iklan

iklan floral cake

iklan ada

Monday, March 19, 2012

KEK BIRTHDAY AZRUL

Assalamualaikum


Selamat kita bersua lagi di minggu baru. Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana? Ita harap semuanya sihat dan ceria.. seindah dan secerianya Sang Suria pagi.
Sekejap aje masa berlalu kini anak-anak dah kembali semula ke sekolah. Walaupun sekejap aje dapat berkumpul bersama namun rasa syukur yang tak terhingga kerana dapat mengubati kerinduan terhadap anak-anak yang tinggal berjauhan.

Sebelum ita meneruskan bicara kita pagi ini, jutaan terima kasih ita ucapkan di atas ucapan Tahniah dari rakan-rakan atas kemunculan resepi yang ita pernah cuba, dalam majalah WANITA bulan April ini. Ita sangat-sangat menghargai setiap kata-kata suntikan dan semangat yang diungkapkan... Alhamdulillah semuanya atas dorongan dan sokongan dari rakan-rakan juga. Tanpa kalian siapalah ita dan dimanalah Masam Manis. Semoga jalinan ukhwah antara kita terus mekar dan semoga blog masakan semakin mendapat tempat di hati pengemar-pengemar dunia masakan.

Macam mana cuti kali ni.. Tentu seronok kan?
Cuti ita kali ni.. tak dapat ke mana-mana.. Semua perancangan terpaksa ditunda. Mujur anak-anak tak bising dan memahami kesibukan ayahnya.
Walaupun sibuk namun cuti kali ini benar-benar mengembirakan ita. Bayangkan dalam masa cuti ni ita berpeluang bertemu dengan dua insan atau kawan ita. Satu adalah kawan ita di alam maya, sama-sama berblog dan berkongsi minat yang sama. Beliau yang ita maksudkan adalah Pn. CT Delima dari blog  Dari Dapur CT

Sebenarnya dah lama juga kami berhajat nak berjumpa. Rasa-rasa dari Hari Raya tahun lepas. Tapi mungkin masih tiada jodoh dan belum diizinkan lagi oleh Nya.
Terkejut juga bila terima panggilan dari Ct tempoh hari, yang ingin berjumpa ita. Ita macam biasa bila hujung minggu memang sedikit sibuk menguruskan Dalili yang tusyen. Masa memang terkejar-kejar. Mujur hari tu ita tak pergi melawat Amirul di PLKN. Kalau tidak sudah pasti ita tak dapat jumpa CT.

Terima kasih ye CT kerana sudi berjumpa dengan ita. Sebenarnya ita masih terkedu lagi.. terkejut tak sangka CT... comel sangat orangnya.. kecil molek! Mujur CT peramah, jadi ita tak rasa jangal sangat untuk berbual hihi. Ita ni sebenarnya pemalu..tau! hahaha   yaaaaa... adooo..
Bila tau kami bersaudara lagi lah rancak perbualan kami petang tu..  Cuma ita terkilan terlupa nak tangkap gambar dengan CT. Mujur suami  CT ada ambil gambar kami berdua.. Terima kasih CM.

Segan sebenarnya nak jumpa CT, almaklumlah badan ita tengah bam.. bam.. tau-tau jelah kan.. nilah akibatnya kalau asyik buat kek aje.. pas tu tak tahan dok buka peti ais.. kejap makan.. kejap makan.. akhirnya... meletuppp!!


Kemudian ita ditemukan pula dengan kawan lama Siti Norazrin yang dah rasa 22 tahun tidak bersua, selepas kami sama-sama menamatkan kertas terakhir STPM.  Tak sangka kita bertemu di PLKN, kebetulan anak kami sama umur dan terpilih ke kem latihan PLKN yang sama. 

Aduyaiii.. kecilnya dunia... akhirnya bertemu juga... Cuma tak puas berbual panjang kerana masa tidak mengizinkan. Insyaallah jika ada masa terluang ita akan kunjungi Tutti Fruity milik beliau yang baru beroperasi di Perling Mall Johor.


Yang sangat-sangat menyeronokkan ita pada cuti kali ni.. bila ita terima panggilan telefon dari seseorang yang sangat ita minati. Aduyaiiii... melompat ita kesukaan.. sampai riuh rendah satu rumah..  Semua anak-anak turut meletakkan telinga masing-masing di gangang telefon untuk mendengar suara insan yang selama ini ita tonton perkembangannya di kaca TV..

Terima kasih ita yang tak terhingga kepada adik Rosparadilla yang memberikan ita peluang untuk bercakap dengan Dr. Ezani, Juara Master Chef Malaysia yang pertama. Ya Allah... seronoknyaaaaa... Dr. Ezani adalah salah seorang calon program Master Chef terbitan Astro yang menjadi fav ita pada masa itu.

Anak-anak dan suami melopong bila ita katakan ita dapat berbual dengan Dr. Ezani. Aduyaiii.. suara dia sama tau macam dalam TV.. macam mimpi aje ita ni kan.. Terima kasih sekali lagi ye Illa.. ^-^ dan terima kasih juga kepada Dr. Ezani yang sudi berbual dengan akak.. walaupun hanya mendengar suara di corong telefon tapi akak rasa macam Dr. ada kat sebelah aje.. aiii... segan aje rasnya...

Sepanjang ita berblog inilah antara perkara-perkara yang sangat menyeronokkan dan mengembirakan ita. Dapat berjumpa rakan-rakan dan insan-insan yang sangat ita kagumi.. Alhamdulillah.. 


Lama rasanya ita tak berkongsi resepi di sini kan.. Kesibukan ita pada cuti kali ini buatkan semuanya tertunda. Begitulah juga dengan resepi kek hari jadi Azrul ni yang ita belum kongsikan resepinya. Ok lah bebelan ita pon dah panjang benar hari ni, apakata kita terus aje kepada resepi..

Untuk resepi kek span ita gunakan 2 resepi kek span. Satu resepi Kek Span Perancis dan satu lagi Kek Span Coklat. 

KEK SPAN PERANCIS
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity Cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor

Bahan C
110 gm tepung ~ diayak
70 gm butter yang dicairkan
Sedikit pewarna pink dan strawberry paste

Sediakan 2 loyang 8 inc.
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )

Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B

Ambil 1/3 bahan B dan kaup balik dalam bahan A hingga rata.
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
Satu bahagian diwarnakan pink dan letakkan sedikit paste strawberry ~ gaul rata
Tuangkan adunan dalam dua loyang berasingan
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.

Terbalik kan kek atas redai setelah kek masak sempurna
Sejukkan

KEK SPAN COKLAT
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor

Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini dicampur dan diayak 

Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan

Sediakan loyang 8 inc.
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )

Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B

Ambil 1/3 bahan B dan kaup balik dalam bahan A hingga rata.
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata

Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.

Terbalik kan kek atas redai setelah kek masak sempurna
Sejukkan 


Sebenarnya ita mendapat banyak pertanyaan tentang cara-cara membuat kek briks yang ita pernah tunjukkan di SINI
Masa tu ita tak sempat tunjukkan cara bagaimana ita membuatnya. Kali ni atas permintaan ita tunjukkan cara bagaimana ita sediakan kek ini.

Untuk kek seperti ini, kalau boleh gunakan kek span yang sedikit padat teksturnya. Contoh kek Red Velvet atau Rainbow Cake. Jangan buat tinggi-tinggi sangat tau takut dia tergelincir.. hihi tengok ita punya tu terlalu tinggi mujur tak jatuh.. tapi susah sikit nak dapat susunan yang kemas bila kek terlalu tinggi.

Kek yang telah siap masak tadi kita buangkan atasnya yang keras. Kemudian kita bahagi 2. Untuk kek coklat akan ada lebihan kek. Kalau tak mau lebih buat 1/2 aje adunan kek span coklat.


Dengan menggunakan pemotong bentuk ring. Potong kek kepada kepingan. Pastikan kita ukur dulu sebelum potong.
Untuk kek briks ita gunakan 6 ring yang tak sama saiz dan ukurlilit. 
Untuk dapatkan kek bentuk susunan batu bata kita kena gunakan ring yang berlainan saiz dan ukurlilit kalau tak,  tak dapatlah bentuk batu bata tu.. mungkin akan dapat bentuk dam pulak lah kan.
Perhatikan gambar dibawah betul-betul anda akan dapati 3 kek yang ita potong menggunakan ring yang lain (1,2,3) dan 3 lagi dengan ring yang lain saiz ( a,b,c)


Selepas tu.. kita selang selikan setiap kepingan berselang warna kek mengikut ukuran kek yang kita potong tadi. Maksud ita kek 1,2,3 tu kita selang selikan antara satu sama lain begitu juga dengan kek a,b,c kita selang selikan juga antara satu sama lain. Seperti dalam gambar di atas.

Bila dah siap kita ketepikan, sekarang kita buat pula krim coklat dan krim putih.
Untuk resepi ni ita gunakan krim coklat untuk lekatkan kek antara satu sama lain. Ianya seperti simen yang mengikat batu bata.
Untuk krim putih, ita letakkan untuk pemisah antara dua bongkah batu bata. Kalau tak mau buat pun tak apa. Ita cadangkan tak perlu buat sebab terlalu banyak krim buatkan kek cepat muak bila dimakan.

Pada sesiapa yang nak buat kek ni, ita cadangkan untuk salut kat luar tu, sebaiknya guna Ganache Coklat, supaya kek lebih sedap bila dinikmati terasa coklat dan cream. Jika guna semua krim macam ita, kek terasa sedikit muak kerana krim tu banyak sangat kan... luar dalam semua krim...
Ita buat kek krim ni sebab dah banyak kali sangat ita buat kek menggunakan ganache coklat, takut bosan pulak nanti.. hihi

Resepi macam biasa ita masih lagi menggunakan resepi dari Chef Amer yang ita ambil dari Majalah Saji Mac 2012  dan telah banyak kali ita gunakan resepi ini dalam menyediakan kek ita. Kali ni ita kongsikan kembali resepi ganache dan krim coklat dan satu tambahan lagi Krim Raspberi yang telah ita tukar kepada Krim Coklat Urai. Terpulang kepada masing-masing untuk memilih mana satu krim yang sesuai. Sebenarnya dalam membuat kek ni kita boleh mempelbagaikan, terpulang pada citarasa kita dan kreativiti kita.

GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu ~ dary whipping cream (ita guna Ancor)
30 gm sirap glukos ~ dapatkan di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Ita tambah sedikit paste vanila untuk bau yang lebih harum

KRIM COKLAT
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (ita guna Rich)

Putar whipping cream hingga kembang dan ringan
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata

KRIM COKLAT URAI
Resepi asal dari : KRIM RASPBERI
By : Chef AmerHamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012

100 ml krim bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (ita guna Rich)
100 gm puri buah strawberri ~ ita gantikan dengan coklat urai

Putar whipping cream hingga kembang dan ringan
Campurkan coklat urai dan kaup balik rata.


Untuk memudahkan kerja melapis, ita masukkan krim coklat dan krim coklat urai ke dalam pipping bag.


Ini pula adalah bahan yang kita perlukan sebelum memulakan proses melapis kek.
  • Kek yang telah siap di potong dan di susun berselang warna
  • Krim coklat dan krim coklat urai
  • Lapik kek
  • Spray ~ air jus lemon atau kopi cair ( ikut citarasa )
  • Spatula untuk meratakan krim
* untuk kek bricks ni, susunan kek tu mestilah 1, a , 2, b, 3, c ~ harap faham lah ye.. susah pulak ita nak ambil gambarnya


Sekarang kita mulakan proses melapis kek. Letakkan sekeping kek atas lapik kek. Kemudian kita letakkan krim coklat pada setiap celahan lingkaran kek hingga ke lapisan tengah.
Srpay kek dengan jus lemon atau air kopi cair
Letakkan lapisan krim coklat dan ratakan, buat cara ini hingga habis.


 Jika nak buat yang macam ita ada gap di tengah. Antara 3 lapisan kek ita letakkan krim coklat urai.


Ulang semula proses melapis hingga habis.
Bila dah habis setiap lapisan. Sapukan keseluruhan kek dengan krim coklat dan simpan kek dalam peti ais hingga kek keras dan berkedudukan stabil.
Ingat! kek perlu di simpan dalam peti ais paling kurang 2 jam untuk menstabilkan kedudukan kek, mengeraskan krim dan mengelakkan kek gelincir semasa proses mendeco kek


Setelah kek keras dan berkedudukan stabil barulah kita mulakan proses mendeco kek. Untuk mendeco kek jika gunakan ganache coklat boleh lah ikut cara cara yang selalu ita tunjukkan boleh juga rujuk di SINI caranya.

Bagi pertanyaan bagaimana cara ita alihkan kek dari redai selepas kek di curahkan ganache.. emmm... kenalah ada urat dawai dan tulang besi ye.. hihi maaf ita gurau.. ^-^
Sebenarnya kaedah yang ita gunakan sangat mudah. Ita perlukan 1 spatula dan satu lagi penyodok kek. Selalu ita tunjukkan penyodok kek yang ita gunakan dalam setiap N3 yang ita ambil. Gambar kat atas tu pun ada. Tapaknya agak lebar jadi senang ita nak pindahkan dari redai ke lapik kek. Kena guna 2 tangan dan berhati-hati supaya kek tidak terbalik. Letakkan lapik kek berdekatan dengan redai supaya tak jauh lah kita nak angkat kek tu nanti. Jangan angkat kek tinggi ye! nanti jatuh kek tu pulak! nangessss... wooo


Untuk mendeco kek kita boleh lah gunakan kreativiti kita. Bagi yang nak memggunkan krim untuk mendeco kek caranya mudah aje.. Putarkan sahaja krim bukan tenusu ~ non dairy whipping cream jenama Rich hingga gebu, ringan dan licin kemudian dah boleh kita gunakan untuk salut pada kek kita nanti. Untuk dapatkan bau krim yang harum tambahkan sedikit paste vanila. Kalau boleh carilah paste yang berasaskan minyak sebab baunya akakn kekal lama dan sebati dalam adunan kita tu.

Bagi kaedah Basketweave yang ita gunakan, ita rujuk cara membuatnya dari you tube. Ita guna nozel yang bernombor 47 boleh juga gunakan no 48.  Jom kita intai-intai  cara mudah yang di ajarkan.


 Selamat Mencuba!!





53 comments:

Mas said...

air tangan kak ita ni sentiasa memikat hati....
cantikknya kek tu kak..
macam kek kat kedaiiiii....

ameris said...

ya Allah kak ita.. tekunnya akak menyiapkan kek yg agak rumit nie. kalu saya mesti dh jatuh tergolek kek tu.
admirer sgt dgn masam manis nie. resepi yg marveles, pic yg menarik, smpai saya bercita2 nk memiliki camera mcm akak...

syarifah radiah ibrahim said...

kak ita, kalau kita gunakan 6 ring yang sama saiz dan ukurlilit boleh ke?
;D

KOALAJEPONG said...

Askum kak ita...fuh...kus semangat ina nengok step by step...org yg cekal aje yg leh siapkan kek nie...pape pon, tq kak sudi share ilmu yg kak ita ada pd kami semua...keep it up kak ita...

mimie kesuma said...

salam kak...
cantik bangetttttttttt cakenya..
mimie pun sekarang buat cake macam kaedah yg akak bagi tu...lembut dan hemat telor...
maklum telor mahal kat dumai kak..
apalagi kat indo skrng nak naik harga bahan bakar (petrol) ..
lagilah naik semua barang..errggg
kalau mimie...tak sanggup nak buat macam kak ita ...tabik kat kak ita..
rajin sungguh..
mimie pun nak buat ..tp mimie tumpuk je...xixixi
dan tabur keju parut...

ASMAH YUSOF said...

salam kak ita cayanggg..
jatuh hati asz tgk kek akak nie...halusnya kerja tangan akak.... akak nak amik adik angkat x ???hehe..bg la rase sepotong kek tue...hehe

ASMAH YUSOF said...

salam k.ita cayanggg..
aduhhhh...jatuh hati melihat kek akak hari nie....bertuah la ank2...xpayah nak menempah kek kat kedai lagi kak...kagum betul tgk hasil kerja tangan akak.. bagi cinie sepotong kak...:))

Sari Yusa Ibrahim said...

kagum sangat dengan Kak Ita, memang luar biasa...

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita...gue tumpang gembira...semoga semakin maju...

farah said...

O mcm tu cara basketweave tu eh...aritu dok.tertanya jugak...kek k ita suma cantik cantik...n of course sedap

farah said...

O mcm tu cr buat basketweave sangat cantik.kek k ita..dr haritu dok tertanya macam mana akak deco kek tu.. :-)

Mat Gebu said...

Sungguh mengangum kan!!....pitam 2 hari 2 malam >>___<<

CT Delima said...

As'salam Ita

Alahai...segan pulak bila Ita kata ct ni kecik molek orangnya...hihi Bukan besar ker Ita...hahaha. Apa pun terima kasih diatas kesudian tu ya Ita. Cuma lain kali nak kena jumpa dengan Mak dan Abah Ita pulak :)

Seronok baca kisah Ita ni, tambah seronak lagi bila dapat berbual dengan Dr Ezani..woww! pasti seram sejuk naik bulu roma waktu erk Ita...hehehe. Alhamdulillah segala impian dah menjadi kenyataan..Aminn

Terim kasih juga untuk tip2 buat kek briks yang pada ct memang nampak susah aje rasanya tu, tapi kalau baca betul2 dan tengok betul2 mungkin bolehlah ct mencuba nantikan..insya'Allah

Norliza Samsudin said...

terima kasih Ita..perkongsian ilmu yg sungguh mulia sekali..saya doakan semoga usaha Ita ini akan dirahmati Allah. Semoga ramai lagi yang akan mendapat manfaat amal jariah Ita ini..

RashAtie said...

cantik!!! hmm, kak ita, mana nak carik ye ring tu? yg atie jumpa lain la pulak..mmg dah siap2 buat border..just letak adunan je..tapi nanti tak bape cantik...penah jugak buat sendiri..tapi pakai plastik je...mmg menjadik bentuk brick tapi tak cantek!

Lily said...

Assalamulaikum....kak ita....teruja sangat tgk kek tu.....dah banyak sangat resepi kek n kuih kak ita yg saya cuba.....tapi yg ini mmg mencabar.......terima kasih banyak2 atas perkongsian.......

faa.rosli said...

tahap kesabaran akak mmg tinggi!

LugieAmir said...

AWESOME!!! & tq ita sudi share step by step bikin kek yg ...UMPH nih!!

Nazurah al-Khadijah said...

CANTIKNYA ITA..MMG KELAS......

Fafau De Craft ( Zana ) said...

Kagum dgn Sis Ita...Sgt tekun dan rajin baking kek mcm nie..Saya sure xterbuat.. :)

Qasey Honey said...

asslm kak...rajin betulll akak ni buat kek rupa gitew...sya sdri pon teringin juga nk mcuba...nmpk mcm agak rumit jugak yer nk buat...InsyaAllah 1hri nti tertunai la buat kek cmni...

IELA said...

salam kak ita... happy 4 both of u.. Ezani pun senyum sampai telinga dapat cakap ngan kak ita...hehhehhh
:)

fazian.batrisyia said...

Kagum betul. sy jg seperti teringin jumpa kak ita nak rasa air tgnnya yg kreatif & berbakat besar. Tu la belum ada kesempatan nak ke jb. sy doakan kak ita jd juara master chef seterusnya.

Nieza said...

tabik spring kalau akak buat kek dan deco pun kemas....tahniah kak:)

IELA said...

Salam kak ita.. ila pun tumpang happy bila both of u happy.. Ezani pun senyum sampai telinga hari tue.. :)

Anna Qawina said...

cantiknya kek..luar dalam..sure sedap

rosnani said...

good job dear. boleh i follow blog ni tak

IBU GEBU said...

ini namanya memasak dari hati...

SELAMAT HARI JADI AZRUL!

Mohd Adha said...

nice,,beruntung la suami ,,hihih,, baru je terbaca blog ni,,terus terpikat,,gmbar suma best2,,

Ummi said...

Subhanallah....kalau Mat pitam 2 hari 2 mlm...akak pitam seminggu tau Ita....adeeeii, apasaaiii laaaa lawoooooo sangaaaaat niii Ita ooii?? Pinjam tangan dan jari sebelah eh... ^___^, keep update ya Ita, wpun akak dah suram...tp blog Ita tetap akak jengah...muaahhh!

Sheila Shafeareen said...

salam...mmg kak ita ni hebat....

senseiisya11 said...

salam Kak Ita...minat sgt kt brick cake kak Ita ni...blh tumpang tanye...kt mane kak ita bli round cutter yg saiz besar tu ye?
Sy penah bli yg plg bsr cume 95mm je..hope Kak ita dpt share :)

gadisBunga said...

boleh rasa keikhlasan akak mengajar resepi ni kepada kita. sangat cantik. semuanya cantik kat blog ni.

ibh said...

Aslmkm Kak Ita..
Cantiknya..Akak memang kreatif tau.

rose naz said...

Assalamualaikum kak ita...
sy teruja tgk hasil tangan akak...sy cuba nak kenal akak lebih dekat...kiter pernah g kursus dengan Chef Amer...tp sy tak dpt ctc no akak.
klu boleh setiap hari nak tgk blog akak then nak belajar sesuatu dr akak....boleh bantu sy tek?.

aima said...

fuhhhhhhhhhhhhh, jika cmg pengsan 2 hari , aima pengsan seminggu,,,,u r superb, de best ever,,,,bukan gambar je santek, hasil keje mmg santek, wordless,,,,kagum terkasima, mulut ternganga ni,,,,,

hasnie said...

sukanya tengok hasil tangan kak Ita... suka jengah blog ni...tp baru first time komen...
smga kak Ita sentiasa ceria dan bahagia dgn dunia masakan.... saya pun surirumah juga dan menjadikan kak Ita slh seorng sumber inspirasi sy dlm dunia masakan ... :)

fg said...

Salam kakak

Boleh tak kirim belikan ring cutter tu? Nanti saya bank in kan duit ..di sini tak tahu nak cari kat mana.

Kak Nita said...

Salam,

Cantik dan kemas la Kak Ita....
nnt saya pon nak cuba la ...

tq...

Ibu Cergas @ Mama Iman said...

Salam kak Ita,
saya puas dok mencari ring cutter tu
kat mane ek jual?

ainul fajariah said...

sangat hebat la kek ni!!!

ainul fajariah said...

comel

sisla said...

salam k.ita...bleh sy tnye k.ita pkai tepung ape ye? klu pkai tpung gandum kne ltk baking powder la ek? sy dh bnyk kali try resipi k.ita ni tp petama kali je nek btol2 gebu n sedap...lps 2 trus xnek sgt...tgn sy xpower cm k.ita la...k.ita kasi tips cmne nk kasi lembut gebu kek ni plzzz.....

--cik' ctpa-- said...

best jew tgk hasil tgn kak ita..teringin nk buat tp mcm tak rajin jew hihi

Ayin MM said...

kak ita,

sy selalu jenguk blog, tp jd silence reader je. suka tengok gambar2 dalam blog ni. cantik dan sedap semua. tumpang tanya kak, kat mana akak beli set ring ni? ke akak beli asing2? tkasih kak

Lieza said...

Cntiknye...mmg kreatif n sangt tekun,mmg la xdpt nk ikut tangn nie keras jer...huhuhu

Lieza said...

Cantiknye...mmg la xdpt nk wat cmni plan nk wat tuk hrjd ank tp wat yg biasa2 je lah nmpknya....huhuhu

Lieza said...

Cntiknye...mmg kreatif n sangt tekun,mmg la xdpt nk ikut tangn nie keras jer...huhuhu

wahiddah said...

CANTIK TERTARIK DAN MENARIK....GERAMM TENGOK ...TERLIUR JE ..BILA LA DAPAT BUAT CAMNI... AKAK MEMANG TERBAIK LA...

Adinda Wawa said...

kak ita...saya selalu stalk blog akk..tapi saya stalk niat baik..saya kagum dgn akk...terima kasih tak terhingga sbb sudi kongsi mcm2 ilmu dlm resepi dan tips2 kat sini.dan kek nie...menggambarkan betapa penyabar dan tekunnya kak ita... Tahniah kak.... nak skit boleh? ;p

Nur Intan Haryani Nordin said...

salam.kak ita..sy peminat baru kak ita...cantik+sweet+simple hasil keje tangan kak ita. kak ita..pe kata upload cara nk potong+deko kek ni dlm youtube..huhuhu sy ni xpandai mendeko..payah nk faham..kalau ada video mesti best

Leen's BakeLab said...

sumber inspirasi untuk saya nak berblog jugak..Dan paling penting ilmu itu dikongsi. Semoga bertambah rezeki dan ilmu yang berlipat ganda.

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam kak ita.bila tgk hasil kerja akk rasa bangga sgt coz akk wakil org melayu yg ada 'class ' tersendiri