Sunday, April 15, 2012

IKAN SIAKAP BERSOS HITAM

Assalamualaikum..

Pagi yang cerah.. Tapi awal pagi lagi rumah ita sudah basah di sirami hujan yang mencurah-curah.. entah bilalah hujan ini akan berhenti..  aduyaiiii...

Hari tu semasa ita dan suami pergi ke Bank atas beberapa urusan, semasa perjalanan nak ke tempat kereta ita terdengar suara anak kucing yang galak mengiau.. Cari.. punya cari akhirnya ita nampak anak kucing putih yang comel terselit dalam beg buruk atas sebuah motor. Anak kucing tu terlalu kecil rasa-rasa macam baru semalam dilahirkan. Ita ni kalau anak kucing yang baru lahir atau terlalu kecil memang geli sikit nak pegang.. sebab ita nampak macam anak tikus aje kan..

Suami ita pula berkeras nak bawa anak kucing itu pulang kerana melihatkan bulunya yang putih bersih dan anak kucing tu comel sangat.. Mesti Dalili suka katanya..
Dia yang sibuk bertanya pada kedai berhampiran kalau ada kotak untuk meletakkan anak kucing itu.. Kemudian kami singah ke  Pet Shop untuk membeli susu dan kelengkapan untuk anak kucing tu seperti botol susu dan lain2..


Kebetulan masa yang dah terlewat kami terus bergegas ke sekolah untuk mengambil Dalili pulang disamping nak buat surprise kat dia.. Bila dia masuk aje dalam kereta,  anak kucing tu mula mengiau.. dia pun membongkas mencari dari mana suara anak kucing itu.. Alangkah gembiranya hati Dalili bukan kepalang bila melihat kelibat anak kucing dalam kotak tu.. Wajah kecerian dan kegembiraan jelas terpancar dari raut wajahnya..

Mulalah hari2 Dalili bersama Beto nama yang dipilih untuk Si Comel. Di susukan sebelum dan sekembali dari sekolah. Bila balik dari sekolah pasti Si Comel tu yang di cari dahulu...

Pagi ini pintu bilik ita diketuk dengan kuat.. Bila pintu dikuak.. deraian air mata dan esak tangis yang tak putus2... "Makkkkk.... Beto dah keras.. dia dah tak bergerak... kita nak bagi dia susu tapi dia tak buka mata... badan dia sejuk... nape dengan dia makkkk...."
Aduyaiii... luluh hati ita terasa melihat juraian air mata dan esak tangis Si anak..

"Beto dah tak de Dalili.. dia dah mati..."
"Kenapa dia mati... kita dah jaga dia.. kita dah bagi dia susu... mana dia boleh mati.."
"Allah lebih sayangkan dia.. "
Entah bila lah air mata itu akan kering mengalir....


IKAN SIAKAP BERSOS HITAM
Dari Resepi IKAN TILAPIA BERSOS HITAM
By: Ummi @ Home Sweet Home

1 ekor siakap sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3 cm halia - dicincang
2 sudu besar cili kisar/cili giling
2 sudu besar kicap pekat ABC
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
sedikit air (+- 1/3 cawan)
garam dan gula secukup rasa
1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
1/2 biji lobak merah - hiris bulat
daun bawang untuk hiasan

Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang.

 Terima kasih kak Ummi, resepi yang simple dan sedap!

11 comments:

Bicara Kak Noor said...

Sedapnya Ita hitam pun ok ape menawan gitu hehe

Asmah Yusof said...

Salam k.ita...

Sedeynya...sure Dalili terkenang2kan si Beto...kadang2 sampai hati ada orang yang sanggup buang n pisahkan anak kucing yang baru lahir dari ibunya...selalunya kalau baru kecil maca tue dah di buang jarang yang dapat hidup..
BTW best sangat menu k.ita hari nie..simple n sedap..:))

Junie Octovian said...

Alahai...sedihnya baca cerita Ita pagi ni pasal kucing tu sampai hilang rasa terliur tengok ikan yg terbongkang dlm pinggan.
Akak pun baru kehilangan sekor kucing kesayangan. Akak faham perasaan Dalili tu.
Akak ucapkan takziah atas kehilangan.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita... memang sedih bila baca tu.. airmata dah bergenang dah ni... sebab sha pun pernah kehilangan dan kematian kucing.. cakap kat Dalili sabar yaa.. nanti mak belikan kucing baru... Masakan akak sungguh menyelerakan... kirim salam terbaik buat hero akak yang sungguh kreatif menghias blogs ibunya.. syabas! i like...:))

ilahjy said...

salam dek ita lawa..
mmg dalili sgt penyanyang.. sedih lah mak long ilah baca cerita mak ni...pasti suatu masa ada penganti ya nak...

apa yg pasti ikan tu mmg nmpak sedap...

misshannajr said...

teringat kisah 2 org adik sya yg kematian kucing kesayangan dorang..bercucuran airmata masa pergi kuburkan kucing tu..tiap kali balik sekolah pergi siram kubur hehe..

Amie said...

Memang sedih Dalili tu... anak-anak Amie pun pernah menangis sampai bengkak-bengkak mata kerana kematian kucingnya.... kita emak bapaknya pun ikut sedih! Maknanya anak-anak kita memang ada naluri kasih sayang....

Sedapnya siakap bersos hitam tu... elok je baring atas pinggan tunggu dimakan!

Asmah Yusof said...

Salam kak ita..sure Dalili terkenang2 si Beto...sedehnya...
BTW menarik resepi akak harinie,selalunya asz masak ikan siakap sweet sour atau 3 rase je.."))

Kak Sam said...

La siannya kat dalili, moga dia tabah dengan ujian ini. InsyaAllah moga dia akan dipertemukan dengan pengganti beto

mashitah said...

ikan siakap mmg ,ikan yg sedap klu masak2 sos.....sedapnya.....kak ita membangkit selera...

Ummi said...

Alahaaiiii siannya Dalili...baru nak curahkan kasih sayang dia kat kucing tu yea...xpa laaa mungkin dia dah x sihat masa diambil, bukan salah sesiapa dan Allah lebih sayangkannya...

Btw Ita cayang...rupa paras ikan siakap mu menggoda jiwa...besaauuuunyaaa...ni mesti makan tghri anak beranak kenyang meratah...hehee.. Tqqq sudi cuba resepi sempoiii je tu kan... ^__^