Follow if you like

Mar 18, 2012

Shhhhhh....

Assalamualaikum


Shhhhhh......

Ibarat usia mematangkan minda, WANITA diterbitkan pada Ogos 1969 merupakan majalah berbahasa Melayu yang terulung untuk kaum wanita di Malaysia. Nadi dan jiwa WANITA menjadi bukti kepada tahap daya pemikiran yang dicapai oleh kaum wanita di Malaysia, konsep barunya yang segar direka khas untuk melambangkan wanita masa depan.

Berkonsepkan majalah untuk wanita, majalah ini memberi fokus terhadap wanita dan kerjaya. Ianya memaparkan kejayaan wanita dalam menempuh cabaran hidup dan merealisasikan impian.

Sentiasa tampil dengan citarasa wanita terkini, tidak salah jika ita katakan bahawa majalah ini sudah berada dalam paksinya tersendiri dengan ribuan pembaca yang sentiasa menanti keluarannya setiap bulan.

Sebenarnya hati ita benar-benar teruja untuk menanti keluaran majalah WANITA pada keluaran April ini. Bila ita dikhabarkan tentang resepi yang pernah ita cuba keluar dalam majalah kesayangan ramai ni.. hati bagai meronta-ronta untuk mendapatkannya senaskah. Setiap hari ita bertunggu tangga di kedai majalah menanti dan menunggu majalah yang tak kunjung tiba ni.. sampai naik bosan agaknya apek kedai tu melihat kelibat ita dikedainya setiap hari..

Penantian ita berakhir semalam apabila ita berjaya juga mengengam senaskah majalah ini. Segera jari jemari laju menyelak dari sehelai halaman ke sehelai halaman.. sehinggalah ita berhenti di situ..

WOW!! tak berkelip mata memandang.. tangan ita mula bergetar.. macam tak percaya dengan apa yang ita lihat... cantiknya....!! terkedu.. seakan tak percaya.. betul ke ini gambar masakan ita... air-air jernih mula bergenang di kelopak mata ini... Subhanaallah...

Terima kasih WANITA..
Terima kasih memberikan ita peluang.. Ita tak pernah terbayang yang resepi yang pernah ita cuba akan tampil seeksklusif ini.. di dada majalah yang sentiasa mendapat tempat di hati ita ini. Alhamdulillah.. mulut ini tak berhenti mengucapkan rasa syukur..

Sebenarnya ita malu nak cakap..... di sebabkan ita ni kuat berangan.. hihi
Ita pernah berangan untuk melihat gambar masakan yang ita ambil, tampil secara eksklusif dalam majalah.. sampai ita pernah terbawa-bawa dalam mimpi.. kerana itulah bila ita buka helaian itu... tangan ita bergetar.. seluruh tubuh terasa mengeletar seakan tak percaya mimpi ita menjadi kenyataan.. ya Allah besarnya rahmat mu....
Terima kasih ya Allah.. kerana impian ku di alam mimpi Dikau kabulkan di alam realiti...

Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga dari ita buat Shazni Azira, Eksekutif  pereka grafik dari team majalah Wanita yang memberikan ita peluang untuk kongsikan resepi dan di muatkan dalam majalah WANITA keluaran April ini. Terima kasih sekali lagi kerana membuatkan gambar masakan akak benar-benar eksklusif sekali...

Terima kasih juga buat wartawan Eksekutif kanan Nafsiah Jani yang sudi memilih resepi dari blog Masam Manis untuk dimuatkan dalam majalah Wanita keluaran April ini.

Jutaan terima kasih juga kepada kepada Utusan Karya Sdn Bhd anak syarikat kumpulan Utusan di bawah Pengerusinya   Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, kepada Ketua Pengarang dan Pengurus besar  serta seluruh sidang redaksi yang turut terlibat dalam menghasilkan majalah Wanita keluaran ini.

Tak ketinggalan juga kepada tuan empunya resepi yang telah ita cuba dan ita kongsikan dalam majalah wanita bulan April ini. Terima kasih banyak-banyak
Sebenarnya ita telah dicadangkan oleh Shazni Azira untuk memilih beberapa resepi yang ita suka dari blog ita untuk dimuatkan dalam majalah WANITA. Sebagai menghargai rakan-rakan yang telah kongsikan resepi ita telah memilih beberapa resepi yang ita suka, anak-anak suka dan tidak ketinggalan resepi yang mendapat pilihan rakan-rakan di FB dan Blog. Untuk mengetahui resepi apakah yang telah memikat selera ita dan keluarga jangan lupa dapatkan senaskah majalah WANITA di pasaran..

Memang berbaloi.. kata orang alah membeli menang memakai. Dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti yang baik, ita rasa tak rugi untuk dapatkan senaskah majalah ini dipasaran sekarang..

Jauh sungguh pergi mandi
Maksud hati hendak bertapa
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun memang tak lupa

Kalau makan keladi muyang
Jangan lupa pada bungkalnya
Kalau termakan budinya orang
Jangan dilupa pada asalnya


Terima kasih WANITA

31 comments:

hanieliza said...

Tahniah....semoga Azlita terus berjaya dengan cemerlang....

Tina Othman said...

tahniah kak ita =)

Mawar said...

tahniah kak ita.......nak berangan jugak la mcm ni....

nonierahman said...

Tahniah kak ita.sat g nak p cari magazine wanita jgk lah

Qasey Honey said...

Tahniah kak....sya pon brangan mcmtu jugak la...hehehe...semoga akak lg sukses....rindu dgn menu terbaru dr akak.....

Kak Nita said...

Assalmualiakum....

Tahniah Kak Ita! Teruskan usaha...insyAllah .

Cikmin said...

Salam kak ita,

Sekalung tahniah buat akak..akhirnya mimpi jadi kenyataan...semoga resu suksess ya kak ita...

p/s bila singgah ke laman kak ita ni..buat hati terkedu kedu..hihi..

Nur Ede said...

Assalamualaikum Ita...
Tahniah seiklas hati dari akak diatas mimpi yang menjadi realiti... akak tumpang gembira menghayati coretan hati dari Ita... hasil air tangan dan persembahan dari Ita mmg cantikkk.. akak suke sangat tengok.. tahniah sekali lagi buat Ita dan keluarga Ita.. ermmm... jap lagi nak g cari WANITA April.. harap2 dah ade kat Trg..

roz said...

Tahnia dr sya buat Ita..
kejayaan demi kejayaan yg di perolehi bepanjangan hingga keakhir hayat..
trmksh yg tak terhingga sya pada ita kerana kesudian ita berkongsi resepi dan apa jua kejayaan kepada rakan2 di fb...
semuga success
Azlita....

ummiaisyah said...

Tahniah Kak Ita sayang...u deserved the best cos u hv give the best to us!

CT said...

Tahniah Ita..moga terus maju (:

Acik Erna said...

Tahniah Ita..semoga terus mendapat peluang..

icaland pelangi indah said...

tahniah kak ita.

Gallery Mamamimi said...

Tahniah kak ita....pasni nak pi beli majalah wanita la hihi...asik beli impiana,laman tgk hasil keje laki skrang nak collect hasil keje kak ita plak heeeee.....teruskan hasil usaha dan amal jariah anda...

CT Delima said...

As'salam Ita

Lama ct tak bersiaran dan meninggalkan komen, tak berapa sihat balik dr JB tu hari. CM aje yang dok on9 memanjang..hehehe

Tahniah ya Ita semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan setiap masa, Insya'Allah.

semoga Ita dan family sihat2 selalu :)

Sari Yusa Ibrahim said...

Sememangnya kak Ita layak berada di sini, tahniah, kak.

Nieza said...

tahniah kak Ita, alahai tak dpt tgk lah...jauh ni tak dptlah nk beli majalah tu.nanti akak sharekan lah gambar yg masuk tu kat sini yer:)

Chah said...

Waaa....asik2 masuk magazine...glamer gitu...impianjd kenyataan la tu...keep it up kak..tahniah!!!

mimie kesuma said...

salam kak ita...slamat berujung minggu...
eid dah... seminggu tak bertandang ke dapur kak ita...rindu... ^_^
taniah kak....
sayang sangat mimie tak boleh tengok majalah tu...
but... mimie ikut bangga kak..
taniah sekali lg... :D

anis said...

Tahniah Ita. Selain berbakat Ita pd sy mmg ikhlas berkongsi ilmu memasak yg Allah kurniakan n ilhamkan utk Ita. Sy masih teringat ms buat blueberry cheesa tart resepi Ita. Jazakallah khairan... Moga Ita terus suksess n dirahmati Allah sentiasa...

Amie said...

Tahniah Ita. Tumpang bangga, tumpang rasa seronok dan rasa gembira... cuma tak boleh tumpang geletar he he hehh memang berbaloilah Ita, sebab memang sungguh nyata nampak usaha Ita dalam bidang masakan... nanti nak tengok juga majalah tu...

Cik Rose Cute said...

tahniah ita...angan2mu jadik kenyataan hihihi

Mrs. Khan said...

salam,tahniah,saya sendiri dah cuba bnyk resepi alhamdulillah,skmg dah jadi mcm satu kemestian tiap kali ank balik dari (u)cuba resepi ,tnxx smua jadi,kadang tunggu ape resepi baru u, :)

MeknaBlog said...

Tahniah kak Ita...semoga terus cemerlang

Ummiakid @ lily said...

tahniah sis

cik kedondong said...

akak..kita tengok blog ni macam copy paste gambar dari blog akak je.

http://anishumel.blogspot.com/

Nur-nba said...

Sekalung tahniah buat Kak Azlita atas kejayaan yang dicapai.. Moga terus sukses pada masa yg akan datang.. Tahun 2012 tentu jadi kenangan manis buat akak... :)

++eden|essey++ said...

tahniah kak ita...saya pernah tedetik kt hati bg tau msti byk majalah yg akan mintak izin utk amik resepi² akak...sbb resepi akak sedap n jujur...gambo plak mmg menepati, cantek dan x perlu lagi pihak majalah nk edit² lg....resepi n gambo akan sumernya perfect......

tahniah kak ita sbb dah berjaya ke peringkat yg jauh....smoga akak terus berjaya n berjaya

Ummi said...

Assalam Azlita cayang...tahniah, tahniah, tahniaaaahhh dr akak...cukup bangga dengan pencapaian Ita setakat ini...teruskan rajin2 memperkenalkan resepi dgn persembahan yg mantops, kelessss gituuu...muaaahhh!

Unknown said...

thniah Azlita! dri akak semoga nanti resepi2 yg Azlita tampilkn akan membuat membuka selera pembaca utk mencuba nanti.tahniah sekali lagi.

ainarissakitchen said...

tahniah kak ita...semoga akaq terus succes dan kongsikan banyak lagi resepi-resepi yang best dlm blog akaq ni untuk tatapan kta bersama...:)

Powered by Blogger.