iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, March 22, 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum


Debaran dan penantian pastinya sudah berakhir semalam.. Kepada mereka-mereka yang berjaya pastinya senyuman sentiasa terukir dibibir. Kegembiraan, keceriaan, kesyukuran, dan kebanggaan pastinya tergambar di wajah masing-masing. Bangga dan gembira dengan usaha dan penat lelah bertungkus lumus mentelaah pelajaran berbayar dengan segulung kejayaan. Tahniah! buat semua yang berjaya, kepada warga pendidik dan juga ibu bapa yang tidak pernah putus berdoa untuk melihatkan kejayaan anak-anak.


Bagi mereka yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Ini rezeki yang telah tertulis olehNya. Terima setiap kententuan dengan reda dan sabar. Setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Kecundang atau gagal hari ini bukan kayu pengukur untuk perjalanan hari esok.

Sistem pendidikan Malaysia yang berteraskan peperiksaan.. bukanlah jaminan masa depan yang cemerlang. Semua kejayaan yang akan kita capai selepas ini bertitik nokhtah dari bakat dan usaha yang tidak mengenal putus asa. Sentiasa berfikiran positif, cari kelebihan dan bakat yang ada dalam diri. Insyaallah jika kita percaya pada bakat dan kelebihan yang Allah kurniakan, insyaallah.... sudah semestinya kejayaan akan sentiasa terbentang luas dihadapan...


Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa berkerja keras mendidik anak bangsa bagi melahirkan jenerasi pewaris yang cermerlang, berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Usaha murni warga pendidik pastinya akan sentiasa dikenang dan terpahat di sanubari ini. Terima kasih diatas setiap ilmu yang dicurahkan. Terima kasih atas usaha yang tidak pernah ada mengenal penat dan jemu.

Semoga ilmu yang dicurahkan akan mendapat ganjaran di akhirat kelak sebagaimana yang telah dijanjikan Nya.. insyaallah....


GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


Hari ini ita nak kongsikan satu resepi kek yang pada ita sangat sedap!. Ita buat kek ni untuk bekalan anak Ita, Azrul tempoh hari. Balik cuti hari tu, becok mulutnya asyik menyebut minta ita butkan kek untuk dibawa pulang ke asrama. Walaupun terasa sangat sibuk cuti hari tu.. ita meluangkan juga sedikit masa untuk menyiapkan kek ni.

Mula pening juga kepala memikir nak buatkan kek apa. Pulak bila Azrul kata dia nak kek yang bertoppingkan ganache atau cream. Mula ita kata mungkin agak sukar nak buat kek yang berkrim, bimbang krimnya akan  cair di pertengahan perjalanan.

Alhamdulillah.. bila terpandang resepi kek ni yang di sharekan Yatie, ita ambil keputusan untuk buatkan kek ini aje.. sebab cara membuatnya yang mudah dan bahan-bahan pun ada di dapur.

Ita buat 2 adunan. Sedap sangat kek ni. Gabungan antara coklat dan lemon memang serasi. Bila makan terasa melekat rasa lemon dan coklat bersatu. Bau lemon, vanila dan coklat  yang harum dan keknya yang lembut memang membuatkan anak tekak ni asyik nak mengulang -ngulang menikmatinya tak puas rasanya..

Rasa-rasanya perjalanan kek ni telah jauh dari satu dapur ke satu dapur....  Resepi asal dari Shelly Kaldunski book on Cupcakes, dan dikongsikan oleh The Kitchen Gurdian
Terima kasih kepada tuan empunya resepi, kepada rakan-rakan yang telah kongsikan resepi ini juga. Ita minta izin untuk kongsikan resepi ni disini pula sebagai rujukan dan panduan yang lain.


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Source : Cakeworm
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder
3/4 teaspoon bicarbonate soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
65 gram butter
1 large egg - size A
1 teaspoon vanilla extract
1/4 cup buttermilk (homemade: 1/4 cup milk added with a few drops of distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes
1/2 cup warm water

Methods
Set your oven at 170C (i set mine at 160C)
Prepare your cake tins, I used my casserole.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked


Cream Cheese Frosting
250 g Philly cheese (i made only half-125g)
125 g butter (i use about 60g)
1 cup icing sugar (i used 1/2 cup)
1 teaspoon vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste (i didnt put)

Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.


Chocolate Ganache
200 ml double cream with at least 30% fat content
250 g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt

In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.

Wait for the cake to cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.

 

Congrats to Amirul.. I'm proud of you...

42 comments:

kakna said...

salam ita..
wah.. pagi-pagi penuh syahdu siap bersajak lagi membuatkan hati terasa tenang dengan suria pagi sambil burung berkicauwan di pohon-pohon pokok bunga di laman rumah.

dah berjangkit lak.. cantik kek ita.memang tak dapat nak di tandingkan.

ninazsyafinaz said...

teringat dulu mendeklamasikan sajak nih masa hari guru! ishk kenangan! btw..cantik kejadian kek kak ita buat tuh! :)

Acik Erna said...

assalam ita..cantiknya kek ita..menarik

CT Delima said...

AS'salam Ita

Tahniah juga buat Amirul!

Alahai bila nampak kek bercoklat ni mengidam aje nak mencekup masuk mulut, tapi anak2 dirumah kata dah kurang nak makan kek yang bercoklat ni Ita...emmm kalau buat pun ct buat sikit aje. sebab tekak sendiri nak makan kena tolak tepilah yang lain nya..hehehe

ni perut tengah tak sedap, nak makan pun alahai..kena tunggu habis 7 harilah baru mengadap kek lagi..hahaha

mimie kesuma said...

waaaaaaaaaa...... nak sepotong kak ita...xixixixi

Choco Ani said...

ALhamdulillah syukur Itaaa.. trima kasih atas kata kata peransangnya.. Congrats to Amirul.. kek memang tak terkata la kan.. cantik dan lazatt ada lagi ke tu nak ckettt ;)

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Sungguh indah puisinya kak...hati jadi tentram mendengarnya. Betullah peribahasa yang mengatakan guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa...

Melihat cake devilnya...'speechless'. Teramat sangat cantik dan lezat pastinya...

Gee® said...

Cantek kek Ita...perfect!! dan tahniah buat anakanda Amirul... kebetulan anak gee pon nama Amirul... sama2 kita doakan yg terbaek untuk masa depan anak2 kita yer...

Chah said...

kak ita,
Pepagi dpt tengok kek cantik.....segarrr mata, tp tulah...air liur dekat nk kering ni...asik kena telan...tahniah utk anak akak...sure menggebu2 result dia kan...

mashitah said...

SEDAPNYA............SAYA BELUM SARAPAN LAGI NIE KLU DAPAT MKN KEK COKLAT TU SEDAPNYA KAK ITA....OFF SAYA KAT KWS UMAH KAK ITA JE....

faa.rosli said...

mcm chocolate indulgence..nyum nyum..tp yg ni lg menarik!!!

ilahjy said...

salam dek ita lawa
tahniah buat anakanda amirul...anak ke3 kak pun sama spm dah dpt..ya betul.. bukan kayu pengukur segalanya huhuuuu..kami syukur apa yg anak2 kita dpt wpun tidak spt diharapkan..
dia/raihan menunggu masuk plkn pula nie huhuuu pangilan ke 2. lega lah amirul dah lepas...

Liza said...

salam kak ita....congrat's utk amirul jugak...mst dpt strght's A kan...alhamdulillah..
kak ita kalau buat kek mmg cantik la, geram pulak liza tgk....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ita,Kak Ros tengok ita kalau buat kek mengalahkan kedai kek la...pasti cantik..

::Azura Rahman:: said...

x tau nk cakap ape.. speechless.. WOW!

khairiah khaizu said...

cantik kek...tahniah juga buat Amirul...wpun x tahu dpt berapa tp mak nye ucap tahniah...kira bagus ler tu....cayok2!!!

KG said...

ita, tau tak my husband tak makan any types of chocolate cakes, this is the only chocolate cake yg dia makan. I mula berkenaln dgn this cake whn i went to belajar buat this cake from Just Heavenly, but their recipe complicated sikit. Yes, this recipe by Shelly Kaldusnky is super easy and it and alltime faveret amonst my customers!

Roses_Leo09 said...

salam kak ita,
tak tahannya tengok kek kak ita tu.
tertawan ..........

kak ita,
kalau hanim ganti cuka dengan lemon boleh tak? cuka tu cuka yg guna dalam masakan ke?

Mas said...

kak ita...
tangkap leleh air liur mas tengok kek akak tu...
menggoda betoi...
nasib baik dah buat dan rasa...
memang terbaik kek ni kan..

Ilhamkreatif said...

Syabas kek yg meletop.....leleh air liyur tengok.

Ct Baizura said...

cantiknya kek...kat kedai pun tak cantik rupa gini...terliur la....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

serius nampak sedap kek tu...
alalala.. manjanya dalili di samping abangnya....
tahniah amirul.. tentu dpt keputusan yg sangat cemerlang kan..?

Gallery MamaMimi said...

Salam kak ita...wahh...dapnya, lama dah teringin nak buat kek ni tapi blum sempat...anak kak ita ada yg ambik SPM taun lepas kan dpt berapa A ye...heee....menyibok je kan

Sari Yusa Ibrahim said...

Nampak sedap sangat!

ummiaisyah said...

Congrate utk anak kak Ita..bahagia akak sbg ibu kan....
kek itu sgt perfect nmpaknya...terpanggil2 nk mencuba..tp sakit tekak x abih lg..x lalu nk menelan apa2 lagi

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Tahniah buat Amirul..moga lebih berjaya di masa2 akan datang...

Cantik betul kek yg Ita buat ni..mmng first class....aritu yatie buat kek ni ada orng tanya nape namanya Devil's Food Chocolate Cake...kan maknanya syaitan devil tu...yatie tak tau nak jawab apa daaaaaa sbb nama resepi tu mcm tu...memandai nak tukar, marah pulak tuan punyer resepi...apa komen Ita..he3...tapi kek ni mmng sedap sangat..

Messy Mummy said...

Kak Ita,
Meriah tgk gambar kek nieh.. rasa mcm nak ngap sekrg jer.. kalau saya jadi azrul x sempat smp asrama dah selesai dlm kete :)

Qasey Honey said...

asslam Kak Ita...urmmm xtahan QH tgk kek akak ni...betul "jahatnye" kek ni...tliur tgk...cntik sggh kejadian kek akak ni...

Chik Att said...

minggu ni nak kena try ni... Thank Ita ...

sitiezahim said...

salam kak azlita..kek ni mmg sangat sedap kan? ranking first secara peribadi saya..hehe..

Iman Muffin and Cake said...

salam kak azlita, kek ni mmg my fav kek... kesyahduan menikmatinya mengatasi red velvet...

dah berkali sy baking kek ni, sekali je cuba buat, jadi terlupa nak buat lain-lain choc cake, setiap kali buat kek coklat, mesti teringat nak buat devil's food choc cake aje

Junaidah Abu Bakar said...

As salam. Terima kasih kerana menghargai jasa guru. Tahniah kepada anak ita yang cemerlang.Kejayaan anak adalah daripada didikan dan doa ibu bapa. Guru sebagai pembimbing janganlah dilupakan.

Kek yang cantik dan nampak menyelerakan. Akak mesti cuba membuatnya. Tahniah atas perkongsian resipi..

LinRosly said...

Assalamualaikum Azlita

Alahai comelnya Devil's Food Choc Cake tu...sayang rasa nak makan....gerammm Kak Lin tgk...

Ummi said...

Assalam Ita cayang....tahniaaahhh untuk Amirul....alhamdulillah atas usaha anak dan doa dari seorang ibu yang sentiasa ikhlas, kejayaan dijulang walaupun siibu tidak riak dan membangga2 diri...tp dapat ku tangkap jua bila diluah dalam bentuk nasihat dan perangsang untuk semua anak2 pelajar yang lain.... ^__^

Ita, kek tu kenapalaaaaaa lawwooooo sangaaaattttt....adeeeiiiii, coklat terus mata hitam ku... Salam cayanggg, muaahhh!

Alex Irfani said...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follow nya.. :D

micasamawar said...

ya, ampun...kak ita kecur air liur tengok kek tu...cheese dengan coklat dua-dua faberite cikNor...
kene test, try n cuba nihh...(^_^)

dapurCikWan said...

wow..yummy cake! teruja betul cikwan tengok =)

ashekinfirdaus said...

nyum , sedapnye natry la buat .. http://nyumnyumsedapnyee.blogspot.com

asfiedaimpiana said...

Salam kak ita, akhirnya hr ni misi buat kek ni berjaya, tp siap melecur tgn kena air panas huhuhuhuuu

Tpkan rasa kek kurang manis la kalu ikut sukatan tu...Any way tq yer for this recipi ;)

narumi sakura said...

salam terima kasih resepi.saya dah try dan menjadi.rase die pun memang sedap sangat tak rugi mencube :)

Deli Fresh Houz of Cakes said...

Salam...saya mohon share ye

haidie said...

salam..kak ita,mane nk dpt ye mini box cam besde dalili tu :)thanx akak