iklan

iklan floral cake

iklan ada

Monday, February 13, 2012

KEK BATIK ARORA

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Melangkah semula kita ke minggu baru, sekejap aje kan masa berlalu.. sedar tak sedar dah pun bulan Feb.
Macam mana cuti hujung minggu.. Tentu seronok kan bila semua keluarga berkumpul. Bukan mudah sekarang ni kita nak berkumpul sekali.. Bila tiba masa hujung minggu nilah baru dapat bertemu dan bergurau senda.

Alhamdulillah ita dah semakin sihat, cuma batuk aje yang tak baik lagi. Batuk ita ni mmg lambat lah baik.. Dah biasa dah.. bila dia nak baik nanti dia akan baik sendiri..  Telan lah selagi macam ubat.. berbotol-botol pun payah nak baik..
Tapi harap2 cepat lah dia sembuh, payah jugak kalau batuk ni.. Suara pun dah tak de.. hihi

Nak dijadikan cerita, hari tu.. memang ita terkasima sebenarnya.. bila Chef Hanieliza telefon ita.. Macam tak percaya aje.. dalam hati berkata.. eh mimpi ke ni.. cubit jugak lah pipi ni kanan dan kiri nak pastikan yang ita ni tak bermimpi disiang hari.. hihi
Yang ita sangat ralat Chef Hanieliza telefon, masa ita tak de suara... hihi segannya.. dah lah batuk mengokol-ngokol..
Tapi, sememangnya Chef Hanieliza seorang yang sangat peramah.. Seronok berbual panjang dengan Chef walaupun suara ita tak de.. eeeee....
Bilalah ita dapat bertemu dengan Chef kesayangan ita ni.. yang telah banyak membantu ita memasak di dapur setiap hari.. Boleh ita katakan setiap hidangan yang ita sajikan pada keluarga kebanyakkan daripada resepi Chef Hanieliza yang ita ambil dari buku masakan beliau 1 Hari 1 Resepi. Buku ni lah pengarang jantung ita, sampai anak2 ita pun dah tau dah..
Ita suka sangat buku masakan Chef Hanieliza sebab resepinya sangat mudah, bahan-bahan juga adalah bahan-bahan asas yang kita gunakan hari-hari. Rasa2 ita setiap resepi yang ita cuba dari buku masakan beliau ni memang tidak pernah mengecewakan ita dan keluarga..
Terima kasih banyak-banyak Chef.. hanya Allah jua yang dapat membalas segala ilmu yang dicurahkan.


Apa pula yang ada di bawah tudung saji ita hari ni.. Nampak macam kek je kan...?? Kek apa pulak lah tuuuu...

Ini lah kek yang ita buat semalam.. Bila badan tak berapa sihat, cuti hujung minggu ita di rumah aje lah..  Daripada dok melepak depan TV baik ita buat kek.. dapat juga buat minum petang. Kebetulan kawan suami ita datang, dapat lah ita bagi merasa dan bawakan bekalan untuk orang di rumah..


Cantik tak kek ni?? Secantik nama dan sesedap rasanya.. Inilah kek Batik Arora.  Ita terjumpa resepi ni masa buat lintas lansung ke dapur Ady. Berkenan sangat dengan kek batik Arora Ady. Kombinasi warna yang ceria, buatkan hati berbunga ceria juga untuk mencuba.


Selidik punya selidik, resepi  hasil ilham daripada  Cida. Sekali lagi hati terpanah apabila melangkah ke dapur Cida pula.. waaa... mau pengsan.. melihat kek yang cantik itu.. oooo.. tidakkk... harus dicuba juga kek ni.. nampak sangat cantik halus dan mulus kejadian kek itu..


Akhirnya dapat juga ita merasa kek yang menjadi panahan asmara ni.. Keknya sedap! rasa macam kek marble sikit tapi campuran atau kombinasi perisa tu buatkan sedikit kelainan pada kek ni ditambah corak batik yang memikat.
Tapi pada ita dan suami yang mmg suka manis ni.. ita rasa kek ni tak berapa manis.. walaupun ita sebenarnya dah lebihkan sikit susu pekat tu.. Tapi bagi mereka yang sentiasa menjaga pemakanan dan  kesihatan, rasanya ok lah kan manisnya tu.. manis2 buah gitu...


Ita ada tambahkan sedikit ovelate dalam adunan. Bagi perisanya pula ita letakkan perisa pandan, strawberry, coklat dan vanila.. tak mau letak banyak2 perisa nanti pening-pening lalat pulak.. hihi
Warnanya tu terpulanglah pada citarasa masing-masing.. sesekali bermain dengan warna seronok jugak kan??
Untuk coraknya juga terpulanglah corak macam mana yang nak di buat terpulanglah pada budi bicara masing-masing.. anda yang membuat pilihan.. ceehh wah!


Terima kasih banyak-banyak kepada Cida yang sudi kongsikan resepi kek yang sedap ni..dan tidak lupa juga kepada Ady yang buatkan hati ni terpaut untuk mencuba. Sekali lagi izinkan ita untuk sharekan resepi ni disini pula sebagai panduan dan rujukan rakan-rakan lain yang mungkin juga teruja untuk mencuba.


KEK BATIK ARORA
By : Cida

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper

Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan


Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna


 Kek ita ni ita tuangkan caramel emmm... yummy!!

26 comments:

Choco Ani said...

Assalamualaikum Ita.. Alhamdulillah Ita semakin sembuh, kek tu Ita oiii adehhh bole pengsan tersgt lah cantik pa lagi tuang karamel mesti lah tersgt lah yummy nyer.. terliurrr dah ni.. haha oh ya Ani pun suka buku Chef Hanieliza mmg jadi rujukan Ani kat dapur.. memang berbaloi beli buku 1 HARI 1 RESEPI tu kan..

Tentang batuk tu mmg sama lah Ita Ani pun kalau batuk mmg lah lmbat hilang nya.. pa pa pun moga cepat kembali suara nya ya.. :) tima kasih juga ntry nya.. sentiasa menuggu ntry dari Ita..

Kak Sam said...

Alhamdulilah. Semoga batuk kak ita cepat2 hilang. Banyakkan minum air masaik yea kak. Memang terliur le tengok kek kat atas ni. ermmm bila le dapat rasa kek ni.

DaRi DaPuR LiZa said...

salam ita....semoga cepat sembuh...wah pepagi dah di hidangkan ngan kek...simpan cikit ye..jap lg liza sampai..hehehe..ita cantik acuan kek ni....

faa.rosli said...

semalam faa baru nampak buku 1 hari 1 resepi tu..cover kaler hijau kan kalo faa x silap? baru berangan nak beli, tp budget x mengizinkan..lain kali faa nak beli sbb kak ita ckp bez buku ni..hihi

I'm Cida- My Photo Blog said...

kalo kak ita yg buat...mmg meruntun jiwa la tgk hasil kejadian tu...

kak ita mmg pemanis orgnya kot...heheheh
sbb sukatan gula dan susu tu bg kite dh ok.. sbb kite pemasam orgnya..ngeh2...

rahel said...

Weeee....fengsang gue skejap tengok arora itew...cantik molek..macam nak join makan2 kek..hehe..

Melly Octaviana said...

Cantik potonya, sedap kek nya.. mau comot rasanya .. hehe

Chah said...

errr...akak pasti ke ayam yg bertenggek atas tudung saji tu tak ber*k atas kek tuuuu???? cantik kek secantik namanya...part karamel meleleh tu mmg saya serender, tak tahan godaaannnn!!!!!

Mas said...

perhhhh...tangkap leleh tengok kek kak ita tu....
menggoda habisssss...

mamavogue said...

assalam kak ita.
lame dah nak letak komen kat sini tp x kesampaian. 1st of all saye nak share 1 petua yg saye amalkan utk kurangkan sakit kepala/migrain & segala sepupu sepapat nyer lah. tiap2 pagi saye minum air rebusan kulit kayu manis. kalau nak sedap bole campur madu. kalau ikut petua sebenar akak xyah minum tiap2 pagi, 3 kali seminggu pun dah cukup. tapi saye amalkan selalu sbb byk lg kebaikannyer utk kita.Insya Allah.. cubalah ye :-)

Yatie said...

alamak tetiba mcm nak makan kek pulak..ni gara2 Ita godalah ni..mmng menarik kek yg Ita buat ni..kalau kek2 yg mudah mcm ni bolehlah Yatie buat..kalau yg canggih2 tu...he3..faham2 jelah..kena tunggu Ita buatkan gak....

aJa said...

ya lah kak ita sejak jumpa blog akak...saya makin rajin ke dapur la sampai sekarang dah naik 5 kilo...haha

tapi kak xpa yg penting anak2 suka...
cik abg pun syg....heeee...

suka tengok koleksi kek kak ita....walllaaaaaaa

Qasey Honey said...

asslm kak...

super gojes la kek akak ni...cantik hingga tertawan dibuatnya...

acuan tu pon lawa jugak...hehehe

quinnie said...

cantik rupa dlm kek nya kak ita..saya pun tergoda dgn kek ni masa tengok ady buat hari tu.....dah salin resepi tapi tak tau nak buat bila..kekeke

Hawa said...

Rajin btul kak ita niee...suka lahh lawat blog akak

Gee® said...

canteknyaaa....ternganga molot jap...

arieza said...

salam kak ita.. wahh memang tergoda lah.. sy memang suke ikut resepi kek2 akak nie.. byk dah yg saya cuba.. senang nk ikut sebab cara akak ajar tu mudah di fahami :)
kak camne akak buat soso karemel tuh? boleh kongsi?

khairiah khaizu said...

cantiknya acuan kek tu....

khairiah khaizu said...

cantiknya acuan kek tu....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waa.. cantiknyer kek serta acuannya tu.... bunga2 lagi.. hehe..
patutlah tuang karamel atas kek... mesti tak syok bila rasa kek kurang manis ditekak.. tp rasanya kalau dengan MaDiHaA dah okay kot manisnya tu... haiii.. bilalah nak mencuba.. aritu masuk dapur Ady asyik hang jer nak tinggalkan komen pasal kek ni.. mmg geram jugak tgk.. tp lagi geram sbb PC ni asyik2 hang.. adeeiii.. bilalah nk dpt PC baru..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ehh.. lupa pulak nak komen pasal Chef Hanieliza atau lebih mesra dipanggil Kak Liza.. sememangnya Kak Liza sangat peramah orgnya.. dah beberapa kali juga Kak Liza telefon.. kdg2 akak yg segan tak tau nak buka topik apa.. sebab tu akak segan nak telefon dia.. hehe.. walaupun gitu.. Kak Liza tak pernah meninggi diri walaupun kita ni ibarat adik2 dia yg cetek ilmu masak2.. tp dia tak kisah nak menelefon kita bertanya khabar..

hanieliza's cooking said...

Salam...seronoknya dapat bersembang dengan Ita..
kakliza memang admire ngan presentation masakan/baking Ita..
bab ramah..aduhhhh..satu donia tahu akak memang peramah...tak larat nak layan jer...
maaf Ita kakliza celoteh panjang aritu..nanti kita sembang lagi yer..

Diana @ Melley Mey said...

x tau apa nak kata... gambar yang sgt cantik n menarik sekali... tgk gambar kek tu pun dah meleleh air liur d buat nya nie.. hehehehe

IeRA said...

Ya Allah!!! cantiknya....sayanhnya nak makan kek tu.....tergamak akak memotongnya!!!!!

lalaroza said...

suka tgk akak pnya blog ni..kek ni mmg sgt comel..mmg tergoda habis..tahniah akak..

Azie said...

As salam Ita, kat mana kita boleh dapatkan acuan kek yang macam kek Arora ini? Teringin nak mendapatkannya.

Regard
Azie Kitchen