Follow if you like

Jan 18, 2012

POACH PEAR IN CAGE

Assalamualaikum...

Semalam satu hari cuaca panas terik. Mungkin hari ni pon sama. Nampak matahari dah muncul terang benderang..
Kalau sidai baju sekejap aje kain baju dah kering, garing macam keropok..
Bila cuaca panas cam ni tugas ita bertambah lah sikit, kenalah siram pokok keliling rumah. Kesian pokok -pokok tu kering dan layu aje tak bermanya..


Sebenarnya ita bukan lah nak cerita pasal pokok pagi ni. Tapi nak cerita pasal dessert mat salleh ni lah.. uiii.. jakun sikit ita ni.. tak pernah merasa tiba-tiba teringin pulak nak cuba. Bukannya apa kadang kala terasa juga lah anak tekak ni nak menjamah.. manalah tau kot-kot serasi.. kata orang tak cuba tak tau..


Ini lah yang jahatnya hati dan nafsu. Bila dah berblog mata ni selalu aje singah blog kawan-kawan pastu terliur lah pulak.. yang nakalnya ialah gambar.. uiii.. gambar ni kalau pasal mengoda mmg no 1. Selalu aje tewas oleh pandangan mata dan akhirnya di cuba juga..

Sebenarnya ada baiknya juga dapat juga kita merasa dan mencuba. Pas tu barulah dapat menilai yang tekak kita ni dah bertaraf international atau belum.. hihi


POACH PEAR IN CAGE
Recipe is inspired and taken from Sprinkle Bakes's Honeyed Pear in Puff Pastry
 
Yield: 2 medium sized puff

4 small pears
1 sheet of ready made puff pastry dough, thawed
4 cups water
2 cups sugar
1 cup honey
1/2 lemon
1 vanilla bean, seeded with hull reserved
3 sticks of cinnamon
6-8 whole cloves

Peel pears and core from the bottom. 
In a medium saucepan, combine the 4 cups water, 2 cups sugar and 1 cup honey. Bring to a simmer over medium-high heat. When the sugar has melted, add the pears, vanilla seeds and hull, 1/2 lemon, cinnamon and cloves. Simmer pears until they are fork tender. This can take 20-40 minutes, depending on the ripeness of your pears. 
Preheat oven to 200 degrees.
When the pears are soft, remove them from the pot and allow them to cool slightly. Discard solid pieces from saucepan.
Cut 2 medium size of puff pastry in square. about the same size as your pear.
Put the pear on the puff pastry [bottom layer]
As for the top layer, make several cuts just like below lattice pattern, and stretched it a lil bit, be careful not to tear it, [or you'll end up like mine-the big hole huhu] and put it on top of the pear. secure both end with fork or your hands. 
Baked it for 15-20 mins or until the puff pastry turns golden brown. Serve with ice-cream.



Resepi ni hasil jalan-jalan cari makan ita ke blog kawan-kawan. dan salah satu blog yg sering ita singah ialah blog Ribbon and Circus. Ita suka tengok hasil masakan beliau dan foto yang beliau hasilkan,  sangat berseni. Ada juga nak cuba-cuba ikut tapi waaa... tangan kita tak berseni mmg tak jadi macam yang ni...

Sebenarnya ita buat 4 biji pear dan ita berangan sangat nak buat macam jaring-jaring tu.. sebab ita tengok cantik sangat! try lah buat last2 sampai lembik buah pear tu ita kerjakan tak dapat jugak hasil yang sama.. terpaksalah angkat bendera putih.. huhu
Dan akhirnya ita buat lah yg dok pintal-pintal je.. la... nanti mesti cuba lagi sampai dapat !

Berbalik pada resepi ni.. emmm.. ita rasa tekak ita masih lagi tak mencapai taraf international... huhu Dia tak boleh masuk apalagi nak menari2.. siang-siang dia dah buat sepakan penalti.. haha


Tapi cik abang kita tu laju aje dia sebat.. naik terbeliak biji mata ita melihatnya.. uiiikkk.. tak manis ke??? naik meremang bulu roma masa ita nak menelan.. punyalah manis... medu...
Aikkk!! dia boleh kata sedap! alamakkkk... sedap ke??
Aduyaiii.... sampai  dua-dua biji dia makan selamber derkkk.. aje..
Ialah org dah biasa dok luar negara.. hihi kita ni ayam kampung.. hihi

Walau bagaimana pon ita nak ucapkan terima kasih juga pada Ribbon and Circus kerana telah memperkenalkan ita dengan dessert ni dan membuatkan bersemangat nak mencuba walaupun ita tak dapat buat yg macam beliau buat.. mmg tabik spring toing! toing! toing! kat beliau.. nanti ita nak cuba lagi.. sebab cik abg kita suka.. kita aje yg tak dapat terima sebab manis sangat...

Kepada yg teringin tu.. boleh lah mencuba..


PEAR MADU DALAM LILITAN PUFF


4 biji buah pear
1 keping puff pastry segera yg besar
4 cawan air
2 cawan gula ~ ita kurangkan
1 cawan madu ~ ita kurangkan
1/2 biji lemon
1 batang vanila ~ ota guna esen vanila
3 batang kulit kayu manis ~ ita letak 2 aje
6-8 biji cengkih


Kupas buah pear dan potong dasarnya untuk memudahkan buah itu berdiri
Dalam periuk satukan air, gula dan madu, masak atas api yang sederhana
Bila gula dah melarut masukkan masukkan buah pear, vanila, lemon kayu manis dan cengkih
Masak buah pear hingga lembut. 
Panaskan oven pada suhu 200 C
Bila buah pear dah lembut, alihkan dari periuk, toskan dan biarkan sejuk
Air rebusan jangan di buang, kita akan gunakan untuk sos


Potong puff pastry memanjang selebabar 1 cm
Kemudian lilitkan pada buah pear dari bawah ke atas
Pada setiap penyambung oleskan dengan sedikit air dan tekan supaya ia tak terbuka
Susun atas tray 
Bakar dalam oven selama 20 minit atau sehingga puff pastry kuning keemasan
Hidangkan bersama sos tadi dan ice-cream 







17 comments:

Qasey Honey said...

hmmm...sedapnya kak pear ni bile dah dibuat mcm tu...tq kak kongsi resepi ni...dlm list mnunggu utk dcuba...hehe

khairiah khaizu said...

kerja tangan yg baguiiihhh!!!!nyum2..

Ummi said...

Assalam Ita cayanggg....subhanallah lawooonyaaaa, baru nak komen kat kek lumut ni ha, dah muncul lak pear porch ni pulak, adeeeeii.. smlm akak cuti ke Shah Alam jemput Najiha balik...baru nak meronda nih.. Adeei, mmg terlalu sempurna laaa hasil tangan Ita nih...speechless tgk... ^__^

nonierahman said...

Assalam kak ita.bestnya tgk.nonie pon belum pernah cuba jadi x tau macam mana rasa.nnt boleh la cuba,br tau kan rasa mcm mana.buah pear dh sememangnya manis bertambah2 manisla

Ribbon Clown said...

salam K Ita,

Thanks try resepi ni.. kita mmg sweet tooth person..hihi

AbbotCottage said...

kalo masuk sini je mesti terasa melayang-layang tengok makanannya yang teramatlah cantik dan dah tentu terasa sayang nak makan. Kak ita, orang putih kan memang semenya pemanis, kalo resepi orang putih tu, kena cut off sket tang gula. tapi apapun, cantik sungguh gambo...

danial said...

nampak mc sedap je!!!!!

faa.rosli said...

rajin kak ita ni...gambar2 kak ita punye blog ni lagi laa meggodanya..hihi

rahel said...

Salam manis Kak Azlita...

Sukanya Rahel tengok pastry yang melilit pear tu..dapat gue bayangkan ca mana dalamnya...kat luar rapuh pastu dalamnya..sweeeet..

cik cek said...

Tak mo kata apa2....
Cantikkkkkla sesgtnya....:)

wendyywy @ Table for 2..... or more said...

Ori recipe yang Sprinkle Bakes to ambik dari Pepperidge Farm hanya pakai 3/4 cup sugar je. Dan Ita pakai Anjou pear yea, Anjou ni lembik skit bila dah masak. Mungkin Packham atau Barlett tu elok skit.

Oh Oeya said...

Rapi nyer.. Npk pun sedap sgt.. Dah kecur masammanis pear yg dimasak heheh.. :-)

CT Delima said...

As'salam Ita

Tak apalah sesekali tukar tekak jadi minah saleeh jangan anak pak saleeh..hehehe

Selalunya macam tu Ita, tekak melayu ni payah sikit nak menerima makanan luar apalagi yang belum pernah kita jamah.

Tapikan..ct memang tak boleh masuk kalau yang manis2 ya-amat ni..memang seram sejuklah jawabnya..nyilu rasa masuk tekak..hehehe

susumanis said...

kagum tgk cantik n pasti sedap ni ya ita :)

hOtMaMa said...

terliur nyer saya tengok resepi kali ni kak ita!! biasa saya silent reader je.. tp hr nih trus rasa nak komen... saya suka sangat dng gambar2 makanan kt blog akak.. sangat cantik & kreatif... pendek kata mmg kagum la!

Kak Sam said...

Tak terkata dibuatnya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
akak dh tengok versi yg Ribbon & Circus (R&C) tu buat.. mmg cantik nampak berjaring. tpkan ita.. pd pendapat akak dari mata yg melihat.. R&C tak gunakan kaedah menganyam.. tp sebaliknya akak rasa dia gunakan kaedah selimut je buah pear tu. puff pastry tu pula.. dipotong berjaring begitu dengan menggunakan cutter khas. memang ada terjual kat kedai bakeri cutter yang boleh potong tak putus gitu.. kalau tak silap kat rumah mamafami & mat gebu pun pernah tunjuk cutter tu.. nnt ita cuba2lah cari kat kedai bakeri ye...

Powered by Blogger.