Follow if you like

Mar 6, 2012

PUDING PISANG GULA MERAH

Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua tetamu yang sudi bertandang dan menjengah dapur ita ni. Dah berapa hari dah kan dapur ita tak berasap. Rasa rindu sangat nak mengetuk papan kekunci ni.. walaupun bagaikan ayam mematuk jagung.



Minggu ni, ita terasa amat sibuk sekali, banyak sangat aktiviti yang telah berlaku dan akan berlaku dalam bualn Mac ni. Ita kena pantau semula jadual ita, bulan ni.. rasanya mungkin kadang-kadang aje ita dapat berblog.. atau jarang-jarang dapat berblog.. Tapi tak pe lah kan setelah semua perancangan ita susun semula ita mungkin akan dapat bersiaran seperti biasa. Doa.. doa.. kan lah ye!

Minggu pertama setelah ita berguru dengan Chef Amer  adalah sesuatu yang amat melucukan.. Aduyaiii.. anak omak sorang ni.. apalah yang di ceritakan pada cikgu dia.. Balik sekolah terus dia kata " mak cikgu kita nak order kek coklat 2" makkkkk... aiii.. terkejut beruk mak dia ni..


Adoiii... Dalili kan mak dah kata mak tak ambil order.. mak buat tuk makan kita anak beranak aje.. " dulu kan mak kata kalau mak dah gi kelas kek, mak nak ambil order.. kan mak dah belajar buat kek dengan Chef Amer.. jadi Cikgu kita nak order lah.." adoiii.. kering darah maknya di buat Dalili ni tau..

Itulah yang buatkan ita tak mahu terima permintaan untuk buat apa2 pun.. kadang kala memang tak cukup masa. Ita terkejar-kejar menguruskan anak dara ita ni sorang, itu belum termasuk abangnya yg berdua tu.. Rumah ita sekarang ni dalam kereta aje.. disitulah Dalili makan dan salin pakaian.. Kalau nak balik rumah memang tak cukup masa. Bila balik rumah dah petang, dah mula pula bergegas nak hantar Dalili ke tusyen lepas magrib.. Kadang kala badan pun terasa letih sangat.. kalau tidur memang tak sadar lah tu... walaupun bom berdentum tepi telinga.. haha


Ok lah sebagai mengubat kesunyian setelah beberapa hari tak bersiaran, ita buatkan puding untuk pembuka bicara pada petang ni.. Lemak manis puding ni mengambarkan betapa lemak dan manisnya perasaan ita bila dapat bersiaran setelah tak keudara berapa hari ni..

Resepi macam biasa ita akan ambil dari buku masakan yang ita beli. Ita memang suka beli buku resepi, memang pantang nampak buku resepi yang menarik semua ita nak beli dan nak mencuba.. lebih-lebih lagi bila melihatkan kejadiaan yang menarik dan memikat hati.


Kali ini sekali lagi resepi dari Nunung ita persembahkan untuk dikongsikan pada petang ini. Puding ni rasanya lebih kurang macam Puding Santan Gula Melaka. Keunikkan disini apabila digunakan pisang kukus untuk menambahkan keunikkan puding disampingkan menjadikan ia satu juadah yang nampak sangat istimewa.

Rasanya juga sedap! dan sangat sesuai sebagai hidangan pencuci mulut selepas kita menikmati hidangan makan tengahari bersama keluarga. Cara membuatnya juga mudah dengan bahan-bahan yang sangat simple..


PUDING PISANG GULA MERAH
By : Nunung
Rujukan : Buku Resepi PELBAGAI JENIS PUDING

Bahan 1
1 bungkus serbuk agar-agar putih
150 gm gula Melaka ~ diracik halus
50 gm gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
700 ml santan
secubit garam
Pisang tanduk ~ dikukus dan dibentukkan bunga

Bahan 2
1/2 bungkus serbuk agar-agar putih
250 ml air
100 gm gula Melaka ~ di racik halus
50 gm gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul

Sediakan acuan puding bentuk bulat
Boleh juga gunakan plastik keras. Buat bentuk bulat. Alas dasanya dengan kertas aluminium dan ketepikan

Masak agar-agar, gula Melaka, gula pasir, daun pandan, santan dan secubit garam dari bahan 1 hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.
Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian
Tuangkan satu bahagian adunan kedalam acuan 1/3 bahagian ~ sejukkan
Aturkan hirisan pisang di dinding acuan ~ ketepikan

Masak agar-agar, air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan, dari bahan 2 hingga mendidih.
Angkat dan tuangkan ke dalam acuan hingga 2/3 bahagian. Sejukkan
Tuangkan lebihan adunan pertama keatas agar-agar.Sejukkan
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.



22 comments:

Salmi Khairil said...

saya suka tengok masakan dari akak kreatif dan menarik

sabar kagawa japan said...

salam kak ita...


adoiiiii mmenggoda sungguh pudding kak ita...mcm sayang je nk makan nihhh ....kagum2

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Ita...cntik..menarik...debooommm !!! i like sngt² ....

Mas said...

perhhh..cantikknya puding tu...
dah macam kat hotel..
kretippp la kak ita ni....

khairiah khaizu said...

saya suka puding gula merah....comelnya pisang tu...bentuk love x der ke..hihihi

Puteri Vanila+Stoberi said...

SAYA JUMPA BLOG AUNTIE DARI SATU MAJALAH.... SANGAT MENARIK... I LOVE COOKING TOO....

Qasey Honey said...

assl kak Ita...
amboi kak dh beberape hari xmasak2...
sekali kuar...terus meletopppp...
geramnye tgk puding pisang akak tu...
comeii sesgt...klau dpt syg nk mkn...

F.A.R.A.H. deeb said...

Bestnyaaa.... pisang kena lak ngan gula merahkan? Aduyaii! (Bile la nak serajin akak ni haha) Bak mai spirit sket! :)
My latest Entry :)
Tutorial tinggalkan jejak pd kotak komen

rahel said...

Salam Kak Ita..
adoi bestnya klu petang2 cam ni dapat sejambul puding pisang yg cantek menarik tertarik-tarik ni...

Ummi said...

Begitu lah kita kan Ita, masa yang ada tidak akan sama setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun...semakin lama jadi semakin sibuk. Begitu jugaklah dgn akak.. Xpa la Ita susun jadual kasi longgar2 balik eh..hehe...rindu lama2 x tengok persembahan masakan Ita. Puding ni pun walaupun simple pada resepinya...tp dpat kat tangan pembuatnya yg berseni...menampakkan ia sangat ekslusif dan gojesss! Pheewww...!

Gee® said...

Sehari tak melawat dapor masam manis rasa tak cukup syarat jer...bila dh datang sini sure tak rugi punya... memang syiok memang hebat...!!

IeRA said...

Salam kak...

kalau hari2 dpt bertandang rumah kak ita ni alangkah seronoknya rasa....

nonierahman said...

nyum2 bestnya puding nie.ada rasa gula merah ada pisang seketoi hihi.best2

Oh Oeya said...

Nyamannya :))

Chah said...

hehehe, lama tak dengar nama Nunung tu disebut...menarik puding tu kak, star banana tu yg mahal tu!

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ...

Alamakkkk ...!!
Dari kerana mata yg memmmm punyai kuasa
Ohhhh.. Aku tergoda aku tergoda terKesima ~~~

mau Nina dok telek ajer puding nie sampai tak sampai hati nak makan. Cantik punya pasal ... Hehehee
Bak mai sikit kak Ita ..

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Subhanallah....seriusss....hasil k.ita mmg tak prnh mhampakan...sgt cantik hasil fotografi ni... Puding kelihatan sgt cntik dan mmbuatkn kami semua teruja.....

norhanim md zain said...

aduh..rindu gak nak tengok menu baru dari ita ni..

sedapnynnnnnnnnnn..kena cuba resepi ni..nanti..

mRs sYa said...

kak...suka sgt tgk kejadian2 kuih2 akak...heee,rasa mcm time tu jugak nak buat....(yg mana last2 x buat) heeee

mashitah said...

sedapnya....saya mmg pengemar puding kak ita....

CT Delima said...

As'alam Ita

Kesibukkan melanda, namun sempat juga buat puding yang menyelerakan..emmm nikmat dimakan sejuk ni Ita.

samalah dengan ct sibuk menguruskan anak2 ni, singgah blog teman2 pun jika ada kelapangan dan kesempatan aje. biasalah bukan selalu kita dapat bersiaran macam selalu lagi kan Ita :)

Elle Kamarudin said...

comelnya pisang bintang

Powered by Blogger.