Follow if you like

Feb 3, 2012

BINGKA KACANG MERAH

Assalamualaikum..

Kuih bakar ni dah lama ita buat sebenarnya.. Entah macam mana ita terlupa pulak nak masukkan dalam blog. Ita buat kuih ni selepas nampak yatie buat kemarin. Yatie ni mmg pandai buat kuih muih tradisional.  Rasa kagum sangat dengan bakat yg ada pada yatie.


Sebenarnya ita tak pernah makan kuih bakar yang dibuat menggunakan kacang merah. Biasa guna pisang, ubi, keledek, kentang, labu, sukun atau durian. Bila nampak yatie buat rasa macam nak merasa lah  pulak... apalah rasanya kan kuih bakar bila kacang merah sebagai bahan asasnya.


Merebus kacang merah ni mmg makan masa sikit.. lama tau nak bagi dia empuk. Tapi nak makan punya pasal buat jugaklah kan ibarat kata pepatah alah bisa tegal biasa
Ita mmg suka kacang merah berbanding kacang hijau, jadi pada ita kuih ni sedap! Pada yang suka kacang merah bolerh lah mencuba
Oh lupa nak bagi tau, resepi ita ni ita tak letak pewarna, jadi warnanya adalah warna kacang merah tu sendiri
Terima kasih ye yatie atas resepinya, ita minta izin share kat sini pulak


BINGKA KACANG MERAH
By : Yatie

11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
1 cawan air*(* di kisar bersama)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan
1 cwn gula
3 sudu besar butter
2 biji telur
sedikit garam
pewarna merah
sedikit bijan
2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter

Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.






4 comments:

Anna said...

Salam singgah,

Pandai Ita buat kuih tradisi, memang salute. Ur pics pun look so yummy.

Jemput singgah dapur Anna pulak ya.

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita...malam2 begini masih lepak kat blog? hehe..tergoda gue tengok bingka kacang tu..cute2 semuanya...

zuwaidah said...

photo yg menarik membuatkan kita akan terus membaca lagi dan lagi. semestinya hidangan juga sedap dan menyelerakan.

Yatie said...

cantiknya bingka kcng merah bentuk love ni...tq Ita sudi mencuba, sorry lambat sampai coz bercutilah...ni baru perasan..btw sentuhan air tangan Ita mmng mengagumkan...terbaekkkk.

Powered by Blogger.