Monday, April 16, 2012

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Assalamualaikum


Menghias diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang yang mulia. Walaupun menghadapi kesulitan hidup, mereka menghadapinya dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah kalah, serta penuh dengan kepercayaan diri. Selain sifat sabar.. apa lagilah yang boleh kita lakukan?

Adakah penyelesaian lain selain daripada bersabar? Atau adakah senjata lain, selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?
Bersabarlah...
Kita tidak mampu bersabar kecuali atas pertolongan Allah atau atas taufik dan hidayahnya. 


Mengapa kita berbicara soal sabar hari ini..?? kadang kala ita juga tidak mampu menahan kesabaran. Seperti menu hari ini yang dah berapa lama ita tahan sabar untuk membuatnya. Akhirnya ita kecundang juga kerana menurut halua mata dan nafsu.

Menu yang ita lihat kemunculannya selepas gelombang kuat tsunami Kek Keremel melanda di ruangan sembang sosial FB di kolum Kongsi Resepi.  Kerana masa tu.. gelodak jiwa kuat nak membuat kek keramel yang asyik gagal sahaja.. hasrat untuk mencuba kek ini juga turut terkubur..


Kini gelodak keinginan muncul kembali, walaupun hati kuat menahan kesabaran.. dek faktor berat badan yang naik mendadak.. namun nampaknya nafsu terlalu kuat meledak hingga tidak dapat ditahan-tahan.. Akhirnya ita tewas juga.. ye.. ita hanya hambaNya yang lemah..


Dalam dingin hujan yang turun membasahi bumi, ita gagahi diri untuk membuat kek ni, tak tertahan-tahan rasanya melihat lepas sorang... sorang kawan-kawan memposingkan kek yang menjadi igauan ini. 

Walaupun proses membuatnya agak rumit sedikit berbanding penyediaan kek keramel, namum caranya lebih menjamin kepada terhasilnya kek yang lembut dan gebu yang menjadi kegilaan ramai..

Pasti hati melonjak gembira bila kek yang dihasilkan terhidang didepan mata.
Cer rasa.. cer rasa...


Kek ni memanglah sedap! cuma pada  ita kombionasi antara kek coklat moist dan karamel tu tidak berapa harmoni.
Sebagaimana yang kita semua sedia makhlum, kek coklat moist Pn. Munira ni memang dah tersedia kesedapannya.. dan berada dalam kelasnya tersendiri. 
Jadi gabungan antara keduanya membuatkan rasa karamel itu tengelam dan kurang terasa asyiknya bila dinikmati.
Mungkin kalau kita gabungkan karamel tu dengan kek coklat yang sedikit ringan barulah ngam kot! tapi ini hanyalah pendapat ita dan atas citarasa ita... setiap daripada kita mempunyai citarasa yanag berbeza2.. bagaimana pula penerimaan anak-anak dan suami ita???
Pada anak-anak dan suami pula mereka kata kek ni sedap sangat!!


KEK KARAMEL COKLAT MOIST
By : Munira Baharum

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang besar yang berisi air  panas ~ kerana proses membuat kek ni menggunakan kaedah bain marie
Masukkan loyang yang besar dalam oven
Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc

GULA HANGUS

Untuk membuat gula hangus ada dua kaedah

1. Kita letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan atas dapur dengan api sedehana hingga gula larut dan keperangan

atau

2. Letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan masukkan dalam oven pada suhu 170C dan bakar anggaran masa 15 ~ 20 minit sehingga gula keperangan

KARAMEL

1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur

Dalam mangkuk, satukan susu, gula dan esen kacau rata hingga gula larut
Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan sahaja hingga ia sebati.
Jangan kacau kuat kerana jika  ia berbuih tekstur puding tidak halus.

Tuangkan adunan karamel ini dalam loyang gula hangus tadi.
Masukkan dalam loyang besar yang berisi air dalam oven tadi dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau karamel keras sedikit
Sememtara menunggu karamel kita masak, sediakan kek

KEK COKLAT MOIST

Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat ~ ita letak 1/2 cawan
1 cwn gula ~ ita letak 1/2 cawan
1 cwn minyak msk


Kesemua bahan di atas disatukan
Kemudian masak atas api perlahan hingga adunan sebati dan berkilat
Tutup api dan biarkan sejuk sebentar

Bahan B
 3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil  soda bikarbonat
1 sudu kecil  baking powder


Kesemua bahan diatas disatukan
Kemudian di ayak
Ketepikan

Bahan C
4 bj telor ~ dikisar atau diblend

Tuangkan adunan bahan B dan adunan bahan C ke dalam adunan bahan A secara selang seli.
Mulakan dengan adunan tepung dan akhiri dengan adunan tepung juga
Cth: tepung ~ telur ~ tepung ~ telur ~ tepung
Gaul adunan hingga sebati

Puding karamel yang telah masak tadi kita keluarkan, rehatkan sekejap sehingga ia keras sedikit.
Kemudian kita tuangkan adunan kek coklat moist perlahan-lahan atas adunan karamel
Selepas itu kita masukkan semula loyang kek ke dalam loyang yang berisi air tadi dan bakar semula selama 1 jam atau sehingga kek dibakar dengan sempurna.
Untuk membuat kek ini ita gunakan api atas dan bawah.

Setelah kek masak, rehatkan kek hingga sejuk sepenuhnya
Simpan dalam peti ais sekejap, kemudian baru terbalikkan
Pastikan kek benar - benar sejuk baru terbalikkan untuk mengelakkan karamel pecah atau retak


Jutaan terima kasih ita pada Pn. Munira Baharum atas perkongsian resepi yang kedebommm!! Ita kenali Pn. Munira dari ruangan kongsi resepi di FB. Pn. Munira yang ita kenali seorang yang tidak pernah lokek berkongsi resepi. Resepi Pn. Munira telah menambat selera jutaan peminat2 kuih dan kek. Malahan ianya juga telah menjadi sumber pendapatan kepada sebilangan peniaga kek dan kuih muih diluar sana.

Walaupun kadang kala terdengar sosek sosek yang kurang enak dan mempertikaikan resepi beliau, ita percaya, keikhlasan Pn. Munira telah menepis segala-galanya.
Tahniah kak.. dan terima kasih buat segala-galanya.. hanya Allah jua yang dapat memberikan ganjaran atas segala perkongsian dan atas keikhlasan akak berkongsi ilmu dan akhirnya dapat membantu dan memberikan sumber pendapatan kepada sebahagian besar insan diluar sana yang memerlukan..
Hanya pada Nya ita memohon semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga akak di kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa berbahagia disamping keluarga tersayang.




30 comments:

Pn.Mieza Fadzly said...

ish..ish..memang menggoda betullah kek nih..nak try jgklah nanti!!

Yatie said...

WOWWWWW.....mmng terbaeklah Ita...mmng nmpk sedap betullah kek karamel coklat ni..bila Ita buat ni, jadi terujalah nak membuatnya juga...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak ita... tetapi saya belum berjaya membuatnya :(( huhu

Saya akan cuba buat sehingga berjaya.. terima kasih kak... kongsi resipi :)

Gee® said...

wow! mengancam...

Ida Firdausi said...

speechless.. TERBAEK!

dapurCikWan said...

gojesss! =)

Sari Yusa Ibrahim said...

kek karemel memang sentiasa bertahta di hatiku...

dapurCikWan said...

Semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah dan buruk sangka. amin..

Ummi said...

Perrggggghhhh....fengsaaan pepagi isnin ni tengok kek Ita....boleh gugat iman nih...xleh tenung lama2 Ita cayang ooiii...nnt kang ada nangis.... Kek yg cantik dan tentunya laaa sedap gabungan kek coklat yg dah sedia sedap + puding karamel tuh...Next time akak try resepi ni pulak laaaa...**bila la nak kurus bdn akak ni Ita oii...hahaa

rahel said...

Adoiii..tantekna kek coklat berkaramel tu...cute2 jer...

mimie said...

assalam kak ita....
ini mimie yg tu juga... ^_^
buat blog baru , takut blog yg jasmin kitchen tu tetiba hank...eerrrkkk

memang sedap cake ni kak ita.
mimie dah coba hari tu,,memang mebeles...
laen kali nak try lagi, tapi nak pakai stle putih dan kuning telur tu di mixer terpisah...

amacam kak... boleh ke macam tu...xixixi
tak cuba tak tau kak kak... ^_^

pic kak ita memang cantikkkk... :)

aDisH.sHidA said...

kek karamel coklat moist nie shda tak biasa buat lagi..teringin jugak nak buat...biasa wat kek karamel je...alhmdlah menjadi dan menjadi kesukaan family..

Watierman said...

Assalamualaikum Dik Ita...pesentation Ita buat lebih ramai yg tergoda nak mencuba resepi kek ni....memang mengancam Dik!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul kata ita tu.. walaupun cuba utk menahan diri.. tp selalu kecundang dek kerana nafsu & keinginan utk merasa... bila keinginan utk merasa tu terlalu tinggi... akhirnya dibuat juga... hehehe... habis tu macamanalah badan ni tak bulat umpama belon.. hehe.. ni akak kata utk diri sendiri tau ita.. bukan mengata kat ita atau orang lain.. mmg keinginan nak merasa terlalu tinggi disamping minat utk mencuba sesuatu apalagi bila tgk gmbar yg kengkawan tunjuk semua nampak mengancam.... akhirnya.. bila timbang pejam mata.. kikiki...

norhanim md zain said...

Aduss...sedapnya...nak kena buat ni..cantik sangat kek ni...

ogyep yummy mellow said...

Cantik bangat karamel tu.... Standard la kan... air tangan Kak Ita

ilahjy said...

fulamakkkk fulapak fulanak2.. mmg cantek la dek ita...dek ita mmg cantik..tapi kek ni lagi cantek.. kak ilah dah cuba tahun lepas ..mmg sedap dan kena byk2 sabar buat kek ni..huhuu..corak ita tu cantik nanti tunjukkan acuan yaa boleh lah kak ilah tiru beli hehehehe

Prince of Noob said...

yum yum karamel my favorite

noob

Mazniza said...

Wah, bestnya. nak carijugala loyang macam bi...cantik

Love,
http://maznizamahadzir.blogspot.com/

Nieza said...

Assalam kak Ita, kek ni memang dah lama juga saya nk buat bila tgk ramai yg dah buat terasa mcm terserux2 jer nk cuba tapi belum berkesempatan lagi nk buat.cantik loyang tu lap u lagi:)

Hesti HH. said...

Subhanallah...baru lihat kue macam niy terdiri dari 2 lapis karamel dan cake. Pastilah lezaaaat, tapi loyangnya aku nggak punya...cantiiik ada love lovenya ^^

momofthree said...

Salam
Akak,sy ada buat snow puding yg 3 layer tu guna acuan mcm ni.tp mak ai,ssh nya nak keluarkan puding tu.akak ada tips x mcm mana nak bg senang puding tu keluar.sbbnya sy nak buat utk hntrn

Thanks

momofthree said...

Salam

Akak,sy ada buat snow puding tu guna acuan mcm ni.tp sshnya nak keluarkan pudingnya.

Akak ada tips x mcm mana nak bg senang sket keluarkan puding tu?sbb sy nak buat utk hntrn

Thanks

Arzan said...

akak, ada resipi kek yg sesuai utk buat hantaran tak?

Siti Zulaikhah said...

Kak.. Bleh x nk tahu cawan dlm resepi ni saiz standardnye cmne

Siti Zulaikhah said...

Saiz cawan mcmane ye kak

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

Aslm sume! Saya baru tapi guna teknik kukus je, memang sodap! Tak caya, cube le!!!

adam said...

Salam auntie, kenapa karamel yg ni kena tunggu keras sedikit n karamel kek yg tiga warna x perlu tunggu keras?

Farah Asykin said...

Kenapa kak ita x tnjuk cr satu persatu mcm kek caremel tu.....:(

Al-Hakim Shop said...

sedapnyaa..cantik menawan..yummy sungguh..