Follow if you like

Jan 8, 2012

MAGGI GORENG ALA MAMAK

Selamat petang semua..


Hujan pulak hari ni setelah beberapa hari panas terik.. Syukur lah kan tak lah panas sangat.. tak payah ita nak siram pokok keliling rumah.. hihi

Dah minum petang? Sajian apalah yang di jamu pada keluarga petang ni.. mesti sedap kan..

Hari ni masak yang ringkas-ringkas aje.. hihi faktor kemalasan melanda..
Ita buat maggi goreng aje hari ni..
Walaupun masak maggi, tapi ita gunakan resepi dari Chef Hanieliza. Tapi Chef Hanieliza gunakan resepi ni untuk mi kuning, ita gantikan pula dengan maggi.. emm.. sedap jugak kan sesekali bertukar citarasa.. sesekali makan maggi sedap jugak kan..

Jom lah kita intai resepi yang mudah dan ringkas ni..


MAGGI GORENG ALA MAMAK
Dari resepi MEE GORENG MAMAK
by: Chef Hanieliza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

3 keping maggi
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram ~ ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah
2 sudu besar udang kering ~ ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih ~ ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa



Rebus maggi hingga lembut dan toskan
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap, sos tiram dan maggi. Kacau rata.
Ketepikan maggi dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan maggi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.

9 comments:

ilahjy said...

owhhh boleh tiru ni ita...maceh...selalu goreng biasa jer..goreng org rajeeennn hehehe

Nazrah said...

sekali sekala layan maggi goreng ok gak...

CT Delima said...

As'salam Ita

singgah malam2 harap2 masih ada berbaki maggi goreng tu..hehehe. ct ni bukan suka sangat akan maggi ni Ita, kalau bukan kerana demam atau dah laaaama sangat tak makan. Baru lah tekak ni nak menelan.

Apa pun maggi goreng Ita ni memang membuka selera, ct pun belum makan malam lagi ni. Tengah tunggu Che Mat buat kerja opis ni haa..kot2 lambat sangat ct lah yang makan dulu nanti..hehehe


JB hujan ya...KL ni panas dah berapa hari..membahang jer :)

faa.rosli said...

slalu makan maggi goreng 2 minit je..hihi

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita..
sekali sekala layan maggie memang sedap betul..

mieza said...

Assalamualaikum Kak Azlita, masakan akak dan gambar-gambarnya yang superb selalu buat saya drooling for the food dari kejauhan ini. Keep on blogging.

KuNanGKuNanG said...

sedap lak tengok magi goreng ni..petang ni balik keje nak wat gak lah.

susumanis said...

yum yum yum...:)

Bro Nasa said...

Napelah bila bro buat xsama mcm dlm gambar ye

Powered by Blogger.