iklan

iklan floral cake

iklan ada

Wednesday, February 29, 2012

Oh! JELITA


Amboiiii.... Jelitanya dia... tak berkelip mata memandang! 
Sesuai dengan namanya JELITA majalah Jelita kali ni tampil bergaya dengan artis jelita yang semakin meningkat naik namanya di persada seni tanah air.

GAYA DULU SENTUHAN 2012 memang bertepatan dengan tema bulan ini yang lebih baru , lebih cantik dan lebih segar.

Ita mengenali majalah Jelita sekitar 18 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh seorang kawan kepada ita yang pada masa itu amat buta tentang dunia fesyen. Kebetulan ita akan mendirikan perkhawinan dan masih tercari2 barang keperluan untuk hari bahagia ita nanti.

Mengengam senaskah Jelita, membuatkan minda ita terbuka tentang dunia fesyen pada waktu itu.. Jelita lah menjadi rujukan untuk ita setiap kali mencari fesyen terkini untuk koleksi baju raya. Sejak itu Jelita sentiasa ita nantikan kehadirannya setiap keluaran.

Kini majalah Jelita semakin gah dan mendapat tempat di hati para peminatnya. Tampil dengan isu dan fesyen terkini, sangat berinfomasi baik dari ruangan fesyen dan kecantikan, tidak lupa juga ruangan tips dan petua, pengembaraan, dekorasi maupun ruangan resepi.


Melihat gambar masakan terpapang di dada majalah adalah idaman setiap bloger masakan kini. Pasti setiap daripada bloger mengimpikan untuk menatap perit jerih mereka memasak dan merakam gambar dapat di muatkan walaupun sesisip dalam majalah. 
Kini impian itu telah di realisasikan oleh Unit Editorial majalah Jelita  yang diterajui oleh Datuk A Kadir Jasin selaku Ketua Pengarang.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami Bloger Masakan, semoga usaha murni mengetengahkan bloger masakan dan mempromosikan tentang kewujudan kami di alam maya ini, memberikan semangat kepada setiap bloger masakan untuk tampil dengan koleksi resepi yang lebih hebat!

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman 
 Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Selain itu ruangan Sajian dan Ulasan Blog, dapat merapatkan lagi jurang ukhwah dan mengeratkan lagi jalinan silatulrahim serumpun, disamping dapat bertukar-tukar idea dan resepi.


Pada keluaran Mac 2012, sekali lagi majalah Jelita memberikan peluang kepada bloger masakan untuk memperagakan hasil sentuhan mereka di dada majalah tersohor ini.  Peluang yang di beri tidak di persia-siakan..

Bergandingan dengan Juara Master Chef Pertama Dr. Izani, Chef Sukur Rahim antara barisan chef yang tidak asing lagi, dan LOVE2COOK MALAYSIA bloger masakan yang tidak asing lagi dikalangan bloger masakan, terasa diri ini amat kerdil sekali.

Perasaan gembira, teruja dan terharu, seakan bersarang dalam benak lubuk hati ita. Hanya pada Mu jua ku ucapkan rasa kesyukuran seandainya bakat anugerah yang Kau pinjamkan ini di hargai...


Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga kepada  Anis Mastura Ramli, yang sudi mempelawa ita untuk mengisi ruangan Sajian dalam majalah kesayangan ramai pada bulan ini. Tidak ketinggalan kepada semua Unit EDITORIAL  majalah JELITA.

Ita juga mengambil peluang di sini untuk memohon maaf, bagi pihak ita juga majalah Jelita di atas sedikit kesilapan yang mungkin tidak di sengajakan atau sedikit kesilapan teknikal terhadap beberapa resepi yang tertukar.

Peluang ini juga turut ita rebut, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang resepi asal, yang memberi ita peluang untuk mencuba dan merasa dan kongsikan untuk dinikmati bersama.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung setia Masam Manis yang tidak pernah jemu memberikan ita kata-kata semangat, perangsang dan menyuntikkan kekuatan untuk ita bertahan setakat ini.
PERCAYALAH... kekuatan Masam Manis kerana anda sentiasa berdiri di belakang dan setia memberikan sokongan...

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
 

Sahabat setia payah dicari




Tahniah! sekali lagi kepada rakan-rakan lain yamg turut di undang untuk menghiasi ruangan Jelita pada kali ini. Di harap blog masakan semakin mantap! dan semakin dinilai bakat dan kebolehannya..
Syabas sekali lagi kepada semua..

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga



Malaysia : Coretan Dari Dapur
Singapura : Nur's Little Kitchen
Indonesia : Indonesia Eats



60 comments:

sabar kagawa japan said...

congrats kak ita..u deserve it....mmg blog akak layak utk masuk majalah...picture yg mengancam...tmbh lg akak sgt2 kreatif.....i adore u sgt2...smg blog akak semakin maju dan berkembang kot2 leh bukak bakery plaks..

Travel&Food Lovers said...

kak ita...

tahniah diucapkan...btw, sy mmg pengunjung setia blog kak ita...kebykan resepi yg sy bt, sy cuba dr rumah kak ita...n sy sgt2 berpuas ht dgn hasilnya....

Zalia said...

Tahniah kak Ita :)
best sgt...

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Sabar..

terima kasih juga atas ucapan tu.. buat akak terasa sayu hati.. ^_^

mama ju, said...

Tahniah. Mama sgt tertarik dan sgt suka dgn apa tg AZ masak. Gambar pun hebat punya.

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Travel& Food Lovers

terima kasih kerana setia mengunjungi Masam Manis dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mencuba!

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Zalia :)

Ummi said...

Fuuhhhh...tahniah sekali lagi Ita! Bulan Mac ni bulan bahagia buat Masam Manis yea...semoga jadi pengubat duka lara berblog, susah senang memantapkan entry2... Pada akak, kepuasan lebih bermakna dan terasa lagi bila dapat menatap resepi2 dan gambar2 hasil kita disisipkan di majalah2 ternama umpama Jelita nih...

Teruskan usaha dan daya Ita di Masam Manis ni...akak sentiasa menyokong dan menyenangi selagi kita bergerak dengan cara yang betul dan berhemah kaaann...Salam sayang buat Ita dan moga terus sukses ^___^ muaaahhh!

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih mama Ju

ita sangat-sangat menghargainya..
Terima kasih sekali lagi..

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih kak Ummi

Akak dan bloger2 lailah penguat semangat ita..
Sentiasa menyokong dan memapah ketika ita hampir rebah..

Dari bertatih, berjalan dan berlari akak sentiasa menjadi idola ita..
Penguat semangat ita untuk lakukan yang terbaik!

Semoga persahabatn ini semakin utuh dan mesra..

Akak jangan stop berblog ye kak.. teruskan kerana akaklah sumber inspirasi ita!

Tina Othman said...

tahniah kak ita, berbaloi semua kerja keras selama ni kan

AZLITA AZIZ said...

Terima Kasih Tina,

Ianya satu permulaan yang baik bagi semua bloger masakan..

Terima kasih sekali lagi..

ameris said...

kak ita mmg layak, lebih dari itu...

AZLITA AZIZ said...

Terkedu akak..

Terima kasih atas kercayan yang terlalu tinggi utk akak tu..

terharu pulak rasa hati ini..

Terima kasih sekali lagi Ameris

Zaliedana said...

Assalam kak ita cayang,mmg dah agak blog akak akan msk majalah..Sememangnya akak layak sgt,ngan pic2 yg sgt cantik n props2 yg pelbagai..Smua sentuhan akak mmg da klass..Tahniah ya kak,teruskan berkongsi idea2 di masam manis ni ya..

faa.rosli said...

akak mmg layak disitu!

Cheq Sue said...

tahniah kak ita...saya tumpang gembira... memang seronok rasanya kan melihat hasil tangan terpampang di majalah... :)

bunga matahari said...

CONGRATE KAK ITA! MMG TERRRRRBAIK :)

CT Delima said...

As'salam Ita

Alhamdulillah...sekali lagi tahniah buat blog Masam Manis dan Ita juga. setiap pengorbanan kita telah dihargai. jua jangan dilupa pada penyumbang resipi umpamanya. Tanpa mereka tiadalah blog masakan seperti sekarang ini.

Apa pun penat lelah kita selama ini telah disanjung tinggi dalam segenap lapisan, semoga Ita terus suksess dan terus memeriahkan lagi blog masakan hingga bila2 :)

Yat Maria said...

Congratz Ita

You deserved it :)

Gee® said...

bravo..bravo!! Tahniah Ita... dan semua blogger masak yg dh muncul di dada Jelita...selamat maju jaya buat kalian semua...

ZalinZalina said...

Tahniah kak ita...saya lak rasa bangga hasil kerja kak ita masuk majalah...semoga kak ita akan terus maju dan sukses :)

POSH76 said...

suker tngk neelofa santek!!

Ummiakid @ lily said...

Tahniah sis...mmg berbaloi penat lelah segala usaha...

Kak Rose said...

congrats ita... mmg layak sangat masuk majalah. gambar yg super duper mengancam...

tahniah juga masuk kat majalah eternity tu... bangga dengan kemajuan kawan2 blogger nih! keep up the good work!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah Ita! dah lama akak tunggu kemunculan karya Ita di dada majalah.. akhirnya muncul jua.. alhamdulillah. Tapi tak sangka yg keluar di majalah edisi lauk pauk.. hehehe.. akak suka karya Ita menghasilkan kek & pencuci mulut sebab air tangan Ita takde sapa dpt tandingi sbb Ita sgt2 kreatif & berhalus menghasilkan juadah tersebut.... apa2pun.. harap2 lepas ni akan ada pula yg menyunting Ita utk edisi pencuci mulut/kek... hehe..

Srikandi Bonda said...

Tahniah kak ita. keep it up! :)

nonierahman said...

tahniah kak ita :D

Rohah said...

Terima kasih atas kejayaan ini..Semoga terus sukses..

Yatie said...

Tahniah sekali lagi buat Ita, lepas ni mmng banyak lagi resepi2 dari Ita akan keluar lagi di majalah2..Yatie paling suka bab kek2 yg Ita hasilkan....mmng kelasss gitewww....gambar2 kat blog Ita ni semuanya dah mcm kat majalah..mmng Ita layak....gembira sangat..

wanie said...

Congratz..k.ita...memang terbaik

norhanim md zain said...

tahniah tahniah..bagi anim semua gambar-gambar ita yang terbaik..mesti ulang ulang tengok..

kena beli jelita la balik kerja nanti..nak jadikan simpanan kenang kenangan..

jadi semangat lepas ni..karya karya terbaik Ita dapat kami tumpang berkongsi..Thanks Ita.

Mat Gebu said...

Tahniahhhhhh kak....serius, saya rasa banggga bila hasil kerja akak menghiasi Jelita..... ^__^

ilahjy said...

salam dek ita lawa..
kan dah betul kata kak ilah tahun lepas..masuk majalah juga akhirnya.. kak ilah bangggaaaa sekali dgn mu dek.. tak letih tak jemu tak mengeluh tak penat tak mcm2 itulah hasilnya.. dihargai...aminnn tahniah buat suami ita dan anak2 yg selaku pembakar semangat dan penggalak. tulang belakang mesti dijaga tauuu hehehe

Oh Oeya said...

Wowww!! Tahniah Kak Ita :)))

rahel said...

Tahniah Kak Azlita...

blogresipi.com said...

Salam Kak Ita,
Tahniah sekali lagi dari saya. Sungguh cantik gambar2 akak, tambah cantik bila dimuatkan dalam majalah. Semoga kak ita dan blog masam manis terus berjaya ye :)

Ida,Japan said...

hmmmm....now ur turn in Jelita,Jutaan tahniah sekali lagi buat kak Ita..segala apa yg kita lakukan diberi penghargaan dr pihak media..u deserved to be there...sumer pic2 akak mmg sesuai di majalah...usaha,hasil kerja akak tak sia2 selama ini kan..

mimi malik said...

Congrats. Love ur blog. I never bake from scratch but u changed me. Now I bake n cook almost every weekends. My family loves me more. Thanks dear.

09SD195 said...

Kak ita tahniah.. Alak memang layak memang tertunggu2 alsk masuk majalah.. I'm happy for you..;)

Nur-nba said...

Tahniah Kak Ita..Nur dah agak, mesti satu hari akak akan disunting oleh pengarang majalah.. Kami tumpang gembira. Sememangnya akak layak.. Semua gambar yg terpapar dalam blog ni cantik sangat. Tak sia2 usaha dan penat lelah akak.. Sentiasa akan menyokong akak.. Moga terus sukses..

ASMAH YUSOF said...

salam kak....Tahniah kak!!!!memang suka sgt tgk hasil air tangan akak, semoga masam manis terus sukses!!!

Choco Ani said...

Assalamulaikum Itaaa TAHNIAH!! Ita memang layak segala usaha Ita memang berbaloi.. teruskan ya..

p/s hari Ani buat sup ikan merah ikut resepi yang Ita kongsikan hari tu..
Terima Kasih

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. Tahniah.. Memang tertunggu2 akak masuk majalah..:) akak memang layak.. Keep up akak

ASMAH YUSOF said...
This comment has been removed by the author.
Sufaini Bidin said...

Congrats kak dont stop blogging k...i follow ur blog Everyday

quinnie said...

tahniah kak...moga akak terus success!!! tumpang gembira..:)

Ribbon Clown said...

Tahniah K Ita!! Job well done ;)

Nieza said...

alhamdulillah tahniah kak Ita, pic akak memang layak..saya tabik dan tumpang gumbira.maaflah lately ni memang jarang update blog dan bw pun hari ni baru ada kesempatan.semoga akak terus berjaya dan teruskan berkongsi resepi yg mantop lagi ya.:)

Chah said...

whoaaa...syabas kak ita! akak memang layak, cuma kenapalah magazine lambat sangat nak recognize blog akak ni...cuma kalau diorang bg slot untuk kek or desserts, mmg lagi beh..sbb sentuhan akak mmg superb! tahniah..tahniah...

KOALAJEPONG said...

congrate kak ita...akak mmg layak :)...blog akak mmg sumber inspirasi utk ina dan rakan2 blogger lain...

roziahojijie said...

Tahniah Kak Ita .. Inilah hasil pengorbanan kak Ita selama ni .. Dari mula berblogging yg tade pengunjung, skrg dah ramai pengunjung , sampai masuk majalah , Kak Ita mmg hebat !

Blog Masam Manis ni merupakan blog yg wajib sy kunjungi setiap hari . Walaupun sy baru berusia 20 , sy sgt meminati semua resepi akak .. Akak mmg kreatif , dlm segala hal . Tahniah ..

Sy doakan semoga suatu hari nanti resepi Kak Ita terpampang disetiap majalah di seluruh dunia dan juga di TV ! Amin :)

:: anisjazz :: said...

K Ita, bestnyer masuk majalah ye :)

sy selalu sgt tgk blog k ita. resipi best2 n d steps to do r very detail, plus gmbr2 yg cntik. super like!

=)

DaRi DaPuR LiZa said...

well done ita....

Diana @ Melley Mey said...

Tahniah akak ita... akak sememangnya layak tuk semua nie.. Tahniah sekali lg ...

nanie said...

Tahniah..Kak Ita...semoga sukses selalu..dan akak memang layak untuk semua ni...semoga maju dan maju lagi...LOVE KAK ITA

nanie said...

Tahniah KAK ITA...YOU ARE THE BEST !!!...Semoga Sukses selalu

..::Zue::.. said...

makin maju selangkah ke depan.. chayok kak ita... tumpang gembira.. tahniah..!!!!!

haniQaseh said...

tahniah ita...semoga terus sukses....memang ita layak utk semua yg iata usahakan...

ketikketok said...

asal yang baik dan tetap sahaja melakukannya tentu ada balasan yang baik juga... Gallery Magic Potions