Follow if you like

Apr 20, 2012

SULTANA BISCUIT LAYERED CAKE

Assalamualaikum

Bertemu kita di hari Jumaat sekali lagi.. penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah. Dapat menikmati dan menghirup udara yang segar. Masih dapat menatap wajah ibu dan ayah..

Kita bertuah kerana masih dapat menjalani kehidupan kita seadanya. Bagaimana pula bagi saudara-saudara kita yang berada di negara yang bergolak.. yang sentiasa dalam ketakutan akibat negara mereka hingar bingar dengan peperangan.. bagaimana mereka dapat tidur lena jika sentiasa memikirkan bilakah mereka akan hanyut dilambung ombak Tsunami.. atau di bedil peluru sesat...

Oleh itu panjatkanlah rasa kesyukuran.. kerana kita berada di bumi yang aman..


Kek lagiii... lagi lagi kek!!
Apa nak dikata.. bila ada yang meminta kenalah kita buatkan..
Sebenarnya beberapa hari ini ita banyak dapat permintaan yang meminta ita buatkan kek yang mungkin sesuai untuk disajikan pada Hari Raya.
HARI RAYA????? hari raya kan lama lagi..
Ye lah.. mungkin mereka nak buat untuk jualan pada hari raya. Buat awal manalah tau kalau ada yang nak order..


Entah kenapa 2, 3 hari ni ita berminat pula nak buat kek lapis.. hihi seronok pulak rasanya nak melapis. Ada masa bila ita terasa sunyi dan bosan ita suka lakukan sesuatu aktiviti yang buatkan ita lupakan segala masalah dunia. Bila berada di dapur hati ita terasa tenang.. jiwa yang kosong terasa terisi dengan desiran beras ... bunyi sudu berlaga.. bunyi hirisan bawang terasa tenang dan mendamaikan.. Lebih seronok bila dapat menghidu aroma vanila dan coklat yang menusuk ke hidung.. aduh!! nikmatnya...

Seronok bermain dengan warna-warni tepung, seakan terasa berada di kelas lukisan sewaktu dibangku sekolah.



Pagi tadi ita dah ternampak kawan ita CT juga turut menyediakan kek yang sama.. alahaiii.. sama pula citarasa kita hari ni.. mungkin secara kebetulan.. hihi
Resepi yang sama tapi bahan yang berlainan.. bangkitkan satu kelainan pada penyajian ..
Seronok kan??
Macam-macam idea dan ilham yang lahir dari kawan-kawan kita ni.. Ini lah keseronokkan berblog. Selain memasak kita dapat bertukar-tukar idea dan citarasa. Dari satu resepi boleh dipelbagaikan untuk menambahkan koleksi disamping melayan selera keluarga.


Jika CT menggunakan biskut Marie, ita pula menggunakan biskut Sultana. Sebenarnya dah lama nak buat kek ni , ita ternampak kek ni dalam sebuah buku masakan bahasa Cina. haha ita kalau dah kemaruk buku masak.. apa-apa pun ita beli tak kiralah Bahasa Melayu ke, Bahasa Inggeris ke atau Bahasa Cina pun tersimpan dalam koleksi buku kesayangan ita. Tak menjadi masalah kerana anak ita Amirul boleh bertutur dalam bahasa Cina, kerana dulu dia sekolah Cina, jadi kalau ada mana yang maknya tak faham dia akan terangkan..


Resepi lebih kurang sama, cuma dalam buku tu menggunakan butter. Ita masih lagi menggunakan resepi Kek Kukus Velvet Hawflakes dari kak Fida. Ita serasi dengan resepi ni, ditambah pula suami ita cukup mengemarinya.. jadi keraplah ita gunakan resepi ni. Kita boleh pelbagaikan sebenarnya resepi ni.. kalau nak letak kismis sahaja pon boleh, nak letak coklat cip pon boleh, dan pastilah yang menambat selera pastinya jika ada kepingan Hawflakes.


Tapi tak berapa ramai yang gemarkan hawflakes. Tapi suami ita kalau letak hawflakes dia sorang aje yang makan.. hihi sebab mmg dia suka! anak-anak pula kurang gemar.. Ita pula.. tak kisah mana2 aje yang penting sedap!

Panjang pula celoteh, nanti terlewat pula hantar Dalili kesekolah.. ok lah jom kita intai resepi. Sebelum terlupa sekali lagi ucapan terima kasih kepada kak Fida kerana berkongsi resepi yang telah menjadi kesukaan kami sekeluarga.. Halalkan ye kak!!..


SULTANA BISCUIT LAYERED CAKE
Idea dari : Vickie Chieng
Dari buku : Fancy Cakes and Jellies
Resepi : KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus 
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
1 sudu teh pandan emulco
pewarna hijau
Biskut Sultana secukupnya





Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, biskut, pandan emulco  dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati
Masukan pandan paste dan pewarna hijau gaul sebati.



Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Kukus selama 5~7 minit
angkat
Susunkan kepingan biskut atas lapisan pertama.
Tuangkan lapisan ke dua
Kukus lapisan ke dua selama 5~7 minit lagi
Ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong

* Loyang hendaklah sentiasa ditutup dengan kertas aluminium semasa mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis atas kek





27 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam kak Azlita.. cantiknyaa............................. sedap dah tentulah kan.... sultanas cookies tu memang fav sha..:))) suka sangat gambar menarik!

Ummi said...

Assalam Ita cayang, maaflah akak balik kg semalam tergesa-gesa, malam tadi balik sini, petang ni pun balik lg untuk tolong kenduri tahlil...Amboiii terasa banyak ketinggalan la pulak, dua jenis kek yang cantik menawan....x mampu dah kata banyak, cantik dan nampak cukup sedap.... ^___^

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ita :)
cantik sgt2... teruja betul tgk2 semua gmbr2 mskkan Ita :)
Semuga Ita senang & bahagia berkongsi resipi2 didlm blog & jgk FB.. semoga maju jaya :)

a'in fajar said...

salam k.ita..kek lapis lagi?..sy suke la kak, kek2 lapis nie..nak minta sepotong..idea yg baik nak cuba jg..

Gee® said...

mak aii!!! sgt terpesona....

Watierman said...

Assalam Dik Ita...ni yang Akak geram tengok ni...buat mood nak mengukus tu datang balik....kenapalah...Akak pun dah jatuh cinta dengan variasi kek kukus ni...ada Nikmat & ketenangan bila dapat buat kek kukus ni...entahlah!! cantij warna hijau tu Ita...berseri sungguh...!

mashitah said...

KAK ITA.......SEDAPNYA KEK LAPIS SULTANA....TAK PERNAH RASA..LEPAS NIE KENA CUBALAH RESEPI KAK ITA NIE YE...

INA said...

wow..mmg cantik..

rahel said...

Kak Ita,Rahel dah tertawan dengan Kek yang cantek banget ni...sangat kemas lapisan dia..kebetulan Rahel memang suka sangat dengan biskut sultana ni..jadinya gue pun nak terai jugak ikut Kat Ita punya idea..tima kasih utk ideanya yang bikin gue ngencess..

Lisa said...

Assalamualaikum kak

Cantiknya. warnanya lembut..saya mmg minat sgt dgn biskut sultanah. rasa nak cuba jer resepi ni. Saya minta yer resepi ni..hehehee

ummiaisyah said...

salam Kak Ita..alahai nk buat malas..mmg jamu mata aje la dgn sentuhan emas kak Ita ni..

Rahsia Dari Dapur said...

salam..amboi kak ita menarik btl kek lapis kak tu ek...terasa sangat ingin memcubanye...tp bila la dpt mgukus mcm kak ita..

CT Delima said...

As'salam Ita

Alahai rindunya kat Ita ni..hehehe. Tau tak semalam ct mimpi Ita terus cakap kat suami paginya, kenapa agaknya erk...? sambil garu2 dagu..hehehe

Yalah kebetulan kita sama buat kek pada resipi yang sama juga hanya biskut aje yang berlainan. ct buat 1/2 adunan aje, habis dahhhh..hehehe

hijau pun sebenarnya minat ct gak, ehh..mana satu ni..MERAH, pink atau hijau..semuanya boleh..hehehe

kirim salam ahli keluarga ya :D

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..belum puas manatap kek lapis semalam...timbul lagi satu kek lapis versi baru...

kakna said...

salam ita..
layer lagi.. rajinnya..
tak apa kalau ada yang nak menghabiskan.

Messy Mummy said...

assalamualaikum...

K.Ita.. suka la tgk hasil tangan k.ita... mcm sempurna jer. tapi nak buat sendiri takkan tercapai. duk rasa part buat2 kek nie order or beli ckup lah :) buat masa skrg tgk hasil k.ita dan telan air liur jer..uhuk..uhukk

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

biskut sultana tu akak suka.. tp anak2 kuranglah pulak.. tp kalau hawflakes tu kalau beli yg kecik2 tu.. dorang boleh makan mcm tu jer.. hehe.. mmg tak sama selera budak2 ni kan..

menarik sgt2 kek tu... bukan saja rupa.. mesti rasanya pun sedap..

leen said...

suka tengok kek akak buat...rasa teruja je nak membuatnya....

noorhayati harun said...

ermm..sedapnya..kak ita..menarik tertarik..teringin nak buat tapi sebab dah sarat2 nie nengok jew la cake kak ita tu..hehehehee

ummiaisyah said...

salam kak ita..dh bli saji.x puas baca 2 m//s kena 4 m/s br cukuyp!

Pn.Mieza Fadzly said...

wahhhh..sedap mata memandang mestilah sedap lagi tekak yang merasa..heheh

liemaopurut a.k.a ana said...

salam kak ita,

kak ita selalu buat sy terpegun dengan resepi dan kreativiti akak... memang boleh jadi ikon dalam bidang masakan la akak ni. banyak lagi resepi akak yang tak try ni.

anitaare said...

salam kak ita,

terpesona dgn kek ni..sungguh pasti sedap..sy pernah mcuba resepi akak dulu kek red velvet mmg terbaik..tkasih

Citarasa Rinduan said...

fuhhhhhhhhhhhhh

kak ita.. ayu sangat2 minat hasil percikan snap kamu.. lagilah kek tu nampak cun abis....

Diana @ Melley Mey said...

cantik kemas kek yg akak buat tu... warnanya yg lembut dan memikat tu buatkan mata nie tak jemu memandang gambar kek nie... cantik sgt...

Li Shuan said...

Hello Azlita, This lapis look absolutely stunning.I'm very keen to try out this lapis, can u please tell me roughly how long u need to beat the batter? Thanks.

delia said...

Hello Azlita, I've tried out this recipe twice. Both times the 2nd layer of biscuit will 'timbul'. What happened? Adakah the batter terlalu banyak menyebabkan biscuit timbul?

Powered by Blogger.