Follow if you like

Jan 27, 2012

NASI LEMAK KUNYIT HIDUP

Assalamualaikum

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kekasih hamba turutkan

Nasi lemak, sajian tradisi yang tak lapok di telan zaman. Sentiasa mendapat tempat dihati para pengemarnya. Dahulu kala nasi lemak hanya kita temui dalam satu versi sahaja, berwarna putih mulus dialaskan daun pisang, dan ditemani sambal tumis, telur dan timun sebagai pelengkap selera.


Pada ita nasik lemak memang sangat sinonim dengan negeri Johor. Kali pertama ita menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang, ibu mertua membelikan ita nasik lemak. Dia sedia maklum menantu dia ni sangat cerewet dalam menikmati hidangan dan mungkin dia juga sedia maklum bahawa selera anak Johor ni memang tak sama dengan selera anak-anaknya.

Itu lah kali pertama ita jumpa nasi lemak yang berlauk kan asam pedas. Alamak cairnya sambal dia... Memang payah untuk ita terima waktu itu.. tapi oleh kerana menu yang lain lagilah ita tak pernah jumpa akhirnya terpaksa lah ita telan juga nasik lemak tu..

Ita dah sinonim dengan nasik lemak. Dari kecil ita dibesarkan dengan nasik lemak. Mak ita juga berjaja nasi lemak. Pagi2 hari pasti dah terhidu bau harum daun pandan dari celah jendela dapur. Bau itu yang membangkitkan ita dari tidur setiap hari..

Mak cik ita juga meniaga nasik lemak. Sebelum kesekolah ita sering ke warong mak cik untuk menolong atuk ita meniaga. Atuk ita memang membantu mak cik ita meniaga di warong. Boleh dikatakan perniagaan orang lama tidak menggunakan tenaga luar. Semua diuruskan oleh keluarga sendiri.


Pada ita nasik lemak mesti dilawankan dengan sambal tumis. Kalau tiada sambal dah kurang menyengatlah nasi lemak tu. Nasi lemak juga bergantung pada sambalnya jika sedap sambalnya maka sedaplah nasik lemak tu.. jika sebaliknya nasik yang sedap pun terasa hambar bila dinikmati.

Sekarang nasi lemak di sediakan dengan pelbagai lauk pauk, dengan rendangnya, sambal sotongnya, ayam goreng dan pelbagai lagi lauk pauk yang cuba digandingkan untuk menambahkan lagi kelazatan nasi tu. Semua bergantung pada selera masing-masing.. Kata orang tepuk dada tanyalah selera...
Bila tanya ita.. yang lama juga menjadi idaman kalbu.. Biar serba ringkas dan serba sederhana..

Nasik lemak sememangnya sedap jika di tumis. Memang sudah menjadi turun temurun dan ita rasa satu kelaziman bagi orang Johor, kalau masak nasik lemak memang dah semestinya bahan rencah ditumis dahulu. Ini sebagai menambahkan lagi kelazatan nasik tu dan membangkitkan lagi aromanya. Begitulah yang diajar oleh emak ita. Memang setiap kali ita masak nasik lemak waima nasik lemak versi apa sekalipun ita pasti tumis dahulu walaupun dalam resepi tidak mencadangkan untuk menumis. Sebenarnya ita dah terbiasa dengan cara emak dan atuk ita menyediakan nasik lemak.

Hari ni satu lagi versi nasik lemak untuk dikongsi bersama  Nasi Lemak Kunyit Hidup.


NASI LEMAK KUNYIT HIDUP

3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
Daun pandan
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 sudu besar halba
1 batang serai ~ dititik
1/2 inc kunyit hidup ~ ditumbuk lumat
2 inc halia ~ di titik
sedikit minyak untuk menumis
Secubit garam

Beras di cuci bersih dan rendam sekejap, kemudian toskan
Periuk nasik di alas dengan daun pandan pada dasarnya
Tuangkan beras di atasnya dan ketepikan

Dalam kuali, pijarkan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, serai, daun pandan simpul dan halba
Tumis hingga harum
Masukkan santan dan masak hingga didih
Sentiasa di kacau supaya santan tak pecah

Bila dah didih tuangkan dalam periuk nasi
Tanak nasi seperti biasa.
Bila nasik hampir kering kacau nasi gunakan copstick supaya butir nasi tidak patah
Tutup semula periuk dan tanak semula hingga nasi masak sempurna
Sedia di nikmati bersama sambal tumis, telur rebus dan timun sebagai ulaman.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 mangkuk ikan bilis ~ dibilas air dan goreng garing ketepikan

RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend

1/2 cwn air asam
1 sudu teh garam
secubit ajinomoto
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak

Pijarkan minyak dalam kuali

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau
Masukkan air asam , gula , garam dan ajinomoto secukup rasa..... biarkan merenih...
Untuk dapatkan sambal yang sedap, bahan yang kita blend tu hendaklah ditumis hingga garing dan lama sikit. Ini adalah untuk nak menghilangkan bau maung lada kering dan sambal juga sedap di makan.
Bila sambal dah masak tunggu hingga dia sejuk sebentar.
Barulah masukkan ikan bilis
Tujuan untuk masukkan ikan bilis bila sambal dah sejuk supaya ikan bilis tu masih rangup bila dinikmati

Konsep untuk Food Styling ita hari ni bertajuk Bekalan Pak Tua
Ini adalah sebagai mengimbau kembali kenangan sewaktu ita membantu atuk ita di warong.
Bekalan Pak Tua adalah bekalan untuk Pak Tua yang setiap hari singah di warong mak cik ita sebelum ia turun  ke laut.
Pak Tua akan memesan nasi lemak, dan nasik lemak akan  di masukkan ke dalam tepen atau mangkuk tingkat. Dan airnya pula di letakkan ke dalam tin susu di tebuk lubang dan di ikat tali. Air begini jika dahulu di warong mak cik ita di panggil Air Teh Pen.
Selepas arwah mak cik dan atuk ita meninggal ita tak jumpa lagi Pak Tua. Khabar dari Pak Tua juga tak pernah ita dengar hingga kini.. Dimanakah Pak Tua membawa diri??..

20 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Tengok je nasi lemak akak ni terus perut jadi lapar. Gamabr akak memang superb le. tahniah kak.

Qasey Honey said...

asslm kak ita...
pepagi tgk nasi lemak ni terus terasa lapo lak...tenkiu kak sudi share resepi ni...nmpk sdp sgt...msti cuba ni...

Ummi said...

Assalam Ita, waaaahhhh cantiknya nasi lemak...kuning diraja gitu...hehee.... Cantik konsep Ita tuh...thanks share idea food styling tu...suka akak baca... ^___^, muaahhsss tuk Ita cayang...

ilovekampungku said...

sedap nyer nasiklemak nih...xpenah rase nasik lemak warne kuning

Gee® said...

aww!! retro la Ita...

ummiaisyah said...

ye la kak ita..retro abih..siap ada kain pelikat lagi...suka..suka..

Emma said...

sangat special, boleh cuba hujung minggu ini...

CT Delima said...

As'salam Ita

Aroma nasi lemak menari2 depan hidung dah ni...tolong bungkuskan tuk ct juga Ita. Ohh, jangan lupa letak rempeyek tu lebih sikit, nak buat bekalan noreh jap lagi... hehehe

cun nya pic akhir tu, mengamit kenangan silam berada di barek hitam setulang laut. Agaknya kalau tanya mak Ita dia tahu tak barek hitam setulang laut tu berdekatan dengan istana pasir pelangi. Kat situlah ct membesar mandi manda dalam parit segala..hehehe.

Ohhh kenangan semuanya begitu jugalah dengan kisah Pak Tua.....

Mas said...

kak ita...
nasi lemak satu set..he3
hmm...menyelerakan betoi nengok nasi lemak akak tu...

hani@debumelukut said...

Nak cikit...

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Ita.. sedap nya nasi kuning, kalo di Jakarta kita panggil nya nasi kuning dan selalu nya di makan untuk makan pagi,lauk nya tempe,ayam goreng,telur.sambal dan krupuk. slurrp

AbbotCottage said...

Cukup segala konsep Kak Ita selitkan untuk hari ini. Tahniah!!

Wanieyra said...

Salam kak ita...

Tempeyek tu makan dgn nasi lemak ke?

aJa said...

waaaah...sedapnyer....boleh cuba lepas ni...hikhik

fuzidss said...

suka nasi lemakkkkk ...thanks for sharing

sHa AhM@d said...

suka betul tengok setiap picture yang di postkn..cantik sangat..guna camera apa yer..mesti power punya..cantik2 je gambar2 tu yang diedit..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
kalau nasi lemak apa je mmng tak tolak punyerrrrr...kalau boleh skrng gak nak merasa nasi lemak Ita ni..special punyerrrrr..

mas said...

Tahniah ita! Entri yg sgt menarik n berjaya mengembalikan kenangan.teringat masa ikut mak n abah motong kelapa sawit kat kota tinggi time cuti.bawak bekal nasi lemak dlm daun pisang. Sampai sekarang x reti nak mkn nasi lemak dgn lauk pauk lain.mesti nak sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus n timun.

Permaisuri Kayangan said...

nasi lemak yang menarik...cerewtnya org jhor..

Permaisuri Kayangan said...

nasi lemak yang menarik...cerewtnya org jhor..

Powered by Blogger.