Follow if you like

Feb 27, 2012

STRAWBERRY CAKE TIRAMISU

Assalamualaikum


Selamat pagi semua..
Selamat menempuhi minggu baru.
Ingat! sentiasa berfikiran positif, lakukan setiap tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.
Insyaallah.. setip apa yang kita lakukan dengan ikhlas akan sentiasa mendapat keredaan dari Nya.


Macam mana hujung minggu anda? Seronok..
Pasti bertambah seronok bila ada insan-insan yang tersayang mewarnai hidup kita kan??
Tentu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan.. Tapi dalam dok bersembang jangan lupa pula pada tanggungjawab tu.. Nanti kena marah pulak dengan boss.

Bagi suri rumah macam ita, hari cuti atau hari bekerja rutin harian tetap sama. Mengurus rumahtangga adalah satu kewajipan yang perlu di galas dengan sebaik-baiknya.
Sebenarnya, kemarin anak ita Azrul ada telefon, dia minta kami menghadiri tournament bowling yang diwakilinya. Ita jadi serba salah antara nak pergi atau tidak. Sekarang ni masa sangat terbatas, dan tekejar-kejar. Dalili dah masuk tahap 2 dan masa harus lebih diberikan padanya. Bimbang pula bila lihat Dalili dah semakin leka bermain..

Aktiviti hujung minggu ita semakin sibuk bila Dalili dah mula tusyen. Itupun ita terpaksa berhentikan kelas piano dan Inopi kerana Dalili dah tak punya banyak masa. Jadual dia semakin padat dan kesian pula melihatkan dia semakin letih setiap kali pulang dari sekolah.

Kesian pula pada Azrul bila ita tak dapat menghadirkan diri dan memberikan sokongan.... Maafkan mak ye dik..

Hujung minggu ita merajinkan diri membuat Tiramitsu. Seperti biasa ita masih lagi menggunakan resepi Rabiatun. Ita dah cukup serasi dengan resepi daripada Rabiatun yang ita rasa sangat mudah dan ringkas penyediannya. Terima kasih ye Tun atas perkongsian resepi yang mudah, ringkas dan sedap ni..

Cuma beza kali ini, tiramitsu ita menggunakan kek roll berperisa strawberry. Kerana dah menggunakan kek roll strawberry , ita terpaksa ubah beberapa bahan daripada resepi asal. Tapi jangan bimbang ia sedikitpun tidak mencacatkan kejadian tiramitsu ita ni..


Kalau Azrul ada pasti dialah yang asyik mengulang buka peti ais untuk menghabiskan setiap mangkuk tiramitsu ni..
Dan dengan bangga dia pasti akan memuji setiap masakan yang di masak oleh maknya.. " terbaikkk dari ladanggg..."


STRAWBERRY CAKE TIRAMISU
Adaptasi dari resepi : BLUEBERRY TIRAMISU
by: Rabiatun

Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g Strawberries filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 buku kek roll perisa strawberry
sedikit buah strawberries segar
Serbuk koko ~ utk tabur atas


Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. 
Kalau tak de boleh guna salah satu
Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese.
Kacau dengan spatula hingga rata.


Cara untuk melapis : 
Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun kek roll yang dipotong kecil 
Letak cream ke atasnya. 
Boleh juga susun buah strawberries ikut kreativiti. 
Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Hias ikiut kreativiti
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

 





20 comments:

faa.rosli said...

kak ita ni sokmo laa goda Faa pagi2 bute..huhuhu..

otomatik perot bergendang-gendut. hihi..

akak, Faa nak tanya, apa beza whipped cream ngan whipping cream?

aza shafiza said...

Pergh...mmg terbaekk dr ladang...

senseiisya11 said...

sdapnye Kak Ita...
tgk gmbr pn dh menyelerakan....:)

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Ita, memang betul cakap anak kak Ita, terbaik.. kalo kata orang Indo yah keren banget cake nya, pasti enak sekali rasanya.. ;)

nonierahman said...

selamat pagi kak ita,nonie pon semalam buat blueberry tiramisu resepi dari kak Tun nie,tapi belum makan lagi.balik keja nanti baru nak ngap.tengah bertapa dalam esbok. :D

Gee® said...

Gee sokong Azrul... terbaek dr ladang!!!

Ummi said...

Assalam Ita cayang....meh la kat akak sebekas tiramisu tuh... Akak dah lama x buat, cuti2 wiken pun dah x sempat nak buat apa2 mcm dulu...ada byk urusan yang wajib akak dulukan sehingga ke suatu masa yang x tau bila la...dah rasa2 dan teringat2 jer dah nak rehat (bukan stop la..hehe) blogging ni...cuma cari sedikit kekuatan lagi jer... ^__^

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita..
cantekna strawberry tiramisu tu..gue mau nyam nyam..

khairiah khaizu said...

geramnya tgk strwberry yg segar bugar tu....blh buat cicah dgn coklat...wallaaa!!!!Kat Melaka susah nk dpt yg segar2,yg dh lisut byk la....lalala

Mas said...

argghh...menggodanyaaaaaaaa........

Hesti HH. said...

Subhanallah...cantik sekali tiramisunya akak...banyak cerita dibalik foto foto Kak Ita...

CT Delima said...

As'salam Ita

Dalam sibuk2 ni sempat lagi nak mengadap blog...hehehe

ayat power "terbaek dari ladangggg!"...hehehe anak2 ni itulah yang buat kita semkin rajin memasak kan ita. ct ni nak gak mencuba buat tiramisu ni, tapi bila pertama kali buat takut anak2 tak berapa suka, jadinya masuk perut ct jer, kembung dengan tiramisu jer nanti..hehehe

mimie kesuma said...

glekkkk.....
menggoda stroberi tu kak...
seperti biasa...foto2 kak ita...debom.....meletop.... ^_^

mamavogue said...

speechless...
tetiber!

Subhanallah.. confirm sedapp!

Rohah said...

Sedap sangat nampaknyer kak Ita..

Yatie said...

wowwwww betul2 buat diriku tergudaaaaa....terbaek dari ladanggg sehhhhh...he3..

ummiaisyah said...

byk stoberi kt dapo akak ni...mcm main petik2 je..hehehe...

Hanim said...

Mak ai...nampak sedap tol la, tangkap leleh...ngan stoberi tu...:)

norhanim md zain said...

aduh cantiknya gambar...ita..

cantik sangat..

icaland pelangi indah said...

salam kak ita,
nk tnya..ape beza whipped cream dgn
whipping cream?
leh bg contoh dgn brand sekali tak?
tq kak ita.

Powered by Blogger.