Follow if you like

Feb 2, 2012

DONUT MAYO

Assalamualaikum


Mendonut lagi ita hari ni..
Nak buat macam mana tuan rumah ni mmg suka sangat makan donut.
Sebenarnya ini adalah kali ke dua ita buat donut mayo ni. Kali pertama buat masa cuti hari tu. Masa tu tak sempat nak ambil gambar sebab masing-masaing semua dah tak sabar nak makan..
Tapi masa tu ita tak buat donut sebaliknya ita buat pau sambal tapi gunakan resepi donut mayo. Laju aje masing2 makan.. sedar2 dah licin..


Teruja nak buat donut ni bila beberapa rakan blog yang mencadangkan ita mencuba donut mayo yang dikatakan sangat lembut. Ita dah banyak kali juga cuba resepi donut dari Ros ni.. kebanyak resepi donut dari Ros memang sedap! Nama pon donut, mestilah sedap bertambah-tambah lagi bila kita ni memang peminat donut

Tapi jika di beri pilihan ita lebih sukakan Donut Taufu Lembut tu.. resepi dari Ros juga.  Begitulah kan citarasa setiap manusia ni berbeza.. ada yg suka A ada pula yang suka B. Sebab tulah Allah berikan kita Nafsu, akal dan hati supaya kita dapt menilai dan berfikir.. Bak kata orang walaupun rambut sama hitam tapi hati dan citarasa kita tak sama..

Donut mayo ni memang sedap! lembut dan gebu! hihi ita punya Donut ni terlebih perangnya.. ita kuatkan api dia.. hihi sebab nak kejarkan ambil Dalili balik sekolah.. dalam kelang kabut tu.. emm tergelap pulak kawan tu..
Pada yang nak buat nanti api jangan buka panas sangat tau! guna api yang sedang aje..


DONUT MAYO
By : Rosmarlina rosmarlina @ jintanmanis.com

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread Maker (BM)
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.



Terima kasih Ros atas perkongsian resepinya. Ita minta izin untuk sharekan di sini pula. Rasa-rasa ramai juga peminat donut di luar sana. Bolehlah mereka mencuba resepi donut yang menarik dan mudah penyediannya dari Ros.


17 comments:

norhanim md zain said...

assalamualaikum ITA..

pagi-pagi tengok donut ni kena dengan kopi panas mesti best kan..Anim pun peminat Donut..belum pernah guna mayo lagi utk buat donut..

thanks pas ni boleh cuba ..cantik gambar telur tu..kreatif..

Qasey Honey said...

asslm kak...
sedapnya klau pepagi ni dpt mkn donut ni..bleh la cuba buat donut ni hujung mgu nti...nyum22
alamak!!! berkeroncong lak pewuttt ni tgh mnaip...hahaha

JUJUE AHMAD said...

salam kak ita,
terliur pagi2 ni tgk donut. Minggu lps jue try buat donut kentang, ok tp xbrapa gebu sgt mgkin uli tgn kot..
nnti blh la jue try resepi akak pulak. hopefully menjadi...

NORLYDA YUSOFF said...

Salam Ita.

TQ sebab highlightkan cerita donut ni. Kdg2 penyediaan breakfast mmg memeningkan kepala. Yg berat spt nasi lemak mmg favourite seklrg. tp tak leh selalu atas faktor kesihatan. Bila nmpk Ita bt donut rasanya akak akan cuaba utk cuti hujung minggu sempena maulidur rasul ni. TQ Ita. Keep up yr good job with the photo shooting.

Melly Octaviana said...

Met Pagi Kak Ita.. siapa sih yang ngga suka makan donut yah, my bungsu tiap hari makan donut pun tak kisah. btw hari ini melly juga buat donut tapi donut kentang,pesanan bungsu tadi pagi, adonan nya sudah di BM skrg. lain kali try recipe donut nya kak Ita. ;)

SiTi AiSya mzm-fc said...

ayoooo..cantiknya gambar ..suuke sangat yg first tu !

CT Delima said...

As'salam Ita

mendonat hari2 pun tak apa kalau angon rajin ni Ita, sebab anak2 memang suka makan. Tambah2 lagi letak topping bagai lagilah lajuuuuu habisnya..hehehe

Tapi mana tahan nak mendonat jer memanjang, ada kang tak buat kerja lain nanti. Kalau menjual tu lain citerlah kan..hehehe

Ummi said...

Assalam Ita cayanggg....amboiii menggoda tul donut tuh...akak sendiri dah lamaaaaaaaaaaaa sgt x mendonut...adeeii..anak2 ni nak makan donut yg mcm Big Apple jek..ala2 kampung punya donut, akak sorang jek tibai...tu malas nak buat...nk kena cari resepi yg ala2 Big Apple kee...adeeii

rahel said...

selamat pagi Kak Azlita...
waaa..bestnya klu pepagi buka mata ada donut mayo depan mata...bole kunya2 sambil on line...

Ribbon Clown said...

Kak Ita,

Cantik sgt2 gambar yg last tuh.. :D Like 1000x.. :D

Mas said...

aduhhhh...
terpegun mas tengok donut akak tu..

Ummiakid @ lily said...

cantek donut tu sis...dah lama x buat since last buat tak menjadi...nanti leh try balik guna resepi ni..

faa.rosli said...

cantik sgt gambar telor tu..

chimidama said...

salam kak ita,

first time saya komen..sebab xpuas hati dengan gambar makanan kak ita ni..

SEDAP SANGAT! hehehe...

Gambar telur dalam bakul pun buatkan saya rasa lapar dah...

hehe..suka sgt resipi kat sini..senang nak buat dan sedap!

Terima kasih,
chiida

snaz saehuri said...

Salam Azlita.. saya dah cuba resepi ni semalam.. cantik kejadian dia... saya adjust sikit.. tmbh cheese dlm tu... husband saya minta tambahkan cheese dlm tu.. so sya potong2 panjang... bubuh kat tengah2.. lepas tutupkan... buat panjang dan sambung.. sedap tau.. Thanks for sharing all the recepies. siap bagi tau kengkawan pasal blog ni... thanks again.

Azie said...

As salam Ita. Macamana nak bentukkan doh supaya menghasilkan donut yg berbentuk bulat cantik. Harap dpt dikongsi ya

Macy Humaira said...

salam kak ita. sedapnya nampak donut. semalam macy buat donut keledek, tak naik2 pun ape lah dosa nya. huhu

Powered by Blogger.