Follow if you like

Mar 26, 2012

BINGKA KELAPA PANDAN

Assalamualaikum..


Selamat pagi dan salam penuh keceriaan buat semua pengunjung yang sudi menjengah dapur Masam Manis.
Bertemu kita kembali di pagi yang ceria, di minggu baru. Semoga minggu ini, banyak lagi ilmu masakan yang dapat kita pelajari dan banyak lagi resepi menarik yang akan di cuba.


Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi kuih tradisional iaitu Bingka Kelapa Pandan. Resepi yang telah dikongsikan oleh kak Wan dari blog Resepi CitarasaWan. Oh ye sebelum ita terlupa ita mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan tahniah kepada beberapa rakan bloger yang telah muncul dalam beberapa majalah masakan tanahair termasuk lah juga kak Wan yang masakannya telah menghiasi cover depan majalah Aroma bulan April.

.

Tidak ketinggalan juga buat rakan baik ita dialam bloger ni CT Delima yang juga turut menghiasi majalah Aroma dan Rasa Online. Turut sama Kak Zuriani dari blog Semanis Gula yang menghiasi cover majalah Saji bulan April ni. Juga kepada rakan-rakan yang lain yang turut sama menghiasi beberapa majalah lain, tahniah dari ita buat semua.  Semoga setiap perkongsian ini mendapat keberkatan dari Nya. Ilmu yang dikongsikan ini ibarat sebutir benih di campak ke laut menjadi pulau...


Berbalik kita semula kepada resepi kuih bingka kelapa pandan ni. Resepi ni tersangatlah mudah cara penyediannya. Tak sampai berapa minit kita dah pun dapat menikmati sepotong kuih bingka yang sedap!  Amat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang apatah lagi untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah.

Dari bahan-bahan yang mudah dan murah pastinya terasa berbaloi mencuba!
Pada mulanya ita sangka kuih ni akan liat kerana ia menggunakan tepung pulut. Tapi bila siap dibakar ternyata tekaan ita meleset.. ianya lembut dan sedap dimakan hangat-hangat bersama secawan kopi.
Terima kasih pada kak Wan selaku penyumbang resepi. Juga kepada rakan-rakan seangkatan yang juga telah mencuba!


BINGKA KELAPA PANDAN
By : Kak Wan
Rujukan : Yatie

200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.




13 comments:

Mas said...

Assalamualaikum, selamat pagi kak ita..

Cantiknya kuih bingka kelapa pandan dari dapur akk ita ni... comel2 sgt kuih tu. Suka dgn sentuhan air tangan akk, sgt cntik dan menarik!

Sari Yusa Ibrahim said...

nak pinjam raga, bingka tu letak sekali ya, hiks

Ummi said...

Assalam Ita cayanggg...waaah cantiknya bingka kelapa pandan tu..terbau2 pandannya...Lawo duk dlm bakul besi gitu...akak angkut jek la bakul dgn isinya tu bwk balik eh...hehe

kakna said...

salam ita...
wah.. terbau bingka ni sampai umah kakna.wanginya bau pandan tu..comei lotei.. lagi.
malu dekat ita.. kakna tak la pandai nak hias macam ita tu..hehe..

Ilhamkreatif said...

Assalamualaikum....salam kenal,iza amat teruja dgn hasil masakan kak.Hari-hari bukak blog akak.Kaulah sumber inspirasiku...ceee..wah.Maka...terujutnya blog iza iaitu lemakmanis2you.blogspot.com.nama pun dekat2 gitu.."mak budak baru belajar gitu"

CT Delima said...

As'salam Ita

Terima kasih ya Ita, segala yang ct dapat ini adalah berkat usaha ct dalam arena masakan dan berblog juga. moga perkongsian resipi dari teman2 dan Ita dapat juga ct mencuba dilain kali, Insya'Allah.

ct bab2 kuih bingka atau kuih2 lama ini memang suka sangat2. Selalu kalau kuih2 macam ini memang cepat aje laku kat dapur ni Ita, ditambah pula kalau ada kerak2 tu, perghhh...berkeping2 juga masuk mulut tu nanti...hehehe

nak cuba juga nampak sangat menarik dan resipi mengunakan tepung pulut lain dari yang lain kan :)

alahhh...terlepas pandang pada soto kegemaran ct, dua hori dok ukur jalan sakan aje ct ni Ita..hehehe

Mas said...

kak ita...
cantikkk garing la bingkac akak tu....
gambar pun cantikkkk..
suka mas tengok..

Ilhamkreatif said...

Assalamualaikum....salam kenal.sedap dan anggun tengok bingka kelapa pan akak.

Chah said...

ohhh kesukaan saya..kenyal2 n lemak manis tu yg membuatkan setiap kunyahan tu sungguh syahdu...;0

mashitah said...

selamat pagi kak ita,
mas mmg pengemar kuih bakar pandan, sedapya tgk kuih yg kak ita buat....Insyallah mas akan cuba buat ikut resepi kak ita, tema kasih kak ita...

ummiaisyah said...

sedapnya kak Ita...agaknya rasanya cam kuih dangai kot..sbb ada kelapa dn tpung pulut..harus ku cuba!

Diana @ Melley Mey said...

comel nyaa bingka tu.... tertarik tgknya.... diana kalau bab bingka gini mmg suka makan tp x berapa reti lg buat...

Nur-nba said...

Salam. Kuih tradisional ni menjadi kegemaran bonda Nur.. :) Suka tengok gambar2 dalam entri ni.

Powered by Blogger.