Follow if you like

Feb 1, 2012

STEAMED BOXING CHICKEN CURRY

Assalamualaikum


This is the best recipe for January
Amboiiii... speaking London pulak pagi-pagi ni..
Tapi serius cakap, resepi ini adalah resepi yang terbaik pada selera ita dan keluarga untuk bulan Januari 2012.
Lepas-lepas ini ita akan bagi tau resepi apakah yang terbaik yang telah ita sajikan dan mendapat markah penuh daripada kami sekeluarga.. untuk setiap bulan
Jadi kepada yang nak tahu apakah resepi terbaik dari dapur Masam Manis bulan ni.. inilah diaaa...

Kelmarin ita nampak Diana buat ayam boxing ni. Sebenarnya dah lama ita nak cuba buat ayam boxing ni, tapi ita tak jumpa lagi resepi yang dapat menarik keinginan ita untuk mencuba.
Bila cik adik manis kita ni dok tayang kat blog, alamak kecur liur ita di buatnya..
Padahal stock ayam mmg tak de dalam peti ais, haha di paksa relakan juga cik abang kita utk mencari peha ayam untuk di buat boxing.. uk! alahaiii.. macam ada isi pulak dalam perut ni.. mengidam yang bukan-bukan..


Takut jugak kan kalau ada.. hihi dah lah beberapa hari ni ita asyik mimpi ita dapat baby aje.. berturut pulak tu setiap malam.. bila bangun tidur aii.. rasa pelik lah pulak apasal lah asyik mimpi dapat baby aje ni..
Kadang dapat baby boy ada masa dapat baby girl pulak.. dan yang paling tak dapat lupa dapat kembar sepasang.. waaaa... kalau betul kan best.. dapat Dalili kawan..

Bilalah tu kan... tak de rezeki lah.. sampai Dalili dah besar dah pun.. Dulu nak dapat kan dia pon punyalah lama ita menunggu.. Alhamdulillah dapat jugak seorang pompuan.. jadi peneman ita kat rumah ni.. ingat dah tak de dah.. Masa ita bersalin anak sulung dulu mak cik yang tukang urut tu  kata.. anak ita ni tak ramai dan jaraknya pon jauh.. entah macam mana pulak lah dia tau.. kan? Lepas tu ita dapat pulak Azrul.. emm... ramalan mak cik tu tak benar belaka lah kan.. hihi


Bila ita payah nak dapat anak yg ketiga baru lah teringat kata mak cik tu.. hihi ada betul jugak lah tu kan.. tapi yang sebenarnya ianya adalah kuasa Allah.. kalau dia izinkan adalah kalau dia tak izinkan.. kita terima semua seadanya..

Adoiii.. apalah ita melalut dari ayam boxing pergi pada baby lah pulak..
Ok lah kita balik ke pangkal jalan.. karang kalau sesat payah pulak nak jumpa jalan pulang..
Cerita pasal ayam boxing ni.. alahai.. masa lepas goreng tu aje dah 2 ketul masuk mulut ita tau.. bau dia.. fuh wanginya dengan aroma kari.. ni kalau ratah cam tu pon sodapppp..


Rajin betul cik Diana kita ni mencuba pelbagai resepi.. menarik2 pulak tu.. Kepada yang sukakan resepi baru dan nak cuba sesuatu kelainan dalam menyediakan hidangan buat keluarga.. jom lah singah ke dapur Diana.. pasti anda tak akan kecewa.. percayalahhhh...

Bila kita berbicara tentang resepi ni, mungkin cara penyajiannya agak rumit sikit lah kan.. sebab banyak sangat jalan kerjanya..
Nak siapkan ayamnya dulu..
Pas tu nak perap ayam dengan ramuan-ramuan perapan
Kemudian ayam tu pula nak di goreng
Lepas ku kena sediakan pula kuahnya..
Dah siap nak kena kukus lah pulak...
Tapi sebenarnya kadang kala  untuk dapatkan sesuatu hidangan yang sedap kenalah bersusah2 dahulu.. barulah bersenang2 kemudian..
Tengok macam resepi ni.. nak buat punyalah payah tapi nak makan kejap aje dah licin..
Lagi pulak jika sedap! hilang terus rasa penat berjam-jam memasak di dapur.. tak gituuu..


Jutaan terima kasih ita kepada Diana yang rajin kongsikan resepi yang best-best.. Ita minta izin ye Diana untuk dikongsikan di sini pula sebagai panduan adik2 kita yang mungkin inginkan kelainan atau suka mencuba sesuatu yang baru..
Sebelum tu lupa pulak ita nak bagi tau.. Resepi ni ada 2 versi. Satu resepi yang telah diolah oleh Diana mengikut selera Diana dan keluarga, dan satu lagi resepi asal yang Diana ambil daripada buku masakan Classic Asian Curry. Anda boleh pilih yang mana satu yang berkenan di hati.. Tepuk dada tanyalah selera..


STEAMED BOXING CHICKEN CURRY
Olahan by : Diana

Bahan A
8 keping peha ayam ~ ambil bahagian bawahnya sahaja dan  buangkan kulitnya
1 inci halia ~ dihiris halus
2 ulas bawag putih ~ dicincang
4 biji cili padi ~ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah ~ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis 

Bahan B

1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas

Bahan C
Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air ~ buangkan bijinya
ita tambah 1 kiub ayam

Bahan Perap
1 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan



Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.. Angkat dan toskan.. 
Susun ayam di atas pinggan yang sesuai.. Ketepikan.
Goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan bahan² B dan tumis sehingga pecah minyak.
Tambahkan air dan bahan² C.. Biarkan ianya mendidih.
Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
Kukus ayam sehingga masak.
Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.


STEAMED BOXING CHICKEN CURRY
By : Buku Masakan Classic Asian Curry

Bahan A
8 keping kepak ayam ~ ambil bahagian atasnya sahaja 
15 gm halia ~  dihiris halus
3 biji cili padi ~ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah ~ dihiris
300 ml air

Banan B ~ Dicampurkan
3 tbsp serbuk kari 
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air

Bahan C
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka

Bahan Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari 
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng

Kerat bahagian hujung dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
Perap ayam bersama bahan² perap selama 20 minit.
Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan 3 tbsp minyak dan masukkan halia, bahan² B dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Kemudian tambahkan air dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan cili padi dan bahan² C... Renih selama 5 minit di atas api kecil.
Susun ayam di atas pinggan dan tuang curry gravy di atasnya.
Kukus ayam selama 25 minit atau hingga ayam masak.
Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.

13 comments:

AbbotCottage said...

Wah Kak Ita, togel tang bawah dah peha ayam tu, kalau anak dara kita dapat peha ni, dia sajer yg menghabiskan. Sedap ya, kena cuba cara ni, walaupun banyak karenah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita...menarik sangat hidangan ayam boxing tu..gue ngeces pagi2 ni..tolong..

Ummiakid @ lily said...

nampak menarik...dh lama simpan resepi ni tapi x buat²...nanti harus kena buat ni...

anitaare said...

salam alaik..

dah lama jd follower tp 1st time komen ni..Wow!Hebat gambar2 dlm blog ni cukup cantik dan myelerakan..

Ummi said...

Adusss Ita cayanggg....memboxing pulak kat dapur tu...hehehhee, habis berlaga semua lutut ayam eeyy...hehe.. Cantik dan mengancam jek rupa ayam tu, lapor terus akak tengok taauu...rasa nak ratah2 jek..hari tu tgk kat dapur Diana pun terliuuqqq...adeii

Qasey Honey said...

amboi kak...terliur tgk chicken boxing ni...terus lapo dibuatnya...kena cuba jugak ni...spi ke sni dh aroma ayam tu...

DaRi DaPuR LiZa said...

menyelerakan...simpan cikit ye...jap lg sampai..hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

dah singgah sini ayam boxing?? Pas tu Kak Ita blehlah berboxing ngan Diana tapi kena beli tiket kapalterbang dulu, hehe..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

OMG...those photos are simply elegant!!! I'm in LOVE!!!

Melly Octaviana said...

Met Malam Kak, ngga kuat kak lihat photo nya, buat ngeces aja malam malam..oh andai ayam nya di depan mata sekarang,tak peduli lagi On diet pun tetep makan malam malam.. hehe

fuzidss said...

your deco is marvelessssssss... love it :) sumber inspirasi

Diana @ Melley Mey said...

Akak ita cayaang... Terima kasih kerana sudi mencuba resipi olahan diana nie.. Family diana pun suka makan... :).

Nur-nba said...

Wow.. Kak Ita, deco utk menu ni sangat hebat.. Love it!!

Powered by Blogger.