Follow if you like

Feb 7, 2012

MASAK LEMAK IKAN SALAI

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
Masih lagi dalam mood bercuti.
Di kesempatan ini ita ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua rakan-rakan ita yang beragama Hindu tidak kiralah di mana sahaja anda berada..


Sebenarnya ita masih lagi tak berapa sihat, demam dan batuk tak kebah-kebah lagi. Cuaca yang panas terik di Johor, udara yang kering dan mungkin musim buah, menambahkan lagi teruk batuk ita.
Hari ni suara pun dah tak keluar. Dah macam orang bisu, bercakap hanya guna bahasa isyarat. Kepala pun berdenyut.. Ita mmg kalau batuk dan selsema mudah benar sakit kepala ni datang bertandang.. Lagi kuat ita batuk lagi kuat sakit kepala ni..

Tekak pula terasa perit dan pedih, mungkin luka akibat batuk yang kuat. Malam pun susah nak tidur. Bukan ita aje yang susah nak lelapkan mata, orang sebelah pon tak boleh tidur , tak tahan dengar batuk ita yang mengokol-ngokol tu..

Projek ita nak siapkan papan ita pon tergendala.. Tak dapat nak gosok dengan kertas pasir lagi.. sebab berabuk.. Nanti bila ok sikit barulah ita teruskan.
Ita masak ala kadar aje.. sebab tak berapa sihat selera pun kurang..
Hari ni ita nak sharekan menu yang ita masak semalam. Ita mmg suka betul resepi dari Chef Anis ni, ita pernah buat dulu menggunakan daging salai. Kali ni ita gunakan ikan salai pulak.
Ikan yang ita gunakan ikan tenggiri. Hari tu beli ikan tenggiri tu sekor, besar pulak tu.. Yang tinggal dalam rumah ni pun tak ramai, anak-anak tak de.. jadi ikan yang seekor pon berhari2 juga nak di habiskan.


Ok lah ita tak dapat nak sembang banyak hari ni. Mengadap komputer ni lama-lama pun buat mata ita berpinar2. Kepada rakan-rakan dan adik2 yang ita belum sempat balas msg kat FB ita minta maaf ye.. bila ita ok nanti ita balas..


MASAK LEMAK IKAN SALAI
Olahan dari resepi : MASAK LEMAK DAGING SALAI
By: Chef Anis Nabila

Ikan ~ disiang dan cuci bersih perap dengan kunyit dan garam seketika

1 biji Bawang Kuning ~ dikisar
4 ulas Bawang Merah ~ dikisar
6 ulas Bawang Putih ~ dikisar
18 biji Cili Padi ~ dikisar
1 inc Kunyit Hidup ~ dikisar
Daun Ketumbar dan akarnya ~ dikisar
3 keping Asam Keping
1 Daun Kunyit ~ dihiris
4 helai Daun Limau Purut ~ buang urat tengah dan di siat ~ ita kisar sikit
4 batang Serai ~ dititik
3 inc Lengkuas ~ dititik
500 ml Santan
Air
Garam dan Gula
Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai

Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).
Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.
Susunkan Ikan yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.
Ikan perlu disalai sehingga masak.

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.
Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula.
 




11 comments:

Gee® said...

Kesian Ita tak sihat yer... tu la pasal...kuat sgt bertukang... byk minum air suam yer... ikan salai tu kalau tak selera poskan kat sini... gee selera sentiasa... heeeee

Nur-nba said...

Alahai siannya akak sampai tak boleh keluar suara.. Kalau sakit tekak, Nur ada satu petua, cuba akak makan aiskrim perisa vanila.. Insya-Allah kurang sakitnya tu.. Petua ni arwah mak mertua Nur yang ajarkan. Lepas tu banyakkan minum air masak. Jaga diri ye kak..

Rosa's Yummy Yums said...

A splendid curry! It looks so droolworthy. I'd love to have some now...

Cheers,

Rosa

ummiaisyah said...

get well soon k ita...nice lauk..mkn byk2 ye..

anipstudio said...

visit here, welcome to visit us back!!

rahel said...

Salam Kak Azlita,bikin lapar aja lauk masak lemak tu..

cik cek said...

alahai!...tekedip2 tgk gambo...lauk lak sedapnya...sume pun nampak perfect dan cantikkkk...sgtttt....:)

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ...

Nina doakan kak Ita cepat sembuh. Amin ....
Jangan skip makan obat & minum plain water banyak2 yea
Take care ...

ikhlas,
Nina Mirza

mokwo® said...

salam ita ..mokwo pun nak kongsi petua jugak..utk sakit tekak boleh campurkan madu+sebuk kayu manis 1 sudu kecil dan air suam se mug..minum segelas sehari ..dan elakkan makan or minum yang masam2 coz tekak akan menjadi lebih perit lagi berkahak..moga cepat sembuh!

damia umaira said...

Kalau org nogori,.masak lemaknya lgsung tak guna bawang..cmpuran cili padi n kunyit pn beli yg dh siap blend.kalau utk ikan,xguna serai..utk ayam n daging br guna serai.ini cara masakkan mertua sy yg mmg org sana..tp rasanya mmg pergh...marvellous..

damia umaira said...

Kalau org nogori,.masak lemaknya lgsung tak guna bawang..cmpuran cili padi n kunyit pn beli yg dh siap blend.kalau utk ikan,xguna serai..utk ayam n daging br guna serai.ini cara masakkan mertua sy yg mmg org sana..tp rasanya mmg pergh...marvellous..

Powered by Blogger.