Monday, February 20, 2012

TALAM ROTI PAUN

Assalamualaikum



Selamat pagi semua..
Dah sarapan?
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi kuih yang sedap!
Sebenarnya dah lama ita tak buat kuih talam. Bukan tak suka.. Ita mmg suka makan kuih talam, apa-apa kuih talam pun pada ita sedap. Sebab kuih talam ni dia lembut, harum dengan bau pandan atau santan, rasa pula lemak manis tu yang aduyaiii.. kalau makan memang tak ingat.. Ita juga di besarkan dengan kuih talam, kebetulan mak ita meniaga kuih muih, atuk dan mak cik-mak cik ita pun meniaga kuih muih jugak.. itu lah sebabnya ita memang cukup gemar makan kuih muih tradisional.

Dahulu kuih talam ni kita boleh kira dengan jari aje berapa jenisnya. Tapi kini dah bermacam-macam versi kuih talam di pasaran. Dengan pelbagai rupa yang menarik dan rasanya juga lazat tak terkata. Hari ini juga ita nak kongsikan resepi talam moden hasil ilham dari chef yang cukup pakar dalam pembuatan kuih talam. Beliau yang ita maksudkan tidak lain tidak bukan... Chef Asma. Selain pakar membuat kuih talam dan pelbagai kuih muih yang lainnya.. Chef Asma juga seorang guru yang baik. Beliau turut mengadakan kelas memasak pelbagai kuih muih dan kek di Akedeminya. Untuk keterangan lanjut tentang kelas memasak Chef Asma boleh lah kunjungi Chef Asma Culinary Studio


Resepi talam ni ita ambil dari dapur Yatie, yang juga mahir dalam membuat talam. Yatie yang ita kenali ni bukan sahaja mahir dalam membuat kuih talam tapi beliau juga sangat suka makan kuih talam. Sebab tulah ita rasa gelaran Ratu Talam tu memang bagai 'sirih pulang ke gagang'. 

Masa nampak Yatie buat ita dah dapat rasakan yang kuih talam ni mesti sedap! apalagi bila Yatie katakan resepi ni dari Chef Asma. Lagilah bertambah teruja ita nak mencuba. 
Tak sempat lagi ita nak bersilat didapur ternampak pula Mas buat lintas lansung kuih Talam Roti Paun ni... aduyaiii.. lagi bergelora rasanya nak mencuba.. bertambah-tambah bergelora bila Mas katakan "sedapppp sangat Talam Roti Paun ni...memang akan Mas buat lagi lain kali"

Waaa... nak menangis dengar.. 
Adoiii... terus lah ita godek juga didapur..
Benar bagai dikata.. memang talam ni sedap sangat.. Lemak manisnya bersatu dengan bau yang harum dan menyelerakan. Bertambah sedap bila kelembutannya tu.. tak terasa bila dikunyah..

Disebabkan resepi talam ni agak banyak ita buat 1/2 daripada adunan yg Yatie olah. Kalau buat banyak pasti jenuh jugak ita nak menghabiskan. Ialah kuih talam ni.. kalau anak2 memang lah kurang gemarnya. Ita dan suami aje yang makan. Dapat juga lah ita bagi kat jiran sebelah, kebetulan kakak sebelah ni rajin juga bagi ita kuih muih. Setiap hari boleh kata macam -macam kuih juga dihantar kerumah ita. 

Kalau nak hantar surau, nak buat kenduri atau nak buat jual ita rasa boleh lah buat 1 adunan dan ikut resepi daripada Yatie di SINI, tapi bagi mereka yang nak merasa atau nak makan untuk keluarga boleh lah ikut sukatan yang ita dah kurangkan ni.

Ok sebelum terlupa, untuk Talam Roti Paun ni ita gunakan gabungan 2 jenis roti, Roti Butterscoth dan Choco Raisin yang kedua2nya produk keluaran Gardenia. Oleh kerana kedua-dua roti ni mengandungi raisin, jadi ita tak lah tambahkan raisin mengikut seperti resepi asal. 

Terima kasih kepada Chef Asma selaku penyumbang resepi, juga kepada Yatie yang dah bersusah payah tukarkan sukatan kepada cawan dan juga tidak ketinggalan kepada Mas yang telah mengoda ita dengan ayat powernya..
Kepada yang lain selamat mencuba!

 

TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asmah
 
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah


Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.


Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api



Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik




25 comments:

CT Delima said...

As'salam Ita

Dari hari tu dok mengidam nak buat kuih talam ni, tapi sebab stok santan tak ada, kena lupakan dulu...hehehe

padahal hati bergelora nak buat sebab ramai mengatakan sedap sangat. Haa..ni Ita dah buat lagilah keinginan memuncak setinggi gunung dah ni Ita...hahaha

Mintaklah sepiring kuih tu Ita, jangan lupa air kopiO kaw2 secawan ya...hehe

Ida,Japan said...

pagi2 buka tenet dr jauh dh terbau2 keharuman kuih... ohhh, rupa2nya kuih dr dapur k'Ita...baru nk buat operas terjah menerjah, tapi lum abisss..cantikknyer, kalau la dpt sepotong ni..alangkah nikmatnya,...lahh dh abiss ker kak..kempunan

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita,

Good Morning !!! Wahhh .....cantiknyer kueh talam kak Ita. Nampak lembut ajer... Nina pun fav kueh talam. Nak minta sepiring ngan nescafe tuuu laaa
Hehehe ....

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita,

Good morning ~~~
Aduyaiii ~~ cantik nyer kueh talam kak Ita, nampak lembut ajerrrr. Citarasa kita sama lah, Nina pun fav kueh talam. Mintak sikit sepiring tu juga + nescafe tuu sekali yea...
hehehe . . . .

Ummi said...

Weeeeeeeeeee....terliurrrrr...mintak tiga2 ketuii dlm piring tu Ita...malehnya nak menalam skrg ni...hehee

Engineers Love Cooking said...

Salam, waaa... Semua kueh yang ada kat blog you nie sedap-sedap. Talam berlapis lagi cantik nampak. I akan put your blog at mine. Please visit mine at http://cooking-engineer.blogspot.com/ Thanks.

DaRi DaPuR LiZa said...

salam ita...wah pepagi dah di tayangkan ngan talam roti paun.....nmpk sedap mestiiiiii kena cuba nie....

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
uwaaaaaa menariknya kuih talam Ita ni, ada lagi ke...meh bagi yatie rasa seketoi dua...Yatie ada bawakan Ita kuih lapis labu ni wat rasa2 jek....mmng sedap dan lembutkan kuih talam ni....

Mas said...

he3....akak....
sedappkan talam ni....
terasa rasa jerk kesedapannya....

wahhhh..cantikk la talam akak ni...
buat mas tergoda jerk membuatnya lagi..he3

Melly Octaviana said...

Pagi kak Ita, Melly suka makan kue talam tapi tak suka buat nya..hehe
liat talam kak ita yang cantik jadi mau buat juga tapi kalo melly yang buat pasti hasil nya ngga secantik macam punya akak.. comot yg ini aja yah .. hehe

KG said...

menggiurkan! i tak pernah buat kueh talam! huhu

Fiza Nordin said...

Bestnye...nampak sedap!

Gee® said...

Aduhhh.... sama macam CT Delima... dh lama mengidam nk buat kuih talam tp tak terbuat2... bak lah sepotong dh menjejes air lioq ni...

Gee® said...

Aduhhh.... sama macam CT Delima... dh lama mengidam nk buat kuih talam tp tak terbuat2... bak lah sepotong dh menjejes air lioq ni...

mimie kesuma said...

fiuuuwwwiiittttttt....
tergoda iman mimie...
masuk list kue yg nak mimie try
tapi nak try kek aurora tu dulu...
kak yatie memang ratu kue talam kan kak .... ^_^

kakna said...

salam ita..
wau.. menariknya.kakna suka kuih talam.memang sekarang ni kuih talam ada macam2 jenis.

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Ya Allah rajinnya akak tukar2kan prop dia. tak jemu mata memandang.

faa.rosli said...

nmpak mnyelerakan

Adinda Wawa said...

Salam kak ita...wah nampak senang..nampak jekla...kalau dok buat berpeluh gak le nie...igt nk cubelah....mesti sedap giler...yum3

ummiaisyah said...

satu lg godaan dr dapo kak Ita!

kakchik@ella said...

Mmg berbakat la ita. Menjadi kueh2 hasil tangan ita ye. KC kagum!!

Hesti HH. said...

Cantik sangat kue talamnya, Kak Ita. Apalagi ada lapisan rotinya. Kapan kapan pingin buat juga...

Diana @ Melley Mey said...

Akak ita cayang...
cantiiknya... dgn warna2 yang menarik tu membuatkan sape yg memandangnya teringin sesangat nak makan.... geramnya tgk talam roti paun tu akak..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cantik banget and one of the best yang saya tenguk...satu soalan bonus nak tanya ni..nape jumlah telur lapisan atas dan bawah berbeza...ada apa2 impact tak?

kay yusof said...

assalamualaikum..thanks share resepi ni. mmg best, lain rasa lapisan bwhnya. bg kwn2 rasa..mmg ramai puji sedap..thanks kak ita ;)nnti nk cuba yg lain2 pula :)