iklan

iklan floral cake

iklan ada

Wednesday, March 28, 2012

UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH

Assalamualaikum


Selamat pagi dan salam satu Malaysia buat semua pengunjung yang sentiasa setia menemani Masam Manis.
Macam mana hari ni? semua sihat? Alhamdulillah...
Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan akal serta fikiran.. dapat menjalani kehidupan dengan ceria, penuh dengan ketenangan dan diwarnai dengan kebahagiaan..


Semua dah sarapan pagi ni? sarapan apa ye.. yang berat atau yang ringan.. Atau ada yang masih lagi dalam program diet..
Jangan cam tu... walaupun berdiet tapi sarapan pagi adalah satu yang amat penting. Kita kena dapatkan sumber tenaga pada awal pagi supaya segala aktiviti kita dapat berjalan dengan lancar..
Kalau perut kosong sudah pasti otak kita pun tidak dapat berfikir dengan baik.. Amalkan gaya hidup sihat untuk menjana kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia..
Alamak.. dah macam pakar motivasi pulak! hihi


Cuaca di JB sekarang ni tak menentu. Pagi panas.. petang pulak hujan.. bila petang panas pagi pulak hujan. Kadang kala kalau panas terik yang amat sangat sampai sakit kepala dibuatnya.. dan bila hujan pula selebat-lebat tidak..

Faktor cahaya lah yang selalu menganggu proses untuk mengambil gambar bagi tukang gambar yang tak pro macam ita ni.. Lagi pulak ita bergantung sepenuhnya pada cahaya matahari. Kalau dah hujan lebat dan cahaya pun tak de.. terpaksalah kuburkan sahaja hasrat untuk ambil gambar.. Tapi jika masih ada kesamaran cahaya yang muncul dicelah jendela.. dapatlah ita cari sedikit ruang untuk mengambil gambar..


Dan inilah hasil gambar yang kebiasannya ita ambil jika hari hujan dan cahaya kurang. Kadang kala kalau ita ambil gambar waktu dah lewat petang, beginilah juga hasilnya..

Sebab itulah sebagai photographer kita kena bijak mencuri idea dan kreativiti. Walaupun kurang cahaya kita kena cari alternatif lain untuk dapatkan hasil yang kita inginkan..


Ramai juga yang bertanya macam mana ita ambil gambar yang terang,  putih dan ada masa bokeh di belakang dan objek di belakang terlalu kabur..

Untuk dapatkan gambar yang macam tu perlukan cahaya yang banyak. Ita kena tunggu hari betul-betul panas dan terang baru ita dapat tangkap gambar yang macam tu.. kalau tak warna putih tu tak putih betul dan kadang kala kebiru-biruan..

Sekarang tak boleh dapat gambar macam tu, sebab hari-hari hujan. Nanti kalau ita dapat cahaya yang ok ita akan tunjukkan caranya bagaimana ita ambil gambar tu..
Senang aje.. sebenarnya kalau tgk mesti tak caya tapi tu lah.. kita tunggu mentari muncul ye..


Berbalik semula pada resepi yang nak dikongsikan hari ni. 
Lewat sikit ita bersiaran pagi ni, komputer ita buat hal lah pulak! Nak godeh-godeh tak pandai.. terpaksa tunggu suami ita dan Amirul.. tu yang lama tu.. entah lah ita pun tak tau apa masalahnya.. 
Nasib baik boleh guna komputer yg satu lagi ni.. tapi ita lebih selesa guna komputer yg lama tu.. Tak pe lah kan kita bagi peluang dia berehat dulu.. demam agaknya tu.. nak kena bawa gi klinik.. hihi
 

Resepi yang nak dikongsikan hari ni cukup simple dan mudah penyediannya. Cepat dimasak dan sedap dimakan. Udang memang kegemaran anak-anak ita terutamanya Dalili. Kalau masak udang dia suka yang kering kerana mudah dia nak ratah. 

Ita pula tak boleh makan udang... Kalau makan malam tak boleh tidur.. bukan malam aje .. siang-siang hari ni pun tak boleh buat kerja asyik mengaru aje.. habis badan jadi merah macam udang kena goreng jugak! 

Resepi ni kegemaran anak-anak dan suami. Makan dengan nasi panas-panas pasti bertambah-tambah. Ita sediakan satu lagi lauk ayam untuk digandingkan bersama nanti ita kongsikan resepi ayam tu di lain episod.. hihi


UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH

1 kg udang ~ di buang kepala dan ekor, cuci bersih
1 tangkai daun kari ~ hiasan
2 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Perap
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam

Perap udang bersama bahan perapan anggaran 20 minit.
Kemudian goreng udang dalam minyak panas
Angkat dan toskan
Ketepikan udang.

Bahan Tumis
1 labu bawang besar dipotong dadu kecil
1 biji bawang putih ~ di cincang halus
5 biji cili padi ~ hiris halus kalau tak suka pedas kurangkan
2 tangkai daun kari ~ ambil daunnya dan hiris halus

Panaskan butter dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Kemudian masukkan udang dan gaul rata dan sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun kari ( hiasan) dan  sedia dihidangkan




22 comments:

KakAsma said...

Salam Ita,
mesti sedap udang camgini..kena cuba gak tuh:)
Akak suka sebab ada daun kari..wallllaaaa

Mas said...

kat mata mas gambar yg kak ita amik dah cantik sangat walaupun kurang cahaya sbb hujan :)

Btw...udang grg butter berempah tu sgt menyelerakn lg2 yg duduk dlm kuali tu hihihihi....

~~zAnAfAhMi~~ said...

Ala Ita, kak zana guna kamera cikai je, tak kira panas ke hujan....janji ada objeknya...hehe..

Drp minggu lepas nak buat butter prawn ni, takde daun kari la.

Sari Yusa Ibrahim said...

ada lagi ke? Nak 5 ekor...

Engineers Love Cooking said...

Sedap nampak, dengan rempah dan cili mengancam rasa. Udang nampak pun fresh.

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ....

Aduhhhhh ....!! Mau fengsan Nina tengok udang kak Ita. Fav Nina tuu~~
Kak, minta sikit 8 ekor kak. Buat makan t/hari jap lagi nie
hehehe . . .

Nana said...

Assalam Ita...sodap nampak tuh..
must try!!!

Gee® said...

Ita! lapaaarrr....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam ita..
tak berkesempatan nak jenguk dapur ita ni.. huii byk yg tertinggal.. tp dah tgk & baca satu2 entry ita bermula dari menu soto bandung sampai ke udang mentega ni... hehe.. yg buat akak terliur kuih bingka kelapa pandan tu dgn mee rebus kat bwh tu.. hehe..

udang tu pun terliur juga & feberet juga.. tp buat masa ni kena stop dulu beli udang sbb anak akak si haziq tu alergi udang.. sama mcm ita juga kalau mkn mulalah tergaru2 & timbul bintil2 gegata... kesian pulak kalau masak udang bila dia tak dpt mkn sama... kdg bila kita masak udang.. dia sendiri yg akan cakap.. ibu.. abang tak boleh makan udangkan? huhuhu...

semoga ita sekeluarga sentiasa sihat ye...

mashitah said...

kak ita mmg terbaik menu nie, mas pernah makan udang butter nie, adik ipar yg masak..mmg sedap, mas tak pernah buat...akak mcm cheflah

ameris said...

kak ita;
bila nk buat entry ttg tips fotografi lg. suka tgk cara kak ita amik gmbr laa...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Saalam ita..

Dah lama nak buat udang goreng butter berempah..

Masih tergodek-godek mencari resipi yang mudah...

Alhamdulillah ita dah buat resepi ni.. esok boleh cuba..

Mohon copy resepi ye..

MamaFaMi said...

Kalau buat ni kat rumah, rasanya mama soranglah yang mengerjakannya.. seronok gak ek... ahaha... keji je niat! :D Bukan apa, dalam rumah ni, penggemar udang hanya mama sorang je!

Qasey Honey said...

aslm kak Ita...sedapnye tgk udang tu melengkor...nti sya nk cuba jugak la resepi ni...tq kak resepi ni yer...

Ilhamkreatif said...

salam,selamat petang...kak ita..sedap2
apa2 pun jangan makan banyak2..kolesterol tu...

Nurain Hasan said...

hye sis. you are my inspiration to be a good learner of cooking.
by the way akak duduk di JB? JB dekat mana? same with me :)

Alin Marlini said...

kak ita..sedap nmpk..

Ummi said...

Assalam Ita cayangg, apa khabar? Waaahh sedapnya udang...menyelerakan betul tgk masakan udang ni...sempoii tp mesti leh licin sekali harung jerk.. MamaFaMi ooii..kalau xda org nak makan kat rumah mama tu..pgil Ummi la eh...hehe

Nur-nba said...

Salam. Hi Kak Ita.. erm sedapnya udang ni.. tapi Nur kena pantang makan seafood la pulak..

Nanti kalau akak ada kelapangan, sudilah kiranya berkongsi tips mengambil gambar dengan kami semua. Tak sabar nak belajar dari akak.. Take care sis.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

I don't eat prawn, but you made me drool badly!!! Nak buat for my hubby and son...they will love this! :)

CourFeyLia said...

salam...
blog akak nik wat sy yg x ske msk tbe2 nk msk... siusli tliur tgk...

Yati Omar said...

Salam Kak Ita,

Wahh..nampak mcm mudah jer resepi ni. Wajib cuba ni.

Jemput singgah ke blog saya :-)
http://mama-iloveu.blogspot.com/

~ Untuk membaca artikel/tips on kehamilan, penyusuan, kecantikan & turunkan berat badan.