Follow if you like

Apr 1, 2012

31 Mac 1994

Assalamualaikum..

Setiap kali hadir tarikh keramat ini, pasti ita tersenyum sendirian...
Inilah tarikh ita bergelar seorang ibu..
Satu kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang hidup ini.


31 Mac 1994, lahirlah buah hati pengarang jantung..
Kata orang tanda cinta dan kasih sayang buat pasangan suami isteri..
Ya.. ini lah cinta hati kami..
Zuriat yang Allah kurniakan bagi melengkapkan lagi mahligai yang dibina.


Kedatangannya memberikan seribu kegembiraan buat kami sekeluarga. Bertambah gembira kerana ia adalah cucu sulung dalam kalangan keluarga sebelah suami..

Namun debaran bermula, adakah ita mampu mendidik ia sesempurna manusia, sesempurna umat Nabi Muhammad.
Bermulalah kehidupan ita sebagai ibu, mengasuh, mendidik dan memberikan didikan dunia dan akhirat semampu yang ita terdaya.


Ya Allah kau sempurnakan hidup anakku ini..
Kau jadikan ia umat yang mulia disisimu..
Berikan ia petunjukmu..
Berilah ia hidayah mu..
kau peliharalah akhlak dan imannya..
semoga, ia tergolong dalam hambamu yang beriman dan beramal solleh

Kau permudahkanlah perjalanan hidupnya ya Allah..
kau bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buatnya..
Sekiranya rezekinya ada dilangit..
kau turunkanlah  ia..
Dan sekiranya ada di perut bumi..
kau keluarkan ia..


Buat anaku Amirul..
Semoga semakin meningkat usia ini semakin bertambah kematangan dan semakin bijak berfikir
Ingat setiap apa yang kita lakukan ...
lakukan dengan iklas dan reda

Kini alam kanak-kanak telah jauh ditinggalkan..
Melangkah setapak demi setapak ke usia dewasa..
Biarlah meningkatnya usia.. seiring dengan tingkatnya ilmu dan kematangan..
sentiasa berfikiran positif..
Jangan cepat mengaku kalah..
dan jangan sesekali berputus asa..

Perjalanan masih jauh..
Dimana bumi kita pijak disitu langit kita junjung..
Sesekali merenung bintang dilangit, jangan pula lupa rumput dibumi..


Semoga anaku tabah mengharungi liku-liku kehidupan..
Doa dari emak dan ayah sentiasa mengiringi mu nak..
Salam ulang tahun buat Amirul...



14 comments:

micasamawar said...

hepi bufday buat amirul
moga menjadi anak yang baik & sentiasa menyenangkan hati ibu dan bapanya...

Nur-nba said...

Selamat Hari Lahir Amirul..

Ilhamkreatif said...

Assalam....kak ita.Happy birthday buat anakmu Amirul...

ASMAH YUSOF said...

Salam K.ita...selamat hari lahir buat amirul kak....:))

norhanim md zain said...

Assalamualaikum..apa khabar ita..Selamat hari lahir buat Amirul..semoga sentiasa di rahmati Allah..amin.

Mat Gebu said...

Selamat hari lahir Amirul, moga dipermudahkan segala urusan mu, dan hargailah jasa ayah dan bonda... DTS-MAT GEBU....

ummiaisyah said...

hppy bday Amirul...ensem ank kak Ita ni..manis cam emaknya..kek tu sgt spesel...x sabo nk tgk dlmnya!

ogyep yummy mellow said...

Happy birthday Amirul..

MamaFaMi said...

Happy birthday Amirul. Amin to all your mom's duaas.

Mas said...

Happy birthday Amirul....
aunty pun aminkan doa ibu dan ayah amirul....

Fafau De Craft ( Zana ) said...

Ensemnya anak teruna sis...happpy birthday adik Amirul... :)

Auni Amani said...

happy birthday amirul...
smoga menjadi ank yg soleh buat ibu dan ayh..

Syimama said...

Salam buat ibu dan anak sekeluarga. Selamat Hari Lahir buat buah hati pengarang jantung keluarga.

Semoga terlaksana harapan ibubapa serta harapan diri sendiri.

Baru dpt keputusan SPM kan... Moga Succes.

Yatie said...

Happy Birthday Amirul, moga segala doa dan harapan ayah dan ibumu di makbulkan Allah SWT.Aminn..

cantik sangat kek yg Ita buat tu...kalau boleh nak gak rasa sepotong..he3...tapi apakan daya....

Powered by Blogger.