Wednesday, April 4, 2012

LODEH

Assalamualaikum..

Sejuknya pagi ni terasa sampai ke tulang sum-sum..  alahai sedapnya kalau dapat sambung tidur kan??
salam di pagi Rabu yang sunyi dan sepi.. Biasa kalau hari Rabu semua tak  nak berbicara.. laaa.. napa lah pulak tak nak berbicara  kan.. Allah dah bagi kita panca indera yang cukup lengkap, dah kita nak membisu seribu bahasa pulak.. hihi


Apa kahabar semua pagi ni.. ?? di harap sihat dan ceria walaupun hujan membasahi bumi Johor ni.. Alhamdulillah ita pun dah ok! Sebenarnya ita kena sakit mata.. tapi bukan sakit mata yang berjangkit.. Mata ita ni mmg macam tu.. kata doktor ia adalah faktor keturunan.. ada masa ia akan sakit dan berair.. tu yang ita tak boleh nak mengadap komputer ni lama2 lagi pedih dan berdenyut2 terasa.. Kalau cuaca sejuk macam sekarang ni dia ok sikit tapi bila cuaca panas ia jadi gatal dan pedih..
Bila ita gosok2 dia merah dan berair tu yg ita tak dapat nak ambil gambar dan mengadap komputer.. lama-lama..


Ok lah kita lupakan tentang tu..
Kita kembali pada resepi pagi ni..
Dah sarapan ke??
Sebenarnya resepi ni ita dah sediakan beberapa hari yang lalu.. Tapi oleh sebab faktor kesihatan yang tak mengizinkan, ita tak sempat lah nak publish. Nak pelawa makan pun semuanya dah babis..


Lodeh adalah makanan yang cukup popular di Johor. Ia boleh ita katakan adik beradik dengan lontong. Cara memasaknya lebih kurang sama dan  cara penyediaan nya juga sama. Cuma sedikit perbezaan lodeh biasa dihidangkan pada hari raya, manakala lontong kita boleh dapati pada setiap hari.. di gerai-gerai yang menjual sarapan pagi di sekitar Johor.


Cara memasak lodeh bergantung pada masing-masing. Ada yang tumis dahulu rencahnya dan ada yang rebus terus bersama santan. Kebiasaan lodeh dimakan bersama ketupat. Digandingkan pula dengan sambal tumis,  rendang dan kuah kacang.


Bahan-bahan atau sayur-sayuran nya juga pelbagai jika dibandingkan dengan lontong yang lebih ringkas.
Kali ni ita sediakan lodeh yang ringkas. Makan bersama sambal tumis dan nasi himpit. Ita masak macam biasa ikut cara mak ita, main agak-agak dan campak-campak aje.. Rasa-rasa setiap resepi dan cara penyediaan lodeh adalah lebih kurang sama.    Jom kita intai-intai resepi orang Johor.


LODEH

3 keping tauhu ~ digoreng dan dipotong 4
2 keping tempe ~ dipotong dadu dan dugoreng
50 gm fucuk ( tauhu kering) ~ dipotong dan rendam hingga lembut
50 gm soo hoon ~ dipotong dan rendam hingga lembut
4 tangkai kacang panjang potong 2 cm
1 batang lobak merah ~ dipotong mancis kasar
1/4 kobis bulat ~ dihiris
1 biji kentang ~ didadu
1 liter santan cair
250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
1 batang serai ~ titik

Bahan Kisar
2 sudu besar udang kering ~ direndam lembut ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 biji buah keras ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 inc halia ~ kisar
Kesemua bahan diatas dikisar sekali


Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga harum.
Tambahkan santan cair dan kiub ikan bilis biar kan kuah hingga mendidih
Masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti kentang lobak dan kacang
Biarkan ia empuk
Tambahkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan bahan-bahan yang selebihnya satu persatu dan kacau hingga kuah masak sempurna.
Sedia di hidangkan bersama nasi himpit, sambal tumis dan telur rebus.
Nak lagi sedap makan bersama ketupat, rendang dan kuah kacang
Boleh juga di makan bersama nasi.

Cara menghidangkan lodeh di meja hidangan. Kuah lodeh di masukkan ke dalam mangkuk yang dalam dan besar. Ambil sedikit minyak daripada sambal tumis dan titiskan di atas kuah lodeh. bahan-bahan lain di letakkan dalam bekas yang berasingan.


16 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam & Slmt pagi Ita :)
Disini pun cuaca masih hujan & mendung jer pagi nie..sejuk rasa2 nyer nk sambung tido lagi tapi kerja rumah mesti di settlekan betul kan? hehehe
lodeh mmg fav tak kira lah hari raya atau x...hmmnnn sedap nyer mcm nak masak pulak..

kakna said...

salam ita..
kena rehat lagi ni.. rehat secukupnya.
memang sejuk pagi ni.. kakna pun terasa macam nak selimut je..


sedap kalau dapat hirup kuah lodeh yang panas-panas ni.

susumanis said...

salam ita..terliurrrnya tgk lodeh yang cantik berbintang itu :) great garnishing ita, love it so much :))

shiema sufian said...

wowww, sedapnya. oh, johor panggil lodeh, kedah panggil lotong. itupun kalau sama lah (:

::Azura Rahman:: said...

selamat pagi kak ita... alahai.. sungguh la menggiurkan tgk lodeh tu.. kegemaran zura sekeluarga.. kami kn org Johor.. mmg lodeh ni menu setiap hari raya.. hihihi..

mmg wajib zura kena buat la... tetiba semangat sgt nk makan.. tq for the idea kak.. =)

Mas said...

tgk lodeh kak ita ni teringat plak time raya. inilah menu utama kami di pagi raya....

sedappppp nye hirup kuah lodeh campur dgn sambal ikn bilis.

Shahriah Abdullah Novelis said...

SedapNyaaa...............................

Diari Kita said...

Salam perkenalan..
Terdorong nak kesini bila tengok tajuk entry LODEH
Memang favourite saya ni...sanggup belajar nak buat dengan mak..

mashitah said...

kak ita...
saya bercadang nak makan lontong minggu nie......mmg favorite saya lodeh tu, ngan sambal tumis...kli ada rendang mmg terangkat...

Qasey Honey said...

sedapnya Kak Ita...dh lama dah QH xmakan lodeh yag Johor punya cmni...terliur la pulak...akak jemput la QH makan skali...nak rasa sgt dh ni...hihi

Cik Siti said...

Sangat tak tertahan melihatnya... my fav!

Melly Octaviana said...

Slurrpp..ini menu breakfast fav melly kalo di jakarta, di tambah dengan krupuk..hmm sedappp

itawaliza said...

askm kak ita..
alahai...saya ni kurang gemar lodeh..tapi....bila tgk gmbr yg diambil kak ita terr sgtlah cantik..buat saya teringin pula nak mkn lodeh..
kak ita, tunjuk la sikit mcm mana kak ita tangkap gmbr yg skali tu...cantik betul pencahayaannya dgn bground gelap.

Ummi said...

Waaaaaaaaahhh, lodeh, one of my favourite nih....sedapnya laaaa Ita ooiiii... ^__^

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita...

Sarapan Lodeh ke hari ni...sedapppnya...fav Kak Lin ni...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah.. dah sihat ita..
Akak suka sangat makan lodeh bila raya kat Muar belah pak mertua akak..

Ita boleh tak tunjukan cara-cara nak buat nasi impit guna daun pisang ni. Sedap rasanya... tambahan bau daun pisang tu.. ^__^