Follow if you like

Jan 21, 2012

IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

Assalamualaikum


Ikan Belanak adalah dari kelompok ikan laut, berbentuk tirus dan memanjang. Dalam bahasa Inggeris ianya di kenali sebagai Bluetail Mullet. Ikan belanak sering juga di temui di sekitar air payau atau air tawar. Ikan belanak mempunyai bibir bahagian atas lebih tebal dari bahagian bawah yang memudahkan untuk ia mencari makanan di dalam lumpur. Ciri-ciri lain ikan belanak mempunyai gigi yang sangat halus dan ada sesetengahnya tidak kelihatan lansung giginya.
Ikan belanak mempunyai sisik yang agak keras dan kulitnya agak tebal. Rasanya sangat lemak dan sedap di makan. Ikan ni agak payah juga di dapati di pasar. Kalau ada pun harganya boleh tahan juga mahalnya.


Sedapnya makan ikan belanak bakar di cicah pula dengan air asam. Kena pulak dengan nasi panas-panas. Isinya yang lemak dan lembut memang membuka selera.
Satu ekor ikan ni habis diratah oleh Dalili sorang. Biasa ita jumpa ikan belanak ni kecil-kecil aje, tapi kali ni alhamdulillah dapat juga merasa ikan belanak yang agak besar. Memang agak payah nak jumpa ikan belanak yang besar terjual di pasar..


Ita ambil keputusan untuk bakar aje ikan ni. Puas dapat merasa isi ikan yang lemak manis. Kali ni ita bakar lemak harum pandan. Emmmm... semerbak baunya bila keluar dari oven. Tak sabar rasanya nak merasa ikan yang sudah kuning keemasan ni..

Sedapnya bila di cicah dengan air asam. Kuah lemak meresap ke ikan menambahkan lagi rasa dan aroma pada ikan yg dah tersedia kelazatannya ni.. Apa tunggu lagi jom intai resepi yang mudah penyediannya ni.. semudah ABC


IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam




AIR ASAM HARUM RAMPAI

3 batang cili merah ~ dikisar halus
6 tangkai cili api ~ dikisar halus
Sedikit belacan bakar ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 biji tomato ~ didadu
1 kuntum bunga kantan ~ dirampai
4 tangkai daun kesum ~ dirampai
250 gm asam jawa ~ diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam
masukkan bawang hiris, tomato, bunga kantan dan daun kesum
Gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukuprasa
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.


18 comments:

KuNanGKuNanG said...

sedapnye..xpnh lg jumpa resepi mskn cmni...

susumanis said...

maveles..nk try la esok..x jumpa ikan belanak ikna lain pun ok kan ita , yg penting daun pandan dan sos curahan nyer tuh :)

Attila razmie said...

walawee sedapnye ikan bakar..huhu

p/s: iela ingatkan dah salah page td, upenye akak dah tukar template dah lain huhu cantik2 sama cantik ngan gambar2 akak..:)

Qasey Honey said...

sedappnyaaaaa...mesti kna cuba sok ni...tliur tgk...blurppp

Mat Gebu said...

Sungguh memikat anak tekak.....

ShashaCahaya said...

Wah! Sedap.

norhanim md zain said...

belum pernah makan ikan belanak ni..bila tengok hidangan ita hari ni teringin lak pulak..

kalau di Kedah ikan ni di panggil apa ya..

Terimakasih sudi share resepi yg menawan ni..

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita,sungguh menyelerakan hidangan ikan n sambal belacan itew...nampaknya hari ni ramai geng masak2 tayang resepi berbelacan...adoiii mana bole tahan klu macam ni...

PertMuffin said...

salam kak... kalau yang nama ikan belanak nih, selain isi dia yg lemak, saya paling suka telur dia. sedap sangat.. gebu dan lemak, tak rasa pahit mcm setengah2 ikan. :)

Amie said...

Selamat pagi Ita,
mesti dah habis tinggal aroma daun pandan aje ni... cantiknya idea, cantik juga hasilnya...hatiku terpikat!

MummyWan said...

Ikan masin belanak pon sedapppp.....penah cuba??

faa.rosli said...

menyelerakan btol la..

Zaihashim said...

emm.., tengok gmbar pun dah tau sedap.., kalau dpt makan best ni...

aleeya sapphire said...

wah sdap nyer tp liya x mkn ikan belanak ni(twin liya mkn la) wlupun mak asyk bli je tp liya lgsung x sentuh.. gnti ngn ikan kembung pn ok kot hihi..

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

Sedapnya kak ita terliur sy

ASMAH YUSOF said...

Terpikat melihatnye k.ita. ..

ASMAH YUSOF said...
This comment has been removed by the author.
liemaopurut a.k.a ana said...

Sedapnye kak.....terliur sungguh tengok ikan bakar dgn air asam tu

Powered by Blogger.