Follow if you like

Feb 10, 2012

NASI AYAM BEREMPAH

assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Salam pagi Jumaat yang barakah..
Alhamdulillah masih lagi dapat menikmati pagi yang indah dengan kicauwan Sang Ungas, melihat rerama yg berterbangan mencari madu. Menikmati keindahan Sang Suria pagi.. dan melihat titisan embun di hujung rumput.. Indahnya ciptaan Ilahi..


Alhamdulillah, pagi ni dapat ita bersiaran sebentar.. badan masih tak berapa segar.. letih dan lesu akibat kurang tidur. Batuk masih menganggu lena ita di malam hari.
Badan masih tak berapa sihat, demam juga tak hilang-hilang lagi, mungkin sebab kerongkong ita yang bengkak..
Amat sukar nak menelan makanan, tekak terasa perit dan pedih.


Walaubagaimanapun, misi kita sebagai isteri, ibu dan suri rumah terus berjalan seperti biasa. Tanggungjawab harus dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya. Kadang-kala bila badan terasa tidak enak, ita teringat pada mak dikampung. Alangkah indahnya zaman kanak2 ita bila sakit, emak sentiasa berada disisi. Mengusap lembut ubun-ubun kepala dan memupukkan tuala basah di atas dahi...


Jari-jemari lembut emak, mengusap lembut di dada menyapukan minyak angin supaya batuk reda.. Kemudian mak bawakan semangkuk bubur hangat dan menyuapkan ke mulut anak yang sakit.. Melayan kerenah anak yang merengek sepanjang malam..


Teringat pula ita kata Ustazah di sekolah, betapa Allah telah menjanjikan syurga buat seorang yang bernama Ibu, pengorbanan seorang ibu terlalu besar.. Walau sakit, walau penat , ibu tetap juga melaksanakan tugas dengan sebaiknya.. tanpa rasa keluh kesah..

Bagi orang yang tidak menghormati kedua ibu bapanya maka hukumnya berdosa besar. Begitu juga jika tidak menghormati orang lebih tua daripada kita, baik tua dari segi usia mahupun tua atau matang dari segi ilmu pengetahuan. 
Di dalam Islam orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. 

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"

(Al Isra' 23)

Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT. 
Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: 

"Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu: Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya".
 

(Riwayat Ad Dailami daripada Umar ra)


Panjangnya mukadimah ita padi ni..
Ok lah tentu ramai yang dah tak sabar nak menjamu selera. Apalah  bekalan yang ita bawa hari ni kan..
Sebenarnya ni bukan menu untuk hari ni, tapi menu yang ita masak semalam.. Di sebabkan lepas masak tukang masak ni terus tumbang, tak sempatlah nak masukkan N3 nasi ni semalam. Badan dah letih sangat rasanya.. pulak dengan cuaca yang sangat panas kat JB sekarang ni.. lagi la.. buatkan kepala ni berdenyut2 semacam..
Lepas ambil Dalili balik sekolah mata terus berpinor2 rasanya..


Resepi Nasi Ayam Berempah ni, ita ambil dari dapur kak Anim, kebetulan hari tu ita jalan-jalan kat dapur kak Anim terpandang lah resepi nasi ayam ni yang cukup mengoda. Teringin pulak anak tekak ni merasa. Maka kesempatan yang ada semalam ita buatlah nasi ni untuk keluarga tersayang..

Resepi asal dari Zana, yang sudi kongsikan resepi ni untuk di cuba oleh pengemar-pengemar nasi ayam macam ita ni..
Terima kasih ye Zana dan kak Anim juga kerana sama-sama berkongsi ilmu masakan untuk kami yang kurang arif memasak ni..

Ada beberapa perubahan yang ita lakukan pada resepi ni, semua perubahan itu tidaklah menjejaskan kualiti dan citarasa menu ni. Ita cuma ubah sedikit cara penyediaan memandangkan keadaan ita yang uzur dan terpaksa lagi berpantang dalam beberapa pekara oleh itu ita masak ikut cara ita yang dalam pantang ni..

Ayam tu ita bakar, memandangkan penghuni dalam rumah yang masih tak pulih daripada  batuk, ita terpaksa kurangkan masak makanan yang bergoreng.
Untuk sos pula, sosnya ita tumis, dan ita buat ikut selera ita dan keluarga. Janjan bimbang ita masih kongsikan resepi asal pada mereka yang ingin mencuba.

Nasi ayam ni sedap tau! Walaupun ita yang tak berapa berselera nak makan akibat tekak terasa pahit dan pedih ni pun.. dah terasa sedap! apalagilah jika tekak yang mmg tengah berselera.. pasti lagi lah sedap kan..
Kalau ayam ni digoreng mesti lagi sedap kan.. terasa rempah ratusnya tu.. Tapi yang bakar ni tak kurang juga hebatnya..
Jom lah tak boleh nak mengomel panjang dah ni.. kepala ni dah mula berdenyut2 semula.. Sebelum ita pengsan depan komputer ni baik kita intai-intai menu dari Zana ni..


NASI AYAM BEREMPAH
ByZana
Rujukan : Kak Anim


Bahan2 Nasi
600 gm beras basmathi
2" halia-akak hiris halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis


Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
1 bunjut rempah sup-akak guna 2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1"halia
bahan *-ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam




Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,tomato dan salad


Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan sup bunjut,kemudian rebus ayam hingga mendidih.
Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan
Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min
Sementara itu cuci beras-ketepikan
Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan
Masukkan beras dan kacau rata
Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi
Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak-tak perlu tunggu lama,memadailah hingga nampak kekuningan..dan hias dengan tomato, timun dan salad


Jemput makan...

hehe... lupa ambil gambar sup.. dimaafkan... sebab demam..

19 comments:

Anna said...

Salam Ita,

Sedap betul nampaknya nasi ayam tu. Kena cuba ni.

Ummi Alesya Sofea said...

moga cepat2 sihat yer.. :)

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Ita, semoga cepet sembuh yah kak.
Nasi ayam nya kelihatan enak sekali . kalo dekat mau tumpang makan di rumah akak..
Take care ;)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Such an inviting platter! Those pictures are to die for...what a brilliant set up...haihhhh I'm in love la kak!!! :)

Hope you recover soon ya!

++eden|essey++ said...

kak ita....saye ingat ayam tuh dibakar...rupenya cume dogoreng saje...walawei..sedap nya cantek n brownish jek ayam tuh.....kene cube nie..thnaks kak

Qasey Honey said...

asslm kak...semoga cepat sembuh yea...jgn lupa mkn ubat tau...
nasi ayam akak ni...mengoda btul la...semua gmbr pon cntik...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita...
Akak kurang sihat yer.. Diana doakan moga akak cepat sembuh dah sihat sejahtera hendaknya... Amin..

Akak... Nasi ayam berempah tu nampak sgt sangaaaat sedaaap.... Gambar pun semuanya menarik... Cantik sesgt... Suka diana tgk

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita..
apa macam ni?..pagi2 dah tayang nasi ayam berempah...klu mkn ni..konpem cepat baek kan..hehe..sedap sangat nampak menu tu kak..leleh air liur tengok.

DaMiaRissA said...

salam k ita..semoga cepat sembuh yee..
nak cuba la resepi ni sbb anak2 suka makan nasi ayam..seminggu sekali mesti buat nasi ayam..kali ni nk try ayam yg berempah pulak resepi dari
k ita..-:)

Gee® said...

Semoga Ita cepat sembuh.... tapi dalam pada tak sihat pon menu tetap special... bertuahnya cik abang dan anak2 Ita...

Ummi said...

Assalam Ita...olololoooo...ciannya x sembuh lg dr batuk yea...xpa laaa slowkan dulu dapur alam maya ni...have enough rest first k! Nnt leh masak dan entry laju2...

sabar kagawa japan said...

salam kak ita..alahai terliurnyee kite....dah lame xbuat nasi ayam..kt dubai ni ayam terlalu mahal....newayy cepat sembuh yer...rindu nk tgk hasil kek2 terbaru akak..

CT Delima said...

As'salam Ita

banyakkan rehat ya Ita, sesuailah hirup sup tu untuk Ita yang kurang sihat ni. Nasi dah sedap ada ayam lagi adoiii...ngences dah ni..hihi

Ida,Japan said...

Slm kak ita
moga k'ita lekas2 sembuh.yer...dlm tak sihat2 sempat lg akak post kn n3 yg sungguh mabeless sekali nampaknyer..get well soon my dear sis

cik cek said...

Semuga cepat sembuh...byk2kan rehat...byk2 minum air masak....
Demam2 pun vitamin R bykkk...rajinnya masak nasi ayam ngan ayam yang tegolek2 tu...sedapnya Ita...:)

Kak Sam said...

Ermmm dalam keadaan tak berapa sihat pun kak ita masih mampu membuat n3 yang best ni, memang hebat le. Semoga akak cepat sembuh yea.

khairiah khaizu said...

bestnya tgk ayam tu...rasa macam nak kokel macam tu jer...

faa.rosli said...

gojess itu ayam!

Anna said...

Salam Ita,

Selalu tengok gadjet2 Ita yang cantik tu. Kalau nak kirim gadjet2 yang menarik kat UK ni boleh je Ana tolong belikan.

Powered by Blogger.