Follow if you like

Apr 25, 2012

AYAM SYAHJAHAN

Assalamualaikum


Selamat pagi Malaysia..
Ada yang dah mula menyinsing lengan didapur..
Nak masak apalah tu agaknya kan..?
Ada masa, payah juga jadi suri rumah ni kan.. Hari-hari memasak, ada masa sampai tak tahu apalah yang nak dimasakkan.. Asyik ulang tayang resepi yang sama pastinya membosankan seisi keluarga.. Sesekali nak juga merasa menu yang istimewa..


Dah ada menu istimewa untuk keluarga hari ni? Apa kata cuba resepi istimewa ni. Ita ambil resepi ni dari buku masakan Pn Asmah Laili. Buku dengan tajuk " Mintak Ampun Sedapnya... Memang Sedap!!!" ni dah lama berada dalam simpanan ita. Resepi dalam buku ni sedap-sedap belaka. Banyak yang ita dah cuba, dan semua yang telah ita cuba  serasi pula pada selera ita dan keluarga. Walaupun harga buku ini sangat mahal, tapi ita rasa berpatutan dengan kualiti kertas di tambah lagi gambar yang menarik dan resepi yang menyelerakan.

Dalam buku ini menghimpunkan koleksi resepi dari pakar masak Singapura. Sebagaimana yang kita ketahui orang Singapura ni memang pandai memasak. Ita akui kerana keluarga sebelah ayah ita ramai dari Singapura dan mereka semua memang pandai memasak serta cukup tangkas didapur.

Seingat ita masa ita kecil dulu, selalu keluarga sebelah ayah ita yang dari Singapura akan bertandang ke rumah setiap hujung minggu. Kedatangan mereka bersama buah tangan memang sangat ita nantikan.. Bukannya apa.. kebanyakkan buah tangan dari mereka tak pernah lagi ita dapat nikmati di JB ni. Mereka pula tidak pernah lokek berkongsi ilmu masakan. Ada sahaja resepi baru yang akan dikongsikan kepada emak ita untuk dicuba.

Dari resepi kuih muih, roti dan kek termasuklah untuk kudapan anak-anak. Yang paling ita tak lupa adalah resepi 'gula tarik' yang diajarkan oleh seorang makcik sedara dari Singapura. Resepi itu telah memberikan sumber pendapatan juga kepada kami sekeluarga. Walaupun membuatnya sangat rumit tapi sangat muai dan memdapat permintaan yang sangat mengalakkan dari anak-anak kecil, kerana pada masa tu tak de lagi gula tarik dijual di JB. Lepas makan semua sakit gigi.. dan ramai-ramai nyanyi lagi 'aduh! mak sakitnya... aduh! mak sakitnya..." hihi


AYAM SYAHJAHAN
By : Mumtag Begum Omar
Rujukan : Buku Masakan Asmah Laili
Minta Ampun Sedapnya.... Memang Sedap!!!

Bahan A
1 ekor ayam ~ dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam ketepikan
5 biji buah pelaga
3 cm kayu manis
5 biji bawang besar ~ didadu kecil
2 batang lada hijau ~ dibelah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia atau bawang putih ~ ita letak kedua2nya sekali
2 sudu makan pes tomato
3 biji tomato ~ didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 gengam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cawan minyak ghee / minyak sapi
1/4 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Bahan B
1/4 cawan tairu ~ ita gantikan yogurt
5 biji badam
5 biji gajus
1/4 sudu teh koma-koma
~ semua bahan di atas dikisar halus


Panaskan minyak jagung dan gorengkan ayam sehingga 3/4  masak.
Angkat dan ketepikan.
Tambahkan minyak ghee kepada lebihan minyak gorengan ayam dan biarkan panas
Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum
Masukkan bawang yang telah didau dan lada hijau
Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu
Kacau setiap asa sebab bawang dadu cepat menguning
Masukkan pes halia atau pes bawang putih dan tumis hingga wangi
Masukkan pes tomato dan dan tumis selama 2-3 minit
Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina.
Tumis selama 10 minit
Sentiasa dikacau untuk membantu memecahkan tomato


Masukkan rempah kari daging dan tumis selama 10 minit
Kemudian masukkan bahan B dan garam, tumis semula sampai keluar minyak
Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan balik-balikan selama 5 minit sahaja
Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar naik minyaknya
Keluarkan minyak yang berlebihan ~ ketepikan

Bolehlah di sajikan bersama nasi pilihan

Panduan : Apabila mula menumis, pastikan bahan-bahan tumisan dikacau setiap masa sehinggalah dimasukkan ayam. Jangan tumis terlalu lama kerana rempahnya akan menjadi pahit


25 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Ya Ampunnnnnnnnn... nampak sedap.. mesti sedap tu!!

Salam, Kak Ita... kita ada dua permintaan, hiks:

1. Nak minta pisang yang tergantung tu 2 biji, hihi..

2. Nak resepi gula tarik... huhuhu.. rindu sangat dengan gula tarik ni, teringat dulu2 kalau makan nanti lolom2, tarik panjang2 pas tu pintal2, hehehe...

Gee® said...

Aduhai Ita... mintak amponnn...!!! mmg k.gee dah terlior tgk ayam syah jahan tu... mintak la ckit, secubit pon jadilah....

ogyep yummy mellow said...

sedaplah pulak nengok cik ayam tu.. ngencesss sudah...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam kak ita..

Tak pernah pulak makan gula tarik tu.. sokong permintaan kedua Sari Yusa tu ^__^

Kak ita memang nampak sedap tapi membuatnya banyak juga renyah ye...
nak cuba pun masa cuti la nampaknya..

::Azura Rahman:: said...

adoi.. kuch kuch hota hei.. nk golek2 rasa.. sedapnyer kak ita.. meleleh air liur.. nnti blh cuba..

Yatie said...

Fulamakkkkk ayam Syahjahan lagi...nasib baik Yatie baca betul2 tadi.....kalau sekali imbas mesti sebutannya lain..jadi Ayam Shah Rukh Khan....he3..btw mmng nmpk sungguh menyelerakan..dah keluarkan ayam gak ni, tapi tak tau nak masak apa..nak masak yg ringkas2 je..he3 dasar pemalas...ngeee..

RASA HATI said...

cantiknya pic....
tengok dah terliur ni..
pasti cuba...

fazian.batrisyia said...

Bila la nak rajin & pandai masak mcm kak ita ni...mmg berkenan jek pandang apa jek yg kak ita kongsikan dlm Masam Manis...Jgn jemu berkongsi utk kebaikan bersama...Kak Ita memang best....

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

salam kak ita
ya ampun kak ita sedapnya ayam tu(nampak lah + kak ita pun puji sedap)
tp sy skrg ni penyakit malas masak sbb klu masak pun membazir.kami 4 beranak jenis bkn mkn byk sgt lagi suka mkn kedai sbb order aje 2 pinggan nasi kongsi 4 org bkn kedekut tp tak nak membazir
klu kek tu blh simpan lama he..he..

Dapur usang said...

hai ita..kk ana sokong dgn saranan Sari Yusa Ibrahim tu nak juga resepi gula tarik,dah lama x mkn nak buat x tahu rindu dgn masa silam

Bicara Kak Noor said...

salam Ita, cornfirm sedap ni tengok gambo dah ngancam msti nak try jugak esuk nak beli ayam 2 ekor buat ni mesti larisss

...antikapel... said...

Salam kak ita,
tadi gi kedai buku marwilis kat pkns shah alam. beriya nak cari majalah SAJI yang special edition tu la....tp, tak sampai lagi...

tak pernah2 beli majalah SAJI, tiba2 yang kali ni nak beli.../
laris SAJI bulan ni...hik hik

AbbotCottage said...

Romantiknya nama masakan ni....

Ummi said...

Assalam Ita cayang...waaah masak ayam smlm eh..x pgil akak makan puuun..hehe. Akak penah masak ayam ni baru2 ni jgk laaa, tp x tau la resepi sama ke x, mmg sedap sgt la rasanya..makan dgn nasi minyak ke, nasi karot ke...pun sedap ^___^

fazian.batrisyia said...

Kak ita, sy beriya2 benar nak dapatkan SAJI Mei...alhamdulillah sy dah dapatkan...td singgah kedai Mesra...Yahooo...puas hati...

mashitah said...

sedapnya....ptg2 mcm nie kat off klu dapat makan menu ayam kak ita nie...fuh kenyangnya...

Qasey Honey said...

Kak Ita...mmg superb...tliur tgk menu tu...nk cuba jugak nti...

Mieza said...

nak cuba gak nanti :)

CT Delima said...

As'salam Ita

malam2 baru dapat menyinggah, biasalah siangnya tenet kat rumah slow jadinya layan FB memanjang. lepas tu buat kerja rumah tak habis2..hehehe

Rasanya kak Ummi juga pernah masak ayam shah jahan, tu yang ct nak jadi mumtaz mahal..hehehe. apa pun menu ayam ni dah banyak ct simpan Ita, tak tahu mana nak dicuba dulu sebab anak2 semuanya suka makan ayam :)

cakap pasal gula tarik ni,ingat zaman sekolah dulu, bila beli simpan dalam beg, esok bila tengok penuh semut dalam beg..hehehe

MaHa RaNi said...

kak ita, saya ni da lama tgk blog akak, tapi x penah comment,ayam 2 mmg nmpk sedap... kak ita bab masak mmg power. cume saya ni smlm nak try buat kek coklat... ble blk uma bukak blk blog akak resepi 2 saya tak jumpe plak. nama kek pun saya x prasan. tapi kek coklat ada cheese. mcm marble, atas kek kaki ta ltk ganache saya rase...akak boleh tlg x bg nama kek 2, saya da try cari tapi x jupe jgak. tlg...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

memang nampak sedap pun resepi tu.. terliur tau!

kita pun ada permintaan mcm sari yusa... hehehe.. kalau berkesempatan nanti ita share la resepi gula tarik tu yer..... teringin juga nak tau mcmana cara nak membuatnya... rasanya ini pertama kali akak buat permintaan resepi .. hehehehe.. selalu juga dengar ita cakap ita masak/buat kek atas permintaan kwn2 di FB... rasanya belum pernah lg ada org yg pandai buat gula tarik.. sebab tu akak mintak share.. itupun kalau ita berkesempatan ler.. bukan memaksa yer... TQ ita..

Hannani said...

As salam kak ita...kak ita try la masuk Web ni http://mitbca.com/category.php?id=6
Malaysian International Tourism photography/art blog.

Mana tau ramai undi akak,gambar akak cantik2...kalau menang alhamdulillah rezeki akak.undian akhir awal mei.:)

Diana @ Melley Mey said...

rasanya yg nie diana belum pernah lg buat ler.. nampak sgt menyelerakan ayam tu akak... pasti sedap nie kan... masuk list dulu.. :)

Isna Ismail said...

sedapnya...

yayashimano said...

Assalamualaikum. Boleh tak kiranya saya minta resepi gula tarik tu. Jajan dulu2.payah nak jumpa sekarang ni

Powered by Blogger.