Follow if you like

Apr 14, 2012

NASI LEMAK KAMPUNG

Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu..
Pantas betul masa berlalu sekarang kan.. sekejap aje dah bertemu hujung minggu.. Dah hampir melangkah ke pertengahan tahun..
Apa perancangan hujung minggu ni..?? Ada yang nak pergi bersiar-siar bersama keluarga.. atau makan-makan kat luar..
Ada juga yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.. sambil bersantai-santai..
Tak kisahlah apa pun aktiviti yang dilakukan.. janji ianya memberikan maanfaat kepada semua dan lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang..


waaa... ada yang terkejut masuk dapur ita dah berubah halua telinga.. aikkk!! betul ke dapur ita  Masam Manis ni... ke dah tersalah singgah..
Ini lah hasil kerja anak-anak ita bila mereka pulang bercuti.. ada aje yang nak dibuatnya.. Kali ni blog mak dia pula yang menjadi mangsa..
Tapi ita suka.. suka melihat kan mereka mengeksplore kreativiti mereka. Sebenarnya anak-anak ni punya bakat masing-masing. Oleh itu jangan disekat bakat mereka.. biarkan mereka mencuba dan menilai sendiri kebolehan diri.. dan sebagai ibu bapa sudah semestinya kita berikan sokongan 100% atas bakat mereka..



Ita suka bila melihat mereka adik-beradik bersepakat dan bersama2 melakukan aktiviti. Merancang dan bertukar-tukar idea untuk melaksanakan sesuatu perancangan. Kadang-kala idea mereka, tak terjangkau oleh akal dan fikiran kita.

Tapi macam biasa lah kan.. budak-budak belasan tahun.. yang tiada asas tiada bahan.. tapi nak buat juga.. disebabkan rasa ingin mencuba yang terlalu tinggi.. Walaupun hasilnya tidak lah segah mereka yang memang mahir dan pakar dalam bidang ini.. tapi pada ita ianya sudah cukup membanggakan dan menyentuh hati..


Susah jugak nak buat video ni kan.. bagi mereka yang mahir, berpengalaman dan ilmu penuh didada.. mungkin terasa ala.. kacang aje kan..
Tapi bagi yang tiada pengalaman macam ita ni aduyaiii.. payahnya..
Masa yang di ambil anak2 ita untuk siapakn video ni 2 hari.. tapi kesian tak tidur malam dibuatnya.. sampai maknya tak berpeluang langsung nak guna komputer ni.. hihi kesian anak2 mak.. tak pe nanti mak belanja nasi lemak ye..

Oh, ya! bila bercakap pasal nasi lemak, ini lah nasi lemak yang digunakan dalam pengambaran video itu.. Nasi Lemak Kampung. Resepi nasi lemak yang biasa disediakan oleh mak ita. Cuma kali ni ita gunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi lemak ni.


Ok, kalau kita guna beras biasa sukatan air tu hendaklah sama antara sukatan beras dan air.. kalau beras yang biasa kita guna perlukan air yang banyak kita sukatlah seperti biasa kita tanak nasi. Masa ita mula2 belajar masak nasi dengan mak ita.. Mak ita ajar, bila kita letak beras dalam periuk dan tuangkan air.. sukatan air tu biarkah satu inc dari permukaan beras. Ita diajar supaya masukkan jari dan ukur hujung jari tu.... air tu akan sampai dekat line pada jari yang pertama.. dari permukaan beras.


Tapi bila kita guna beras basmathi, air yang diperlukan hendaklah banyak dan beras perlu direndam dahulu, supaya bila kita masak, nasi berderai tapi butiran beras tu lembut bila dinikmati.
Ok lah jom kita intai2 resepi yang mudah aje penyediaannya ni..



NASI LEMAK KAMPUNG

3 cawan beras basmathi ~ cuci bersih dan rendam sekejap ~ kemudian toskan airnya
2 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan ~ disiat 2 dan disimpul
1 batang serai ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris


Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk
Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
Masukkan air dan santan
Masak hingga mendidih
Tambahkan garam dan kacau rata.

Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi
Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi
Tanaklah nasi seperti biasa.
Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah

Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng dan ikan bilis.


Selamat Menjamu Selera...

22 comments:

Ida Firdausi said...

tengok je dah terliur.. tu belum jamah lagi.. adoiii!!:)

Ilhamkreatif said...

Salam Kak Ita..Tahniah untuk anak2 akak ,hasil kerja yg kereatif gitu.Seronok iza tengok.Nasi lemak n org melayu tak boleh dipisahkan ye kak...

Ummi said...

Assalam Ita cayang, tu diaaaaaaaaaaaaa video clip baru pulak...dalam kelassss tersendiri video Ita nih! Rajin dan mantops sekali shootingnya..hehee.. Bagus sangat idea yang dipersembahkan, akak suka tengok...! Pastu muncul la entry nasi lemaknya tu eh...tabik spring toiingg tooiinng kat Ita ni..Happy weekend tuk Ita sekeluarga, muaaahhh!

Bicara Kak Noor said...

salam Ita,aduh sedapnya nasi lemak kampong betul2 lah macam kampong punya I likeeee

Shahriah Abdullah Novelis said...

Cantik! Menawan! SoOooooooooOOooo Yummyyy And Nice!!!!!!

ibh_sue said...

Aslmkum kak ita. Mmg diaorg kreatif. Nasi lemak dah la sedap, lepas tu gambo dipersembahkan pun cantik. Lg la terguda tgk nasi lemak tu. I like your picture kak. :))

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...sedapnya QH tgk nasi lemak tu...myelerakan bile tgk setnya begitu...lapo balik lak jadinya...hehehe...nk sepinggan yer kak...

hayati said...

kak ita,,mane resepi sambal nyer,,huhu

Mas said...

akak....give me 5...
sambil laga2 montot..sama la kita..
layan nasi lemak hari nie..
jommm tukar2...

FnF Simple Life said...

sgt creative

Sufaini Bidin said...

nice picture after all

Amie said...

Assalamualaikum Ita,
rasa macam nak terbang balik kampung sekarang juga... nak nikmati suasana kampung sambil makan nasi lemak yang sangat lazat ...adeeehhh Ita, terliur2 sudah aku ini bah!

tika hapsari nilmada said...

Very interesting, Ita.
I love nasi lemak, it tastes similar to nasi uduk in Indonesia.
Want to let you know, I sent you message to your masam manis group on FB. I need to hear the answer from you.

Thanks, Ita.

Nur-nba said...

Saya dah perasan video tu dari semalam.. Anak2 Kak Ita memang rajin dan beri sokongan penuh dengan minat ibunya... Looking forward untuk lihat video2 kreatif dari mereka lagi.. :)

Azie said...

As salam Ita. Membuat saya terkenang zaman kanak kanak dulu. Saya punya pinggan besi khas yg tak boleh diguna oleh sesiapa pun

Kasut But Ceri Merah said...

cantiknye gambar. menu pon nampak tersangatlah sedapnye :)
yummyyyyyyy

mashitah said...

kak ita, saya plg suka mkn nasi lemak letak halba....baunya membangkit selera...sedapnya

Piranhamas said...

Infonya sangat bermanfaat , terimakasih ya, Semoga anda di berikan kelancaran dalam berusaha, dan di beri kesehatan, kemudahan, dan tak lupa kesuksesan , dan juga makin jaya ya :)
Dari :
Pembicara Internet Marketing
menjadikan jualan anda lebih terkenal dan banyak dikenal oleh masyarakat luas, menjadikan No 1 di semua halaman google, dengan menggunakan fasilitas GRATIS di INTERNET.
anda berminat??
INGIN tau RAHASIA Jualan Laris, Banjir ORDER Tiap HARI, KLIK http://bit.ly/K28mAh #PIRANHAMAS
hub Bpk. Agus Setiyawan
081 333 841183 (Simpati)
0817 537894 (XL)

Cik Itah@RRP said...

nampak sungguh menyelerakan...terliur jadinya huhu

Cik Itah@RRP said...

nampak sungguh menyelerakan...terliur jadinya huhu

isrillace said...

mmg sdp..sy dh cuba..terima kasih ya atas resepinya

momsbreastfeeding said...

alhamdulillah sedap

Powered by Blogger.