Follow if you like

Jan 10, 2012

GRILLED SALMON WITH GARLIC AND HERBS

Assalamualaikum..

Cuaca di JB sekarang hari-hari mendung, hujan yang tak menentu.. matahari pon tak muncul-muncul.. Kain baju dah berapa hari tak kering-kering..
Selamat pagi semua..
Sihat tak hari ni..?? harap2 semuanya sihat dan ceria lah pagi ni kan..


'You are what you eat' Kesihatan kita mencerminkan apa yang kita makan. Ungkapan itu kadang kala tidak kita endahkan atau mungkin kita tak berapa fahami maksud sebenar..
Pengaruh persekitaran, tradisi makanan keluarga, pola pekerjaan, usia, jenis kelamin, berat badan dan penyakit yang mungkin kita hadapi, berperanan pada pola makanan dan cara kita menyediakan hidangan. Manusia diciptakan Allah dengan keunikan dan kesempurnaan masing-masing. Tidak sama antara satu sama lain. Perbezaan inilah yang menyebabkan setiap daripada kita mempunyai ciri-ciri kitaran tubuh yang berbeza-beza. Oleh itu pilihlah makanan yang sihat untuk kesihatan yang baik..


Hari ni ita sajikan dengan hidangan yang akan ita makan bila ita terasa berat badan ita dah mula bertambah haha Kira ni macam menu diet ita lah kan.. Masih lagi mengambil makanan yang berkhasiat dan bervitamin. Cuma ita kena kurangkan kanji dan gula.

Biasa ita suka meratah ikan bila ita tak dapat makan nasi. Ita juga suka makan sayur-sayuran yang di celur. Rasa ramai yang tak suka makan menu yang macam ni tapi bila cuba pasti nak lagi dan lagi...

Kebetulan masa gi pasar hari tu ita nampak banyaknya ikan salmon terjual dipasar. Aikkk.. bila masa pulak ikan salmon dah masuk pasar. Biasa kita akan jumpa ikan salmon ni di pasaraya yang lima bintang.. aje..
Melihatkan ikan salmon yang segar,  uiiii... geramnya.. mula ita terfikir kalau grill salmon ni fuh! pasti terangkat.. adoiii.. dah meleleh2 dah ayak liur..


Tengoklah corak ikan salmon ni... masyaallah... cantiknya.. sungguh besar keagungan Allah.. ita teruja bila melihatkan coraknya yang beralun cantik! sampai sayang pulak nak di grill..
Mula-mula ita ingat nak masak masakan yang berkuah aje dengan ikan ni.. tapi atas permintaan Dalili ita grill aje.. suka Dalili makan ikan ni.. sedapnya lembut aje isinya..

Jom lah ita sharekan resepi mudah bagaimana nak menyediakan Grill Salmon with Galic and Herbs.


GRILLED SALMON WITH GARLIC AND HERBS

2 keping fillet salmon
sedikit garam
sedikit lada hitam di tumbuk kasar


Lumurkan fillet salmon dengan sedikit garam
Taburkan lada hitam di kedua-dua belah ikan
Perap dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya serap rasanya

1 sudu makan garlic butter
1 sudu besar olive oil

Panaskan grill, letakkan garlic butter dan olive oil (minyak zaiton)
Letakkan kepingan ikan di atasnya dan panggang
Balikkan ikan supaya rata masak di kedua-dua belah
Jangan masak lama sangat nanti isi ikan keras


SOS IKAN
1 kiub ikan bilis
sedikit lada hitam
sedikit daun parsley kering
sedikit oregano kering

Masak kiub ikan dengan air (angaran 1 1/2 cawan )
Bila airnya dan tinggal setengah
Masukkan sedikit minyak dari baki yang kita grill ikan tadi anggaran 1 sudu
Kemudian masukkan lada hitam, oregano dan parsley
Biar ia didih

BAHAN DI MAKAN BERSAMA
Baby carot
Bunga kubis
Broccoli

Masak air dan sedikit garam hingga didih
Celurkan sayur-sayuran di atas
angkat dan toskan
Siap untuk di hidangkan bersama grill salmon dan sos ikan

33 comments:

Mas said...

kak ita.....
menyelerakan betoi nengok set salmon tu.....

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih mas..
jangan tenung lama-lama Mas nanti yang kat dalam tu menendang2 hihi

cubalah Mas mudah aje cara penyediaannya

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak ita..
Amboi cepat betul Cik Mas kita sampai JB. Saya pun memang suka makanan cam gini tapi tak pernah buat sendiri. Kalau teringin tu ke na pergi le restoran yang boleh diterima tekak.

nonierahman said...

Sedapnya kak ita.nampaak menyelerakan.nonie x minat sgt ikan salmon.tp kak ita masak nampak betul2 menyelerakan

Gee® said...

Sedapnyaaa....memang terkeluar ayak lioq...nyam2x...

ilahjy said...

dek ita... jumaat lepas kak terpandang en salmon ni sedang dipotong ..harga dia...terbeliak biji mataaaaaa kussss.. tapi bila dipikir apa salah nya nak makan beli je...anak kak yg tunggu SPM tu tanya pandai ke mama masak ikan ni? mama kata tak pandai..nahhhh kauuuu ada pula resepi dlm dapo ita lawa... apa lagi jommmmm laaaaa cuba...1 masa kalu jumpa lagi en S di c4 wangsa maju tuuu..

azim said...

boleh elaborate lagi tak "Masak kiub ikan dengan air (angaran 1 cawan 1/2)"
confuse skt, kiub ikan bilis ke?

R-zoo said...

delicious!

R-zoo said...

salam kak ita.am 1 of ur big fan:) x sah klu sehari x tgk blog akk.blog akk mmg best! so far, i've tried some of ur recipes- oreo black beauty & kek cheese lapis persona.delicious! sume org suke.thnx lott kak ita.thnx 4 sharing with ur blog followers. kak ita, insyaAllah di masa akn dtg, akk joinla masterchef msia 4 season 2 nti. u've big talent in culinary skills. ur presentation-masyaAllah-awsome!super like it!
.

Rima said...

This is our all time fav.. We usually hv it once a week.. It's light n I usually serve it with cream sauce.. Nanti nak try ur sauce pulak .. Tks for sharing! Btw nice shots!

R-zoo said...

kak rima..am ur big fan too..knw ur blog thru my fren..kak ita n kak rima mmg compatible! all d best 2 both of u!i like masam manis n bisous a toi.

kak ita-- tahniah di atas kejayaan anak2 kak ita.

kakchik@ella said...

thanks for sharing this Azlita. KC mmg selalu nmpk fresh salmon kt Jusco dan Tesco. Selalu nak beli tapi tak beli-beli sebab tak tau cara2 memasaknya.

Pasni boleh la KC cuba resepi Azlita ye. Thanks sekali lagi Azlita.

Chah said...

beh beh...leh try sos akak plak lepas ni..tq kak ita laling

norhanim md zain said...

aduh sedapnya..

kebetulan memang teringin sangat nak makan ikan salmon ni..

CT Delima said...

As'salam Ita

ikan salmon ni memang sedap Ita. kalau beli pun sekeping jer kongsi berdua dengan Hubby. anak2 memang lah tak nak cuit sebab tak suka makan ikan, payahhhh :)

Kama Azura bt Sakimin said...

Alamak aiiii..xleh nak cakap apa dah

mimie kesuma said...

alamak kak ita...salmon....
hisss...tpt mimie ada ikan haruan dan ikan kembung je...xixixi
nampak sedap....
aiss...slalu terkagum2 liat shot kak ita...
pertama yg mimie tengok pasti gambar dulu,br resepi...... ^_^"
piring kak ita warna coklat tu.... cantikkkkk....... ^_^

Liza said...

alahai salmon pooojaaan hatiku..mmg best msk cmni, ratah pun dah kenyang kan kak ita...sedap woooo

Travel&Food Lovers said...

kak ita,

sexynya ikan salmon tu...tp salmon mmg sgt sedap..tgk ikan yg kak ita grill dh buat sy terliur.

sy pernah masak grill salmon ni n suruh future hb dtg rumah ambil makanan. maklumlah, ikan ni kan mahal, kami share lah ikan ni. die tukang sponsor, sy tukang masak. nak bg fair, sharelah makan. sy igtkan sempatlah smp ke rumah die, tapi last2, ktorg boleh belasah makan kat depan rumah sy. alasan die, sebab xtahan nak bawak balik rumah. mula2 dia igt ikan tu xsedap. ala2 jual mahal konon, skali dah rasa, hbs mase tu jugak.

Amie said...

kalau jumpa set salmon begini memang nak ratah saja, tak mau nasi dah!

Mama said...

hai kak ita..Mama here..really marvelous snap + ur mouth watering salmon grill..ingredients looks simple..easy peasy method..tapiiii.. kejap jer kesungguhan nak buat.. once i reach my kitchen..rase kemalasan Mama dan keperihatinan Mama angels(my daughters)yg belum cukup umur tu..toink toink...terus patah balik gi hall...sebelum perang power puff gurls bermula di dapoq.. it always will be laaaa....hhmmm nengok jer leee... tak dan nak wat!!!..anyway..looks great..

Nieza said...

sedapnya tgk. suka meratah gitu jer. ikan salmon memang cantik..saya kat sini byk ikan salmon..mcm-mcm masak dah guna ikan ni...:)

Edi said...

kak ita,
ni fav my family.. salmon ni sedap jugak kalau buat masak lemak cili padi... try lah.. kalau org nogori (my husband org nogori), masak lemak dia just pakai cili padi blender dgn kunyit hidup and santan pekat.. buh semua dlm periuk and masak sampai mendidih, takyah tumis pun.. sedap!!! personally australian salmon lagi bess rasanya, lebih manis. yg selalu kat giant tu norweigian (sp?) salmon... sedap jugak tapi kalau ade choice, sy beli yg aussie punyer. kalau dpt kepala lagi bess... (ptg ni nak gi beli lah! tengok gambar kak ita ni terus teringin!)

love all yr shots!

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita...Rahel yg paling lewat sampai...mesti dah abis ikan salmon tu kan..hehe..sedap nampaknya...suka ikan salmon...ni menu diet la ni..

wanie said...

sedapnye...nti nak try wat...

ummi nor said...

Salam K.Ita...lama tak mengomen...hari ni terpanggil nak komen coz tertarik dgn salmon ni...memang sadap...saya suka makan smoked salmon yg dijadikan appetiser...salmon steak/grilled ni lebih sesuai dgn 'dill sauce' or 'tartar sauce','lemon butter sauce' and few more sauces.Blackpepper lebih sesuai utk ayam dan daging...menu ikan mesti ada 'dill' herb and lemon...just for your info,TQ.

Diana @ Melley Mey said...

sedaaapnya tgk ikan tu akak ita... menu sihat nie ... geram pula diana tgk menu nie.. semua fav diana.. ada ikan.. sayur2.. suka2!!!

susumanis said...

sedapnyerrrrr...my fav nih :)nanti nak coba lah...looks like the recipe is so simple but looks so sedap :)

KE Khairy said...

Amboi sedap btoi ni..hang nk jadi bini no 2 cek tak? Haha

Hafizam Mohammad said...

Sos tu sos ape? Black paper ke

Raidah S said...

Assalammualaikum..

Kak ita,

rasa nak nanges bila tengok ikan salmon ni... huwaa sedapnya~~

nak kene cuba lah!!

thanks yaa for the recipe~

-raidah-
www.blograidah.com

RaraKitchy said...

sedapnyer kak ita..serba boleh kak ita ni..salam perkenalan dari sya nara. suka betul tengok hasil seni kak ita.. terutama bila kak ita buat kek.like sgt.

official sifc said...

Sos tu kalau pakai carbonara boleh ke ygdok buat spegeti tu

Powered by Blogger.