Follow if you like

Feb 3, 2012

IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI

Assalamualaikum..

Salam di hari Jumaat...
Memandangkan hari ni hari Jumaat, Ita terpaksa pendekkan bicara hari ni. Masa sangat suntuk kerana sekejap lagi nak ambil Dalili balik sekolah. Hari ni kan balik awal. Pas tu nak masak lagi.., nak hantar gi sekolah agama pulak.. petang ada mengaji Al-Quran lagi.. huh! berpeluh maknya..banyak sangat kerja yang menanti. Itu belum termasuk lagi kerja-kerja rumah yang banyak dah terbengkalai.. Rasa macam tak cukup tangan aje nak menguruskan semuanya...


Berbalik pada resepi hari ni, cukup mudah dan simple penyediannya. Ita guna ikan tenggiri, boleh juga kalau nak guna ikan lain seperti kembung atau ikan merah. Terpulang pada citarasa dan simpanan ikan yang ada.

Ok lah ita tinggalkan dengan menu hari ni.. Ikan Tenggiri Goreng Berserai. Jom layan resepi yang sangat mudah ni..



IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI

4 keping ikan tenggiri
Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit
Kemudian goreng hingga kuning keemasan
angkat , toskan minyaknya dan ketepikan

2 batang serai ~ dititik
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan
Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar
3 cm halia
1o tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai ~ ambil bahagian bawah sahaja
Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air


Ambil 2 sudu besar minyak daripada baki mengoreng ikan tadi
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum
Kemudian masukkan serai yang telah dititik
Tambahkan air asam jawa secukupnya
biar hingga kuah merenih
Masukkan lada hitam dan kiub ikan biar didih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
masukkan ikan yang telah di goreng tadi
Masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit
Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan lada
Sedia dinikmati bersama nasi





16 comments:

eijah said...

wah!!menu simple tp sedp ni kak!!esok cuti leh la sy try buat ni...hehe

Yatie said...

Slmt pagi Ita,
nmpk menyelerakan ikan tu...kalau mcm ni terhidang depan yatie...maunya bertambah nasi dan lauk....laporrrr tetiba ni.....

Qasey Honey said...

hmm sedapnya meni ni...suka masakan jenis mcm ni...mesti wangi aroma serai tu kan...

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Nampak sedap le ikan ni. bila nak try ni.

DaRi DaPuR LiZa said...

terasa lapar la pulak pepagi nie....

Melly Octaviana said...

Selamat Pagi kak Ita.. ngeces kak liat ikan nya,nampak nya sedap sekali di makan dengan nasi hangat, Melly pun mau buat ahh, ijin bookmarked recipe nya yah kak Ita yang cantik dan pandai memasak.. ;)

Gee® said...

nak tumpang makan boleh...laparrrr

leen said...

simple n menyelerakan..nyum..nyum

Mas said...

wahhhhh...pepagi dah terliur nengok ikan tinggiri tu....
sedappnya........

Ummi said...

Itaaaaaa....xpa la ikan goreng pun mewah dengan perisa serai, mmg best tuh...kena dgn nasi panas2 dan ada sambal sikit...liciiiinn nasi...hehe

Huzaina Hashim said...

kalau makan dgn nasik panas sedap nie...

Intai Dapur said...

salam kak ita...menyelerakan betul la tgk lauk tu, kalau mkn nasi, laju ni....hihihhihii

Chah said...

simple tapi harus 2 pinggan nasi tk cukup nih...kak, suka la pinggan gambor ikan tu..cumill!!

::NureeN:: said...

salam kenal..
nureen kenal dari blog fieda.. nureen ambik yerr recipi cheese tart tue :)

recipi ni pon simple bleh cuba :)

Diana @ Melley Mey said...

Akak...
Ikan tu kalau makan nagan nasi putih pastinya sedap sgt tu... Makan masa ianya masih panas lg.. Wah,, sedapsedap sedaaap!

Yanna Obay said...

Assalamualaikum, tumpang tanya.

1 cube ikan tu camne rupanya?

Powered by Blogger.