Follow if you like

Mar 2, 2012

MOIST PANDAN MARBLE CAKE

Assalamualaikum


Happy birthday to you..
Happy birthday to you...
Happy birthday to.... siapa yang lahir bulan Mac....
Happy birthday to you..


Amboiii.... habis semua pitching ke laut.. ke bulan ke bintang..
Jap lagi turun lah hujan tu kan.. haha
Sempena bulan Mac ni.. ada tak siapa-siapa yang lahir pada bulan ni??
Kalau ada meh le potong kek ni sama-sama..

Ok buat semua pengunjung setia Masam Manis tak kiralah dimana sahaja anda berada, Ita di Masam Manis ni, ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun, semoga semakin meningkat usia semakin matang kita berfikir, semakin bertambah amalan setiap hari, semakin murah rezeki dan semoga berbahagia selalu di samping insan-insan yang disayangi..


Adoiiii... kek lagi.. kedebam kedebum dah badan ni..
Sebenarnya dah lama ita berhasrat nak buat kek ni, sejak kali pertama terkena panahan asmara ketika melangkah ke dapur Pn. Norhayati kita..

Cantik sungguh kejadian kek yang yatie hasilkan. Ombak-ombak coklat beralun cantik sekali.. Bergabung pulan dengan warna hijau.. nyaman sekali rasanya.. Kalau tak percaya jom kita intai dapur beliau.. Jemput masuk...
Emm.. dah kata dah.. cantik kan..??


Sekali lagi mengelodak rasa dijiwa bila melangkah pula ke dapur ini yang selalu buat perut ita berkeroncong..
Tapi... ala.. ita punya tak jadilah pulak beralun cantik cam tu..
Apakah kerana ita tukar tepung maka kejadiannya tak seperti yang ita harapkan..
Atau.. memandai tukar cara melapis.. emmm... entahlah.. rasa2 adalah kesilapan kat mana-mana yang tak disengajakan..

Kata orang.. hihi kata2 otai-otai.. atau chef-chef yang ita baca nak buat kek ni kita kena ikut sukatan yg tepat, gunakan bahan yang betul, dan bahan-bahan contoh telur mestilah dalam keadaan baru.. tepung mestilah diayak terlebih dahulu.... emmm.. barulah kita dapat hasilkan kek yang gebu, lembut dan sedap di nikmati..

Ada masa ita ikut.. ada masa emmm... ita pun derhaka jugak.. ada masa menjadi ada masa bila terkena sumpahan.. emm.. terpaksa lah cik yam menanggungnya..

Walaupun kek ni kejadian belangnya tak berapa cun tapi rasanya... walllaaaa... sedapnya.. pulak bila ita salutkan dengan ganache coklat yang diajarkan oleh Chef Amer.. aduh.. bila disuap ke mulut tu.. terasa terawang-awang di udara.. sedapnya!!
gabungannya tu mmg serasilah.. bagai pinang dibelah-belah..

Keknya sangat gebu, lembut, spongy sikit dan lembab2 sikit.. Kek yang macam ni mmg ita suka lah kan. Kena pulak dengan ganache coklat yang mengancan tu.. ganache yang halus dan licin.. rasa krim coklat pula macam aiskrim.. sedap sekali!..


Kepada yang berhajat nak buat ganache untuk kek ita suggestkan untuk buat ikut resepi Chef Amer ni. Pasti tak menyesal punya.. Kejadiannya sangat cantik dan licin. Nak ratakan atas kek pun mudah aje.. rasa tak payah cakap lah kan.. adoiii... memang terawang-awang bila menjamahnya.. Memang sedap!

Kalau yang ambil tempahan tu.. pasti customer akan order lagi dan lagi dan lagi.. tak caya cuba buat!
Terima kasih kepada semua penyumbang resepi, tuan empunya resepi asal, kepada Yatie yang sudi sharekan resepi kek yang sedap ni.. juga kepada CMG yang telah juga mencuba.

Terima kasih juga buat Chef Amer yang sudi beri tunjuk ajar dan kongsikan resepi coklat ganache yang terbaikkk.. di majalah SAJI bulan Mac.
Ita akan simpan resepi ni sampai anak cucu.. hihi kalau panjang umur lah kan..^__^



MOIST PANDAN MARBLE CAKE
Adaptasi daripada resepi : MARBLE CAKE
By : Snappy Treats

Ingredients
250 grams butter
250 grams caster sugar
250 grams flour
8 eggs
1 tbsp ovalette
1 tsp vanilla essence
1 tbsp chocolate emulco
2 tbsp cocoa powder
4 tbsp condensed milk

Method:
Preheat oven to 170°C. Grease a 7-8 inch round/square pan.
Melt butter (I usually melt it in a microwave, but you can melt it over the stove too) and leave aside to cool.
Sift flour into a mixer bowl. Add sugar, eggs and ovalette into the bowl and using a whisk attachment, beat at low speed to firstly combine ingredients, then medium speed to add volume. Mix until ingredients are thoroughly mixed in, about 3 minutes.
Beat in vanilla essence. Gradually pour in melted butter while beating the batter at low speed. Continue beating until all the butter has been incorporated.
Separate half the mixture into another bowl. This will be your plain mixture.
In the original mixing bowl, add cocoa powder and chocolate emulco to the batter and beat till well incorporated. This will be your chocolate mixture.
To assemble, spoon 3 tablespoons of the plain mixture in the middle of your baking tin. Then place 3 tablespoons of the chocolate mixture. As you continue spooning in the batter into the middle, the batter will start spreading out into the tin. Continue alternating, as this will form the marbled effect.
Bake in the centre rack of the oven for 40 minutes, until a skewer poked into the centre of the cake comes out clean.
After removing from the oven, allow the cake to cool in the tin for about 10 minutes. Then, turn the cake out to cool on a wire rack.


KEK PANDAN MARMAR
Olahan oleh : Yatie
Terjemahan oleh : Adnan Ibrahim CMG

Adunan di bawah untuk 1/2 daripada resepi adunan asal


125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan


Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata.
Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati.
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk.
Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.


GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu
30 gm sirap glukos
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya

Bahan Krim Coklat
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ ita guna Rich

Putar whipping cream hingga kembang
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata


Ita dapat banyak pertanyaan bagaimana nak dapatkan permukaan Ganache yang licin. Ita ni bukanlah pandai sangat.. tapi di sini ita cuba kongsikan cara yang biasa ita lakukan untuk dapatkan permukaan kek yang licin bila menggunakan Ganache coklat.

Kek yang kita dah masak tadi, kita ratakan permukaan atasnya. Buang lapisan permukaan yang keras.
Tekan-tekan sikit atas permukaan kek yang dah dipotong supaya habuk kek tak melekat pada Krim Coklat.

Biasanya ita akan letakkan kek ita atas cake stand yang boleh berpusing. Ini untuk memudahkan ita meratakan krim coklat atas permukaan kek. Kalau rasa perlu dan selalu buat kek untuk tempahan bolehlah dapatkan satu di kedai jual bahan kek. Jika rasa2 jarang2 buat tu.. tak payah lah kan.. bukan apa takut membazir pulak!

Ita akan ratakan krim menggunakan kek spatula utk ratakan kek seperti gambar kat atas tu. Ada 2 kek spatula dan yang bengkok tu ita rasa lebih mudah digunakan..

Bila dah ratakan permukaan kek dengan krim coklat, Simpan kek dalam peti ais paling kurang 1 jam atau sebaiknya hingga krim coklat mengeras.

Bila dah keras ita akan letakkan kek atas wire rack dan alas bawahnya dengan loyang yang besar. Ini adalah supaya bila kita tuang ganache baki coklat tu akan jatuh dalam loyang dan boleh diguna semula.


Ganache kita tu jangan lah pekat sangat. Kalau boleh sedang2 aje atau macam susu pekat manis tu.
Ita akan tuang di tengah-tengah kek.
Biar ia merebak dan rata di permukaan
Bila dah rata ita tuang pula di sekeliling kek, di bahagian penjuru. Supaya semua bahagian kek akan rata.
Jangan guna spatula pula untuk ratakan permukaan kek tau!
Cuma perlu angkat wire rack tu dan  sendengkan  ke kiri ke kanan supaya permukaan kek rata dan semua bahagian kek tersalut dengan sempurna.
Biarkan kek sejat
Baru ita alihkan kek atas lapik kek dan simpan dalam peti ais sebentar
Kemudian barulah ita deco atas kek ikut kesesuaian..


47 comments:

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita Cayanggg...
akak buat QH xtenang pepegi ni...hehehe
geramnya tgk kek tu...tliur tau x...
QH mmg suka kek jenis mcmtu...

DaRi DaPuR LiZa said...

sedapnya ita.....terliur dah nie....

Zack Zachoes said...

assalamualaikum dan selamat pagi kak Ita,

wahhh, cantik & enak keknya.. rasa nanti2 nk cubalah resepi ni, nampak mudah je. minggu ni saya 'cuti' membaking, moodnya lari sikit. hehe.. mgkn kalau ada kesempatan minggu depan leh buat kot kek ni, insyaAllah..

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Masyaallah....tergoda sungguh akak tgk kek ni.Setiap hasil pasti menarik perhatian. Gmbar2 yg d ambil pasti luluh hati yg melihat...syukur pada Allah d anugerah kemahiran begini dan Alhamdulillah kerana Azlita sudi memberi tunjuk ajar pula pada kami d luar sini...:)

leen said...

Assalamualaikum...kak ita...nie buat muka x malu...sesekali terasa nak komen pulak...sedapnya tgk ganache disaluti kek tu...memang nampak mengancam...time kasihla..buatkan kek utk pengunjung blog akak yg lahir bulan Mac nie...walupun x dapat nak rasa...sedih..hu..hu..

Sharifah Nadzarah said...

assalam ita..
nak tye la..bila dahtuang coklat ganache tu..cmne nak alihkan kek ke papan kek..guna ape ye..hehehe

Ribbon Clown said...

Thqnx share recipe ganache nih kak ita..saya mmg mencarik recipe yg berkilat hehehe

Sari said...

salam...
anak saya 2 orang besday bulan mac so kena buat la kek ni kot ek...hehe
anyway, tengok pun dah sedap & saya pun mmg selalu jenguk2 sini & cuba buat ikut yg ita tulis..setakat ni mmg menjadi...timakasih byk2 tau :D
moga bertambah ilmu & rezeki ita..aminnn

NinaAz said...

bestnya..hehehe :)

kakna said...

salam ita..
tergodanya... kakna ni bila masuk umah ita.emm.. sedapnya...

ida1912 said...

Ita ,akk Share resepi ni ya...

Mrs Hakim said...

Salam Kak Ita,

Mentega cair tu maksudnye cairkan dalam periuk atas api kan?

or biar mentega tu cair sendiri..

ShaSha The Baker said...

Thanks.. Aunt for wishing!! Today is my birthday :) 2nd March 1998

nonierahman said...

Alamak kak ita rasa mcm nak tadah jari jer kat chocolate ganache mencurah ke atas kek tue hahaha.buruk perangai.sedanya nampak.

IeRA said...

Assalamualaikum kak...

Aduh!!! tiap kali singgah sini memang terpegun dibuatnya.....

F.A.R.A.H. deeb said...

Thanks kak for sharing. Suke sangat! :)
My latest Entry :)
Bosa dah diaaa...!

ShaSha The Baker said...

Thanks.. Aunt for wishing.. :) my birhday is today.. 2nd March 1998

faa.rosli said...

kalo kak ita bukak kedai kek, faa sanggup g JB g beli taw! deco2 kek akak mmg ohsemm! xmcm kdai kek yg ade skrang..deco demua sememeh..kdg2 secret recipe pon comot momot. xkemas mcm kek akak..huaaaaaaa....nak rase! hihi

mashitah said...

sedapnya kak ita.....untungnya org birtday bln 3...mas lambat lagi bulan 12....rasa lapar tgk gambar kek ....happh birtday bagi mereka yg lahir bln 3...

Gee® said...

Ita, bedy girl nk ambik sepotong yer marble pandan tu... mekacih... sedapnyaaaaa

mashitah said...

a

misshannajr said...

cantiknya ganache tu akak..licin berkilat2 hehe..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita..
cantik sungguh kek tu akak... nak makan pun kena tenung lelama dulu... hehehe... tergoda tgknya

Ummi said...

Wallaaaaahhhhh....fantastic jobs, excellent presentation, make me drool like crazy....marbelesss, marbelesss, confirmed!!! Itu je yg akak dapat katakan Ita cayang ooiii ^___^, sabauu je laaa.

Oh Oeya said...

As salam Kak Ita.. Sangat2 cantik kek ni.. Lunch ni nak gi Austin lah hihi :)

Zarina said...

T Kasih Ita post kek ni pepagi. Dari semalam dok cari idea nak buat birthday kek ntuk diri sendiri..Pepagi dah jumpa pemenang!! Semalam dok buat Snow pudding jek sbb x de kek yg menarik perhatian..konon2 tukar selera sambut birthday ngan puding jek.. Nasib baik Ita post kek ni..jom pakat buat ramai2...

mimie kesuma said...

hihihi...gelak sorang2 mimie baca perumpamaan yang kak ita bagi...
sampai macam tu sekali....pasti sedap kue tu... :)
nak try jugak....apalagi pakai ganache....
fuyohhhh..... timbangan pun toing2.gagal program diet kak...xixixi

Melly Octaviana said...

cantik cake nya, ganache memang enak yah kak, lupa diet kalo liat cake cantik macam ini.. hehe

Zalia said...

terima kasih kak ita berkongsi cara ganache tu :)

Yatie said...

Assalamualaikum Ita cayanggggg..mmng sayang sangatlah kat dia ni....rajin yg teramat sangat..kdng2 Yatie teringat2 masa kita berjiran dulu...Ita mmng kreatif dan suka buat kerja2 hasil seni ni....tngklah bila sentuhan tangan Ita je, apa2 masakan jadi lebih menarik....seronok sangat mengenali Ita ni...satu hari nnti kalau jumpa nak peluk cium je rasanya...uwakakakkaka..terlebih sudaaaaaa...ni gara2 tergoda tngk kek2 yg Ita hasilkan...make me crazyyy youuuuu.....

H M said...

Assalamualaikum auntie ita,
coklat gelap tu gune coklat jenama ape ye ? thanks :)slurrpp

Mat Gebu said...

sungguh menawan ^__*

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita sayang ....

Teruja, terpegun, terkesima !!
Cantiknya kek kak Ita, sampai termenunggg jer nengoknyer
Terliur sudaaaa ~~~~
Hehehe

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita sayang ....

Aduyaiiii ~~~~~
Teruja, terpegun, tergoda lagi terkesima lalu termenungggg nengok kek Kak Ita..
Ahaks!! Terliur sudaaaa
Hehee . . .

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

MY GOODNESS! WHAT A BRILLIANT PHOTOGRAPHY! AND YOUR PROPS...HAIHHHH MACAM NAK GI SHOPPING AT UR HOME LA KAK...HEHE! :)

And the cake is beautifully done!

liana said...

Assalamualaik....memang sentiasa yg terbaik dari blog ita....tk kongsi dgn kami semua..peminat setia blog ita

aZuMaya said...

terBAEK....

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita...
Alamak menawan sunggu kek ni...coklatnya tu menawan sangat..macam nak duduk je kat tepi..cuit2 sikit coklatnya..hehe..

Hana_Nana said...

what a lovely cake kak ita...<3
suka sgt dgn gambar2 akak shoot.amazing!

damia said...

Salam kak ita...saya nie budak baru belajar nak wat kek...nak tanya kit krim tenusu 2 sama ker ngan non-dairy whipping cream? Takut salah beli...ngat nak cuba buat kek nie..nampak best sgt..harap kak ita dapat tolong?

damia said...

Salam kak ita...krim tenusu 2 camner ek rupanyer...budak baru nak belajar nie...sama ker ngan non-dairy whipping krim?

.:|kamaryeah|:. said...

boleh x nak perasan...
sbb my birthday bulan nie...
btw love all the looks in ur blog sis..
sume tempting..
nk try sesatu~
thanks btw...

.:|kamaryeah|:. said...

salam...
wahh..nak perasan boleh x??
kbtln sgt bday sy bln nie..
btw thanks for d tempting photo..
nnt try sesatu resepinya..
thanks again btw...

p/s: bru terserempak blog sis...

aTiE said...

Salam kak ita,
Nak tanya KRIM TENUSU tu kat mana nak cari? in english word apa?
contoh?

thanks...

Nur Zulaikha Nazlan Remy said...

Assalamualaikum,... kak saya ingin nak bertanya.. mcm mana nak alihkan kek dari wire rack ke lapik kek.. ada tool khas ker??

Izwah Ghazali said...

Salam kak..
Thank for the recipe..saya dah try buat..menang sedap!!! Jemput singgah blog saya www.vit4health.blogspot.com

Elina Elina said...

as salam ita... terimakasih atas resepi ni.. walaupun belum ada kesempatan untuk mencuba tapi dari tunjuk ajar ita ni terasa bersemangat semula utk membuat kek.. mohon dihalalkn ya...

Powered by Blogger.