Follow if you like

Mar 1, 2012

HOMEMADE STRAWBERRY JAM

Assalamualaikum

Terlebih dahulu ita ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih, kepada rakan-rakan yang sudi tingalkan pesana, dan ucapan. Terima kasih banyak2, dan maaf sebab masih tak sempat nak balas setiap komen kerana masa ita yang cukup terbatas sekarang ni. Insyaallah jika ada kesempatan ita akan balas..

Terharu rasanya atas setiap kata-kata yang diucapkan, semoga doa dari kalian di aminkan dan diberkati.. Doakan yang terbaik untuk semua bloger masakan yang turut sama2 berkongsi suka dan duka dalam lapangan ini... 

STRAWBERRY WEEK SPECIAL...

Berbalik pada N3 ita yang tertunggak beberapa hari kerana memberi laluan kepada N3 sebelum ini. Minggu ni adalah minggu strawberry.. 
haha hari2 makan strawberry.. macam banyak aje pokok strawberry kat belakang rumah kan..
Sebenarnya ita bukan lah ada tanam pokok strawberry hihi.. 
Rumah sekangkang kera ni manalah dapat nak bercucuk tanam..
Semua strawberry tu ita angkut masa gi Cold Storage hari tu.. Nampak buah2 strawberry yang baru sampai dan sedang masak ranum tu.. buatkan adoiii... nafsu ni sukar pulak nak dikawal.. emmm... tu satu peringatan juga.. jangan shopping masa perut kosong nanti banyak pulak yang kita beli dan payah nak kawal nafsu.. hihi

 

Bila dah banyak beli... emmm.. balik rumah baru perasan.. adoiii.. nak buat apa lah pulak dengan buah strawberry ni..??
Dari ia rosak baik ita buat jam.. dapat juga buat sarapan Dalili pagi2 sebelum ke sekolah.
Cari punya cari.. akhirnya pencarian ita berhenti di SINI

Teruja dengan sebaris ayatnya  

I decided to try this recipe because it's a classic Canadian recipe. I fell in love with it because it is easy to make and it tastes delicious. You can cook it a bit longer then the recommended time for a thicker jam.

Akhirnya ita mengambil keputusan untuk mencuba sendiri strawberry home made ni.. Alhamdulillah sedap jugak! menepatilah citarasa ita dan keluarga.. Sesuai dimakan bersama roti atau ais krim. Rasanya masam manis dan harum bau lemon dan strawberry.



CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE
By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie

1 lb or 3 cups (500 g) strawberries, washed and hulled
3/4 cup (145 g) white sugar
1/3 cup (80 ml) lemon juice
1 tbsp (25 g) unsalted butter

In a medium saucepan, bring strawberries up to a simmer over medium-low heat, mashing roughly with a potato masher. Add sugar and lemon juice, stir, and bring up to a simmer for 2 minutes. Add butter and bring to a vigorous boil, stirring often for 10-20 minutes, or longer till desired thickness is reached. Remove from heat and skim off foam. Fill 2 medium jars (or any size you wish) that have been sterilized, fasten lids securely, and boil in a pot of water for 15 minutes (the jars should be completely submerged). Remove jars with tongs and let cool upright. Check for secure seals on jars (lid should not spring when touched) and store in a cool place away from light for up to a year. Any jars that do not achieve a proper seal should be refrigerated.


CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE
By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie

Ita buat 1/2 dari pada resepi asal

250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon
12 gm butter tanpa garam


Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
Keluarkan dari tempat rebusan
Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.


Ita makan strawberry jam ni dengan aiskrim
Walllllaaaaa.... sedapnya..
Cuba bayangkan..... rasa jam yang masam manis dan harum dengan bau strawberry bergabung pula dengan aiskrim yang lembut dan dingin.. aduh!! bertambah... tambah berat badan sehhhh....

20 comments:

Qasey Honey said...

asslm kak...
wah skrg resepi2 akak mewah dgn buah strawberry....bestnya kalau jd anak akak...hehehe

tliur kak sya tgk kesemua gmbr2 tu...nak2 gmbr last tu...

Koleksi Molek Butik said...

salam kak ita

before this juz be ur silent reader , but undeniably i adore ur artwork , ur touch and ur pix..u r so talented.. u got magic hand
keep it up kak, pls dont stop writing ..luv it

Travel&Food Lovers said...

Kak ita,

weekend lepas saya buat jam blueberry..utk bt paste kt rainbow kek...

faa.rosli said...

haiyooooo...akak kalo akak jual ni, sys laa pelanggan tetap akak..homemade jam tu..........akak superb!

Ferrari Fs said...

sis, sy sangat2 suka your presentation.

Zalia said...

peringat utk diri sy gak kak... jgn beli waktu perut kosong... kikiki

liza hasliza said...

Kak, jam tu boleh tahan brp lama ye?

IeRA said...

Sedapnya kak!!!!

IeRA said...

Sedapnya kak!!!!

khairiah khaizu said...

terliurnye tgk buah yg segar tuuu...kalau saya x sempat nk buat jam ..hahaha

Liza said...

salam kak ita...hari tu Liza ada buatjem stroberi jugak tp xletak jus lemon pun...resepi Liza simple jer...

ibh said...

Aslmkm..
Sukanya tengok. Nanti ble try buat mcm ni pula. Sbb biasa sue buat tak pernah letak lemon..:)

Ira Rodrigues said...

your strawberry really looks fresh! it red colour is just sinfully delicious.
your photos are gorgeous!

ummiaisyah said...

so inviting kak Ita..

ummiaisyah said...

so inviting kak Ita...

Zack Zachoes said...

salam kak Ita,

aduh.. tergoda terus tengok gambar strawberry dgn aiskrim itu.. nampak menyelerakan, mesti masam-manis strawberrynya kan?

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita...
tergodanya tgk gambar2 tu akak... cantik n menarik sekali ... x jemu mata nie memandang... strawberry + ice cream lg.. aduh... mmg sedap

chefamer said...

Salam Kak Ita, pada 3 & 4, Sabtu atau ahad ni saya ada kendalikan kelas Pembuatan Kek Komersial seperti Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, Bosteon Cheese & beberapa lagi, kalau Kak Ita Sudi, saya nak jemput joint kelas saya tu (be my guest) kat Oliez Academy, Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai..call/msg saya kalau datang ya..tq

chefamer said...

Salam Kak Ita, pada 3 & 4, Sabtu atau ahad ni saya ada kendalikan kelas Pembuatan Kek Komersial seperti Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, Bosteon Cheese & beberapa lagi, kalau Kak Ita Sudi, saya nak jemput joint kelas saya tu (be my guest) kat Oliez Academy, Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai..call/msg 0192776996 saya kalau datang ya..tq

suzie said...

salam kak..boleh tak strawberry tu suzie tukar ngan buah mulberry?...kat umah da banyak buah tu sampai tak termakan....

Powered by Blogger.