Follow if you like

Feb 4, 2012

NASI GORENG BOLLYWOOD

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu. Hujung minggu yg panjang. Ada perancangan nak bercuti ke mana-mana ke? Rasa-rasa beberapa minggu dan bulan kebelakangan ni terlalu banyak cuti. Bersambung2 dari cuti Chritmas, tahun baru, Chinese New Year hingga lah Thaipusam dan MauliduRasull. Sampai dah tak tau nak pergi mana lagi dah..


Walaupun cuti anak-anak tak pulang. Bila anak tak pulang perancangan nak berjalan pun terbantut.. Tak sedap rasanya nak berjalan tanpa anak-anak.
Sebenarnya ita pon tak berapa sihat. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu. Biasalah kalau penyakit macam ni dia mmg berjangkit dan merebak dari sorang ke sorang penghuni rumah..
Mula2 Amirul demam bawa pulak penyakit demam dan batuk dari PLKN. Berjangkiit pula kat Dalili bila Amirul dah balik. Kemudian dia singgah kat suami ita pulak! dan kebiasannya ita lah sebagai penamat segala penyakit tu.. dan org yg terakhir kena pasti lambat baiknya..
Tulah yg buatkan mood nak berblog ni macam tersekat-sekat aje rasanya..

Ok lah kita tak boleh nak berceloteh banyak sangat pagi-pagi ni. Rasa-rasa banyak sangat kerja yang dah sedia menanti dan melambai-lambai. Itulah kan kalau jadi suri rumah sepenuh masa ni.. walau sakit, pening.. tugas harus dilaksanakan dengan sebaiknya.. Ish.. tak baik mengeluh.. nanti tak dapat pulak ganjaran pahala yg dijanjikan..

Ok ita tinggalkan dengan resepi daripada Chef Zaidah ni. Nasi Goreng Bollywood. Nasi ni tak pedas. Kalau suka yang pedas ita rasa boleh lah tambah atau gantikan cili tu dengan cili padi.


NASI GORENG BOLLYWOOD
By : Chef Zaidah

2 sudu besar garam Marsala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
150 gm daging ayam ~ di bersihkan dan cincang atau potong kecil
Sedikit minyak masak
2 sudu besar puri tomato ~ ita guna tomato buah
1/2 biji lada bengala oren ~ buang empulur dan dadu kecil
80 gm sayuran campur
5 cawan nasi

Bahan Hiris
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau

Campurkan daging ayam bersama garam marsala, garam dan lada hitam
Perapkan selama 10 minit
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris hingga wangi
Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan kacau rata hingga ayam masak sempurna
Kemudian masukkan puri tomato, gaul rata
Selepas itu masukkan lada bengala dan sayuran campur.
Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sehingga rata
Sedia dihidangkan.




14 comments:

khairiah khaizu said...

sedapnya, nampak menyelerakan dengan berbagai2 bahan yang ada...(*__*)

Qasey Honey said...

wah kak pepegi lg dh berbollywood...hehehe
nmpk sedap la nasi ni...
nk cuba la nti..bleh mkn smbil lyn hindustan...

mama sara nur said...

assalam kak ita
menyelerakan, lepas makan nasi goreng ni kenalah menari ala 2 bollywood he he

Hanim said...

Salammm k.ita ji....kasi sepinggan hei, nasi bollywood hei...hahaha. Menyelerakan nengoknye mmmmm lapo3.

Mohamad Azizi Md Said said...

salam kak ^^
wah sedapnya ..nyum2 .. x payah susah2 beli tiket flight ke bollywood .. huhu.

Melly Octaviana said...

Siang Kak Ita.. sedap nya nasi goreng nya, nak rasa lah , boleh kah 1 piring kirim ke kuching.. hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita cayaang...
Wah ke bollywood plak yer... Hehehe... Ermm.... Nasi goreng tu memang nmpk menyelerakan... Sedap sgt....terliur diana tgk...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita cayaang...
Wah ke bollywood plak yer... Hehehe... Ermm.... Nasi goreng tu memang nmpk menyelerakan... Sedap sgt....terliur diana tgk...

Mas said...

kak ita..
meh sepinggan nasi goreng..
siap ada sate tuuuuu

norlieharumaini said...

mesti mengoreng sambil dengar lagu hindi ni... tu yang tercetus nasi goreng bollywood... dapat bayangkan mesti ita sambil goreng sambil mengayunkan bontot dan pinggang.. hehehe

KakAsma said...

Salam petang Ita,
selalunya nasi goreng nie bubuh aper pun sedapkan..tengok ita posingkan pun dah menyelerakan..akak chop yang dalam pinggan tu dulu yea!!!

Kak Sam said...

Assalamualaikum....
Semoga kesihatan akak semakin baik. Kalau boleh rehat je dulu kak, bila dah sihat baru buat keje balik. Bukannya apa kesihatan perlu dijaga, biarkan kejer tu terus melambai.

susumanis said...

menarik nih..len kali bole la cubee :)

zuwaidah said...

ada rasa nak menari golek2 mcm hindustan tak lepas makan nasi goreng nih. hihihi

Powered by Blogger.