Wednesday, February 22, 2012

BUAH MELAKA PANCAWARNA

Assalamualaikum


Selamat pagi.
Salam penuh kecerian buat semua pengunjung setia Masam Manis.
Sejak dua menjak ni, hati ita berbunga ceria secerianya pancawarna alam semesta. Melihat perubahan yang berlaku dalam blog terutamanya blog masakan amat mengembirakan hati ita sebenarnya. Ita melihat perubahan yang berlaku ini satu tanda yang sangat baik dan positif.

Masing-masing berkongsi minat yang sama, memasak dan mengambil gambar. Perubahan yang paling ketara adalah dari segi persembahan seni Food Styling yang sangat ketara disamping idea-idea yang cukup kreatif dalam setiap hidangan yang di persembahan. Inilah yang ita harap-harapkan..  dari awal ita berblog. Ita mengharapkan ada perubahan dalam blog masakan kita.. taklah rasa sama aje dari dulu hingga kini..

Sejak akhir-akhir ini juga ita melihat kematangan pada setiap bloger. Berkongsi dan menceriakan lagi dunia blog dengan penuh rasa ukwah dan setia kawan, tanpa ada rasa cemburu, atau iri hati. Inilah yang sebaiknya..

Buat apalah kita nak ada simpan perasaan cemburu, irihati dan hasad dengki, kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang baik. Berkongsi ilmu untuk kebaikan semua. Lagipun dunia blog kita ni.. terutamanya blog masakan ni kecil aje.. Bukankah kita berblog tanpa paksaan dan atas kerelaan kita sendiri..  Lebih baik rasanya kita happy-happy kan diri memasak dan berkongsi ilmu yang baik.. Lagi satu buat blog ni bukan dapat anugerah apa-apa pun.. tak de pun pangkat dan darjat kebesaran yang diberikan.. apalah yang kita nak cemburukan.. Iklaskan hati kita insyaallah kita akan rasakan berblog ni satu terapi yang baik..


Kita terus kepada sajian yang bakal ita hidangkan hari ni. Uik.. pelik benar nampak rupanya.. berwarna-warni. Inilah kuih Buah Melaka atau lebih mesra di pangil onde-onde. Kebiasannya onde-onde dibuat menggunakan tepung pulut. Tapi pengunaan tepung pulut secara keseluruhan akan membuatkan onde-onde liat bila dimakan lebih-lebih lagi bila ianya telah sejuk. Untuk mengurangkan rasa liat, ita selalu letakkan keledek, ubi, labu atau kentang yang direbus dan dilenyek. Ini adalah resepi yang diajarkan oleh kakak ita bila ita bertanyakan tentang cara2 membuat onde-onde sewaktu awal2 ita melangkah ke alam perkhawinan.

Bila ita terbaca tentang pengunaan tepung gandum bagi melembutkan onde-onde, hati terpanggil untuk mencuba, lebih-lebih lagi warnanya yang ceria semakin menambat minat ita untuk mencuba. Ode-onde adalah kegemaran anak ita Dalili, tapi dia hanya akan makan onde-onde yang berwarna hijau sahaja. Sebab tu ita jarang nak mewarnakan onde-onde nanti dia tak nak makan.


Pada ita resepi ni sedap juga lah kan.. tapi kalau letak keledek terasa lemak manis keledek tu. Bila guna tepung gandum ni rasanya rasa tepung lah kan.. tapi tak salah jika kita mencuba, manalah tau kalau ianya serasi dengan selera keluarga. 

Resepi dari Ena ~ Lovelay Kitchen dan ita ambil dari dapur Yatie. Terima kasih kepada kedua-duanya atas perkongsian ini. 
Yang ita punya ni, kelapa tu ita warnakan.. haha saje aje.. cari kelainan.. tapi gunakanlah warna makanan bukan water colour pulak! Jangan letak banyak warna letak sikit aje.. takut mabuk pulak.. haha  

Satu lagi versi boleh tengok kat blog Qasey Honey yang beliau ambil dari My Resepi, resepi kiriman Ibu Farzana


BUAH MELAKA PANCAWARNA
By : Ena ~ Lovely Kitchen
Rujukan : Yatie

3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. 


TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

22 comments:

Qasey Honey said...

asslm kak Ita...
wah berwarna warni kt dapur hrni yea...rajin tul...kelapa tupon akak color2kan jugak...
nk tnye ni...budak kecik Dalili tu mkn x kuih ni...
ker dia mkn yg color hijau tu aje...hehehe...
sbb hrtu akak ckp dia suka yg versi orginal tu...

MeknaBlog said...

Salam Kak Ita..wah3..kak ita ni buat apa pon nampak cantik jeeee..sedap nampak kuih tu..tak bekpes lg ni kak

kakna said...

salam ita..
ita kalau buat apa pun nampak cantik dan menyelerakan.pandai berfotografi lak tu.

AZLITA AZIZ said...

Wasalam QH

hihi tu lah akak kan dok fikir kat mana lah akak jumpa onde2 yg buat guna tepung gandum ni.. nak ingat balik siapa yg dah buat tapi tak ingat2 last2 akak cari kat rumah Yatie.. mmg tau Yatie mesti dah buat.. rupanya resepi dari org yg tak sama..
nanti akak masukkan link versi QH sekali ye..

Yg ni emmm.. Dalili tak mau makan dia nak yg ori yg dia punya akak buat lain.. tak letak warna..
yg ni akak makan sorang.. hihi sampai mabuk-mabuk.. haha

AZLITA AZIZ said...

Wasalam Mekna..

hihi akak saje aje suka2
Bila tak de kerja kat rumah ni.. inilah kerja akak.. haha dah lama tak main dgn warna sebenarnya..

Gee® said...

Mak aiii... suka main kaler maler yer...

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak...
ceria je bila tengok pepagi ni.

Siti_btp said...

Alamak!! tengok buah melaka
teringat bulan puasa..

Puasapun tak ganti lagi ni..
Walau apa pun tangan memang berseni..

Ezadlieza said...

mmg tak dinafikan dapur k. ita mmg hari2 berseri2... ni mesti tuan empunya dapur pun senantiasa berseri2 juga... kankankan...

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
menarik lerrrr buah melaka Ita ni...meh rasa seketoi..yatie pun nak yg ijau nak bagi Hamka..tak sangka dia suka makan kuih ni..biasanya pun yatie buat letak keledek/kentang atau labu..mmng berketoi2 masuk mulut....

Mak Wardah said...

salam perkenalan. Best sgt nampaknya buah melaka ni.

ZalinZalina said...

Assalamualaikum kak Ita...lamanya saya tak komen kat sini walaupun tiap2 hari wajib masuk blog ni..he he...kadang2 rasa segan nak komen bila ramai sangat yang komen tapi dalam hati memang nak komen selalu..banyak2 kuih yang saya buat jual, kuih ni la yang paling maleh saya nak buat coz maleh nak potong2 gula melaka tu :)

Mas said...

cantikk berseri2 la kak buah melaka tu..
sedapppnya...

KG said...

shhh jgn bagi anak ank i tgk, sat gi depa mintak!

ummiaisyah said...

sungguh ceria hr ini..
tgk kuih kak Ita warna warni..

CT Delima said...

AS'salam Ita

Terlambat sikit hari ni datang, maklum lah cabut rumput, yang dah semak samun dalam pasu bunga tu, kalau tak dijengah ada juga kang siput yang buat sarang dalam tu. Nampak sangatlah tuan punya pokok ni sibuk memanjangkan... hahaha

Hiss..ct ni kalau nak bagi buah melaka ni sepinggan besar pun be,um tentu cukup Ita..hehehe. Tapikan Dalili comel tu serupa ct lah suka kaler hijau kalau buah melaka ni, nasib baik ada geng.. hihi. Rajinnya Ita buat macam2 kaler ni. kalau ct nak buat tu boleh Ita cuma kena tunggu mood rajin lah nak mewarna tu, kalau dah buat nanti dari duduk terus bediri, dari bediri kang lunjur kaki..hehehe

Betul apa yang Ita cakapkan, sesekali kita nak juga buat perubahan apa salahnya dan setiap blog masakan ni hanyalah perkongsian buat semua teman2. Ct pun bukan mintak dipuji atau di sanjung tinggi, cuma menginginkan kelainan aje. saja suka2 untuk menghiburkan hati sendiri, sebab usaha yang kita buat dah tercapai dan terlaksana sudah, masih lagi nak belajar ni, banyak lagi yang ct tak tahu betul tak Ita :)

Boleh aje kalau nak suruh CM tolong ajar tapi ada pengeras tau, cari kamera lama satu tu dia..hahaha

Hannani said...

As salam Kak Ita,cantiknya buah melaka nieh.kalerfulnya..minat sgt2 dgn blog kak ita,rajin hari2 kak ita update.Sehari mau 3-4kali belek blog kak Ita.:):)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

I never got jealous with your photographs, infact I fell in love with them and some others! Seriously...:) Hehehe...

ASMAH YUSOF said...

Askm k.ita...

Menariknya kaler2 dia.... tgk pun dah rase x sabar nk mkn...hehe..:))

E-na Art Studio said...

think positive then u will be happy always...xperlu ada iri hati hasad dengki sesama insan baru hati kita tenang...kan sis...

tq try resepi ni...e-na link n3 akak ye..:))
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2010/05/buah-melaka-pancawarna-aka-onde-onde.html

aznimatisa said...

salam azlita,

Tahniah untuk blog yang cantik ini. Tulisan yang ikhlas terus meresap di hati pembaca. Kak "berkenalan" dengan blog azlita ini menerusi blog Chez RatnaJG. Teruskan menulis dengan gambar2 yang sangat berkualiti.

Hesti HH. said...

waaaah, ini mirip dengan klepon ya Kak Ita? ide bagus dengan warna warna cantiknya...jadi sayang tuk memakannya ^,^