Saturday, January 14, 2012

FRUITS TART

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.
Apalah perancangan hujung minggu ni? Nak pergi bawa anak jalan-jalan atau santai di rumah sahaja sambil mencuba pelbagai resepi masakan terbaru..
Ada masa malas jugak nak berjalan.. dok rumah sambil melayan kerenah anak-anak pasti lebih menyeronokkan.. ialah seharian kita tak dapat bermanja, masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing jadi sesekali bila berhujung minggu bersama pasti waktu-waktu keemasan begini tidak akan di lepaskan..


Apalah aktiviti yang menyeronokkan sepanjang berada di rumah? biasa ita akan lakukan aktiviti mengemas rumah bersama2 maklumlah ita tak de pembantu.. jadi pembantu2 cuma ada di hujung minggu bila anak tak bersekolah dan suami tak bekerja, masa ni lah selalu diisikan dengan melakukan tugas yang tak dapat ita lakukan seharian macam... mengemas stor, alih perabut yg berat2 dalam rumah.. cuci karpet bersama dan lain2 lagi..


Ada masa kita bercucuk tanam.. tapi biasanya tanam pokok bunga lah kan.. alih pokok sana masuk pasu sini.. alih pasu sini masuk pokok sana.. itu je lah kerjanya.. potong ranting2 pokok yang dah kering.. menyapu daun2 kering yang betaburan, bersihkan kolam ikan.. dan apa-apa aje le.. yang memang memerlukan banyak masa dan tenaga..


Ada masa kami memasak, sebenarnya kami sekeluarga suka memasak. Kalau anak bujang ita ada di rumah dia pun turut sibuk membantu ita memasak. Masa ni lah masing-masing nak tunjukkan taring masing-masing dan dah tentulah ita juri Master Chefnya kerana mengarah aje.. hihi


Melalut panjang dah ni.. sebenarnya ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap mudah dan menarik! Rasa-rasa ramai yang dah pernah makan dan mungkin ada yang dah pon mencuba.. Resepi ni memang sangat sesuai kalau kita nak jadikan aktiviti santai di hujung minggu bersama anak-anak. Masa nilah kita nak menggalakkan anak-anak berjinak-jinak ke dapur. Tentu dorang suka bermain dengan tepung dan menguji skill deco-mendeco ni.... lagi pula bila melihatkan buah-buahan yang berwarna - warni menariknya..


Resepi kali ni hasil di goda oleh CMG.. wallaaa.. tak tertahan-tahan air liur melihatkan Fruit Tart Mat Gebu berposing.. dah lama sebenarnya keinginan nak membuat fruit tart ni.. Dah kerap kali ita beli buah-buahan ni, bila letak peti ais nak buat aje dah lesap.. Bila ita dok sorokkan laaa... terlupa pulak sampai dah bonyo dah kawan tu tersorok.. hihi

Tapi kali ni mesti jadi! nak buat jugak dah mengalahkan orang mengidam pula rasanya..
Cari kat Jusco ala.. tak cun pulak buah dia.. ita ni malas betul kalau beli buah kat Jusco selalu yang luar tu nampak cantik tapi part dalam yang tersembunyi tu hampeh aje bila kita buka.. bungkusan tu..
Ita cari kat Coldstorage tapi kali ni tak berapa cun jugak ! Oooo.. terlupa musim snow kot.. tak de buah lah agaknya tu.. emmm.. dapat sikit yang molek-molek ni pon jadi lah.. janji dapat puaskan anak tekak yang dah lama mengidam ni..


Jom lah kita buat tart ni.. boleh juga kalau kita nak buat hidangan untuk buat jamuan kat office atau jamuan petang minum tea bersama kawan-kawan.
Terima kasih pada Adnan Ibrahim yang selesa di sapa Mat oleh rakan-rakan, kerana sudi sharekan resepi yang dah lama akak idam-idamkan ni.. Boleh ye akak sharekan pulak dengan rakan-rakan yg lain.. yang mungkin ingin mencuba..


FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing


Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

31 comments:

khairiah khaizu said...

meriahnya buah...nak cikit....(*_*)

Suzie Saufi said...

Ya Allah samalah pulak keinginan...semalam jalan2 coldstorage Alamanda...tgk harga rasberi dgn blueberry...terus x jadi nak beli...hahaha..mmg cadang nak buat fruit tart juga hari ni...Menggodanya tgk fruits tart Kak Ita...

kakna said...

salam ita.. pagi-pagi dah ceria.menarik hujung minggu...

nonierahman said...

Sedapnya kak ita.yg nie pon nak cuba jgk nnt hehehe

nyda ady said...

meriahnya hiasan....

mMoOnN aAlLeEaA said...

lama dah tunggu akak letak resepi ni.tq kak

Cheq Sue said...

cantik je tat kak ita ni. saya dah lama nak cuba, tapi x berapa suka makan, entah bila la tak tahu

Messy Mummy said...

Kak,
Kagum tengok.. Gambar akak cantik sangat2 dan can bet that ur food taste as good as ur picture. tengok pg2 nie agak mencabar iman:) lapo... what i like the most, the fact that akak guna buah yang nampak fresh sgt and very colorful atas tuh..

Ita Rossi said...

salam ita,
daun apa yang kat tart tu?..nampak berseni.

Nur Honney Robbi said...

pagi tgk blog cik ita nie dh terliur suda...mengagumkan...^^,

faa.rosli said...

dulu time blaja kat skola slalu buat..tp gune kiwi ngan stoberi je...nak rse beri2 yg laen tu..huuuu

sedapppp!

Amie said...

sedapnya! cantiknya... kaya raya dengan pelbagai buah!

najjahomesweetiest-bites-yummy said...

kak ita...sugguh tertawan tau..cantik bangat!!

Fafau De Craft ( Zana ) said...

ms blaja dulu sll beli fruit tart kt Laboheme jusco sbb xreti nk buat... :p

Oh Oeya said...

Segarnya!!

ASMAH YUSOF said...

K.ita cantik sgt as buat jus gn strawberi n kiwi je..
;))

susumanis said...

salam..am yr new reader..wah cantik cantiknyer gambar foods seme kat sini..insyaAllah lps ni sy selalu singgah..:)

CT Delima said...

As'alam Ita

singgah dah malam ni..agak2nya dapat tak merasa FT ni erk.. hihihi

beli buah strawberry dan kiwi ingat nak buat juga. Tapi abis dok dimakan jer, camana tu...hihihi

mira said...

Your blog is inspiring. i love cooking tapi bermusim jugak.. When im at it, i really am at it.. Sedapnya rupa tart ini.. Welcome to view my blog too. Saya tak sabar nak try your tarts recipe. I have never made pastries before, sebab takut doh nya tak menjadi, but your blog makes me feel that any recipe written in it memang akan jadi. :) Will visit your blog again and again, thank you so much for posting tarts recipe, ive been searching and searching. :) Happy weekend to you and your family ei. :) cheers.

Siti Salha Rosman said...

Saya buat ni jugak tadi, tapi 3 jenis buah je...strawberry, anggur, peach. Kak Ita punya memang superb lah!

quinnie said...

aduiii tart pun saya suka jugak..tengok kat buah2 dia tu..geramsss...rasa nak ngap je terus...hehehe

Juanita said...

Assalm Kak Ita...

Kita nk tanya mentega tu brape byk nari taruk eh???

Tq
Nita

ana solehah said...

asalamualaikum kak ita..saya memang dah lama tunggu kak ita buat fruit tart ni..alhamdulilah akhirnya akak ita buat juga...hihi..mmg cantik sangat akak punya fruit tart ni,xsabar nak bt...saya nak tanya akak piping jelly 2 kita beli siap ker atau kita bt sendiri n kalau bt sendiri mcm mana ye kak...thank for sharing..:)..

sarah said...

ha resepi ni memang dah lama saya cari dan cadang nak buat,dah ada kat sini tak payah dah g tanya kedai kek bila nak ajar wat tart.thx..bleh cuba..nak cari buah tu yang payah sikit.

rozida zakariah said...

best la kak,tq sbb sudi share resepi ni..:)

kehidupan aku said...

akak nak tanya mana nak beli pastry segera?

si comel said...

akhir nya berjaya buat fruit tart!!! tq share resipi, sng nk ikut ;)

eeramoy said...

Salam, camca besar tu ikut sudu makan ke ape ya? Tq :)

Alin Marlini said...

Salam Kak Ita. Alin dah cuba n ramai kata sedap...terima kasih kak atas tunjuk ajar

Norhayati Salleh said...

As salam, banyak dah resepi yg sy salin kt blog azlita ni.. Tp baru hari ni nk ucapkan tkasih banyak2.... Idea2 yg ita selalu kongsikan dr tak minat masak jd minat.. Anak2 pun jd suka n kejap suruh buat tu, kejap suruh buat ni...dulu klu buka fb boring mcm takda aktiviti.. Skrg ni bukan setakat post masakan tp friends list pun dh bertambah banyak, wlpun tak seramai ita punya..tp suka sangat2...tkasih sekali lagi atas perkongsian resepi yg sedap2 dn menarik

Norhayati Salleh said...

As salam, banyak dah resepi yg saya salin dn copy dr blog ita tp br ni dpt ucap tkasih yg tak terhingga krn berkongsi resepi dn idea2 memasak yg sedap2 dn menarik.. Dr x brp pandai masak, skrg ni dh minat memasak..bukan setakat tu jer, friends list kt fb pun dh makin ramai.. Jd seronok la pulak..almaklum lah surirunah biasa jer.. Kwn2 dgn jiran tetangga jer yg ada.. Wlpun sy takda blog tp masih berpeluang tgk blog2 yg cantik dn resepi yg sedap dn menarik membuka peluang utk mendapat duit piket wlpun tak sepenuh masa..