllah.. sedapnya... :)

mashitah said...

Assalammualaikum kak ita....
sedapnya...apam cornetto tu...siap ada step utk buatnya....thanks kak ita..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bestlah tengok apam ni cantek... dan semestinya sedap serta menarik perhatian anak2, insyaAllah nak cubalah, mohon share resipi ye ^__^

AdanyaKauUntukku said...

mmg sukalah tgk blog Kak Ita nieH..
debabooo
masakan sume nampak sedap dengan gambar2 yang hebat2...

pasti cuba

dari dapur kecilku said...

Salam... kak ita tergoda dibuatnya... nak minta izin nak cuba resepi nie yer... pasti anak2 suka... terima kasih kak ita

Yatie said...

cantiknya apam ni Ita..rajin tul Ita wat mcm ni...Boombasticlahhhhh...

Elle Kamarudin said...

you are so so so creative!

nur_eimi said...

thanks kak coz kongsi resepi n cara2..nnt nur try..menarik gak idea ni..

Ummi said...

Assalam Ita...meh sini apam eskrem tu 3 ketuiii..mesti kenyang menyandar...nak wat buka pose kang...ada lg ke... Mst dah licin, akak x beron9 lgsung wiken baru ni..mlm tadi la baru letak entry...tu pun time org dah masuk tdo belaka agaknya...hehe

Mmg cantik bangat apam ni Ita..tp akak x da kuasa power rangers la nak buat...pinjam power Ita sikit... ^__^

Roses_Leo09 said...

huhuhuhuhuhu ...........

nak nangis tengok hasil tgn kak ita. mempersonakan .......
periuk kukus hanim ada 1 tingkat jer. so susah la nak buat. nanti mesti kon tu basah kena air. KIV resepi ni

AbbotCottage said...

Assalamualaikum Kak Ita.
Nak tanya, berapa lamakah masa yang diperuntukkan utk mengukus lapisan pertama, sebelum menuang lapisan yang kedua, ketiga dan yang terakhir?

syidah - xiao hong said...

salam,

mengimbau nostalgia masa kecik2 dulu. mak selalu buat apam berwarna warni dalam kon kertas macam inilah. memang look like ice cream. kawan2 jealous. ramai mintak nak rasa. hahaha

DG said...

Mau donk! Really looks like icecream to me :)

faa.rosli said...

ni yg nak try ni..kreatif laaa

rass said...

saya peminat blog pn.. So tempting

MamaFaMi said...

Cantik gilosss apam cornetto Ita ni. Tetiba je rasa macam nak buat versi gini... kalau rajinlah. Dulu masa mama buat, ada gak yang bergelimpangan dalam kukusan... hahaha... sabor je la.

Maizatul said...

K.Ita, berapa hari boleh simpan apam ni? macam mana cara nak simapn?boleh masuk fridge tak?

aJa said...

sedap...menarik...and the booommmmm
....walllahhhh

air liur meleleh dah ni

aJa said...

Meleleh air liur....

nak cuba nih...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Fantabulous!!! ;)

Aida Salleh said...

wahhhhhh sangat cute....sukanyaaaaa....tq kak ita sudi share.

Rinakahar said...

wow..superb...superb..

inaaunibaked said...

salam..kak....terpikat dgn resepi ni..tp nk jual brape ek kak satu?heheh...:)

inaaunibaked said...

salam...kak...resepi ni emikat hati..kak..klu nk jual brape ek 1pcs?hope akk dpt bantu...baru nk mula2 mengambil tempahan

Gya Duniaku said...

sgt menarik....kreatif sungguh..tahniah kak

Love Gereen said...

saya nak try lah..comey jer

Gadis Kampung said...

salam kak ita..saya suka dengan resepi dan gambar dalam kat ita...saya suka buka blog kak ita..

The aNNa said...

comel..geram tengok..:)

mummy Ayda said...

masaallah sungoh creative Ita, mummy suka betoi, cute lagi

aida mamat said...

salam ita... akak dah buat semalam utk majlis marhaban kat rumah.. semua org suka.... menarik katanya.. tq ita

Gya Duniaku said...

GD dah cuba kak ita.. dan 2 kali sudah.. Alhamdulillah x mengecewakan.. dan dah sharekan juga di blog GD. harap kak ita x marah..
http://www.monasrie.blogspot.com/2012/07/assalamualaikum.html

Ummi said...

Chumelnya..kreatif masakan akak..suka baca blog masakan akak..step by step..org yg xsuka msk pn leh suka masak tgk blog akak..hihi

analisa ummu abel said...

kreatif... perfect... itulah kak azlita...

Nur Ainina Farhanah (Nina) said...

semalam ada feast kat umah pak long. jumpa lah apam bentuk cmni. saye ni x boleh tengok yang lawa cmtu, sedap pulak. nasib baik ada kat internet ni. thanks kak ita

Rodziah Abbas said...

salam. saya suka sangat tengok kek yang cantik2 kat blog ita ni, tapi belum pernah cuba pun. rasa2 kalau saya cuba terus amik tempahan boleh ke?

I Luv Islam said...

Salam Kak Ita,
saya dah cuba step by step..
tapi camna nak kekalkan kon dalam kukus supaya tak lembap & jatuh semasa proses mengukus.
boleh tolong saya.. terima kasih

I Luv Islam said...

Salam Ita,
saya dah cuba step by step tapi gagal mengekalkan kon supaya tegak didalam kukusan. boleh tunjuk ajar.
terima kasih

Anis Aklima said...

kak, knape ktorang wt bntuk ais krim guna pmbalut nsi lmak ngan pmblut burger x jdi?? pmblut tuu jdi lmbik.......

nanny hayati said...

Saya dah cuba... saya ikut Ita tambah ovalet supaya apam lbh gebu. Apam menjadi cuma atas tu mekar sbb kukusan terlebih panas.
Tq for sharing the recipe...

nanny hayati said...

Saya dah mencuba resepi ni. Saya ikut Ita tambahkan ovalet untuk apam yg lebih lembut. Cuma apam jd mekar sbb kukusan terlebih panas.
tq for sharing recipe...

nurainieys isa said...

kreatifnyer akak niee... adoi... jeles nie.... smua pandai nie...

Ibu telur said...

Salam kak ita, minta izin copy resepi

watyz said...

salam kak. saya mohon nk amik ye resepi ni. halal kan yer. time kasih... :)

Azlina Aziz said...

slmkm kak ita...salam perkenalan dari ina...ina suka jengok2 blog kak ita ni...kak ita memang seorang yg creative...terima kasih diatas perkongsian ilmu yg kak ita berikan...