iklan

iklan floral cake

iklan ada

Tuesday, March 27, 2012

MEE REBUS JOHOR

Assalamualaikum


Selamat pagi semua..
Dah sarapan?
Kalau belum marilah kita sarapan sama-sama... bersama  kita nikmati mee rebus yang enak dan lazat ni.. hihi

Bila kita sebut mee rebus, sudah pastinya warga Johor dan mengecap-ngecap air liur.. Dah terbayang mee kuning bersama taugeh, tauhu, telur, daun sup, daun bawang, bawang goreng serta tidak ketinggalan kerupuk tepung yang rangup!.  Pulak bila disiramkan kuah yang pekat berkilat aduh!!! segera perut mengalunkan irama keroncong minta diisi...


Inilah salah satu menu yang cukup istimewa dari Negeri Darul Takzim ini.  Menu yang telah lama bertapak di sini dan merupakan menu yang menjadi kegemaran ramai warga Johor. Bila mulut menyebut mee rebus segera teringat mee rebus Haji Wahid, Lan Janggut, Stulang atau Warung ZZ yang cukup terkenal di bandar JB.

Kepada yang bertandang ke Johor jangan lupa untuk singah di gerai yang menjual mee rebus, pasti kepulangan anda akan teringat-ingat dan terbayang-bayang  kelazatan dan keenakan kuah mee rebus yang cukup istimewa ini.


Bagi yang tak berkesempatan jangan gusar dan bimbang, hari ini ita akan kongsikan resepi Mee Rebus Johor yang dikongsikan oleh Chef yang semakin meningkat naik namanya ini siapa lagi kalau bukan Chef Riz.
Resepi ini telah di kongsikan oleh adik Iza Akma dari blog Singahsana Kitchen.
Menurut Iza Akma, resepi ni beliau peroleh sewaktu menonton sebuah rancangan masakan di televisyen Sajian Kontampori yang dikendalikan oleh anak-anak Dato Chef Wan iaitu Serina dan Chef Riz.

Bila membaca coretan Iza Akma, segera kenangan ita terbayang ke era awal 90an yang ketika itu teknologi maklumat dan internet belum lagi bercambah. Masa itu, setiap kali ingin mendapatkan resepi terbaru, kaca TV lah tempat rujukan ita yang utama. Setiap kali menekan TV tangan ita telah tersedia dengan pen dan kertas. Manalah tau kalau2 terbuka rancangan masakan, dapatlah ita salin dan simpan sebagai rujukan untuk dimasak buat suami dan anak-anak.

Yang selalu menjadi masalah, bila tengah menyalin blackout lah pulak!! aduh.. punya lah susah nak dapatkan resepi waktu itu. Sudah semestinya program masakan yang dikendalikan oleh Dato Chef Wan , Chef Zaidah, Kak Rubiah Suparman, Jaafar Onn dan beberapa Chef ternama tanahair menjadi pilihan ita. Dari situlah mula timbul minat ita untuk belajar memasak dan mencuba apa sahaja resepi yang ita teringin merasa. 


Sekarang keadaan sudah jauh berubah, kehadiran banyak bloger masakan yang sering berkongsi resepi, lambakkan buku dan majalah masakan dipasaran serta program masakan di TV banyak menyumbangkan idea kepada masyarakat khususnya bagi  kaum wanita untuk memilih sajian yang sihat dan menambat selera keluarga tersayang.

Berbalik kita kepada resepi kali ni, pada ita resepi ini juga sedap! dan menepati selera ita dan keluarga. Setiap resepi punya keistimewaan tersendiri hasil sentuhan sang penciptanya. Kepada yang nak merasa bolehlah mencuba!

Terima kasih pada Iza Akma yang bersusah payah menyalin resepi, mencuba dan kongsikan pula dialam maya ini untuk di cuba dan dirasa oleh pengemar-pengemar mee rebus macam ita ni. Semoga setiap perkongsian ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala seperti yang dijanjikan.

Kesempatan ini juga ita ambil, bagi meminta izin untuk kongsikan pula resepi ini disini, sebagai rujukan anak-anak dan juga kawan-kawan yang lain.. Boleh ye....


MEE REBUS JOHOR
By: Chef Riz
Rancangan Masakan : Sajian Kontamporari
Rujukan : Iza Akma

300 gm daging kisar atau udang segar ~ ita guna daging batang pinang dan hiris nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren ~ direbus dan di lenyek
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka ~ ita tambah
air secukupnya
minyak untuk menumis

2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air



Penyediannya
Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.


Mee rebus kebiasannya di makan bersama
Mee kuning ~ yang dicelur
Taugeh ~ juga dicelur
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus
Limau kasturi
Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
Cili merah dan cili hijau yang dihiris halus
Bawang goreng
Dan tepung goreng rangup








30 comments:

Mas said...

kak ita....
mee rebus semangkukk...
sedappnya tengokkk..he3

Mas said...

sedapnyaaaaa mee rebus!

Sari Yusa Ibrahim said...

kita kalau petang2 suka ngeteh kat Mee Rebus Stulang.. :-)))

nonierahman said...

sedapnya mee rebus.teringat mee rebus stulang mkn masa g larkin tahun lepas..adoi kecur liur

MamaFaMi said...

Salam Ita...
Lain sket ye version Mee Rebus ni? Kalau resepi yang mak mama selalu buat.. ada kari ada santan.

Hmm sib baik dah kenyang baru nampak gambar Ita ni. Kalau tak, manalah nak cari mee rebus johor pepagi cam ni!

Wani said...

salam kak ita ..tumpang sekaki nak makan mee rebus jawa tu ... dah lama kempunan nak makan mee rebus ni ...

ASMAH YUSOF said...

Slm k.ita...

Sedapnya...pagi2 dah di jamu mata dgn mee rebus...kuahnya pulak pekat likat...

Noni said...

Kak Ita,Hj Wahid dgn Lan Janggut tu bukan org yg sama ke? Family mertua sangat suka dgn mee lan janggut, tp tak tau mana nak cari dah sekarang ni. Mee rebus haji wahid (kat Angsana selalunya makan) pun ayah mertua saya kata rasanya sama.

F.A.R.A.H. deeb said...

Owhhh tidakkkk (jatuh terguling-guling) Silelah jemput saya ke rumah akakkkk hahahaha!
My latest Entry :)
Akhirnya mak pun ada remekins okeh!

~azillakhalison~ said...

comelnye tauge tu hehe

Qasey Honey said...

asslm kak...sedapnya tgk mee rebus johor tu...mcm dh bertahun rasanya tak makan mee rebus tu...febret QH ni...nyum2

ibh_sue said...

Aslmkum kak Ita..
Sedapnya Mee Rebus akak tu.
Ok!..Minggu ni nak ke JB..harus mencari juga Mee Rebus Johor ni..

maszull said...

assalamualaikum ita...wah sedapnya mee rebus tu terasa lapar plak perut ni..:)

sarinah said...

salam kak ita,
ada satu lagi tempat mee rebus yang power. di senai. warung wak lan namanya....warga senai mesti tau.

sarinah said...

salam kak ita,
ada satu lagi destinasi mee rebus yang power.
warung wak lan di senai.
saya dah makan d situ berkali2.
selain mee rebus, nasi ayam dia yang paling mengancam gtuu hehe

mama ju, said...

Salam Ita

Tkasih. Mama dah salin.
Baru minta suami beli mi, insyaAllah nak buat.

Mama memang peminat ita ni.

Yatie said...

waduh wat Yatie terliur je tngk mee rebus ni...kalau pergi mana2 mmng wajib order mee rebus..tapi tulah tempat lain2..rasanya pun lain2...kalau yg sedap tu asyik teringat2 je sampai terbawa dlm mimpi..he3..lenkali leh cuba resepi ni...tq Ita..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ita :)
perghh tgk gmbr2 Ita buat Hawa ngiller seh!!! Mee Rebus all time fav even in Spore :)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sedaapnya tgk mee rebus tu ... nie dpt makan semangkuk nie.. bahagia rasanya tau... heheheh

faa.rosli said...

nanti nak g johor nak mkn mee rebus ni! melaka ngan johor dah dekat...

CT Delima said...

As'salam Ita

Tu hari balik JB apa yang mengidam nak makan semua tak kesampaian. Tambah2 lagi Ita tayang mee rebus fav ct ni..adoiii melompat2 anak tekak ni mintak disuapkan..hehehe

Insya'Allah balik JB mesti nak cari. Satu lagi menu yang teringin nak makan rojak petis..adohhh tu hari tak sempat banyak benda yang terjadi pendam ajelah. itulah yang paling nak merasa bila balik Johor fav No1 tu.

mashitah said...

selamat pagi kak ita....
resepi kak ita pencetus rasa nak pegi makan mee rebus hj wahid..sedapnya

Nur-nba said...

Salam Kak Ita.. Gambar mee rebus tu cantik sangat.. Dah tentu sedap.. Akak memang dah boleh buka kedai makan. For sure ramai yang akan serbu.. :)

CNK said...

salam kak ita.
comel nya telur rebus tu? nampak ganjil n unik pulak. mcm ada bentuk heart. is it?

-nisa-

malacca2u said...

go for it

cheq eem said...

boleh cuba tuk menu buka puasa hari nie... hehehe.. menarik sgt food presentation k.ita tuu... :)

ninazarina said...

Assalam Kak Ita,

Boleh saya tahu, resepi ni untuk hidangan berapa orang yer?

Terima kasih.

ninazarina said...

Assalam Kak Ita,

Boleh saya tahu, resepi ni untuk hidangan berapa orang yer?

Terima kasih.

meamor said...

Salam. . jauh benor kalau nak ke jb tu..nasib baik Puan sudi kongsi resepi ni ..rasanya memang best..

Roshaliza Rosli said...

Thanks sis for the resipi. Walaupun saya baru berjinak ke dapur...memang sedap! Dah cuba siang tadi. :-)