Tuesday, February 28, 2012

SNOW PUDDING

Assalamualaikum


Wah! strawberry lagiiii...
Al maklumlah banyak pulak strawberries berbuah belakang rumah.. haha yaaa.. adooo

Minggu ni banyak ita buat dessert, maklumlah sekarang cuaca mmg panas kat JB ni. Pasti ramai yang dah tertanya-tanya apakah resepi terbaik sepanjang bulan Febuari ni kan? kali ni ita dan keluarga sebulat suara memilih resepi kali ni sebagai resepi terbaik dari dapur Masam Manis untuk bulan  Febuari.

Resepi dari Yasa Boga dan di kongsikan oleh Yat Maria, seorang bloger yang memang meminati puding dan jelly. Kalau ada antara kawan-kawan diluar sana yang juga gemarkan jelly dan puding, jangan segan silu untuk bertandang ke dapur beliau, kerana banyak resepi jelly dan puding yang menarik telah di persembahkan oleh yat.

Begitulah juga dengan puding ni yang telah meruntun jiwa ita untuk mencuba. Lama dah berhajat nak buat, tapi tiap kali ita beli strawberries dan... dan tu jugak lah selesai..
Kali ni ita beli lebih sikit, memandangkan banyak sangat strawberries kat cold storage dengan harga yg berpatutan dan buahnya pun nampak segar.. geram aje bila melihatnya.

Kayu keras si kayu kempas
   Alas tempat orang berjudi
Ada beras kerja pun deras
   Ada padi kerja pun menjadi

Resepi ni pada ita sangat sedap! gabungan susu, strawberry dan coklat memang beralun serasi dalam satu resepi. Saling lengkap melengkapi menjadikan puding ni sangat istimewa di mata ita. Adunan memang dapat banyak, dan ita hanya buat 1/2 daripada adunan asal, memandangkan penghuni rumah ni tak ramai.

Rasanya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran, kerana padanan warnanya yang lembut dan corak strawberries yang memikat.
Terima kasih pada Yat Maria kerana sudi kongsikan resepi yang istimewa ni.. rasa2 ita terpandang juga di dapur Kak Wan


SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes

Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan


Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin


SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Source: Yat easybakes

Milk Layer
7 g agar2 powder
1-2 drops vanilla
400ml milk
100g sugar
350ml whipping cream

Chocolate Layer
750ml milk
50g cocoa powder
7 g agar2 powder
125g sugar
1 egg yolk + 1Tbsp milk, whisked

Strawberry Layer
7 g agar2 powder
500g strawberries mashed & strained to get 400ml pulp & juice
150ml water
150g sugar
2 egg whites



Prepare milk layer.
In a medium pot combine agar2 powder, vanilla & milk. Stir until agar2 powder dissolved. Stirring constantly, cook mixture over low heat & bring to a boil. Add sugar & stir until dissolved. Remove from heat & set aside briefly. Stir in whipping cream until combined. Pour into prepared mould & set aside.

Prepare strawberry layer
In a medium pot combine agar2 powder, strawberry juice & water. Stir until agar2 powder dissolved. Stirring constantly, cook mixture over low heat & bring to a boil. Add sugar & stir until dissolved. remove from heat.

In a clean & dry mixing bowl, whisk egg whites with an electric mixer at high speed until stiff peak. Lower speed & ladle pudding mixture into egg white mixture gradually & whisk until combined & warm. Pour onto milk pudding layer which has  beginning to set.

Prepare chocolate layer.
Heat 3-4 T milk & add cocoa powder. Stir until dissolved (I heat up the milk first to speed up things). In a medium pot, combine agar2 powder with remaining milk. Stir until agar2 powder has dissolved.

Stirring constantly, cook mixture over low heat and bring to a boil, Add sugar, cocoa & egg yolk mixture. Stir until sugar dissolves. remove from heat & continue to stir until mixture is warm. Pour onto strawberry pudding layer which is almost set, Leave whole pudding to cool & chill to set.



52 comments:

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Ita.. amboii cantik pudding nya, best yah kak ada pokok strawberry sendiri, disini strawberry mahal. cuaca panas seperti sekarang memang cocok makan pudding dingin .. slurrp

cik Kartun said...

tengok p0n meleleh air liur.. lom jamah lagi -_-'

mimie kesuma said...

nak..nak..nak..kak ita..... :)
sepotong ke...dua potong ke....
ish....menggoda... puding kak ita...
tp benarkah kak ita tanam stobery....bestnyeeeeeeee...... :)

..::Zue::.. said...

tergoda betullah pagi2 dah tunjuk dessert ni..:)

ilovekampungku said...

sedapnyerrr......salam kak...

saya mohon letak link blog akak dekat blog saya boleh?

IR Dina Centre & Services said...

Assalamualaikum kak ita... wahh menariknya puding strawberry nih.. tgok pon dh telan air liur.. hehe.. kombinasi warna yg sgt2 cantik..well done kak.. :)

ogyep yummy mellow said...

SubhanAllah.. Cantiknya.. I should say myself as your fan. Selalu blog-walking to your place..Selain daripada minat pada resepi2 yang ada.. I really admire your passion dalam menterjemahkan hasil tangan you.. Your props.. your art.. your creativity.. excellent gitu.. Congrats. I m a newbie blogger.. Senang2 mehlah singgah umah..

IR Dina Centre & Services said...

Assalamualaikum.. wahh kak ita.. menariknya puding strawberry nih... tgok pon dh bleh terliur.. hehe.. kombinasi warna yg sgt2 cntik.. well done kak.. :)

Yatie said...

WOWWWWW....cantiknya di pandangan mata dan tentunya sesedap rasa...menarik betullah Ita puding ni...sayang tul nak makan...

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Ita,
Cantik dan mengiurkan...hehe...:)

ameris said...

kak ita. stoberi tu nmpak mcm lukisan . cantik sgt. rasa pun mesti yummy.admirer sgt dgn blog & hasil seni kak ita.

faa.rosli said...

krruukk krruukk..dgr x? bunyi perot faa tu..hihihi

stoberi my baby!!

notyatiblog.blogspot.com said...

Salam kak ita...sya kan mmg x penah terlepas buka blog akak setiap hari...rasa mcm x lengkap bila x buka...dah buka tu mmg tergoda dgn setiap hasil tngn akak...tmbh2 skrg tengah berbadan dua....teringin ja bila tgk...nak buat malas....adoi...bila la nak mencuba resepi ni...nmpk sdp sgt....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..wahhh sokong cakap Kak Ita..Choc-strawberry-susu memang tak dapat dipisahkan...padanan serasi....simpan resipi dulu n thanks share dan panjangkannya tak sini

Kak Fara said...

assalamualaikum tumpang tanya...
whipped cream tu guna non-dairy atau dairy type?

tima kasih...

rahel said...

Salam Kak Ita...
Macam biasa...gue mau tumpang makan jer..hehehe..cantik sangat snow puding itew..

nureen safwa said...

Assalamualaikum tumpang tanya,

whipped cream tu dairy or non-dairy?

Terima kasih.

Dr Ana said...

Salam, chantekk betul pudding tu. Tekak dah teringin nak buat tapi kat belakang umah ada pokok cekur n pokok kari tak dapat lah nak rasa tengok jerr

Dr Ana said...

Salam, masa kat Dewan bedah ni.... sempat jengah dapur Ita. Terliurrr sudahh ngan puding strawberry tu alahaiii

FnF Simple Life said...

salam kenal dari Chiba. Cantik sgt.

siti rohaidah said...

wah,,bestnye,,kak ita mmg ade tnm pkok srawberry ye kt umah? best tu

aDisH.sHidA said...

cantik nya kak ita dessert nie....mesti sedap kan...strberry coklat....kalau bagi kat shida...sayang plak nak makan..asyik belek je la....

Yat Maria said...

Salam Ita

aduhhhh...pengsan jap..ni lagi cari minyak kapak arr..tak leh tahan tgk the beautiful pudding..menggoda jiwa raga betul..

Thanks for trying the recepi dear..besides lawa, it's also sedap :)

Hawa said...

cHANTEK SANGAT2 snow puding nie

Tina Othman said...

meruntun jiwa tgk puding ni, aduhai cantiknya

Ummi said...

Adeeeeiiii lawooonyaaaa puding tu Ita, rasa masa ni gak nak godek...tp hanya mampu tengok je la dulu....menggoda tekak akak betuii2 ni.. ^__^

liana said...

Cantiknya.....mengoda betul le....rasanya..lepas ni kena cuba ni....

liana said...

Cantiknya.....dah le nampak mengoda...lepas ni kena cuba ni...

liana said...

Cantiknya.....dah le nampak mengoda...lepas ni kena cuba ni...

Shiela Latif said...

Ya Allah...cantiinya hidangan akak..kalau suami saya nampak ni...siket pun dia tak teragak-agak ntuk makan ni kak...terus ngap jek, mata dia tengok jek dah tak tahan2 lagi tu

khairiah khaizu said...

laaaa..sya br jer print resepi nie smlm, ingt weekend nk buat...dh ada org lain potong Q..hahaha...tgk yg kaler pink tu mcm best jer, kalau msk tekak tu lalu jer terus masuk kot tekak

minsal said...

Assalamualaikum.

Rupa pun dah cantik.Rasanya tentu sedap kan? InsyaAllah.

minsal said...

Mohon copy resepi Ita.Tq.

Gee® said...

Adoyaii...sangat cantek!!

Kak Sam said...

Cantikkk sangat kak. Tak puas rasanya menjamu mata

aZuMaya said...

ADUHAI TERUJA BEB

Hannani said...

As salam,cantiknya hasil tangan kak ita.berseni sungguh

Siti Asiah said...

kecur air liur tengok puding nie...bertuah betul asben & anak2 dapat mama cam K.ita yg terer masak...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam Ita..

dah ptg2 ni barulah sempat terjah blog Ita hari ni.. dah lama tak jenguk blog Ita ni.. PC akak bermasalah.. ini pun sbb pinjam PC meja sebelah orgnya dah blk.. hehe..

mmg cantik sesangat rupa paras puding tu.... rajin sungguh Ita buat dessert yer.. kat rumah akak jarang wat dessert sbb biasa lps mkn mlm takde sapa cari dessert.. hehe.. almaklum.. hari kerja mmg tak mkn kat rumah siang2 hari.. suka betul tgk strawberi yg timbul dipermukaan puding tu...

Zarina said...

Baru jek gie petik stoberi kat dusun jusco tadi... nampak resepi ni.. x tahan godaan.. sat lagi nak gi bersilat kat dapur. Thanx Ita...

Hesti HH. said...

Aduuuuuh Kak Ita, pudingnya terlalu cantik untuk dimakan...sayaaang!

-icha03- said...

assalamualaikum kak ita
semalam try buat
tapi tak jadi
untuk lapisan susu tu x keras pon
pada hal saya ikot resepi tu sama..
sedih nyee...
:(
sayang strawberry...
huk huk huk ...

Indonesia Eats said...

Salam Kak!

Tergelitik sikit dengan narasumber buku masaknya. I think the correct one is Yasa Boga not Yasa Bonga. I have 3 cookbooks of Yasa Boga and have recommended Yasa Boga team books to learn about Indonesian cooking :)

aleeya sapphire said...

salam kak ita!!! huhu knp comel sgt puding kak ita nih..rse syg plk nk mkn hihi.. kemas je akk buat..terbaik la akk nih..

Suliana said...

as salam kak ita,
saya baru je try wat puding ni. tapi baru buat selapis tak keras2 pun lapis susu tu..soalan saya :

1. agar2 serbuk apa akak guna? sy beli brand nona yg kaler biru tu. boleh tak klu pakai agar2 tali?

2. cara mengacau dia tu sampai mendidih ke apa? pastu cmna tekstur dia smada masa panas tu dia dah ala2 nak keras atau tidak?

3. berapa jgka masa mengeras yg akak maksudkan?

sy nak buat sgt puding ni, smpi mimpi2 tau, sekali tu selapis aje dah tak mengers, terus sy stop buat yang seterusnya. anak sy la tukang perabih stoberi yg tak dan di blend tu. huhu.. hope akak dpt reply komen sy. tq!!!

atiqah said...

Saya pun sama ngan suliana, lapisan pertama pun tak keras

aleeya sapphire said...

salam kak ita.... hihi sdap nyer nk buat tp mcm x brani jer huhu... nk tny la cmne cara nk ptong 2..strwbry 2 x jln2x ke mse d hiris?? sorry yer kak ita liya bru nk bljr2x memuding ni :)

Siti Aisyah said...
This comment has been removed by the author.
Siti Aisyah said...
This comment has been removed by the author.
Eppel said...

salam kak...saye dh try buat tp mcm siti aisyah kat atas ni yang x melekat la antara dua layer tu even dh lorek dgn garfu...tp rase die mmg sedap..cmne ye..bleh bg tips x...

bumbu pecel bali said...

menarik ya, cukup memotivasi.

berkunjung kesini juga ya


http://bantalsilikon01.blogspot.com
http://kursusinternetmarketingmurah.blogspot.com
http://www.facebook.com/bantalsilikongrosir
http://bumbupecelbali.blogspot.com
http://www.pembicarainternetmarketing.com
http://undanganstore1.blogspot.com/

call center 085-635-945-40

abu muaz said...

salam... menariknya resepi ni..terus rasa nak mencuba... terima kasih ye

-www.mamavitamin.com-