Follow if you like

Mar 9, 2012

CHILLED OREO CHEESE IN GLASS

Assalamualaikum

Salam dan bersua kita di hari Jumaat yang sejuk dan dingin. Semoga sejuk dan dinginnya hari ni memberikan kita satu kenikmatan dan  kesegaran untuk memenuhi tuntutan dan kewajipan yg wajib dilaksanakan.


Apa khabar sahabat-sahabat ku sekalian.. semoga tetap ceria menjalani kehidupan seharian di samping melengkapkan tugas dan tanggungjawab yang terpikul.

Hari ini hari terakhir persekolahan anak2. Esok sudah pasti rumah ini ceria kembali dengan gelak tawa dan gurau senda yang dah lama sunyi..
Tak sabar rasanya nak berkumpul semula.. Pasti banyak cerita yang akan diborakkan oleh anak2 tata kala menikmati hidangan di meja makan. 


Pasti blog ini akan sentiasa diselongkar untuk meminta semula setiap hidangan yang mereka tak dapat menikmatinya.. Itulah gelagat anak-anak yang pastinya akan sentiasa menjadi kenangan yang sangat terindah...

Bagaimana pula dengan perancangan untuk cuti sekolah pada sesi kali ini. Ada yang merebut peluang begini untuk membawa anak-anak pulang kekampung bagi menziarahi datuk dan nenek mereka. Baguslah kalau cam tu kan.. dapat merapatkan kembali hubungan kasih sayang dan kekeluargaan..


Ita masih lagi sedang merancang.. Nampaknya banyak program terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir. Faktor cuaca dan kekangan masa membuatkan segala perancangan yang telah diatur terpaksa di rombak semula. Sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang tidak dirancang yg akan berlaku cuti ni.. Harap2 semuanya berjalan lancar..

Lewat ita bersiaran hari ni. Kebetulan sekolah Dalili menganjurkan sambutan Maulidur Rasul. Sibuk menguruskan anak dara tu.. Hari ni apa pula lah songel mak nenek ni....


Anak-anak ni ita rasa semua sama, kalau ada apa2 yang berlaku yang dia seronok sangat pasti tidur malamnya tak lena. Seawal pukul 5 pagi Dalili dah bangun, dikejutkan emaknya dari lena dibuai mimpi. Bila ita terjaga dia dah bersiap dengan baju kurung dan tudungnya. Aduh!! baru pukul berapa ni Dalili dah bangun..

"mak pakaikan kita tudung ni.. nanti tak sempat..." Baru pukul 5 nak oiiii... bagilah mak can tidur lama sikit dapat sambung balik mimpi mak ni.. semula..
" kita nak mak ikatkan tudung ni macam Yuna..." makkk aiii.. sekali sebut tudung macam Yuna.. Dalili.. Dalili.. macam macam hal.. anak dara ni sorang.. lain benar perangai anak dara ita ni sorang.. hihi


Kita tingalkan kisah Dalili dengan tudung Yunanya tu.. kita berbalik semula pada dessert yang akan ita kongsikan. Sebenarnya dessert ni adalah dari resepi Oreo Cheese Cake. Ramai pula yang bertanya pada ita, kalau buat cheese cake tak letak gelatin boleh tak? Ada yang mungkin masih was-was tentang kandungan gelatin dan agak sukar nak dapatkan Hallal gel.

Sebenarnya ita pun tak berapa suka gunakan gelatin dalam resepi. Ialah kadang kala ita pun risau juga tentang sumber gelatin ni. Mengikut apa yang ita tau dan baca, gelatin memang secara amnya tidak halal kerana ia menggunakan bahan yang tidak boleh di makan oleh umat Islam. Lebih-lebih lagi gelatin yang dalam bentuk kepingan tu.. rasa-rasanya memang yang tu tak halal.


Tapi ada juga gelatin yang halal yang dbuat daripada tulang lembu dan ikan. Dan yang ita pasti halal adalah produk dari Halal Gel. Kadang kala sebagai ibu dan surirumah itulah tugas yang paling mencabar dalam menyediakan juadah untuk keluarga. Sudah semestinya kita mahu memberikan yang terbaik dan yang halal untuk keluarga tersayang.

Tapi kalau tak guna gelatin pun boleh juga, Kita buat cheese cake kita tu dalam cup atau gelas. Bukan sahaja ianya mudah untuk dimakan, malah penyediaannya juga nampak cantik dan menarik.


CHILLED OREO CHEESE IN GLASS
Adaptasi dari resepi : CHILLED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE
By : Zack Zachoes
 
Biskut oreo secukupnya ~ dipatahkan
Buah kiwi, strawberry, blueberries atau apa2 yg disukai ~ sebagai hiasan

225g cream cheese ~ suhu bilik
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
137g atau 1 bekas yoghurt
30g gula kastor


Sediakan cup atau gelas kecil
Patah-patahkan oreo dan letakkan didasarnya ~ ketepikan


Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese dan gula kastor  hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan adunan ke dalam gelas yang berisi oreo tadi
Susun pula buah-buah yg disukai
Masukkan semula adunan dan selang selikan dengan oreo
Sejukkan dalam peti ais




26 comments:

Amie said...

Selamat tengahari Ita,
Amie datang dulu ni.... nak segelas! Aduh enak banget ni... ada blueberry, ada yogurt, ada cheese....adeeehhh!

Gee® said...

yummy!!

S-a-B-r-I-n-A said...

Kak Ita,

Mohon izin untuk follow blog akak ni.. TQ

Nur Kasih Abadi said...

sdapnye...

ummiaisyah said...

gabungan msam kiwi,lemak cis dan manis oreo mmg mnjdikan menu ni elagant!

kakna said...

salam ita..
wah.. nyaman tekak ni,tengok menu ita hari ni.kebetulan kakna baru masuk dari berjemur panas kat luar rumah.

mashitah said...

sedapnya.....kak ita , mas nak cuba buat lah....

Nursha said...

Like3.. sedapnya....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

cerita pasal gelatin ni.. akak pun biasa guna gelatin dr halal gel.. sebenarnya.. ada juga gelatin yg diperbuat dr tulang lembu tp yg meragukan adakah tulang2 tersebut dari lembu yg disembelih secara betul? walaupun gunakan tulang lembu tapi sekiranya diambil dari lembu yg tidak disembelih cara islam.. ia sama juga seperti menggunakan tulang dr bangkai lembu... itu yg perlu kita takutkan... mmg takut kan kalau guna produk yg sumbernya meragukan.. jadi baiklah kita gunakan gelatin yg benar2 sah halal.. gelatin dari kedai bakeri agak meragukan utk umat islam.. sebaiknya dijauhi..

waaa.. panjang lebar akak komen kali ni.. hihi.. apa2pun.. terliur akak dibuatnya tgk dessert yg ita hidangkan ni... mesti sedapkan..

Liza Hashim said...

kak ita.. wanna try this one.. nampak simple dan menyelerakan.. hehe.. thanks kongsi resepi..

sabar dubai said...

kak ita.....sure sejuk jee tekak makan kan..bestnyeee tgkk

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Very easy dessert...too tempting la kak! Love pun tak suka guna gelatine...try my best to avoid it.

HappY holidays to your kids ;)

Nur-nba said...

pergh.. Memang membuka selera.. Sedapnya Kak.. Tentu anak2 akak terutama Azrul suka.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
Cantiknyaaa... Nie kalau irfan pasti laju jer dia makan nie.. Semua bahannya tu mmg fav dia... :)

dillayc said...

bestnya..nnti nk try n saya akan update kt blog saya yg baru bertapak tu..bolehkan kak?minta izin dlu....nyum22

Shasha Catering said...

Mmmm.... Sedap dan lazat oreo cheese ni. Bolehlah makan selalu, kalau sejuk2 makan tentu lagi best kan?

Ps. maaf lama tak datang sebab kurang sihat sikit.

MeknaBlog said...

ohh tidak kak itaaa...tergodanya diriku iniiii....

Liney said...

akak, tempting nyer... walaupun sejuk2 ni, bila tgk aiskrim ni, yummy nyer...

nabila azmi said...

thanks for the recipe...dah try buat smlm..heheh..=)..sedap=)

Ummi said...

Assalam Ita cayang...sori la byk miss entry Ita, bz ntah apa2 akak pun x dpt nak rungkaikan..hehe... Apapun mmg rindu kat you all semua...semoga terus update ya Ita, akak jenguk dr kejauhan jika sibuk...cuci2 mata jer laaa.. Ada masa insyaAllah akak update jgk laa.. muaaahhh!

aishah said...

lama dah k.ita x update..tiap2 ari check out tp xde update :(

anyway, saya ada blog baru jual kain2 cotton dr Dubai. jemput tgk ye http://aishah-aisyah.blogspot.com

hmylieen said...

sedapnyaa...ada cream cheese kat rumah kena buat ni!! TQ will try this weekend..

Fadie Anum Abdullah said...

Salam...

akak ita...

you are my idol bab masak2 ni.. buat ape pon nmpak sedap.. mesti terliur n buat org lapar.. hehehhe.. habis kta promo kat budak2 ofis.. klu nk cari recipe yg sedap2 gi jer jenguk masam manis... :D semua org pon happy.. anyway, akk mmg terbaik lah.. moga success dan bahagia bersama keluarga hendaknye..

http://anumsstory.blogspot.com/

Shannon @ JustAsDelish said...

Beautiful and healthy cheesecake (because of yogurt :P) I've never made cheesecake.. Isn't gelatine a bit like agar agar? maybe I will try to experiment with agar agar hehe..

amyayumi creatives cake n designer said...

Slm resepi yang best...bole try ni...slm pknlan Kak ita...

Rapizah Zamzam said...

kak nak tanyalah boleh tak kiter tukarkan yogurt tu...saya x suka yogurt hehehee

Powered by Blogger.